Bab 21

Romance Series 139977

Hana merenung wajah tampan Airil yang sedang mengajar di hadapan.Dagunya ditongkatkan dengan tangan.Persona suaminya itu menjamu selera matanya memandang.Sekali pandang tidak puas.Karisma yang dimiliki Airil dulunya dirasakan 'annoying',kini menjadi kegemaran Hana.Sungguh hatinya mula dijentik rasa kagum dan ada satu perasaan kasih mula menghuni hatinya.Dalam diam Airil mula mendapat tempat di sudut hati Hana.

'Haaiihhh...Untungnya aku dapat suami good looking macam mamat kat depan ni.Aku rasa akulah wanita paling bertuah atas muka bumi ni,'getus hati Hana.Fikirannya tidak berada dalam kelas Kesusasteraan Melayu itu.Apa yang dijelaskan oleh Airil di hadapan langsung tidak diambil perhatian.Hana jauh terbang melayang membayangkan detik-detik layanan Airil sewaktu dia mengalami trauma.Tidaklah begitu romantik tetapi setiap kata-kata semangat,pelukan dan pujukan Airil menambat hati Hana.Disebabkan itu,hormon gatalnya merembes ke seluruh tubuhnya menjadikan dia mula gila bayang.

"Berdasarkan Sulalatus Salatin yang kamu semua baca,apakah nilai kemanusiaan yang terdapat kisah tersebut?Siapa yang boleh bagi pandangan?"soal Airil membincangkan berkaitan isi pelajaran mereka.Interaksi antara dua hala menggalakkan pelajarnya menyumbang idea dan aktif dalam kelas.

"Berbakti,cikgu,"jawab Sofi penuh yakin.

"Yes,jawapan yang tepat.Good,Sofi.Tapi saya nak tahu bagaimana nilai berbakti ini diterapkan dalam karya tersebut?Siapa boleh huraikan atau bagi contoh yang sesuai?"sambung Airil lagi mengembangkan soalannya untuk mengenal pasti tahap kefahaman para pelajarnya.Namun,ketika itu tiada seorang pelajar cuba memberi jawapan.Kelas sunyi dan sepi.Hanya bunyi kipas yang kedengaran.Airil pandang para pelajar tetapi masing-masing menunduk.Takut nama dipetik barangkali.Ada yang berfikir tetapi apa yang difikirkan Airil tidak tahu.Ada juga yang menyelak-nyelak helaian muka surat buku mencari jawapan.Airil geli hati dengan gelagat masing-masing ingin menyelamatkan diri daripada menjawab soalan kerana satu masa dulu pun dia juga begitu.

Matanya beralih ke arah Hana.Bibirnya terukir senyuman menongkat dagu memandang Airil.Sebenarnya dari tadi lagi dia perasan lirikan mata Hana terhadapnya agak nakal.Entah apa yang bermain dalam otak isterinya itu,dia tidak tahu."Haaa...Hana..Sila jawab soalan saya."Airil menepuk meja Hana sehingga kepalanya tersengguk.Terperanjat angan-anganya dipotong oleh
Airil.

"Haaa...Ada apa,cikgu?"kata Hana terpinga-pinga.Kerana khayalannya tadi,dia tidak tahu apa-apa perbincangan kelas mereka.Dia mengintai tulisan pada papan tulis tetapi tiada sebarang klu.Kepalanya digaru-garu.

"Soalan saya tadi,cuba jelaskan contoh nilai berbakti yang terdapat dalam karya Sulalatus Salatin."

Hana menyerongkan bibirnya ke kiri dan kanan.Berdirilah dia dengan muka blur."Hmmm...Berbakti kepada suami macam cikgu."Spontan bibir Hana menjawab tanpa segan.

Hilai tawa rakan sekelas membingungkan Hana.Apakah salah jawapan yang diucapkan?

Airil pula tergamam merenung Hana dengan rasa geram.Kemabukan apakah yang menggangu minda gadis itu sehingga berani memberi jawapan merepek di dalam kelas.Keluhan Airil terhela daripada mulutnya.Hah..Airil menggeleng."Merepek,"bisik Airil sendiri tetapi dapat didengari oleh Hana.

Hana duduk kembali di atas kerusi.Naik juling mata Shanaya memandang Hana seperti tidak percaya gurauan Hana terhadap Airil.Buat julung kalinya Hana berani-berani menjawab soalan cepu emas sebegitu.

****
Shanaya memandang pelik kepada Hana.Hari ini,teman rapatnya itu berkelakuan buang tabiat.Berani mengayat Cikgu Airil..Makan pun tersengih-sengih sendiri.Apa yang tidak kena terhadap Hana?"Aneh..Aneh sangat.Kawan aku ni dah kena sampuk ke?Nak makan pun senyum sorang-sorang..Kau dah kenapa,Hana?"

"Tak ada apa-apalah."Hana menyembunyikan emosinya.Dari tadi dia tersengih-sengih menguis makanannya.Dia teringat peristiwa pagi tadi ketika memasuki bilik tidur Airil.Masih teringat-ingat susuk seksi Airil hanya bertuala baru keluar dari bilik air.Tubuh yang sasa dan berotot ketul itu memukau pandangan Hana.Hana terpana kerana pertama kali dia melihat susuk suaminya itu dengan mata kasarnya.Terlalu hot bagi Hana mengalahkan Zul Ariffin.Kewujudan Hana di situ mengejutkan Airil dan suaminya agak-agak malu.Cepat-cepat Airil mengambil tshirt menutup bahagian hadapan badannya.

"Hoii,Hana!!!Makanlah cepat.Kau kuis-kuis nasi tu takkan terbang masuk dalam mulut kau.Cepatlah makan,waktu rehat kita setengah jam saja ni.Issh..Mabuk ketum ke kau ni?Dah macam orang tak betul je,"tegur Shanaya menyedarkan Hana daripada khayalan tingkat tinggi.Kelakuan Hana menjadi tanda tanya kepada Shanaya.

Hana mengukir senyuman lagi walaupun dibebel oleh Shanaya."Aku bukan mabuk ketum..aku mabuk cinta."Hana mengaku.

Ternganga Shanaya.Aaa..sudah..Angau pula Si Hana ini tapi dengan siapa?Takkan cinta sekali lagi terhadap Arshad?Mustahil.Mereka tidak berbaik pun malahan Hana menyampah mendengar nama Arshad.Atau cinta mereka kembali terjalin tanpa pengetahuan Shanaya.Mungkin Arshad telah berjaya memujuk hati Hana supaya berbaik semula.Shanaya tidak terfikir orang lain kerana Arshad satu-satunya crush Hana sejak dulu."Acad?Again?"tanya Shanaya.

Hana menggeleng bersama senyuman yang tidak lekang daripada bibir.Dia biarkan Shanaya yang blur itu tertanya-tanya.

"Cikgu Airil kan?"Sofi mencelah.Dia muncul di wakaf mereka berehat.Gadis itu duduk menyertai mereka berdua walaupun tidak dipelawa.Senyumnya menyakitkan hati Hana kerana itu bukan senyum ikhlas tetapi berbentuk sindiran.Tekaan Sofi mungkin mengena kerana keterlanjuran dia berinteraksi dengan Airil di dalam kelas tadi.

Hah...Suka jaga tepi kain orang sungguh lagi-lagi Hana.Entah apa yang dia suka sangat mencari cerita sensasi tentang Hana."Sibuklah kau ni,"balas Hana tidak senang.

"Berani kau ya mengayat Cikgu Airil dalam kelas..Patutlah rela putus dengan Acad.Rupa-rupanya,kau mengejar intan yang lebih berharga..Well,siapa yang tak nak lelaki berkerjaya dan kukuh ekonominya kan?"kata Sofi menjawab tekaan Shanaya.Tetapi Shanaya tampaknya masih kurang faham mengerut-ngerutkan dahi.Bab-bab isi tersirat,memang otakknya lambat menangkap.Namun,dia turut terkesima keberanian Hana mengeluarkan ayat-ayat manis terhadap Airil hatta sekadar gurauan.Hana bukan suka pun kepada Airil.

"Aku tak hairanlah kau pun terkejar-kejarkan Cikgu Airil tu.Semua yang suka dia atas sebab yang sama.Duitt...dan...handsome..Tapi tulah,persaingan terlalu ramai..Aku harap kau berjayalah pikat dia lebih-lebih lagi aku dengar umi kau tak suka dia.So,struggle la sikit kerja kau kan?"kata Sofi sambil menongkah dagunya.Tersengih mengejek kepada Hana.

Hana mendengus."Aku tak payah bersaing dengan sesiapalah,Sofi sebab Cikgu Airil dan aku kan...errr...."Ayat Hana tergantung apabila teringatkan rahsia pernikahan mereka.Mujur sempat

Shanaya dan Sofi mengangkat kening menatap Hana sedia menanti Hana menyelesaikan ungkapannya.

Pada waktu itu,bebola mata Hana bergerak ke kiri dan kanan seperti pesalah sedang disoal siasat oleh polis.Arrghhh...Belum terlajak kata lagi,bolehlah dia memikirkan helah untuk mengaburi sangkaan dan fikiran mereka berdua."Jiran."Laju bibir Hana menyebut jiran.Kusss...Semangat.

Sofi ketawa."Setakat berjiran,kau tak payah bermimpi di siang hari,"sindir Sofi lagi.

Hana mengerutkan dahi menampakkan pasangan keningnya bercantum.Sudu yang dipegang untuk menguis nasi dihempas ke dalam polisterin.Menggelegak emosinya diprovok oleh Sofi.Dia belum tahu apa hubungan Hana dan Airil sebenarnya.Di kala itu,batinnya menjerit mahu menghebohkan mereka ialah suami isteri yang sah supaya gadis-gadis mentah di sekolah itu termasuklah Sofi berhenti bermimpi untuk mendapatkan Airil.'He is mine,'detik hati Hana.

Lalu sudu plastik berwarna putih dihalakan ke muka Sofi.Wajahnya membengis."Kau berambus dari sini sebelum aku korek biji mata kau dengan sudu ni!!"bentak Hana.

Sofi sengih mengejek langsung tidak gentar dengan ugutan keras Hana malah berkumandang ketawa kecilnya di cuping telinga Hana."Okaylah,aku cau dulu."Sofi meminta diri.

Shanaya pendengar setia mereka kelu lidahnya mahu mencelah.Apa sudah jadi?Benarkah Hana sudah jatuh cinta kepada Airil?Dengan Arshad pun Hana tidak pernah membentak pesaingnya sebegitu rupa.

"Hana...Kau ni biar betul?Kau memang dah jatuh hati kepada Cikgu Airil ke?Marah kau lain macam sangat ni."

Hana membisu.Malas dia mahu melayan pertanyaan Shanaya dalam keadaan hatinya tengah panas.Sudu plastik tadi diletak dalam polisterin lalu ditutup bungkusan makanannya."Dah la,aku tak ada mood nak makan,"jawab Hana.

****
Air sirap sejuk dituang atas kepala Arshad ketika dia khusyuk makan mihun sup sambil berborak dengan rakan-rakan.Rasa sejuk menyelinap ke dalam otaknya terkena disirami air sirap sejuk tersebut.Kebas seluruh kepala.Baju kemeja putihnya juga sudah bertompokkan merah.Arrrghhh..

"Hana!!!"pekik Arshad.

Shanaya menutup mulut tidak menyangka Hana berani bertindak sedemikian.Berdebar-debar dadanya apabila Arshad menatap Hana seperti mahu dicekiknya manakala Hana pula bersahaja menyilangkan tangan ke dada.Puas hati."Ini balasan sebab kau suka ganggu hidup aku.Dan yang paling aku geram kau kacau kawan aku."Hana menyeringai.Mendidih darahnya apabila Shanaya memberitahu Arshad memarahinya dan hampir-hampir menampar sahabat baiknya itu ketika Hana tiada.

Kerlingan tajam Arshad tepat ke muka Hana.Merah menyala rautnya diterpa darah panas mengalir ke seluruh badan.Panas dirasakan mengalir seluruh badan ke kepala.Nadinya pula berdenyut laju mengawal marah.Mana dia mahu hendak meletakkan air mukanya daripada pandangan pelanggan lain di kedai itu.Malu.Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri menyaksikan drama mereka.

Arshad menarik nafas."Hana..Apa ni?Malulah orang ramai tengok."Arshad mengetap rahang bercakap dengan Hana.

Hana menyilangkan tangan mengerling sekilas lalu di sekeliling kedai.Mata-mata di situ seakan-akan menanti sambungan episod pergaduhan itu.Hana terkedu.Gelabah rautnya apabila menyedari mereka menjadi perhatian ramai.Hendak ditepuk dahinya namun tidak jadi.Nampak sangatlah dia bersalah.Rasa kekesalan timbul meskipun terlambat,dia sudah bertindak melulu baru memikirkan impaknya.'Itulah,Hana.Buat sesuatu tak nak berfikir dulu.Main redah je.'Bagaimana hal ini tersebar ke pengetahuan babah dan umi serta Airil?Pasti berbakul-bakul dia dibebel oleh mereka.

Kekakuan Hana menuntut Arshad menangkap lengannya lalu dibawa pergi dari kedai itu.Hana tidak melawan malah gerak kakinya mengikuti Arshad.Begitu juga Shanaya menuruti langkah mereka berdua hingga ke belakang kedai.Tiada orang di situ.Mereka ke ruang lapang tidak jauh dari kedai itu di mana terdapat sebatang pohon yang daunnya merimbun.

"Apa masalah Hana ni?"Arshad bersuara memulakan perbincangan.Emosi marahnya tadi semakin menurun perlahan-lahan.

"Acad..Hana merayu pada Acad,lepas ni tolonglah jangan ganggu Hana lagi.Jangan cari pasal dengan kawan Hana..Please la,Hana tak suka,"pinta Hana.

"Acad tak berniat nak kacau sesiapa.Acad cuma nak jumpa Hana....Okay,Acad mengaku yang Acad nyaris-nyaris tertampar Sha hari tu,",akui Arshad.Pada masa yang sama,dia mengangkat tangan kepada Shanaya."Aku minta maaf Sha pasal hari tu.Aku tak sengaja,"kata Arshad.

Shanaya hanya mengangguk.Tiada sepatah perkataan keluar dari mulutnya.Di kala itu,dia lebih gemar menjadi peneman dan pemerhati.Bersedia apa jua keadaan yang akan berlaku.Kot-kot pergaduhan besar tercetus,dia perlu membantu Hana.

"Hmmm....Okay,Acad dah minta maaf pada Sha.Esok Acad minta maaf pada Amri pula.Puas hati?Maafkan Acad terlalu mengikut perasaan."Tenang saja Arshad menangani Hana walaupun disirami air siram sejuk tadi.

Keluhan kecil dilepaskan."Acad...Hana harap ini pertemuan antara dua mata kita yang terakhir.Lepas ni,Hana dah tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan lelaki bernama Arshad.Anggaplah kita ni hanya rakan satu sekolah saja.We are over.Hana tak mahu bergaduh dan bermusuh dengan sesiapa lagi.Cukuplah libatkan ramai orang dalam hubungan cinta kesampaian kita."Hana meminta pengertian daripada Arshad.Dia mahu mulakan lembaran baru dalam hidupnya.Enggan lagi terpalit dengan isu-isu panas yang membawa kekecohan dan pergaduhan.Nama baik kedua orang tua dan Airil perlu dijaga agar tidak dicemuh oleh masyarakat.

"Tapi Acad masih sayangkan Hana..Tak boleh ke kita mulakan balik hubungan kita yang retak dulu..Ya..Ya..Acad salah.Acad punca kita putus tapi Acad sedar apa yang Acad buat tu salah.Acad menyesal sangat-sangat.Tolonglah,Hana..terima Acad kembali.

Kelopak mata Hana ditakungi air mata.Bukan sebab mahu berpisah dengan Arshad tetapi sebak.Sememangnya dia seorang yang sensitif dan mudah menangis apabila melibatkan perasaan apatah lagi dia dan Arshad pernah menjalin cinta.Tetapi apakan daya,hati Hana berbolak-balik.Dia kini mula mencintai Airil.Arshad yang dulunya crush pertama Hana tidak lagi bertahta di hati.Bagaimanakah dia ingin menjelaskannya agar Arshad faham dan menerima dengan hati terbuka."Acad,sejujurnya Hana memang dah tak ada apa-apa perasaan kepada Acad lagi.Hati Hana telah dimiliki orang lain,orang yang layak menerimanya.Cukuplah,Acad.Hana cuma mahukan pengertian dan pendamaian.Jangan ganggu Hana lagi,"pinta Hana dengan linangan air mata di pipi.

Wajah Arshad semakin memerah semula.Ucapan Hana cukup menghiris hati dan perasaannya.Bekas kekasihnya itu senang sangat mencari pengganti.Otaknya mula ligat berfikiran kreatif dan kritis.Dipegang kasar kedua-dua bahu Hana tanpa segan silu hatta berada di tempat terbuka."Jangan-jangan masa kita couple lagi,kau sebenarnya dah pasang boyfriend lain.Sebab tu,senang sangat kau berubah hati kan?Perempuan tak guna kau ni!!"marah Arshad menuduh Hana.Bahu Hana digoncang-goncang.Kata ganti nama diri pun telah bertukar aku.

Pening kepala Hana digoncang kuat badannya.Sekuat hati dia meleraikan pegangan tangan Arshad.Dituduh bukan-bukan pula oleh Arshad."Suka hati kaulah nak fikir dan cakap apa.I don't care.Yany penting,kau jangan kacau aku lagi lepas ni.."Hana membentak.Pedulikan segala tuduhan Arshad asalkan bekas kekasihnya itu tidak lagi mengganggunya.Hana ingin berlalu tetapi ditarik oleh Arshad hingga terjatuh.Shanaya terus mendapatkan Hana.Situasi semakin tegang di mana kedua-duanya itu keras kepala.Masing-masing enggan mengalah.Arshad tidak mahu melepaskan Hana manakala Hana pula beria-ria minta dilepaskan.Drama sangat.

"Kau perempuan curang..Perempuan macam kau ni tak akan bahagia sampai bila-bila sebab suka permainkan perasaan lelaki yang benar-benar mencintai kau.Shitt!!!"Arshad terpekik-pekik memarahi Hana seperti orang gila.Beberapa orang yang baru lalu-lalang di deretan belakang kedai tidak dihiraukan.

Hana be liked...Ehh,siapa yang permainkan siapa?Dia pula dipersalahkan.Awal-awalnya Arshad yang mengakhiri hubungan mereka tetapi dia pula dituduh macam dia punca segala hal.Hilang ingatankah Arshad?

"Sha,jom balik.Tak payah layan orang gila macam ni,"ajak Hana.Sebelum manusia-manusia di situ sedar akan persengketaan mereka,lebih baik mereka angkat kaki dari situ.Itupun sudah ada yang terintai-intai apabila terdengar suara pekikan Arshad.

"Hana...Kau memang sial!!Bullshit!!Perempuan jalang!!Kau pergi mampuslah!Kau ingat kau cantik sangat ke!Kau boleh blah!"pekik Arshad yang kehilangan pedoman apabila Hana dan Shanaya berlalu pergi meninggalkannya.Dua orang itu sengaja pekakkan telinga.

****
Di keheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku
Sepanjang hari sepanjang malam

Di benakku kau sentiasa
Lalu menukar jiwa
Jadi sentimental hati lelaki ini

Berkumandang suara Airil menyanyi lagu XPDC di perkarangan rumah ketika membasuh keretanya.Tangannya ligat menggosok badan kereta kesayangannya dengan kain.Memutih buih-buih sabun menempel pada keretanya.Tenang dan damai jiwanya petang itu.Maka disambung menyanyi.

Tiba-tiba,motosikal Hana meredah ke dalam parkir mematikan nyanyian Airil.Dia memandang hairan kepada Hana kerana isterinya itu tidak memarkir motosikal di rumahnya.Selalunya motosikal ditinggal di rumah babah supaya tiada orang perasaan Hana tinggal bersamanya sekaligus mahu menyimpan rahsia perkahwinan mereka.

Hana menyandang beg tergopoh-gopoh turun dari motosikal.Airil situ tidak disapa malah matanya berair diusap-usap dengan lengan baju.Airil di situ dibuat tidak nampak saja.Pedulikan Airil terpinga-pinga.

Kehairanan Airil semakin meninggi apabila isterinya pulang dilinangi air mata.Otaknya berfikir sekejap.Di sekolah tadi bukan main galak isterinya.Tup..Tup..Balik dari kelas tambahan,menangis pula.Apa pula yang menghambat emosi Si Hana ini?Aisshhh...Macam-macam hal.Jaga anak kucing lagi senang.

Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri aku harungi

Korus lagu Nafisa berkumandang lagi mengetuk gegendang telinga Airil.Dia mengangkat bahunya."Dia ni lagi ngeri dari lembah curam aku nak harungi."Airil bermonolog sendiri.Perumpamaan bait-bait lagu itu tidak sehebat cabaran dia menghadapi perangai pelik-pelik Hana.Hendak memanjakan kereta terbantut,maka dia segera menutup pili air.Keretanya bermandi buih sabun dibiarkan tersadai seketika.Lebih baik dia mendapatkan isterinya dahulu.Entah apa jadi isterinya di dalam rumah.

Melangkah saja ke dalam rumah,Hana duduk di sofa ruang tamu sambil mengelap air mata.Mata merah berair Hana terpandang Airil yang tercegat di hadapannya.Melihat Airil,esakannya semakin kuat lalu dia terus memeluk pinggang Airil tanpa disuruh.Biarlah apa fikiran Airil terhadapnya waktu itu.Dia memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa,melepaskan emosi terpendam.

Jelas Airil terkejut.Tangannya dibuka saja.Takut mahu membalas pelukan Hana.Dia biarkan Hana menghamburkan kesedihannya tanpa mempersoalkan apa yang berlaku.Jika ditanya sia-sia saja,pasti Hana tidak dapat bercerita dalam keadaan teresak-esak begitu.Hana dibiarkan tenang sendiri.

"I need someone to talk..Saya penat..Saya bosan..Saya serabut.."kata Hana dalam mengawal tangis.Selang beberapa minit menangis,Hana mula membuka mulut tanpa disoal oleh Airil.Emosinya sedikit tenang walaupun esakannya masih tersisa.

"Saya benci Acad."

"Pulak dah...Bercinta bagai nak rak,tiba-tiba benci."Spontan mulut Airil menjawab.Tiada niat dia menyindir.Sesungguhnya Airil tidak mengerti hati perempuan muda itu.Budak-budak baru nak up katakan.Pemikiran kurang matang untuk membuat sesuatu keputusan apatah lagi menilai perasaan pasangan masing-masing.

"Saya tuang air sirap atas kepala dia tadi di kedai makan Watas.Lepas tu,kami bergaduh,"akui Hana.Perbuatannya tadi agak memalukan jika difikirkan kembali kerana ramai orang perhatikan tindakan bodoh Hana namun hatinya puas.

Kelu Airil dibuatnya.Segera Airil melonggarkan pelukan Hana lalu bahu gadis itu dipegang sambil wajahnya ditenung menuntut penjelasan.Tidak percaya apa yang didengar.Hana menuang air pada Arshad di khalayak ramai?Isterinya gemar bertindak di luar batasannya.Aaaahh...Kamu gila,Hana!Mujurlah tiada sesiapa tahu Hana isterinya,jika tidak mana dia hendak menyorokkan mukanya dek perangai mentah Hana.Adoiiii....Sakit kepala Airil.

"Saya tak faham awak ni,Hana.Kenapa awak marah sangat kepada Acad?Dia main kayu tiga?Tak ada masa layan awak?Tak balas wasap awak?Tak tau awak nak makan apa?"soal Airil mencari punca dan menyoal situasi-situasi yang biasa menjadi pertelingkahan golongan muda bercinta.Kadang-kadang halnya remeh saja tetapi disebabkan mahkluk bernama perempuan ini agak sukar difahami jiwanya,maka hal sekecil-kecil kuman pun dijadikan alasan bergaduh.

Hana menggeleng.

"Bukan ke korang pasangan yang saling mencintai?"sambung Airil lagi.

Hana berpaling membelakangkan Airil dan berjalan dua tiga langkah menjauh sikit daripada Airil. "Sekarang tidak lagi.Kami dah lama putus sebelum kita bernikah lagi.."beritahu Hana.

Putus sebelum nikah?Biar betul.Patutlah setiap kali Arshad menghubunginya,Hana tidak menjawab panggilannya.Airil beranggapan Hana segan bergayut dengan Arshad di hadapannya.Hati Airil mula dijentik rasa bersalah atas perpisahan itu.Adakah dia menjadi orang ketiga dalam hubungan Hana dan Arshad menyebabkan mereka putus cinta."Maafkan saya,Hana jika saya penyebab berakhirnya percintaan kamu berdua.Saya akan jelaskan kepada dia tentang kita kepadanya nanti."

Terbungkam Hana mendengar jawapan Airil.Bodoh..Bukankah dia perlu berasa cemburu sebenarnya?Suami jenis apakah ini tidak hirau isterinya diganggu oleh lelaki lain malahan mahu membetulkan keadaan pula.Hana duduk di sofa sambil meraup wajahnya.

"Tak ada apa yang perlu dijelaskan,cikgu.Dia sendiri yang buat onar,terimalah padahnya.Tak perlu cikgu nak rasa bersalah sangat,tak ada kaitan dengan cikgu pun."Hana berkata dalam mood swing.Airil pun satu hal,tidak ada sikit pun rasa marah kepada Arshad mengganggu isterinya.Kenapalah lelaki-lelaki yang muncul dalam hidupnya bengap belaka?Aiisshhhh..

"Hmmm...Cikgu tak marah ke saya bergaduh di tempat awam?"Hana mengubah topik.Malas menyambung berbual soal hati dan cinta dengan Airil tiada perasaan itu.Biasanya Airil tidak henti-henti membebel jika dia membuat hal tetapi Airil tidak banyak cakap pula padahal dia sendiri mengakui kesalahannya.Mood baik mungkin.

"Hmmm..."Tiada patah perkataan keluar dari mulut Airil.Dia pun tidak tahu mahu berkata apa.Sejak berkahwin,bukan sekali Hana bertindak melulu dan memalukan diri sendiri.Marah nanti,Hana pula yang melenting lebih-lebih.Layankan saja.Terlalu mencabar mendidik perempuan bernama Hana.

Hana masih menanti respon Airil tetapi masih begitu.Entahkan marah,entahkan tidak.Berkali-kali Hana mengeluh.Bosan.Airil ingat dia patungkah di situ?Arrghh...Lebih baik dia masuk ke bilik.

****
Dalam kegelapan malam,perlahan-lahan derap langkah Hana memasuki kawasan pembinaan perumahan yang terbengkalai.Cahaya bulanGerak langkahnya diterangi dengan cahaya telefon bimbit yang dibawa.Matanya meliar memerhati sekeliling yang agak gelap itu.Walaupun berjalan dalam gelap,Sofi tidak berasa seram apatah lagi takut kerana dia sudah arif selok-belok kawasan perumahan itu.

Sehingga ke pertengahan kawasan perumahan,Sofi ternampak cahaya lilin menerangi bilik kecil rumah itu.Segera dia mengatur langkah ke rumah bernombor 24 tersebut.

Apabila tiba di rumah itu,Sofi disambut oleh seorang lelaki.Belum sempat dia menyerahkan bungkusan makanan pada tangannya,lelaki itu menyambarnya.Kebuluran sangat gayanya.Sofi senyap dan memerhati lelaki itu gelojoh membuka bungkusan makanan dan memakannya dengan lahap sekali.Sofi menggeleng.

"Kenapa kau datang lambat sangat?Kau nak suruh aku mati kebuluran kat sini ke?"Lelaki itu bertanya.Lama dia menanti kedatangan Sofi.Laparnya tidak tertahan lagi.Dari pagi lagi,tiada sesuap pun makanan masuk ke dalam ususnya.Dia hanya meneguk air takungan dalam tong dram hadapan rumahnya untuk menahan lapar dan dahaga.

"Aku pun banyak kerja lain lagi nak buat selain bagi makan kepada kau.Yang kau tu tak reti-reti nak keluar cari makan sendiri?"balas Sofi.Dia duduk bersila atas lipatan kotak tempat tidur lelaki itu.

"Kalau polis jumpa aku mcm mne?"

"Itu salah kau,Anep.Yang kau pergi pecah masuk rumah Cikgu Airil tu kenapa?Kau cari apa?Bukan kau tak ada duit pun.Berapa banyak duit kau jual pil kuda,tu pun tak cukup lagi ke?"Sofi mempersoalkan tindakan bodoh Hanif sehingga bakal memecah tembelang mereka sebagai penjual pil kuda.

"Kau tak payah tau la.Itu hal aku dengan cikgu gila kau tu."Hanif tidak mahu bercerita panjang tentang kes dia menyerang Hana di rumah Airil.Biarlah Sofi tidak tahu apa yang berlaku antara dia dan Hana.

Sofi mengeluh."Masalahnya kau susahkan aku sekali.Tak pasal-pasal aku kena jadi food panda kau..Alaa..kau serah diri jelah senang.Bukan lama pun kau duduk dalam lokap.Takkan mak bapak kau nak biarkan kau meringkuk sorang-sorang dalam tu.Mesti dorang akan ikat jamin kau."

"Sedap mulut kau cakap.Lama ke sekejap,yang masuk ke dalam tu aku bukan kau."Hanif menempelak.Sofi tidak tahu bagaimana perangai babahnya.Kalau tidak kerana babah dan Hana,tidaklah dia menjadi buruan polis.

"Hmmm...Suka hati kaulah.Ada barang tak dengan kau sekarang?Ada customer sekolah nak."Sofi meminta bekalan pil kuda untuk dijual kepada pelajar sekolah.Masalah Hanif dan polis dia malas hendak campur tangan.Sendiri cari hal,tanggunglah sendiri.Tetapi Sofi tetap berasa gusar kerana takut Si Hanif memetik namanya sekali ketika siasatan.

"Kau dah nak balik ke?Awal.."soal Hanif sambil menggeliatkan badannya.Baru bertenaga setelah mengenakan sebungkus nasi goreng kampung telur mata.

"Kenapa?"Sofi mengangkat kening.

"Janganlah balik awal sangat.Temanlah aku dulu kat sini.Aku dah lama tak dapat ni.."Hanif duduk rapat di di sebelah Sofi.Tangannya mula menjalar ke pinggang Sofi.Ditarik rapat Sofi menyendeng ke tubuhnya.Sofi tidak melawan malahan semakin galak melentukkan kepalanya ke bahu Hanif.Tahulah sangatlah dia kehendak Hanif kerana itu bukan pertama kali mereka melakukan hubungan badan.Sudah acap kali tetapi kekal menjadi rahsia antara mereka hatta Hana sekalipun tidak tahu hubungan mereka.

Hanif membaringkan Sofi atas kotak lalu segera memanjat tubuh Sofi.Malam itu mereka tenggelam dalam kehangatan nafsu ditemani cahaya lilin.Hana..polis dan Airil dilupakan buat seketika.

Lama miss j x update kan?sorry ye you alls.Selamat membaca

Share this novel

fadz
2024-09-19 19:07:31 

next chapter plss


NovelPlus Premium

The best ads free experience