"Haisshh...Siapalah yang tak bertamadun sangat main conteng-conteng pintu tandas ni.Tak ada sivik punya orang.Nama je perempuan tapi kaki vandalisme juga."Hana mengomel melihat beberapa pintu tandas diconteng oleh pelajar yang tidak diketahui.Pelbagai luahan dan lukisan tercatit pada pintu tandas ditulis dengan parmenant marker.Contengan itu sangat mencacatkan pemandangan matanya.Dia memang tidak gemar sejenis manusia yang gatal tangan merosakkan harta benda awam.
Sesudah itu,dia menghala ke cermin hadapan membetulkan awning tudung bawalnya sambil menunggu Shanaya melepaskan hajat.
"Hana.."Bergema suara Shanaya memanggil Hana dari dalam tandas.
"Apasal?Kau sembelit ke?"seloroh Hana.
"Tak adalah.Aku cuma nak tanya,kau dan babah kau okay ke lepas balik rumah aku semalam?Kena marah teruk ke?"soal Shanaya tiba-tiba teringat kedatangan babah dan umi Hana ke rumah menjemput Hana pulang.
"Eee...Tak adalah.Semuanya baik-baik saja,"balas Hana menyandar pada table top singki.Sebenarnya,Shanaya tidak tahu apa yang berlaku menyebabkan Hana ingin bermalam di rumahnya.Dia membohongi Shanaya bahawa dia merajuk dengan babah kerana memarahinya.Jadi,Shanaya percaya segala temberang Hana.Takkanlah dia mahu bercakap yang dia bergaduh dengan Airil.Cari nahas saja.
"Nasib baik muka babah kau manis saja datang rumah aku.Amma aku dah berdebar takut babah kau mengamuk,"cerita Shanaya tentang semalam.Ammanya ketar lutut,bimbang babah Hana mengamuk kepada Hana.
Hana tergelak kecil.Babah tidak akan berlaku kasar di hadapan orang lain.
"Hana...Habis tu,Cikgu Airil tahulah yang kau ada problem dengan family kau?Siap hantarkan babah dan umi kau datang rumah aku,"sambung Shanaya lagi tanpa mengesyaki apa-apa.
Hana menghela nafas.Kenapa nama Airil juga mahu disebut Shanaya?Menyampah."Hei,kau ni berak diam-diam boleh tak?Sibuk nak membawang..Kang berak lama-lama,keluar buasir taulah."Hana mengubah topik.Dia tidak tertarik menjawab soalan Shanaya.
"Aku tukar pad la bukannya berak..Mana sempat aku nak berborak kalau tengah meneran..Hahaha..."Kedengaran ketawa Hana dari dalam tandas.
"Weh,Hana!Aku lupa nak beritahu.Hari tu abang kau ada jumpa aku.Tanya pasal kau."Shanaya membuka cerita.Hana tertegun seketika.Diam tidak berketik memikirkan sesuatu.Apabila mendengar bunyi air tangki dipam,cepat-cepat Hana berlari menunggu di hadapan pintu tandas.
Ketaakkk!!!!
Shanaya terkejut Hana betul-betul tercegat di hadapannya."Hana!!!Kau ni buat aku terkejut je.Aku ingatkan sundel bolong tadi."Shanaya menarik nafas lega mengurut dadanya.Jantung yang tadinya melompat laju perlahan-lahan kembali normal.
Hana menunjukkan jari telunjuk pada muka Shanaya."Kau cakap betul-betul,apa yang kau beritahu pada umi aku dan Abang Anep pasal Cikgu Airil?"desak Hana.Mungkin Shanaya terlepas cakap bukan-bukan semasa pertemuannya dengan Hanif.
Terperanjat Shanaya.Keluar-keluar tandas,dia diserang oleh Hana tanpa alasan kukuh.Tadi Hana elok-elok,sekelip mata berubah emosi."Apahal kau ni,Hana?Kena sampuk ke?"
"Aku serius ni,Sha.Jujur dengan aku,apa yang kau cakap tentang Cikgu Airil?"Hana mengetap rahangnya menggesa Shanaya.
Tingkah laku aneh Hana mendebarkan hatinya.Apa sudah jadi kepada Hana."Aku tak ada cakap apa-apa tentang Cikgu Airil.Abang kau tanya aku pasal kawan baik kau,musuh kau dan....errr..."Shanaya tidak dapatkan tamatkan ayatnya.
"Dan apa??"bentak Hana lagi.
"Boyfriend kau..Aku minta maaf,Hana.Aku tak ada niat nak bocorkan rahsia kau tapi abang kau desak aku.Aku terpaksalah cerita."Shanaya takut-takut mengakui kesalahannya.
"Lagi?"soal Hana lagi.
Shanaya menggeleng."Tak ada..Sumpah.."Shanaya mengangkat sumpah.
Hana menarik nafas dalam-dalam,kemudian dihembus kembali.Maksudnya bukan Shanaya yang mereka cerita tentang Airil kepada umi dan Hanif.Hana juga berharap Shanaya jujur dan bukan sahabat baiknya itu berkomplot menfitnah Airil.Dalam keraguan otak Hana ligat berfikir gerangan yang berjumpa umi.
****
"Kenapa awak cari gaduh dengan Hana?"soal Arshad dalam kemarahan.Cetusan pergaduhan Ruziana dan Hana disebabkan Ruziana tidak berpuas hati dia masih menyimpan perasaan terhadap Hana.Ruziana bertindak sedemikian kerana dia bertepuk sebelah tangan.Jujur dia menganggap Ruziana hanya teman biasa.Kebaikannya selama ini disalah anggap oleh Ruziana.Dia mendekati Ruziana supaya Hana cemburu tetapi Ruziana benar-benar jatuh cinta kepadanya.
Kerlingan tajam Ruziana tertacap ke dalam mata Arshad.Apa lelaki ini masih tidak faham atau buat-buat tak faham?"Dia yang mulakan dulu."Ruziana enggan mengaku salah dan tetap menuding jari kepada Hana.
"Tapi awak yang pergi jumpa dia kan?Awak yang cakap macam-macam pada dia,"bentak Arshad.Sikap keanak-anakan Ruziana meminta Arshad mengungkit apa yang terjadi.
Ruziana menyilangkan kedua-dua tangan.Keangkuhan rautnya menggambarkan dia tidak peduli.Dia tetap di pihak yang benar."Biarlah..Awak nak bela sangat Si Hana tu kenapa?Awak sayang dia lagi ke?"
"Yes...Memang saya sayangkan Hana dari dulu dan sampai bila-bila.Awak sakit hati sangat kenapa?"Naik seoktaf nada Arshad mengakui perasaanya.
Ruziana membeliakkan biji matanya.Pedih.Hatinya pedih Arshad mencintai Hana.Air mata Ruziana bergenang di kelopak menanti jatuh ke pipi.Sampainya hati Arshad."Habis saya ni apa?Siapa saya di hati awak,Arshad?"
Hah...Keluhan panjang keluar dari mulut Arshad."Awak merepek apa,Ogy?Saya tak pernah ada apa-apa perasaan terhadap awak.Kita hanya kawan.Saya anggap awak dah macam adik,"akui Arshad walaupun melukakan hati Ruziana.Jujur lebih penting daripada dia terus mengharap.
Berkaca mata Ruziana membalas pandangan Arshad.Tiada sedikit pun rasa bersalah Arshad mengakui kata-kata setelah memberi harapan palsu kepada dirinya.Lebih menyebalkan,dia war-warkan mereka pasangan bercinta."Adik?"Ruziana menumbuk-numbuk dada Arshad."Awak memang tak guna Acad.Sejenis jantan tak pandai menghargai kasih orang lain.Patutlah Hana tinggalkan awak."
Arshad memegang kedua-dua tangan Ruziana."Saya tak pernah menjanjikan apa-apa pada awak.Saya tak pernah cakap saya suka dan cintakan awak.Awak yang feeling lebih."
"Habis tu?Awak buat baik pada saya kenapa?"soal Ruziana.Matanya dicerlung menatap mata Arshad.
Arshad menunduk kesal lalu mengeluh.Tangan Ruziana dilepas perlahan-lahan."Saya rapat dengan awak sebab saya nak buat Hana cemburu dan sakit hati,"akui Arshad bernada kesal.Niat sebenar mendatangkan bala pula.
Ruziana tidak tinggal diam.Terasa dirinya dipergunakan dan perasaannya dipermainkan oleh Arshad.Demi perhatian Hana,Arshad sanggup menjadikannya bahan mainan.Hati siapa yang tidak hancur?Marah,geram dan kecewa bertandang di hati Ruziana.Dia sambung memukul Arshad."Jantan tak guna..Bodoh..Aku benci kau..Aku benci.."Ruziana melepaskan kemarahan tanpa memikirkan orang sekeliling di kawasan parkir motor pelajar.Beberapa pelajar melewati kawasan itu sekadar menggeleng dan berbisik-bisik sesama sendiri.Malas ikut campur.
Apabila ternampak kelibat Hana dan Shanaya di situ,Arshad memanggil."Hana.."
Hana tidak hairan panggilan itu cepat-cepat memakai topi keledar.Mahu beredar segera dari situ.Dia sudah perhatikan drama Arshad dan Ruziana sedang berlangsung tadi tetapi sikit pun tiada keinginan untuk ikut campur.
Arshad menghalang Hana menaiki motornya.Lengan Hana dipegang."Kejap,Hana..Acad masih cintakan Hana.Acad buat semua itu sebab Acad nak buat Hana rasa iri hati dan marah.Acad sikit pun tak ada perasaan pada Ogy.Tolonglah jelaskan kepada Ogy.Cakap pada dia yang Hana masih sayangkan Acad.Nak couple balik macam dulu."Arshad merayu.Ruziana tidak berketik merenung ke arah mereka.
Bebola mata Hana diangkat ke atas.Tanganya direntap kasar agar Arshad meleraikan pegangannya.Senyuman sinis dihadiahkan kepada Acad."B.O.R.I.N.G..Booring...Pepatah ada menyatakan sudah terhantuk baru terngadah.Sendiri buat,sendiri tanggunglah.Korang nak gaduh ke nak apa ke,jangan libatkan I okay.I tak ada masa nak layan drama cinta tiga pukul 7 petang..Sila tepi sikit.."Hana menolak bahu Arshad ke tepi sikit.
"Hana..Janganlah macam ni.Acad menyesal sangat.Acad memang tak ada apa-apa perasaan pada Ogy.Cinta dan hati Acad hanya untuk Hana.Kenapa susah sangat semua orang nak faham ni?"Arshad tidak keruan.Kedua-dua wanita itu tidak mengerti isi hatinya.
"Hei,perempuan!Semua ni kau punya pasal kan?Kalau bukan sebab kau,semua ini tak akan jadi.Kau tak ada lelaki lain ke?"sampuk Ruziana semakin menghampiri.
Riak tiada perasaan Hana ditonjolkan.Kenapalah dia perlu melayan mahkluk sewel dua orang ini?"Talk to my hand."Hana menunjukkan telapak tangannya kepada Ruziana.Kemudian,dia menggerakkan jarinya ke arah bibir dan memberi isyarat supaya Ruziana mengezip mulut.
"Jom balik,Sha.Panaslah kat sini.Sebelum perang dunia meletus,baik kita cabut,"kata Hana.Dia menaiki motorsikalnya bersama Shanaya lalu beredar dari lokasi drama.
****
Hana bersimpuh di atas sofa menonton movie Netflix sambil makan kerepek pisang.Ralit dia menghayati filem Barat bertajuk Troll.Airil lalu-lalang tidak diendahkan.Dia buat rumah itu macam rumahnya sendiri.
Airil tercegat depan televisyen menghalang pandangan Hana.Sudah dua hari,gadis itu menganggapnya tidak wujud dalam rumahnya.Marah benar Hana terhadap dirinya.
Kepala Hana panjang mengintai televisyen di sebalik kesasaan tubuh Airil."Tepilah,cikgu.Saya nak tengok tv ni..Bukan nak tengok batang balak besar,"sindir Hana.
Airil mengerutkan dahinya.'Batang balak'?Sungguh berani Hana menggelarnya batang balak.Airil menyilangkan tangannya."Tv ni,rumah ni dan semua yang ada dalam rumah ni hak milik saya termasuklah awak tu."
Hana mencebik muka menyindir."So?Saya kena ketuk pintu bagitau jiran ke?Haaa...Jap..jap..Hello pulis,barang-barang dalam rumah ni semua hak Airil Safuan."Hana berlagak menelefon polis untuk menyakat Airil.Sengaja hendak mencari gaduh.
Haisshh...Budak seorang ini suka menguji kesabarannya sungguh.Kurang matang dalam tindakan dan keputusan.Airil malas ambil peduli dan masih berdiri di hadapan televisyen."Kerja sekolah dah siap belum?Dah ulang kaji?"Airil menukar topik.Dia malas memanjangkan isu tadi bagi mengelakkan salah faham lagi.
Terdengar keluhan keluar dari mulut Hana.Hah!!"Saya nak release tension..Malas nak fikir benda-benda tu.Layan movie lagi baik."
Renungan Airil tertacap pada wajah lembut Hana.Teringat-ingat pula lekuk tubuh seksi Hana tempoh hari namun cepat-cepat dia mengalihkan fikirannya daripada terus menguasai minda sedarnya.Hemm..Deheman Airil terhambur untuk mengawal fikiran nakalnya."Saya nak keluar dengan Azem ni.Ada apa-apa nak kirim tak?"Airil menyoal.Dia sudah bersiap-siap untuk keluar kerana berjanji mahu ngeteh bersama Azem.
"Takk.."Ringkas Hana menjawab.
"Jangan lupa kunci pintu..Nanti nak masuk tidur,make sure off semua suis berkenaan.Jangan tinggal pinggan atau cawan di singki,"pesan Airil lagi.
Hana sememangny sedia tahu setiap pesanan Airil itu mula rasa rimas dan jemu.Pesanan itu diulang berkali-kali oleh Airil setiap kali sebelum keluar ke mana-mana."Ya..Ya..saya faham..Cikgu nak keluar kan?"
Airil mengangguk.
"Jadi,silalah keluar sekarang.Saya nak layan movie dengan tenang,"kata Hana.Biarlah jika Airil berfikiran dia kurang adab pun.Dia tidak kisah.
Airil mengela nafas.Nampaknya,kemarahan Hana kepadanya masih tidak reda lagi.Hana endah tak endah melayannya.Airil tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya keruh.Jadi,dia memilih mengunci mulut daripada bertaki dengan perangai tidak matang Hana.
****
Hana bergegas menuruni sofa menuju ke pintu apabila diketuk berkali-kali.Sambil melangkah,dia merungut sendiri."Hissh...Tak sampai sejam keluar dah balik,"omel Hana sementara tangannya menarik tombol pintu.
Maka berdiri tegak umi di hadapannya.Hana terkejut."Eh,umi!"Hana menilik-nilik di belakang umi.
"Kau cari siapa?Ada hantu ikut umi datang sini ke?"sindir umi ketika Hana terjenguk-jenguk.
Hana berdehem."Umi datang sorang ke?Mana babah?"tanya Hana kehairanan.Babahnya tiada bersama.Umi pula datang waktu malam.
Umi menjeling ke arah Hana."Mana-mana umi pergi mesti kena bawa babah ke?Haaa...Sibuk tanya babah,umi tercegat kat sini dari tadi tak nak jemput masuk ke?"Umi menyindir.
Hana menepuk dahi.Cepat-cepat dia menyambut tangan uminya lalu dituntunnya masuk ke ruang tamu."Ya Allah..Hana terlupalah,umi.Umi ni sikit-sikit nak melenting.Cubalah cool sikit macam babah....Hmmm...umi nak air apa?Hana buatkan?"
"Tak payah susah-susahlah nak buat air.Umi datang ni pun bukan nak minum.Saja umi nak jenguk korang laki bini,"kata umi menolak pelawaan Hana.Memang dia sengaja datang tanpa diundang untuk mengintip kehidupan Hana dan Airil.
Kening Hana berkerut.Sahlah uminya bukan saja-saja datang malam-malam begini jika tiada tujuan yang pasti.Datang pula seorang tanpa babah bersama lagilah mengundang rasa curiga di hati Hana.
"Jenguk?Hana sihat ni,umi.Tak ada apa yang umi perlu bimbangkan pun."Hana menyedapkan hati umi.Pasti uminya menjenguk kerana kes dia lari ke rumah Shanaya.Umi bimbang barangkali dia dan Airil dalam masalah.
"Nak kena tunggu sakit ke baru umi boleh datang jenguk kau?Haaa...Dari tadi umi datang,tak nampak pun batang hidung laki kau.Dah tidur ke?Ke memang tak suka umi datang ke sini?"Umi bertanyakan Airil yang tidak muncul dalam rumah itu.Dari tadi hanya Hana melayaninya.
Hana mengerutkan dahi."Siapa,umi?Airil ke?"soal Hana seperti orang bodoh.
"Eh,budak ni!Kau ada berapa orang suami selain Airil tu?"Umi membidas pertanyaan bodoh Hana.
Hana tersengih-sengih malu.Kadang-kadang dia terlupa yang dia sudah bernikah dengan Airil."Hehehe..Orang berguraulah,umi.Asyik nak marah saja,umi ni.Hana rasa Hana kena tanya babah,dia bagi umi makan apa garang macam ni..Harimau barangkali.."Hana loyar buruk menyakat umi walaupun dia tahu umi memang berdarah panas.
Dicubitnya pinggang Hana di sisinya sehingga anaknya itu mengaduh dalam ketawa."Ni makan dia.Loyar buruk sangat..Haa..Hana tak jawab lagi soalan umi."Umi menanti jawapan Hana.Matanya melilau di setiap penjuru rumah.
"Soalan apa,umi?"Hana kehairanan.
Umi mencubit pipi Hana."Ni lah akibatnya suka sangat loyar buruk.Otak pun dah tak betul..Umi tanya,Airil mana?Tak nampak pun."Umi mengulangi pertanyaan.Ketiadaan Airil di rumah menjadi tanda tanya.
Hana menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal."Abang Airil keluar dengan Cikgu Azem.Main badminton..Ala..Kejap-kejap lagi dia baliklah tu,"jawab Hana jujur.Dia perlu berwaspada dalam memberi jawapan.Silap cakap padah diterimanya kelak.
"Malam-malam macam ni tinggalkan isteri seorang diri kat rumah?Suami jenis apalah macam ni?Tahu nak menggatal saja,"leter umi lebih kepada menuduh.
Hana menghela nafasnya.Uminya tidak sudah-sudah menyalahkan Airil.Maka terpaksalah dia mencari akal supaya umi tidak naik angin walaupun adakalanya suaminya itu menyakitkan hati.Dia lebih rela sakit hati dengan Airil berbanding umi.Jika sakit hati pada Airil,Hana boleh mengunci diri di bilik seorang diri tetapi tidak umi.Tersilap langkah atau rajuk,maka sebulanlah dia mendengar ceramah umi."Hana tak kisahlah,umi.Bukan hari-hari dia keluar bermain.Kadang-kadang saja dia bermain untuk release tension.Takkanlah 24 jam dia nak hadap muka lawa Hana ni.Jemu pula nanti,"jelas Hana menjernihkan tanggapan umi.
Umi memandang mata anak gadisnya yang tiada perasaan lalu digelengkan kepalanya.Apa yang Hana fikirkan?Hana tidak menunjukkan apa-apa perasaan."Nampak gayanya kau jadi isteri yang mithali sekarang.Sangat memahami kehendak suami...Hmmm..Hana,umi nak cakap sikit ni?"Umi menggenggam tangan Hana dan nadanya lebih lembut bersama senyuman.
"Ada apa,umi?"
Umi merenung ke dalam mata anak gadisnya.Serba salah untuk meluahkan rasa hatinya kepada Hana tetapi dia harus berterus-terang.Hatinya tidak tenang selagi tidak bercakap dengan Hana."Macam ni,Hana..Kalaulah umi tahu perangai Airil dari dulu,umi dah tegah babah keras-keras kahwinkan Hana..Hmm..Umi ingat dia cikgu,dia baik tapi umi silap.Mesti Hana tak bahagia kan sekarang?"Kali ini umi berlemah-lembut menyatakan hasrat hati.Kesalnya Hana sudah terlanjur menikahi Airil.
"Taklah..Hana bahagia saja,umi.Airil baik saja jaga Hana.Tengok ni haaa...Hana one piece je.Tak ada lebam-lebam.Dia tak pernah pukul Hana."Selamba Hana membalas padahal dia tersangatlah faham maksud hati umi itu.
Umi tidak percaya Hana boleh bercakap demikian.Mana boleh seorang perempuan mampu bahagia bersama kaki perempuan seperti Airil."Memanglah tak pukul Hana tapi perangai kaki perempuan tu Hana boleh tahan ke?Hana jangan sembunyikan rasa hati Hana daripada umi.Cuba cerita pada umi apa sebenarnya yang berlaku dalam rumah tangga Hana sampai Hana lari rumah Shanaya.Mesti Airil ada buat sesuatu kepada anak umi seorang ni.Hana lari sebab dia ada perempuan lain kan?"Umi serkap jarang.Dia membuat telahan sendiri.
Hana tergelak kecil."Umi ni fikir sampai ke situ pula.Hana lari tak ada kena-mengena dengan kehadiran orang ketiga,keempat,dan kelima tu semua.Hmm..Biasalah umi,Hana ni keras kepala sikit.Airil pula suka membebel macam umi.Jadi Hana lari la merajuk kononnya.Itu saja kisahnya..Umi tak payah bimbanglah,"nafi Hana.Ceria Hana berceloteh.Tidak sikit pun menggambarkan dia makan hati seperti yang umi bayangkan.Mungkin Hana pura-pura gembira.
Umi melepaskan nafasnya.Hana bersungguh-sungguh menafikan firasat hati ibunya."Jangan sorok apa-apa daripada umi.Umi tahu perangai buruk Airil tu.Mustahil Hana boleh hidup bahagia dengan lelaki yang suka permainkan perempuan..Hana,lelaki kaki perempuan ni susah nak tinggalkan tabiat buruk tu.Umi tak nak Hana merana di kemudian hari..Cakap betul-betul kepada umi...Tentang babah tu,biar umi yang uruskan.Yang penting umi tak nak Hana berahsia pendam perasaan seorang diri,"pujuk umi supaya Hana menceritakan keburukan Airil dan masalah rumah tangga mereka.
Hana menggeleng.Keluhan keluar daripada mulutnya."Umi,Airil bukan macam yang umi fikir.Dia bukan kaki perempuan.Siapa yang bawa mulut,bercerita bukan-bukan tentang Airil kepada umi?"tanya Hana.Dia terkenangkan cerita Shanaya di tandas tengah hari tadi.
"Tak payah orang bawa mulut.Hana sendiri tahu macam mana Hana dan Airil boleh berkahwin..Malam tu dah cukup membuktikan Airil tu gila seks,"tuduh umi tanpa berselindung
Hana menepuk dahinya.Sudah berulang kali dia jelaskan tentang peristiwa itu tetapi tidak ada seorang pun percaya kerana menganggap mereka ialah pendosa."Umi,dah banyak kali Hana cakap..Bukan salah Airil pun malam itu..Kenapa umi susah sangat nak percaya yang Abang Anep cuba apa-apakan Hana?"
Umi mencebik."Jangan nak salahkan Anep.Dia tu abang kandung Hana..Darah daging Hana..Mana ada saudara kandung sanggup buat benda-benda terkutuk tu pada darah daging sendiri,"umi membela Si Hanif.
Sekali lagi Hana mengeluh panjang di sisi uminya.Hana mengunci mulutnya daripada terus bersuara.Sudah bosan mendengar alasan umi tentang saudara kandung tidak akan mengkhianati adik-beradik sendiri.Bagi Hana,alasan itu tidak boleh gunai pakai lagi untuk menjelaskan hubungan dia dan Hanif.Dia dikhianati oleh Hanif.
"Haa..Kenapa diam?Dah hilang modal nak pertahankan laki kau yang tak semenggah tu?"sambung umi lagi.
"Habis tu,umi nak Hana buat apa?"
"Umi nak Hana dan Airil bercerai."
Hana memandang uminya sepantas kilat."Umiii..."Hana memanggil.Tegarnya uminya menyuruh dia meminta cerai daripada Airil.
****
"Umi..Hana tak boleh bercerai dengan Airil,"kata Hana membantah kehendak uminya.
"Kenapa tak boleh?Hana dah mengandung ke?"soal umi lagi meninggikan sedikit nada suaranya.Dia tidak faham mengapa Hana terlalu keras kepala untuk meminta cerai.
Hana menggeleng."Hishhh...Umi ni..Ke situ pula,"nafi Hana lagi.Alasan terbesarnya ialah Hanif tetapi uminya tidak akan pernah percaya.
"Habis tu,apa yang susah sangat nak cerai?Airil tu bukan lelaki baik pun yang Hana nak sayang-sayangkan sangat..Sudahlah.Buang masa cakap dengan orang macam Hana ni.Degil.Baik umi balik."Umi kembali melenting dengan kedegilan Hana.Berbuih mulutnya membasuh otak Hana tetapi satu pun tidak mengusik hati Hana meninggalkan Airil.Dia bangun daripada pelabuhannya lalu menghilang dalam emosi marah.Sedikit pun dia tidak menoleh Hana yang terpinga-pinga dengan perubahan mood uminya.Sekejap berlembut,sekejap meradang.Pening Hana.
Selang 30 minit,Hana termangu sendiri di sofa.Hana menggigit kukunya sambil memeluk kusyen memikirkan kata-kata umi tadi.Uminya datang semata-mata hendak menyuruh dia dan Airil berpisah.Permintaan yang sangat sukar untuk ditunaikan kini.Walaupun Hana tidak mencintai Airil,dia tidak berniat untuk berpisah.Sejujurnya dia berasa selamat tinggal bersama Airil sekarang.Dia tidak perlu berhadapan dengan Hanif yang boleh keluar masuk sesuka hati di rumah babah.Bila-bila masa saja abangnya akan muncul jika dia tinggal situ.Di rumah Airil,dia rasa privasinya lebih terjamin.Airil juga tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya menyebabkan dia berasa tenang di situ.Setakat ketegasan Airil,Hana masih mampu bertahan.
Berkali-kali Hana mengeluh tatkala ucapan umi berputar dalam fikirannya.Jarum jam menunjukkan detik 10.30 malam tetapi Hana tidak dapat memejamkan mata.Berkelip-kelip matanya merenung televisyen yang sudah dimatikan melayani fikiran celarunya.
Khayalan Hana tergendala apabila telinganya menangkap bunyi ketukan pintu.Dia bermalas-malasan berdiri sambil mengomel sendiri."Ni sorang lagi..Keluar tak reti nak bawa kunci spare ke?Kalau tak menyusahkan orang memang tak sah,"leter Hana kepada Airil.Dia sengaja melangkah perlahan-lahan.Biarkan Airil menunggu lama di luar.Padan muka.
Ketika menyelak daun pintu,Hana mempamerkan mimik menyampah.Pada masa itu juga,air muka Hana berubah terkejut.Matanya membulat,mulutnya ternganga.Jantungnya berdesup pantas berdetak.Cepat-cepat dia mengatup kembali pintu tetapi tidak sempat.Pintu itu ditahan lalu ditolak kuat oleh tetamu tidak diundang menyebabkan Hana jatuh terduduk.Tetamu itu mengunci pintu dengan wajah yang sangat menggerunkan.Sengihan dia sungguh menyakitkan hati.Dia berdiri betul-betul di hadapan Hana bersama ketawa besar.
"Kali ni,kau tak akan terlepas adikku,Hana."Bangga Hanif menerpa adiknya yang mahu melarikan diri.Peluang yang dinanti-nanti kunjung tiba.
Hana masih di lantai memandang garang sambil mengesotkan punggungnya mengundur ke belakang.Abangnya benar-benar sudah gila sampai nekad memecah masuk rumah Airil ketika ketiadaan suaminya di rumah."Kau ni betul-betul dah gila!!!Baik kau berambus sebelum Airil balik!!!"tempik Hana.
Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..
Tawa Hanif kuat menerpa cuping telinga Hana membangkitkan rasa benci yang semakin menebal dalam hati Hana terhadap abangnya itu.Apa yang telah merosakkan akidah Hanif sehingga bertindak sedemikian.
"Airil takkan balik selagi tak pukul 11 lebih kalau keluar main badminton.."kata Hanif yakin.Dia sering mengintai pergerakan Airil pada waktu malam supaya mudah untuk dia menerjah Hana sewaktu suaminya tiada.
Mendengarkan itu Hana bingkas bangun cuba menyelamatkan diri daripada mahkluk gila itu.Tetapi usahanya gagal apabila Hanif sempat merangkul pinggang rampingnya dari belakang.Dipeluk kemas sehingga Hana berasa sesak nafas.Dia meronta ingin melepaskan pelukan Hanif sekuat hati namun tidak mampu melawan kudrat Hanif."Lepaslah.."jerit Hana lagi.Kali ini air matanya mula menitis ke pipi.
Tangan Hana yang kuat meronta itu pula dikunci oleh Hanif menyukarkan pergerakan Hana.Hanif merapatkan hidung dan bibirnya ke tengkuk Hana lalu menarik nafas dalam-dalam.Keinginan semakin meninggi tatkala menghidu haruman pada leher Hana.Nafsunya tidak terkawal."Hmmm..Wanginya."Hanif menyambung menghidu bauan adiknya.Tidak puas menikmatinya hanya sekali.Dikucup tengkuk Hana semahunya.
Meremang bulu roma Hana.Saat itu dia dapat merasakan ada objek yang semakin meregang tersentuh bahagian punggungnya.Berketar seluruh badannya mengenangkan diri dalam bahaya.Bakal menjadi santapan abang kandungnya sendiri.Tangan yang terkunci ketat cuba dilepaskan.Dia menggeliat sekuat hati lalu menendang kaki Hanif yang dalam kemabukan asrama.Serta-merta Hanif melonggarkan pegangannya.Di kesempatan itu,Hana menggunakan tenaganya melepaskan diri daripada cengkaman Hanif.
Hanif tersengih."Jangan ingat kau boleh terlepas dengan senang,"kata Hanif menyoroti langkah Hana seperti lipas kudung.Lari tidak tentu hala.
Hana berniat berlari mengunci diri dalam bilik tetapi gagal.Kakinya tersadung pada meja kecil di ruang tamu menyebabkan dia terjatuh ke lantai.Lututnya terasa sangat sakit untuk bangun.
Hanif segera menerkam adiknya yang dalam tertiarap di atas lantai.Dia menindih Hana lalu menarik rambut adiknya."Apa masalah kau ni,Hana?Nak jual mahal.Dengan Airil boleh pula kau layan.Aku ni abang kau!"bentak Hanif kasar mengetap rahangnya.Geram.
Hana mengerang kesakitan rambutnya ditarik kuat oleh Hanif.Terketar-ketar bibirnya."Aku tak ada abang gila macam kau.Darah daging sendiri pun kau nak bedal.Dasar gila!!"Serak suara Hana melafazkan kata.Dia berusaha melawan dalam keadaan sakit.
Hanif bengang.Dia memusingkan tubuh Hana mengadapnya.Tubuh adiknya ditindih lagi."Aku gila?Ha..Ha..Ha..Aku nak tengok sejauh mana keangkuhan kau..Dan..Lepas ni kau boleh bandingkan antara aku dan Airil.Siapa lebih memberi kepuasan kepada kau..Aku atau Airil."Hanif ketawa sinis merapatkan wajahnya dengan Hana.
Panas hati Hana mendengar tawa Hanif.Phuiii..Wajah yang semakin mendekat diludah Hana beberapa kali.Bertempiaran air liur dikumpul Hana ke muka Hanif.Hanif menghentikan tawa lalu mengusap wajahnya sambil mengetap bibir.Sungguh kurang ajar.Dia hilang kewarasan terus memberi penampar Jepun kepada kedua-dua pipi Hana."Kurang ajar!!!Siap kau!!!"Hanif meradang.
Tamparan kuat Hanif membuatkan pandangan mata Hana berpinar namun dia gagahkan diri untuk bergelut.Setiap pergerakan tangan Hanif cuba menyentuhnya ditepis kasar.Sedaya upaya Hana cuba menepis walaupun dia sedar dirinya lemah."Kau jangan bermimpi dapat tubuh aku!!Binatang!!"pekik Hana.Darah mengalir pada bibirnya kesan tamparan tidak dia endahkan.
Kini,Hanif menangkap sepasang tangan Hana.Semakin galak mata Hanif memandang bangga kepada Hana.Dia merasakan kemenangan berpihak kepada dirinya apabila Hana tidak dapat bergelut."Binatang?Mari aku tunjukkan betapa binatangnya aku!!!"ucap Hanif.Tangan Hana dipegang ke atas.Cengkamannya sangat kuat menyakitkan Hana.Dengan rakus dia mencium leher Hana kiri dan kanan.
Hana mengelak tetapi tidak berdaya.Hanif lebih kuat daripadanya.Namun begitu,dia tetap tidak putus asa."Binatang!!!Aku benci kau!!Lahanat!!!Jantan sial!!"Hana menghamburkan herdikan kepada Hanif.Air matanya kian mengalir deras.Dia cuba mengangkat kakinya tetapi tidak boleh kerana ditindih oleh Hanif.Seluruh tubuhnya terasa berbisa tika bergelut dengan si rakus yang dahagakan tubuhnya.
Sedikit pun Hanif idak terkesan dengan herdikan Hana.Dia sudah tenggelam dalam ombak nafsunya yang kian bergelora.Biarlah segala cacian atau makian Hana laungkan,yang penting nafsu serakahnya dapat dilempiaskan terhadap Hana yang diidamkan sekian lama."Diamlah...Layan aku elok-elok tak boleh ke,sial?"Apabila Hana tidak berhenti memberontak,sekali lagi Hanif menampar kedua-dua pipi Hana sekuat hati.Dia telah hilang pedoman malam itu.
Hana semakin lesu.Matanya kian layu.Kudratnya semakin lemah untuk menepis setiap perbuatan Hanif.Kepalanya berat dan berpusing ditampar oleh Hanif.Air matanya mengalir ke sisi.Apalah nasibnya malam ini?Bakal diratah oleh abant sendiri.Dia hanya mampu berdoa agar Airil kembali secepat mungkin tetapi harapan hanya tinggal harapan barangkali.Tiada tanda-tanda bahawa suaminya itu pulang.
Matanya semakin pusing.Wajah jijik Hanif kelihatan tidak stabil.Sedikit demi sedikit kelopak matanya kian terpejam.
Keadaan lemah Hana membuka seribu ruang kepada Hanif melunaskan keinginannya semakin membuak-buak.Dengan rasa tidak sabar,dia menanggalkan tshirt yang bersalut pada badan Hana.Diamati tubuh Hana seketika.Terlalu indah bagi Hanif.Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menikmati malam itu sepuas-puasnya."Akhirnya....Hana milik abang.."
Anep semakin menggila..
Share this novel