Series
279904
Selesai menidurkan Aulia,Airil berbaring di sebelah Hana yang membelakanginya.Isterinya itu kalau sudah membelakangi,maksudnya merajuklah.Terasa hati kerana respon tiada perasaan Airil apabila dapat tahu mereka bakal menimang cahaya mata lagi.
Airil menolak bahu Hana perlahan-lahan.Tahu isterinya tidur-tidur ayam sahaja."Sayang.Abang tahu sayang tak tidur lagi.Abang kenal sangat isteri abang ni,"panggil Airil manja.
Hana tidak berpaling.Diam sahaja.Matanya buat-buat pejam apabila suaminya memanggil.Malas dia hendak memberi tindak balas.
"Sayang marah abang?Abang minta maaf ya.Abang terkejut bukan tak suka Hana mengandung lagi."
Kata-kata Airil menarik perhatian Hana untuk menoleh."Tapi abang tak happy kan?"Hana tidak berpuas hati.
"Abang bukan tak happy cuma abang bimbangkan Hana.Hana boleh hadap baby nangis-nangis?Ingat tak dulu Hana stres masa Uya baby asyik menangis nak menempel dengan Hana.Hana mengamuk nangis-nangis kurung diri dalam bilik nak rehat.Mujur Hana tak campak je anak kita masa tu."Airil ingatkan.Fasa merudum Hana selepas bersalin yang tidak cukup rehat menguji kualiti hidup Hana membuatkan Airil berfikir panjang untuk dapatkan anak lagi.
Hana berfikir sejenak mengenangkan fasa berpantang dan membesarkan Aulia selama setahun.Perit hendak mengharungi fasa 'separation anxiety' Aulia masa bayi.Tidak boleh berenggang langsung dengan Hana malahan Airil pujuk pun dia tidak mahu.Makan,tidur dan rehat Hana sangat terganggu menyebabkan Hana stres melampau.Nasib baiklah ada Airil yang selalu membantu Hana walaupun ketika itu Aulia sangat cerewet.Sampailah Aulia berumur satu tahun baru dia pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran.Selepas itu,Airil mengambil alih tugas menjaga anak ketika Hana sambung belajar.
"Masa tu Hana masih muda.Anak sulung pula.Hana tak pandai urus anak lagi waktu itu.Sekarang ni,insyaAllah Hana boleh buat.Lagipun,Hana dah banyak terlepas peluang tengok Uya membesar depan mata sampai Uya tak mahu dengan Hana.Baby yang ni Hana nak jaga sendiri,"ujar Hana sambil melabuhkan kepala atas dada bidang Airil.Tempat kegemarannya apabila ingin tidur.
"Hhmm...Habis abang macam mana?"Suara Airil merungut manja.Perangai mengada manja Airil mula timbul.
Hana angkat kepala dan memandang mata suaminya."Kenapa dengan abang?"
"Abang ni baru nak manja-manja dengan isteri.Dulu baru nak manja-manja,Hana pregnant.Lepas Uya lahir,lagilah payah nak manja sebab Uya asyik nak mommy.Uya dah besar sikit,Hana sambung belajar.Habis belajar,ingat naklah manja lama-lama.Eh,lekat pula seorang lagi!Nampak gayanya abang tak ada peluanglah dapat merasa belaian sayang."Airil mencebik.Panjang kronologi permasalahan Airil dalam menuntut kasih sayang Hana.
Hana angkat kening."Yeke tak ada peluang?Kalau tak ada peluang,tak wujudlah baby dalam perut ni."
"Manja sorok-sorok.Baru nak dekat sikit,adalah orang ketiga mengganggu."Airil gelak.Lumrah ibu bapa jika sudah punya anak kecil.Masa akan lebih tertumpu kepada anak berbanding pasangan.
"Nak buat macam mana,anak-anak abang juga." Hana ketawa.Sememangnya tiada privasi untuk mereka berdua-duaan kerana akan ada yang akan menghalang kasih sayang mereka tetapi itu rezeki mereka dan penyeri hidup mereka.
"Esok abang teman Hana buat buku pink ya," pinta Hana merangkul lengan suaminya.
"Hmmm...Tapi ada syarat," kata Airil membuatkan Hana mengangkat kepala memandangnya.
"Apa?"
"Malam ini Hana abang punya," jawab Airil dengan senyuman lebar ke pipi.Hana mencubit lengannya.'Nakal.'
****
"Hana!!!"panggil Shanaya sambil melambai dari jauh.Parking berbumbung klinik kesihatan itu menjadi saksi pertemuan dua orang sahabat akrab.Shanaya termengah-mengah berlari anak ke arah Hana.
"Weh..Babe.I miss you so much."Kedua-dua mereka saling berpelukan melepaskan rindu dendam.
"Sampai hati kau tak datang konvo aku."Hana pura-pura merajuk.
"Ala..Sorry la babe.Aku teringin sangat nak datang tapi aku exam last paper masa tu.Kau janganlah buat aku serba salah."Shanaya memujuk Hana.Memang dia teringin sangat meraikan Hana berkonvokesyen tetapi malangnya dia menghadapi peperiksaan akhir semester.Serba salah dibuatnya.
"Aku gurau sajalah.Eh,kau datang dengan siapa ni!Kau tak sihat ke?"soal Hana apabila terjumpa Shanaya secara tidak sengaja di parking klinik kesihatan.
"Ayah aku kan ada darah tinggi.Aku hantar ayah aku check up berkala.Dia ada kat dalam tu tunggu turn dengan mak aku.Eh,kau ni pula dengan siapa?Buat apa di sini?Hantar laki kau lenguh-lenguh tulang ke?"usik Shanaya.
Hana menepuk bahu Shanaya."Ishh..Kau ni.Tak baik tau.Walaupun laki aku tu dah masuk 40 tapi dia masih gagah tau," kata Hana membela Airil."Aku ke sini dengan Airil.Buat benda ni."Hana mengangkat buku pink menunjukkan kepada Hana.
Shanaya teruja."Oh my God,babe!Kau pregnant lagi?"tanya Shanaya dengan mata membulat besar."Seronok sangat kau kumpul anak ehh.Aku jugalah yang masih single sampai sekarang.Tak laku-laku," ujar Shanaya kesal.Sahabatnya bakal menimang cahaya mata lagi,dia jodoh pun masih samar-samar.
"Kau tu memilih sangat.Mak kau nak jodohkan kau dengan Ravi kau tolak.Nak suami ala-ala Vijay Thalapati atau Allu Arjun konon.Select," bidas Hana.
Shanaya menjulingkan matanya.Hah.."Tak kena dengan taste akulah.Eh,anak dara comel aku tak bawa ke?Ke dengan ayah dia?"Mata Shanaya mencari-cari Aulia di sisi Hana tetapi tiada.
"Uya?Aku tinggal dia kat babah dan umi aku.Bawa dia ke sini,tak jadi buku pink.Jadi mak kau hijau nanti,"kata Hana sambil tergelak.Sikap aktif dan lincah Aulia sukar dikawal jika berada di tempat terkurung dan ramai orang.Mulalah dia buat perangai mengamuk jika dia berasa tidak bebas dan puas.
"Lama aku tak jumpa dia.Eh,petang ni aku pergi rumah kau ya!Aku nak main dengan Uya.Kau jangan nak mengada-ngada keluar ke apa.Duduk rumah je tunggu aku,"kata Shanaya penuh semangat.Tidak sabar-sabar dia ingin bertemu Aulia.
Kemudian,Airil tiba di situ membawa plastik ubat.Terus Shanaya menyapa mesra."Hai,Cikgu Airil!Apa khabar?Wau,makin segak cikgu!Nampak awet muda.Patutlah kawan baik saya ni sayang dan kerja nak menambah anak je,"gurau Shanaya.Hana menyiku sahabat baiknya yang mulutnya kadang-kadang mudah terlepas cakap.
Airil mengukir senyuman.Malu-malu kucing dengan gurauan yang Shanaya.
****
"Babang!"pekik Aulia egeraman mencubit pipi Aqeef.Giginya diketap manakala wajahnya bertukar kemerahan menahan kegeraman terhadap abangnya.
Aqeef mengadu kesakitan."Aduh..Aduuh..Sakit pipi babang,dik.Mommy tolong babang."Aqeef cuba melonggarkan cekikan penuh emosi Aulia.
"Ya Allah.Uya buat apa kat babang?Lepaskan pipi babang.Koyak pipi babang nanti.Geram sangat gayanya tu,"tegur Hana meleraikan tangan Aulia daripada pipi Aqeef.Aqeef menggosok pipinya yang sakit dan muncul kemerahan akibat kuku Aulia.
"Babang tu kacau Uya.Babang runtuhkan jambatan Uya buat."Petah Aulia mengadu perbuatan abangnya mengganggu dia bermain lego
Aqeef ketawa.Dia yang sengaja merobohkan jambatan adiknya supaya Aulia marah kerana dia suka mengusik Aulia supaya cengeng.Adik kecilnya memang tidak akan mengalah.Dibalas sungguh-sungguh jika dia tidak berpuas hati.
"Lain macam sungguhlah anak kedua Airil Safuan yang bernama Nur Aulia Farhana ni.Tak nak mengalah langsung.Dia saja yang terpaling betul,"omel Hana sambil mendukung Aulia.
"Ikut perangai orang yang melahirkannyalah tu," sampuk Airil.Hana memandang Airil tanpa sepatah suara.'Nak kata ikut perangai aku ke?'getus hati Hana.
"Biasalah,mommy.Perempuan,anak nombor dua dan bongsu pula tu.Memang terkenal cengeng sejak azali lagi,"kata Aqeef kepada adiknya yang masih tidak mengerti maksudnya.
Airil yang dari tadi sibuk menghadap telefon tiba-tiba menyampuk tanpa angkat kepala.“Siapa kata Uya bongsu?”
Empat pasang mata terus berpaling kepadanya.
Hana sempat mengerling tersipu-sipu malu.Irwan dan isterinya sedang menikmati kuih turut memandang untuk menjawab tekaan namun tidak pula mereka ingin bertanya.
Airil angkat muka,senyum lebar."Babang tahu tak, babang nak dapat adik lagi seorang?”tanya Airil kepada Aqeef.
Aqeef terbeliak mengalihkan pandangan kepada Hana.“Betul ke,mommy??”
Hana mengangguk sambil tersenyum lebar.
“Wahhh!”Aqeef bersorak“Adik lagiii! Bestnyaaa!Tapi mommy jangan lahirkan adik yang cengeng dan moody macam Uya.Memang babang kacau sampai menangislah jawabnya."
Pipi Aulia dicubit-cubit lembut.Aulia menepis dengan kerutan bengis pada wajahnya."Babang..Jangan!!"jerit Aulia.
Ibu mentua Hana yang sedang sibuk melipat kain menyampuk."Haa… bertambah lagi cucu nenek tak lama lagi.Bukan seorang, tapi dua orang!”
Hana berpaling laju."Dua orang?”
Ibu angguk sambil tersenyum penuh makna. “Sorang dari kamu.Sorang lagi dari Wan dan Dina.Dina pun mengandung anak sulung.Alhamdulillah,tiga tahun menanti cahaya mata,akhirnya hadir juga tahun ini."
Semua di ruang tamu terdiam sejenak.Antara terkejut dan terharu. Kemudian,satu demi satu mula bersuara memberi tahniah.Ada air mata kegembiraan jatuh pada pipi mereka.Gembira meraikan berakhirnya penantian mereka untuk dapatkan zuriat.
“Alhamdulillah!Tahniah,Dina."Hana memeluk Dina.
"Doakan Allah permudahkan urusan Dina ya.Dina tak berani nak berharap lebih sebab masih awal.Yalah,orang tua-tua kata macam-macam boleh jadi di awal usia kandungan."
“Janganlah cakap begitu,Dina.InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja."Hana tenangkan kebimbangan yang menyelubungi hati Dina.
Hana melepaskan pelukan dan kembali ke sisi Airil.
"Meriahlah raya tahun depan dengar suara cucu-cucu ibu menangis."Airil berseloroh diikuti tawa seisi rumah.
Hana senyum lebar memandang Airil yang kini merangkul bahunya.Aulia pula sudah berhenti marah, mula sibuk ajak Aqeef bermain bersama."Babang,jom main dengan Uya."
Aqeef menjawab selamba."Tak naklah main dengan Uya.Tak best."
Aulia merengek menghentak-hentak kakinya apabila kemahuannya tidak dituruti abang kesayanganya."Babang..Main dengan Uya,"desak Aulia menarik-narik tangan Aqeef.
"Adik tak boleh dah buat perangai mengada macam ni.Malulah kalau ada adik baby baharu nanti buat perangai,"usik Aqeef.
"Nanak adik!!Uya baby lagi.." rungut Aulia mengada-ngada sambil memeluk abangnya.
****
"Air kopi,bang,"pelawa Hana menghidangkan secawan air kopi panas kepada Airil yang masih berasap.Aromanya menusuk kalbu.
Hana melabuhkan punggung di bangku batu bertentangan Airil.Dia memandang bintang-bintang yang menghiasi dada langit terbentang luas.Indah.Dalam hati dia memuji kebesaran Allah kerana menciptakan bumbung semesta nian indah itu untuk penduduk pentas dunia.
"Mana anak-anak?"soal Airil.
"Uya dah tidur.Babang tengok TV dengan Wan," terang Hana.
"Kenapa sayang tak tidur lagi?"Airil menatap raut isterinya yang tampak semakin naik serinya.
"Hana mana boleh tidur kalau bantal peluk Hana ni tak ada di sebelah."
Airil mencubit lembut hidung isterinya."Eleh..Mengada mommy anak-anak abang ni."
Tindakan itu menyebabkan Hana tersengih.
"Sayang yakin tak nak kerja?"tanya Airil.
Hana mengangguk."Yup..Kan Hana dah cakap nak duduk rumah jaga abang dan anak-anak."
"Hmm..Sayang tak rasa rugi ke belajar tinggi-tinggi tapi jadi suri rumah jaga anak-anak abang?"
"Tak pernah rasa rugi pun malahan Hana rasa bahagia dapat berbakti untuk abang dan anak-anak kita.Kenapa?Abang nak suruh Hana cari kerja ke?"
"Taklah.Abang memang tak nak Hana bekerja sebab abang mampu tanggung keluarga kita.Tapi jika Hana berkeinginan untuk menimba pengalaman bekerja,abang tak halang.Hana kahwin awal sebelum habis sekolah.Hana tak sempat nak merasa kebebasan dan menikmati kehidupan muda seperti gadis-gadis muda lain.Abang faham jika Hana perlukan ruang untuk diri Hana sendiri.Abang izinkan tetapi bukanlah bebas macam orang bujang pula," kata Airil.Dia sedar zaman muda Hana banyak dihabiskan untuk dia dan keluarga.Jadi,dia enggan Hana rasa kebebasan dan keinginannya tersekat kerana dia sudah mendirikan rumah tangga.
"Abang..Hana bahagia begini.Bahagia di samping abang dan anak-anak kita.Siapa kata Hana tak menikmati kehidupan Hana?Abang dan anak-anak ialah nikmat kehidupan Hana.Hana tak pernah rasa tersekat pun," ucap Hana.Dia tidak pernah merasa terkurung meskipun kahwin pada usia muda.Lagipun,Airil tidak mengongkong dan menyekat kebebasannya 24 jam.
Airil memegang tangan Hana."I love you,sayang.Terima kasih untuk semuanya."
Airil merenung raut ayu dan manis isterinya sedalam-dalamnya dengan penuh kasih sayang.Perempuan yang dinikahi tanpa sengaja itu kini kekal menjadi suri hatinya.Benih-benih cinta semakin memekar dalam hati mereka berdua dan mengharapkan ianya akan kekal segar sepanjang hayat.
Okay..done.. Mereka berdua bahagia akhirnya.
Share this novel
Suka karya mj..
tahniah jugak dr saya...terima kasih..sy suka karya anda
tahniah & terima kasih miss jebat..?