Series
279904
Pada pagi itu,Airil melangkah masuk ke pejabat dengan wajah tenang namun dada berdegup kencang.Dia sudah menjangkakan apa yang bakal berlaku di situ setelah berita hubungannya dan Hana terbongkar dalam kalangan guru sekolah itu.Beberapa guru yang berada di ruang pejabat mengangkat kepala memerhati setiap gerak-geri Airil yang tampaknya tenang walaupun jauh di dalam jiwa bergelora.Raut-raut itu penuh persoalan sekadar bertapak di dada namun tidak terluah secara nyata.
Tanpa mengendahkan pandangan mata-mata tersebut,Airil terus menuju ke bilik pengetua.Setelah mengetuk pintu,Airil terus masuk ke bilik itu membuatkan detak jantungnya semakin pantas mengepam darah ke seluruh tubuh.Panas meresap ke seluruh tubuh tetapi dia berlagak tenang.
Di dalam bilik itu, barisan pentadbir dan guru kaunseling sudah sedia menanti.Sekali lagi sosoknya menjadi tumpuan lima pasang mata yang dikenalinya.Renungan Cikgu Liana lebih tajam daripada barisan pentadbir yang berada di situ seolah-olah banyak hal tersimpan di dalam dadanya menanti masa untuk meledak.
“Silakan duduk,Airil,"pelawa pengetua.
Airil mengangguk lalu mengambil tempat di sofa tunggal menghadap mereka.Sejenak,keheningan berat menyelubungi bilik itu.Semua pandangan tertumpu kepadanya seolah-olah dia berada di dalam kandang pesalah.
Pengetua akhirnya bersuara memecah keheningan."Saya rasa awak tahu kenapa kami memanggil awak pagi ini.”
Airil hanya mengangguk.Dia sudah bersedia mental dan fizikal untuk mengumumkan pernikahan rahsia mereka.Dia mendengar daripada Azim ada khabar mereka telah bernikah dan ada khabar mereka berzina sehingga Hana mengandung.Airil tampil demi mempertahankan maruah dia dan Hana.
Pengetua menyambung dengan suara berhati-hati."Saya nakkan kepastian tentang hubungan awak dan pelajar kita yang bernama Hana Qaisara.Ada khabar yang mengatakan Hana sedang mengandung dan awak adalah ayah kepada anaknya.Sejauh mana kebenaran itu?Apa sebenarnya hubungan awak berdua?Ada cerita kamu berdua sudah menikah dan ada cerita kamu berdua ada hubungan sulit."
Airil menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara dengan nada tegas tetapi teratur."Baiklah,saya jelaskan perkara sebenar memandangkan pelbagai cerita yang tersebar sebelum ianya lebih parah.Untuk pengetahuan semua,saya dan Hana sudah bernikah hampir setahun.Ya,benar.Hana hamilkan anak saya tetapi ia bukan hasil hubungan terlarang seperti yang disangka sesetengah pihak.Kami menikah secara sah mengikut hukum agama dan undang-undang."
Kata-kata itu membuat beberapa wajah dalam bilik itu berubah.Ada yang melopong,ada yang terdiam saling berpandangan sesama sendiri.
Belum sempat suasana reda,Cikgu Liana menyampuk lantang.
“Bagaimanakah seorang guru boleh menikahi pelajar sendiri?Kau tak fikir masa depan budak tu ke?Apakah kau tak boleh mengawal keinginan kau sehingga Hana tamat belajar?Kau tak rasa ke pandangan masyarakat akan anggap kau pedofilia?"
Airil menoleh ke arahnya.
“Aku tak boleh kawal anggapan masyarakat,Yana.Umur Hana pun hampir 20 tahun.Tiada istilah pedofilia.Kami berkahwin dengan persetujuan kedua-dua keluarga.Pernikahan kami bukan sebab nafsu tetapi ada sebab lebih besar lagi."
Pengetua mengangkat kening.“Apa maksud awak ada sebab besar?”
Airil menghela nafas seketika.Pandangannya beralih kepada barisan pentadbir yang setia mendengar."Awalnya,kami bernikah sebab saya nak melindungi Hana daripada Hanif.Saya rasa semua orang tahu tentang Hanif.Ada beberapa tragedi pencabulan yang dilakukan oleh Hanif terhadap Hana membuatkan babahnya rasa Hana tidak selamat tinggal serumah dengan Hanif.Jika saya tidak menikahi Hana,mungkin nasibnya akan jadi seperti Sofi.Cuma...Saya tak sangka yang kami betul-betul jatuh cinta."
Cikgu Liana terus sambung."Then,korang terlanjur sehingga Hana pregnant.Kenapa kau tak guna protection?"Sinis nada Cikgu Liana tidak berpuas hati.
"Yana,tak ada istilah terlanjur dalam hubungan kami.Kami sah suami isteri.Okaylah,aku faham maksud kau.Hana tak sepatutnya mengandung dalam tempoh belajar.Sorrylah,yang ini memang salah aku."Airil akui kesilapannya.Cikgu Liana mengeluh.
"Cikgu,saya minta maaf dengan apa yang telah berlaku.Saya tak berniat nak cemarkan nama sekolah.Saya nak selamatkan maruah Hana dan saya tak nak Hana menerima nasib yang sama seperti Sofi,"ujar Airil tenang.Tiada apa yang harus disembunyikan.Menyesal juga tidak.
Akhirnya pengetua menarik nafas panjang."Beginilah,Airil.Saya tak boleh nak halang.Awak dan Hana pun sah sebagai suami isteri.Takkan kami nak suruh awak berdua bercerai pula.Awak terus jalankan tanggungjawab awak sebagai guru dan suami kepada Hana.Cuma awak perlu lebih profesional untuk bezakan hal kerja dan peribadi.Urusan dengan pihak PPD saya akan selesaikan.Cuma…bagaimanakah dengan Hana?Boleh ke dia teruskan belajar hingga habis peperiksaan nanti?”
Cikgu Liana sekali lagi memotong."Haa..Itulah yang aku risaukan Airil.Dalam keadaan dia alahan,bolehkah dia fokus belajar?Exam dia tinggal lebih kurang dua bulan lagi."
Airil tersenyum nipis,ada keyakinan di wajahnya."InsyaAllah,semuanya akan berjalan dengan baik."
****
Shanaya menunggu Hana.Kedengaran Hana mengelurkan isi perut dari dalam tandas.Kuat suara Hana seperti hendak keluar anak tekak membangkitkan kebimbangan Shanaya."Kau okay tak tu?Salah makan ke semalam atau kau lewat makan?"soalnya cemas kerana sahabatnya itu selalu diserang gastrik.
Hana tidak sempat menjawab.Dia sudah menunduk di mangkuk tandas, memuntahkan isi perutnya.Nafasnya tersangkut-sangkut.Hana sudah kalis menghadapi situasi itu sejak dia berbadan dua.Suara risau Shanaya tidak henti-henti menyoal keadaannya tidak terjawab.Beberapa minit kemudian,dia bangun perlahan sambil memegang perut membuka pintu tandas.Wajahnya basah disirami air untuk menyejukkan suhu kulit mukanya.Shanaya berdiri tegak menyambut tangan Hana.
“Eh,kau okay tak ni?Kalau tak sihat aku nak beritahu cikgu call babah kau suruh datang sekolah jemput kau balik."Shanaya memberi cadangan apabila melihat sahabatnya seperti tidak bermaya.
“Aku okaylah.Sekejap lagi hilanglah tu mual-mual ni.Biasalah..Alahan sikit waktu pagi,"jawab Hana sambil mengelap muka dengan sapu tangan.Sebenarnya dia teringin sekali berkongsi berita kehamilannya dengan Shanaya tetapi ditahan dahulu sehingga Shanaya tahu hubungannya dengan Airil.Jika Shanaya tahu,pasti dia akan melompat kegembiraan.
“Alahan?”Shanaya memandang Hana dengan pandangan pelik.“Setahu aku, orang mengandung je alahan pagi-pagi ni.”
Hana hanya senyum kecil.Dia tidak menafikan dan tidak pula mengiakannya.Dia meneruskan langkah keluar.Hanya raut Airil berlegar-legar dalam benaknya ketika itu.Apa agaknya keputusan perbincangan antara Airil dan pengetua pagi tadi?Dadanya mula dipukul ombak apabila hal itu timbul di mindanya.
“Eh,jalan ke kelas sanalah!Kenapa kau melencong ke sini!” tegur Shanaya apabila Hana membelok ke kiri sedangkan laluan mereka lurus ke hadapan."Kau ni ada jalan dekat,nak juga pusing ikut jauh.Kita ni dah upper six tahu bukan form 1 nak ronda-ronda sekolah macam dulu,"bebel Shanya mengekori langkah Hana membuat Hana tersenyum.Aahh...Kenangan zaman remaja yang gemar menggunakan jalan jauh sebelum masuk ke kelas.
“Kau baliklah kelas dulu.Aku nak ke bilik guru sekejap.Nak jumpa Airil.”
“Airil??”Berkerut wajah Shanaya.
“Ha’ah.Husband aku tu.”
Shanaya terus mengekori.Terpinga-pinga namun mulutnya rancak berceloteh.
“Husband?Kau ada masalah otak ehh?Kau ni kuat sangat berhalusihasi.Aku kena suruh umi dan babah kau bawa kau pergi berubat cepat-cepat sebelum penyakit dunia khalayan kau semakin parah."
Hana hanya ketawa kecil.Sesungguhnya dia tidak pernah berkhayal.
Sebaik tiba di bilik guru, Hana mengetuk pintu lalu memberi salam.Serentak itu juga, Airil yang duduk paling hampir dengan pintu menoleh.Senyuman terukir di bibirnya apabila terpandang wajah Hana.Senyuman yang sama dibalas Hana dengan manja.Tanpa sedar Shanaya di belakang menyaksikan semuanya dengan mulut separuh terlopong kehairanan.
Hana menapak perlahan.Dia masih menjaga batasnya daripada menerkam Airil.Perlakuannya lebih formal di dalam bilik guru itu."Bagaimana?"soal Hana ingin tahu.
Airil mengelipkan mata lalu menyimpulkan senyuman."Semua berjalan dengan baik."
Lega Hana mendengarnya."Jika begitu, saya masuk ke kelas dulu."
"Hati-hati sayang," ucap Airil perlahan tetapi ungkapannya nyata dan jelas tertangkap di telinga Shanaya.
"Sayang?"Shanaya terlopong lagi.Apa sebenarnya yang mengganggu jiwa dua orang insan itu?Shanaya masih terkulat-kulat mencari jawapan dengan pandangan hairannya kepada Hana dan Airil.Namun,tiada jawapan yang tepat selain senyuman mereka berdua.
****
Bilik kaunseling itu sunyi sepi kerana tidak ramai penghuni di situ.Tirai separuh tertutup membiarkan cahaya petang menyelinap masuk, lembut tetapi cukup terang. Airil berdiri seketika di hadapan pintu sebelum mengetuk.
“Masuk,"pelawa Cikgu Liana dari dalam.
Airil melangkah masuk dengan tenang.Cikgu Liana sudah sedia duduk di belakang meja konsultasinya.Beberapa fail pelajar disusun rapi.Wajahnya serius dan tidak tersenyum seperti biasa.
“Duduklah,Airil,”jemput Cikgu Liana bernada profesional.
Airil menurut tanpa banyak tanya.
“Aku nak jumpa kau secara personal bukan untuk menyalahkan atau mempertikaikan perkahwinan kau,” Cikgu Liana memulakan bicara berhati-hati.“Aku cuma mahu bercakap sebagai seorang pendidik dan seorang yang prihatin terhadap pelajar dan sekolah."
Airil mengangguk kecil.“Aku faham."
Cikgu Liana menyilangkan jari-jarinya.
"Ril,sebenarnya aku risau sangat.STPM masih bersisa dua bulan lagi.Kau pun tahu Hana antara pelajar harapan sekolah kita.Dia bakal menyumbang peningkatan gred purata sekolah kita.." Cikgu Liana berhenti seketika."Aku bukan nak salahkan kau tapi aku bimbang sangat dia tak boleh fokus dan menjejaskan pointer peperiksaan dia.Keadaan kesihatan dia tidak menentu.Aku takut hari peperiksaan dia tak hadir sebab faktor alahan.Rugi,Ril."Cikgu Liana meluahkan kebimbangan yang menghuni hatinya.
Airil menarik nafas perlahan."Kebimbangan kau dan aku sama,Yana.Malahan kerisauan aku berlipat ganda daripada kau.Aku risaukan Hana sebagai seorang guru, seorang suami dan seorang ayah."
Cikgu Liana mengangkat pandangan.
"Hana isteri aku.Dia dan anak itu amanah besar yang aku kena jaga.Yana,aku faham sangat kerisauan kau.Aku bukan nak sedapkan hati kau tapi aku dan Hana telah berbincang tentang ini.Hana akan selesaikan peperiksaan dengan izin Allah.Tentang alahan tu,aku akan pastikan kesihatan dia sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal.Aku akan pantau dan kawal pelajaran serta kesihatan Hana."
Cikgu Liana terdiam."Bagaimana dengan emosi dan mental dia?Tidakkah dia tertekan?"
"Kau ragu-ragu dengan aku?Setakat ini,Hana boleh handle mental dan emosi dengan baik.Aku selalu di samping dia.Dia happy sangat dengan kandungan dia dan bersemangat nak habiskan exam.Aku yakin Hana boleh hadapi.Aku tak akan biarkan dia terkontang-kanting sendiri.Kau tak perlu khuatir."
Cikgu Liana menyandar perlahan di kerusi.
“Aku bukan ragu-ragu pada kau.Mungkin aku yang terlebih risau.Aku cuma tak nak dia sia-siakan apa yang dia usahakan selama ini."
Airil mengangguk memahami.
“Aku faham.Aku pun mahukan yang terbaik buat Hana.Aku yang mengajar dia.Takkan aku nak mengorbankan masa depan Hana demi perkahwinan kami.Aku akan jadi tulang belakang Hana."
Cikgu Liana menghela nafas panjang.
“Kalau begitulah kat kau,lega sikit aku rasa.Aku akan beri sokongang penuh untuk Hana. Tapi aku harap kau jujur dengan jika keadaan Hana berubah.Aku tak nak dia tertekan."
“InsyaAllah.Semoga semuanya berjalan lancar. "jawab Airil tanpa ragu.
Cikgu Liana mengangguk
“Aku inginkan yang terbaik untuk dia,” katanya. “Dan… mungkin juga untuk awak bertiga.”
****
Petang itu,suasana taman rekreasi tenang. Angin membawa bau rumput basah,dedaun bergoyang perlahan.Hana dan Shanaya berjalan santai di laluan pejalan kaki sambil memegang air kotak masing-masing.Shanaya menggaru kepalanya yang tidak gatal tetapi masih memikirkan panggilan sayang oleh Airil di bilik guru pada pagi tadi.Seharian hidup tidak dapat fokus."Issh..tak boleh jadi ni,"Shanaya berhenti.
Hana di sebelah turut mematikan langkah apabila melihat sahabatnya itu tidak keruan hidupnya.Penuh tanda tanya dan kekeliruan."Kenapa,Sha?"
Shanaya merenung muka Hana."Baik kau cakap betul-betul apa sebenarnya hubungan kau dan Cikgu Airil.Kenapa dia panggil kau sayang di bilik guru pagi tadi?Kau kena selesaikan persoalan yang bermain dalam minda aku ni sekarang.Aku nak tidur dengan lena malam ni,"ujar Shanaya meluahkan persoalan yang melimpah dalam benaknya.Tidak lena tidur dibuatnya nanti jika tidak mendapat kepastian yang nyata.
Hana ketawa kecil meskipun Shanaya terpinga-pinga menanti jawapan."Jom kita lepak di bangku sana.Kita ni di tengah laluan orang ramai.Tak pasal-pasal kena sumpahan percuma menggangu laluan orang."Tangan Shanaya dipegang lalu mengajak Shanaya keluar dari laluan pejalan kaki yang mereka berdiri sekarang.Mereka menuju ke bangku batu yang tidak jauh dari laluan pejalan kaki itu.
"Good.Aku tak nak jadi orang yang terakhir tahu,"kata Shanaya penuh semangat ingin tahu.
Ukiran lebar pada bibir Hana terserlah.Tidak sabar dia hendak berkongsi status dirinya dengan teman karib yang paling disayangi.Keutuhan hubungan persahabatan mereka memecah segala tembok walaupun mereka berbeza bangsa dan agama.
Share this novel
terima kasih update