Rumah umi malam itu bagai dalam neraka.Jeritan Hanif menggema dalam ruangan rumah.Kata-kata yang keluar dari mulutnya tidak lagi rasional.Hana cuba tarik umi menjauh tetapi langkah mereka terhenti apabila tubuh Hanif tiba-tiba muncul di hadapan mereka.Matanya merah garang.Tangannya menggenggam sebilah pisau dapur yang berkilat bawah lampu malap.
Dalam sekelip mata, Anep meluru.Tangannya kasar menarik Hana dan terus mengacu pisau ke leher adiknya itu.
"Anep."Umi melangkah perlahan-lahan.Ketakutan dan kerisauan terserlah pada raut tua umi.
“Jangan dekat! Aku tikam dia! Aku tikam!”Hanif mengugut umi yang cuba mendekat.
Umi menjerit dan mengangkat tangan, merayu dengan linangan air mata.
“Anep!Jangan! Itu adik kau! Lepaskan Hana... jangan buat macam ni,"rayu umi dengan linangan air mata.
Hanif menggeleng keras.Rambutnya serabai menutup sebahagian wajah. Tangannya menggigil tetapi matanya penuh kebencian.
“Sebab perempuan ni...hidup aku hancur! Kau ingat aku nak jadi macam ni?! Kalau dari awal dia ikut cakap aku, semua takkan jadi begini!”
Hana tergamam.Bahunya digenggam kuat.Tajam hujung pisau terasa di kulit lehernya.Hanif penuh kegilaan malam itu.
“Aku sayang kau! Aku nak kau jadi milik aku! Milik aku!Tapi babah dah pisahkan aku dengan kau.Dia kahwinkan kau dengan cikgu bodoh tu.Sial!!!"
Umi terus menangis dan beristighfar. “Bawa mengucap,Anep!Ingat Allah.Tak boleh! Itu adik kau, nak... Itu adik kau! Haram nak buat begitu...”Umi menangis semahunya.Pengakuan Hanif meruntunkan hati seorang ibu.Selama ini dia percayakan Hanif tetapi ternyata anaknya itu telah terpesong.
Hana pejam mata rapat tidak mampu berkata apa-apa.Badannya menggigil.Dia berada di antara hidup dan mati dalam tangan Hanif.
“Kau ni memang tak pernah insaf,Anep.Kau pembunuh.Kau bunuh Sofi.Sekarang kau nak bunuh aku."Hana memberanikan diri untuk bersuara walaupun bergetar suaranya.
Tiba-tiba,muncul Airil masuk bersama babah dan Azim.Nafas Airil terputus-putus.Hampir terputus jantungnya melihat Hana dalam cekupan Hanif.Wajahnya berubah pucat.
Hanif ketawa besar."Sofi tak guna.Aku suruh buang anak tu,dia tak nak.Kan dah terima padah.Baguslah dia mati.Senang hidup aku."
Terbungkan semua mata yang berada di ruang tamu itu.
“Anep, jangan.Jangan buat Hana macam ni,"pinta Hanif.
Hanif ketawa lagi.Suara serak menakutkan.
“Kau pun sama!Kau rampas dia daripada aku!Aku nak serahkan Hana kepada aku.Ceraikan dia,"kata Hanif hilang kewarasan.
“Hana isteri aku dan tak mungkin aku akan ceraikan dia.Jangan tambah dosa kau,Anep.Lepaskan Hana."
Airil cuba dekati Hanif dan Hana perlahan-lahan.Tangan diangkat tanda mahu tenangkan.
Babah di belakang hanya mampu sebut nama Allah berulang kali. Wajah tua itu ketakutan tetapi suaranya tegas."Anep, Itu adik kau!Jangan buat begitu.Kau bunuh babah.Babah yang suruh Airil kahwin dengan Hana.Kau patut marah babah bukan Hana."
Hanif makin berang.Hana makin lemah dalam pelukannya.
Umi cuba merapati ingin halang Anep daripada terus menekan leher Hana.
“Anep, nak... umi rayu... lepaskan adikmu.Janganlah buat kerja bodoh begini,"sambung umi apabila Hanif tidak mendengar kata.
"Jangan dekat!!"pekik Hanif apabila umi menghampiri.
Hanif terdorong tanpa sengaja.Tangannya terhayun dan dalam kelam kabut itu pisau di tangannya terbenam di perut umi.
“Umi!”Hana menjerit sekuat hati lalu menerpa umi.Hanif tergamam melihat pisau berdarah pada tangannya.
Umi terundur menekup perutnya.Darah mula membasahi kain baju kurungnya. Tubuhnya perlahan-lahan jatuh terduduk.
“Allahuakbar...Yati..” Babah menerpa.
Airil tidak tunggu lama.Dia terus merempuh Hanif yang terpaku memandang sekujur tubuh umi rebah ke lantai.Mereka bergelut.Pisau jatuh terlepas
“Hana! Tolong umi, sayang! Tekan perut umi!” laung Airil sambil menolak Hanif ke dinding.
Hana merangkak ke arah umi. Tangannya menggigil cuba tekan luka di perut umi.Air mata tumpah tanpa henti.
“Umi! Jangan macam ni umi.Allahuakhbar..Maafkan Hana,umi."
Hanif ditahan kuat oleh Airil dan dibantu Azim.Nafasnya menderu kasar tetapi tangannya sudah tak bermaya.
Bunyi siren polis kedengaran makin dekat.
Babah teresak melihat umi di pangkuan Hana."Ya Allah... Ya Allah... jangan ambil isteri aku malam ni...”
Di dada Hana cuma doa bersilih ganti.
“Tolong, Ya Allah... jangan ambil umi... jangan...”
****
Unit kecemasan hospital malam itu suram dan sejuk.Lampu putih menyilaukan.Bunyi troli ditolak laju kedengaran sekali-sekala.Suasana hening tetapi di dada masing-masing penuh resah.
Hana terduduk di kerusi menunggu. Wajahnya pucat dan mata bengkak dek tangisan.Airil di sebelah menggenggam tangan isterinya erat.Babah berjalan ulang-alik di koridor sesekali berhenti menekup muka sendiri.Azim duduk di kerusi turut bersimpati nasib malang menimpa keluarga Hana.
Sudah lebih sejam umi berada dalam bilik rawatan namun tiada khabar berita Jururawat yang keluar masuk hanya berlalu pantas tanpa kata.Debaran di dada Hana makin kencang setiap kali pintu bilik terbuka.Airil mendorong Hana ke dalam dakapannya.
Akhirnya, seorang doktor lelaki keluar.
“Siapa waris Puan Hayati?”
Babah cepat meluru.“Saya suami dia, doktor. Macam mana isteri saya?”
Doktor menghela nafas.
“Luka tikaman agak serius.Kena pada bahagian perut yang dalam.Hampir terkena usus besar tapi kami berjaya hentikan pendarahan cepat.Pesakit sudah stabil tapi masih belum sedar kerana kehilangan darah banyak dan kesan ubat bius.Kami akan pantau di ICU sementara tunggu dia sedar.”
Babah mengangguk tenang."Boleh saya jenguk isteri saya?
"Boleh tengok tapi dari luar saja dulu.Esok baru saya akan benarkan seorang waris melawat pesakit.Saya minta diri dulu."Doktor itu berlalu.
Hana menekup mulut.Air matanya terus mengalir tanpa suara."Semua salah Hana.Kalau Hana tunggu abang balik,mesti takkan jadi begini."Hana kesal.
Airil bangun memeluk bahu Hana. “Syukur umi stabil, sayang... umi kuat. Nanti dia sedar.”
Babah terduduk.Wajahnya penuh kesal.
“Kalau aku ada masa tu,semua ni tak jadi,"suaranya parau menahan sebak.
“Jangan salahkan diri, bah,” pujuk Airil perlahan.“Polis dah tahan Anep. Sekarang kita jaga umi dulu.”
Mereka semua bergerak ke kaca bilik ICU. Dari luar, Hana lihat umi terbaring lemah dengan pelbagai wayar berselirat di badan.Oksigen menutupi hidungnya. Tubuh itu kelihatan kak.Hanya dada yang berombak perlahan tanda umi masih berjuang.
Hana menangis perlahan. Airil tenang memeluk isterinya dari belakang.
“Umi kuat, kan? Dia mesti bangun...” bisik Hana dengan pandangan matanya tidak lepas daripada ubuh umi.
Airil mengangguk, walau hatinya sendiri berat.“Ya, umi kuat.Dia mesti bangun untuk kita semua.”
Malam itu, mereka berjaga. Tiada siapa yang sanggup pulang.Mereka setia menunggu sambil berdoa dalam diam agar umi diberi peluang kedua untuk terus hidup.
****
Pagi itu,Airil tetap melangkah ke sekolah seperti biasa meskipun matanya penat.Hanya terlelap di kerusi hospital di samping Hana.Langkahnya berat sangat berat pada pagi itu.Berat hati meninggalkan Hana sendirian di rumah dalam keadaan emosi yang masih terganggu.Babah masih di hospital setia menemani Umi yang belum sedarkan diri sejak semalam.
Dalam beban yang dipikul,seboleh mungkin Airil cuba menjalankan tugasnya seperti biasa.Mengajar, menyemak buku,menghadiri mesyuarat. Namun d sebalik semua itu,dia seperti robot yang kaku.Otaknya tertinggal di rumah,hatinya berlabuh pada wajah Hana yang suram pagi tadi.
Setiap selang waktu,dia mengirim pesanan.
'Sayang,okay?Jangan lupa makan nasi lemak yang abang beli tadi.Kalau lapar,Hana order dengan grab food.Abang ada tinggalkan duit atas rak buku dalam bilik.'
Hana membalas ringkas melegakan hati Airil.Sekeping gambar dikirim kepada Airil.Wajahnya yang masih sembap, duduk di atas sofa cukup untuk membuat Airil mengeluh perlahan sambil tersenyum kecil. Rindunya menyesak dada.Tidak sabar menunggu waktu persekolahan tamat malahan kelas tambahan petang juga dibatalkan.
Suara lembut menyapa dari belakang, mematikan lamunannya.
“Ril,apa khabar umi Hana?”soal Cikgu Rohana sambil menarik kerusi di tepi.
Airil tersedar cepat-cepat menutup telefonnya.“Alhamdulillah,stabil.Cuma belum sedarkan diri,kak.”
Wajah Cikgu Rohana berubah simpati. “Nasib baiklah kau dan Azim ada semalam.Kalau tidak... entahlah apa yang akan jadi pada Hana dan umi dia.Berat sungguh ujian yang menimpa Che Man sekeluarga.Eh,abang Hana tu memang dari dulu ke perangai begitu?"soal Cikgu Rohana ingin tahu.
Airil mengangkat bahu.“Saya pun tak tahu,Kak Ana.Saya tak kenal sangat abang dia.Biasanya saya borak-borak dengan Che Man saja.Itu pun di luar rumah."
“Ya tak ya jugak kan?Kau bukan duduk serumah dengan keluarga mereka.Tapi akak seram dengar Azim cerita dia acu pisau pada leher Hana.Ya Allah,tak boleh nak bayang debarnya macam mana,"balas Cikgu Rohana.
"Saya ni lagi seram,kak.Takut sangat apa-apa berlaku kepada Hana.Kalau jadi apa-apa pada dia,menyesal seumur hidup saya."Jantungnya berdetak kencang setiap kali teringat detik itu. Dia hampir kehilangan Hana dan perasaan itu masih menghantuinya.
“Tulah kan?Mesti trauma budak Hana tu.Kasihan dia.So,bagaimana kes abang dia tu?"
"Hmm...Dengar ceritanya,kena tahan lokap tapi saya tak tahu berapa lama sebab banyak sangat sabit kes.Kes cubaan bunuh umi sendiri,kes keguguran dan kematian Sofi dan kes jual pil kuda.Tak tahu nak kata.Yang saya tahu keluarga Hana tak nak ikat jamin atau membela abang dia."
Cikgu Rohana menggeleng sambil mengeluh."Allahu..Banyaknya kes.Dangkalnya pemikiran anak-anak muda sekarang.Mudah sangat terpengaruh kerana mahukan keseronokan.Mereka tak tahu apabila sudah terjebak sekali,selamanya hidup sengsara.Ahli keluarga sendiri pun tak kenal.Hmm..Hana bagaimana?Awak ada tanya khabar dia?"
“Che Man maklumkan Hana tak datang sekolah hari ni,”balas Airil.Ikutkan hati,dia pun mahu cuti berada di sisi isteri tercinta.“Saya rasa nak minta jasa baik pentadbir benarkan Hana cuti seminggu untuk teman babah dan uminya di samping menguruskan emosinya."
“Betul,juga tu,” ujar Cikgu Rohana menyokong."Dalam keadaan begini,kita tak boleh push dia sangat.Kita tak tahu trauma dia macam mana.Tak memasal dapat anxiety pula.Kita juga yang kena menjawab nanti."
****
Berita daripada doktor sangat melegakan hati.Umi sudah menunjukkan respon positif.Bila-bila masa sahaja dia boleh sedar.Wajah Hana berseri sedikit seperti langit mendung yang mula menampakkan cahaya apabila mendengar ucapan doktor.
Tiba di rumah,Airil tidam sempat membuka butang baju pun.Dia terus rebah ke atas tilam.Mata dipejamkan mensyukuri nikmat itu."Allah… nikmatnya tilam,"gumam Airil.
Hana yang muncul di muka pintu hanya tersenyum kecil melihat keadaan suaminya.Baju kemeja masih belum ditukar, rambut sedikit berserabai dan mata terpejam.
Hana duduk di sisi,mengurut kepala Airil perlahan.
“Kasihan abang penat."
Airil mengerling sedikit, tersenyum dalam separuh sedar.Lantas kepalanya dialihkan ke atas riba Hana.“Kalau ini mimpi,jangan kejut,"kata Airil sambil menikmati urutan lembut jari isterinya.
“Abang…” panggilnya perlahan.
“Hmmm?” Airil bersuara malas.
“Kalau satu hari nanti Hana sakit,abang sanggup jaga Hana tak?Macam babah setia menjaga umi?"
Airil membuka mata perlahan,menoleh ke atas,melihat wajah Hana dari riba yang hangat itu.Airil senyum nipis. “Sudah tentulah.Abang setia menemani Hana hingga ke akhir hayat."
Hana senyum namun beberapa saat kemudian,senyum itu berubah nakal.
“Kalau Hana bersalin nanti,abang nak teman tak masuk labour room?”
Terbeliak mata Airil.“Haa?!”
Hana gelak kecil.“Kenapa terkejut sangat?”
Airil mengerut dahi."Jangan merepeklah.”
“Apa yang merepek?Tak mustahil satu hari nanti baby abang akan melekat kat rahim Hana."
“Tadi Hana tersesat ke wad ibu bersalin masa cari wad umi.Hana nampak baby comel sangat.Mata bulat, pipi merah.Baby kita mesti comel macam tu."
Airil memejam mata dan mengeluh panjang.
“Abang ni,macam tak nak anak dengan Hana je?”Bibir Hana memuncung.
Airil mengeluh lagi.
“Sayang…” Airil menggenggam erat tangan Hana.“Abang bukan tak nak anak tapi abang tak nak Hana stres.Hana masih sekolah,nak exam tak lama lagi.Fasa mengandung waktu belajar ni bukan senang,sayang.Abang takut Hana alahan,Hana tak boleh fokus."
Hana diam.
“Abang nak Hana habiskan belajar dan exam dengan tenang.Selepas tu,abang bagi baby banyak-banyak sampai Hana sendiri cakap, ‘Abang, cukup!’”
Hana tergelak lalu mencubit bahu Airil."Abang ni..."
“Abang serius ni.Abang sayang Hana.Abang tak nak terkejar-kejar semua benda sampai Hana tak sempat rasa tenang jadi isteri.”
Airil duduk perlahan,bersila menghadap Hana."Sementera ini,kita plan dulu ya.Nanti kita jumpa doktor,nak guna perancang apa yang sesuai."
Hana memandangnya.Kali ini, muncungnya dah tiada.Hanya mata yang berkaca dan bibir yang mengukir senyum kecil.Dia mengangguk faham.
“Okay..Abang janji tahu lepas exam kita plan nak ada baby."
Umi stabil..Anep dah masuk lokap..Hana pula nak baby..Hahaha..Pening Abam Airil.Sorry ya..Minggu ni MJ sibuk sikit.Tak sempat nak update.
Share this novel