Hana Qaisara,pelajar Prauniversiti yang naif dan ceria.Airil Safuan seorang guru Kesusasteraan Melayu berumur 35 tahun yang tegas.Mereka terpaksa berkahwin kerana satu kejadian yang tidak disengajakan.Sebagai guru dan pelajar,mereka bersetuju merahsiakan perkahwinan mereka sehingga Hana Qaisara tamat pengajiannya di tingkatan 6.Di rumah mereka suami isteri.Di sekolah mereka guru dan pelajar.Namun bagi Airil,Hana tetap pelajarnya bukan isteri kerana Hana 16 tahun lebih muda untuk bergelar isterinya.Berlainan pula dengan Hana.Hana reda menerima takdir dan jodohnya bersama Airil walaupun dia sudah punya kekasih hati.Akhirnya,dia benar-benar terjatuh cinta kepada Airil tetapi Airil tetap menyepi. Adakah Hana berjaya memiliki hati Airil?Adakah cinta akan berputik antara mereka atau sebaliknya?Ikuti kisah Hana Qaisara dan Airil Safuan dalam Izinkan Aku Mencintaimu. "Awak terlalu muda untuk bergelar seorang isteri,Hana.Saya tak nak rosakkan masa depan dan cita-cita awak jika awak terikat dengan saya.Perjalanan hidup awak masih jauh."-Airil Safuan. "Setelah terlafaznya akad,saya memujuk hati saya untuk terima awak sebagai suami saya.Saya lepaskan cinta saya pergi kerana saya tahu berdosanya saya menyimpan perasaan kepada lelaki selain suami sendiri."-Hana Qaisara. "Apapun status awak,di hati saya hanya ada awak seorang.Saya tetap akan tunggu awak sehingga dia melepaskan awak."-Nik Arshad. "Awak ada satu aura yang mampu memikat hati lelaki yang dekat dengan awak.Saya tak pasti apa tapi aura awak menarik saya untuk mengenali awak dengan lebih mendalam."-Irwan "Hana tak boleh jadi milik sesiapa."-Hanif (p/s : 18 tahun ke atas saja)
View All Chapters (Total 24 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-12-09
bila author update,xsabar huhuhu
2024-12-07
best cite ni...marathon baca Sampai chapter last
2024-12-05
Donated 400 nCoins - hi sis cerita sis ni update seminggu sekali ye