Bab 42

Romance Series 210302

Hana menghidangkan air kopi o ais yang dipinta oleh babah apabila mengikut Hana ke rumah Hana.Anak bongsunya itu semakin matang dan pandai menguruskan rumah tangga.Berkat didikan Airil.

Air di dalam gelas diteguk.Aahh...Lega tekak babah."Nasib baiklah babah balik awal tadi.Kalau tak abang Hana yang gila nak buat apa pada Hana."Babah menitipkan syukur kerana dia tiba tepat pada masanya.

"Entahlah,babah."

"Haa..Kenapa sebenarnya Hana cari babah?Ada benda penting ke yang Hana nak cakap dengan babah?"Babah terus ke intipati cerita dia mengikut Hana bertandang ke rumahnya.

Hana duduk berhadapan serba salah hendak mulakan cerita tetapi dia tidak boleh sorokkan lagi.Ini soal maruah seorang perempuan.Pasti babah akan sangat tergamam.",Babah,Hana harap babah bersabar ya selepas Hana beritahu hal ni."Berat bagi Hana untuk menyampaikan cerita kepada babah.Cerita yang akan menghancurkan hati seorang bapa.

"Katakan saja.Babah akan reda."

"Errrm...Abang Anep dah mengandungkan anak dara orang.Perempuan itu satu kelas dengan Hana,bah."

"Hmmm..."Babah beriak biasa.Tidak menunjukkan sebarang mimik muka atau kemarahan.Cuma garisan pada wajahnya menjelaskan hati tua lelaki itu agak kecewa.

"Babah tak terkejut?"

"Dengan perangai abang Hana yang macam tu,babah tak hairan.Entahlah,babah pun tak tahu nak buat macam mana bagi dia insaf dan kembali ke pangkal jalan.Depan umi pijak semut pun tak mati,"keluh babah.Berita Hana sampaikan tidak memberi kejutan pun kepada babah kerana perangai anak sulungnya itu memang sukar diubah lagi-lagi sudah terjebak dengan dadah.

"Lepas tu,apa yang kita nak buat babah?Kasihan pada Sofi.Takkan kita nak biarkan dia macam tu saja.Abang Anep kena bertanggungjawab walau apa jua masalahnya.Itu anak dia."

Babah angguk-angguk."Ya,babah pun fikir benda yang sama.Hana bawa budak tu jumpa babah dan umi.Tentang Anep tu biar babah yang uruskan."

Hana menggangguk faham."Umi pula bagaimana,bah.Babah tahu kan umi terlalu percaya kepada Abang Anep."

"Hana jangan beritahu umi lagi.Bawa dulu budak tu jumpa keluarga kita.Masa itu biar babah yang jelaskan.Umi mahu atau pun tidak,dia terpaksa terima sebab perbuatan anak kesayangan dia."Babah bertegas.

"Hana."Suara Sofi mengembalikan lamunan imbas kembali perbualannya dengan babah.Hal itu masih menjadi rahsia antara dia dan babah saja.Airil pun dia tidak kongsikan pemasalahan itu.Arrrgghh...Susahnya jadi dewasa.

"Terima kasih,Hana sebab tolong aku.Balik nanti aku akan beritahu ibu bala aku.Aku tak tahu macam mana nak balas jasa kau,"ucap Sofi.Sinar harapan semakin cerah.Dia tidak perlu takut lagi menghadapi hari-hari gelapnya sejak dia mengandung.

Renungan Hana pada iris Sofi sangat dalam."Errr...Aku ada sesuatu yang nak minta kau tolong."

"Apa?"

"Aku nak kau bersihkan nama Cikgu Airil di hadapan umi aku.Tolong cakap jujur Cikgu Airil tak pernah buat apa-apa kepada kau.Kau beritahu dia yang Anep paksa kau sebarkan fitnah kepada umi,"pinta Hana.Sofi orang yang tepat untuk bersihkan nama suaminya yang buruk di mata umi.

****
Duduknya Hana di sudut hujung perpustakaan sedang menyalin nota Pengajian Am.Sudut kegemerannya yang menghadap tingkap dan mengintai padang.Suasana di perpustakaan pada petang itu sunyi.Tidak ramai pelajar di dalam perpustakaan itu pada waktu pulang.Kebiasaannya,adalah pelajar tingkatan 6 dah 5 saja masuk untuk ulang kaji.Itupun tidak sampai sepuluh orang.

Airil datang hulurkan sekeping dokumen kepada Hana.Dia duduk bertentangan dengan Hana terpisah oleh meja besar di hadapannya.Hana membaca kertas itu membuntangkan mata.

"Siapa daftarkan Hana ni?"Hana mengangkat kening.Mimpi apakah Airil ini?Rela datang perpustakaan untuk sampaikan borang pendaftaran lesen kereta.

"Saya."

"Kenapa?"

"Senang.Awak ambil lesen siap-siap.Nanti kalau awak dah sambung belajar,senang awak nak bergerak ke mana-mana."

Sepet mata Hana apabila dia mengecilkannya."Kan boleh bagi dekat rumah nanti."

Airil mengangkat bahu."Saja bagi awal.Takut balik nanti saya terlupa nak bagi."

Hana mengangguk lalu mata dan tangannya menyambung semula menyalin nota berwarna-warni berasaskan peta ithink.

"Dah pukul berapa ni?Awak tak lapar ke?Jom balik makan.Saya belanja,"ajak Airil apabila berasa lama di dalam perpustakaan itu.

"Pergi makan?Di kedai?Kita berdua?"Soalan Hana ringkas tetapi berantai-rantai untuk mendapatkan kepastian.Sejak mereka bernikah,Airil tidak pernah sekalipun bawanya makan berdua di luar.Takut orang nampak katanya bakal mencetuskan khabar angin.Namun hari ini...Airil bermimpikah atau tukar angin?

Airil mengiakan."Yalah."

Hana menoleh pada notanya."Sekejap boleh? Nak habiskan sikit nota ni. Lagi sepuluh minit siap.”

Airil angguk.“Okay,saya tunggu.”

Dia menunduk, keluarkan telefon bimbit, bermain game senyap-senyap.Pandangannya sekali-sekala curi menjeling Hana.

Tak lama kemudian, suara ceria datang dari sisi meja.

“Wei,kau tahu tak Sofi muntah-muntah macam nak terkeluar anak tekak kat toilet!Nasib baiklah ada aku yang berjiwa rakyat ni tolong gosokkan belakang dia.Sapu minyak angin,” Shanaya muncul beria bercerita."Eh,Cikgu Airil!Lupa nak bagi salam.Excited nak bercerita."Shanaya tersengih-sengih menyapa Airil.

"Dia macam mana tu?"

"Okay dah.Balik dah tu.Aku iring dia sampai ke kereta mak dia tadi.Hmm...Aku rasa dia pun kena gastrik macam kaulah,Hana.Mesti tak makan hari ni macam kita kan?"

Shanaya mula rancak berbual.Airil diam.Dari orang penting sebentar tadi, kini terasa seperti hiasan meja.Dia menyampuk."Jomlah makan sekali,Sha.Saya belanja,"pelawa Airil.

"Seriuslah,cikgu.Pucuk dicita ulam mendatang.Saya memang lapar ni.Saya tak pernah menolak rezeki bak kata pepatah kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan,"ceria Shanaya.

Bahu Hana ditepuk lembut."Dah la buat kerjanya.Tak payah tunjuk rajin sangatlah.Lapar ni."Alat tulis dan buku Hana dia kemaskan walaupun tidak disuruh.

“Assalamualaikum,”sapa Arshad perlahan.

Airil dan Hana sama-sama berpaling. Arshad berdiri dengan wajah yang agak serius.

“Boleh saya cakap dengan Hana kejap?Bukan kat sini.Saya nak bercakap empat mata, berdua.”Arshad memandang Airil seperti meminta izin.

Hana melirik kepada Airil, beri isyarat mata penuh makna.Jangan tinggalkan izinkan.

Airil menyilangkan tangan, suara tenang namun tajam.

“Penting sangat ke sampai tak boleh cakap kat sini? Kalau nak berbual, jomlah makan sekali. Boleh cakap masa tu.”

Arshad menggeleng.“Saya tak nak orang lain dengar.Ini soal hati dan perasaan antara saya dan Hana.”

Airil mendesis perlahan.Aku pun ada hati dan perasaan.Hana tu isteri aku.Beria pula ajak isteri orang jumpa berdua.

Shanaya menyampuk apabila Hana mencuit pinggangnya.

“Cinta-cinta ni simpan dululah.Aku dengan Hana nak makan dulu sementara Cikgu Airil nak belanja ni.Dari pagi kami tak jamah hanya jamah kuih seketul je.Hana ni ada gastrik.Kalau lambat makan, nanti sakit.”

Hana angguk perlahan, menyokong. “Nanti kita sembang jika ada waktu free."

Arshad tunduk hormat walaupun riak kecewa jelas di wajahnya."Awak free nanti beritahu saya."

Airil perhatikan Arshad pergi. Perasaannya bercampur.Namun dia lega keranandia masih orang yang Hana pilih untuk duduk bersama hari ini.

Hana tutup buku."Jomlah makan. Lapar betul dah ni.”

Mereka bangun bersama, berjalan keluar perpustakaan.Dalam diam Hana dan Airil bermain mata dan membalas senyuman.Tiada siapa tahu dalam senyap begini pun, cinta sedang perlahan-lahan tumbuh.Tidak perlu bunga.Tidak perlu kata manis.Tidak perlu ucapan.Cukup ada ruang untuk saling mendekat.

****
Bunyi air mengalir dari sinki memenuhi ruang dapur.Hana menyingsing lengan baju tekun menyental pinggan satu per satu.Wap hangat dari air sabun naik perlahan menenangkan.

Airil duduk di ruang makan,menghabiskan air dalam gelas menemani Hana membasuh pinggan.Sehingga satu panggilan masuk.

Irwan.

Dia jawab sepatah dua, suara tenang. Telinga Hana tetap menangkap butirnya.

"Bila sampai?Boleh saja.Apa-apa nanti kau roger aku.Okay..Waalaikumussalam."Usai menjawab salam,talian ditamatkan.

Hana menoleh dari sinki sambil mengelap tangan dengan tuala kecil.

“Siapa telefon tu?” tanyanya santai.

“Wan,” jawab Airil pendek, tanpa memandang.

“Ohh… Irwan datang sini? Dia ada cakap hari tu.Katanya ada kursus pengendalian makanan 3 hari.Bestnya!” Mata Hana bersinar sedikit.

Airil angkat kening.“Apa yang best sangat?”

“Yelah… ada orang teman borak. Mungkin boleh keluar lepak-lepak sama-sama.”

Airil renung Hana.Pandangan yang mula berubah.Riak wajahnya tidak tegang tetapi sepi.Dadanya mula terasa berat. Dia bertanya perlahan mencungkil sesuatu yang telah lama terpendam.

“Awak selalu sangat ke berhubung dengan Wan?”

Hana angguk, jujur.“Selalu jugak.Kami selalu share pasal resipi,kadang cerita rutin harian yang membosankan,plan aktiviti kalau balik kampung nanti,dan cerita tentang plan masa depan...Banyaklah."

"Plan masa depan awak dan dia?"

Hana terkedu.Tona suara Airil agak gusar kedengarannya."Eer...er...tak.Bukan masa depan kami.Masa depan saya setelah habis belajar nanti,"jelas Hana.

Airil tak bersuara.Dia hanya memandang lama sebelum mengalihkan wajah.

"Lepak dan borak sama-sama ehh..Plan masa depan..Errmmmm..Nice,"ucap Airil hambar.

Kenapa bukan aku dia kongsikan semua itu? bisik hatinya.

Dalam diam, cemburu itu sudah lama bertunas. Tapi hari ini… ia mula tumbuh akar.

Perlahan dia bangun dari kerusi dan berjalan masuk ke bilik.Tidak menjerit. Tidak juga marah.Langkahnya jelas berat. Ada ketegangan pada rautnya seolah-olah menahan sesuatu yang memedihkan di dalam jiwanya.

Hana terpinga.Sapu tangan yang digenggamnya terhenti di udara.Dia tahu perubahan itu bukan biasa.Ada sesuatu sedang bergolak dalam hati lelaki itu yang tidak dapat difahami.

****
Ruang tamu sunyi.Hanya bunyi televisyen yang masih terpasang menemani malam yang larut.Hana terlelap di atas sofa.Tubuh kecilnya meringkuk sedikit dengan tangan memeluk bantal. Wajahnya tenang dalam lena.

Airil muncul dari bilik berniat mahu mengambil telefon yang tertinggal. Namun langkahnya terhenti apabila melihat Hana tertidur di situ.

Airil menghampiri.Dia duduk di bawah dan bersandar di sisi sofa.Matanya menatap wajah isterinya.Lama raut lembut dan ayu itu ditatap.

“Cantik…” pujinya dalam hati.

Selama ni aku terlalu sibuk halang diri daripada rasa begini.Tapi sekarag kenapa aku sendiri tak boleh alih pandangan aku daripada dia.Pelik.

Jari Airil terangkat perlahan menyentuh bibir Hana.Senyuman kecil terbentuk di bibirnya saat tangan Hana menepis manja dalam tidurnya.Tindakan refleks membuat Hana nampak comel.

Airil tergelak kecil namun tertawa itu mati serta-merta apabila terdengar bunyi getar telefon dari bawah sofa. Dia tunduk mencari sumber bunyi.

Telefon Hana bergetar dan ada notifikasi Whatsapp.

Airil mengambil telefon itu.Skrin telefon menyala dan ada satu pesanan WhatsApp masuk yang diterima daripada pengirim bernama Acad.Airil termenung sekejap.'Apa yang dia mahu?'

Dengan sengaja dan tidak teragak-agak,Airil membuka dan membaca pesanan itu.

“Hana dah lama tak jawab call Acad sejak ada dia.Whatsapp pun tidak.Acad sunyi tak ada Hana.Hana berilah peluang kepada Acad.Acad sanggup buat apa saja asal Hana kembali kepada Acad.Acad tahu Hana isteri orang tapi Acad percaya jodoh kita masih panjang.Acad tetap akak tunggu Hana."

Airil kaku sebaik membaca setiap perkataan yang tersusun itu.Satu tusukan terasa dalam dadanya. Nafasnya perlahan jadi teramat berat.

'Kenapa aku rasa macam ni? Aku bukan siapa-sia.Tapi aku suami dia. Dia isteri aku.Dan aku tak suka ada lelaki pujuk rayu isteri aku macam ni…”

Airil genggam telefon itu. Fikirannya bercelaru.Ikutkan hati,geram dia hendak gerakkan jari-jari mengetik punat-punat huruf yang terpampang membalas pesanan itu.'Jangan ganggu Hana lagi.Dia milik aku."Hati Airil bermonolog sendiri.

Suara kusut dalam fikirannya terhenti apabila Hana tiba-tiba menggeliat kecil dan membuka mata.Sekilas, mata mereka bertentang.

Hana terkejut. “Abang?”

Airil bangkit perlahan menghulurkan telefon tanpa suara.Panggilan Hana tidak dibalas.

Hana ambil telefon itu yang dihulurkan dengan muka terpinga-pinga.Sekali imbas dia nampak nama yang terpapar dan pesanan panjang yang matanya tidak sempat menangkap isinya.

Airil tenung Hana.Wajahnya tenang tapi matanya berisi rasa yang sukar disembunyikan.

“Awak ni nak siapa sebenarnya?Tadi Wan,sekarang Acad pula.”Dia ketawa kecil, sinis. “Lepas ni siapa pula? Iqbal? Amri? Atau ada lagi kawan-kawan lelaki awak yang saya tak tahu?"

Hana mengerutkan dahi memandang Airil.

“Apa maksud abang ni?Hana tak fahamlah.”

Airil menggeleng seperti kecewa dengan dirinya sendiri.

“Tak ada apa.Saya mengantuk.Nak masuk tidur."Mendatar saja suaranya.

Hana ingin bersuara, tetapi Airil sudah berpaling dan melangkah ke bilik.

Hana terduduk.Telefon di tangan.Mesej Acad tadi dibaca dan difahami. Nafasnya pendek.

“Kenapa dia nampak kecewa? Cemburu ke?”

Hana tunduk.Bibirnya mengeluh kecil.

“Takkanlah..Dia mana ada perasaan."

Yeaa...sempat MJ update..Hehehe..Sila meriahkan komen ya kenapa Airil rasa begitu..Hehehe..Lepas ni Irwan datang menumpang rumah dorang beberapa hari.Lagilah tak tenang hidup Airil nanti.

Share this novel

Nur
2025-06-19 22:07:11 

next pls

jasmin
2025-06-19 18:48:04 

bila next update mj....

Lily Wahida
2025-06-18 02:21:34 

Xde update ke ms J...


NovelPlus Premium

The best ads free experience