Keriuhan suara pada pagi hari mengganggu lena Airil di sofa.Dia memaksa kelopak matanya diangkat.Telinganya cukup kenal suara-suara sumbang itu.Tubuhnya yang lenguh digeliatkan.Dengan muka mamai dan rambut berserabai,dia duduk menyandar pada sofa.Selimut ditarik sehingga ke dada.Beberapa kali mulutnya menguap tetapi matanya memandang Hana dan Irwan sedang menyusun makanan atas meja.Kemesraan dan gelak tawa yang berkumandang menyesakkan jiwa Airil.Airil meratap dengan pandangan menyampah.
Airil tidak senang duduk apabila Irwan menyuapkan hirisan timun ke mulut Hana.Eh,main suap-suap pula!Tak hormat aku langsung.
"Sedaplah timun ni,"kata Hana.
"Seriuslah?Timun je pun.Apa sangatlah rasa dia."
"Rasa timunlah.Yang buat timun tu sedap sebab ada orang suapkan."Hana mengusik.
Irwan ketawa kecil."Kalau begitu,saya rela suap awak seumur hidup saya."
Ehemmm...Ehem...Airil berdehem kuat apabila Irwan ingin menyuakan hirisan timun buat kali kedua.Tidak boleh dibiarkan perangai gedik-gedik Hana.
Serentak Hana dan Irwan memandang Airil.Tidak ada riak terkejut.
"Good morning.Marilah sarapan sama-sama.Wan masak sarapan nasi lemak hari ni.Rugi tahu tak cuba.Bau pun dah sedap,"pelawa Hana selamba.Dari jauh dia menjemput Airil bersarapan.Tidak pula mendekati Airil yang baru bangun tidur itu.
"Korang ni tak reti nak tidur ke?Baru pukul 6.30 pagi.Pagi-pagi dah riuh satu rumah.Kan cuti?"bebel Airil.Marahnya bukan sebab bising tetapi sebab perilaku Hana dan Irwan yang terlebih ramah.
"Abang saja yang cuti.Wan tak cuti.Sekejap lagi dia masuk kerja.Tu kena sarapan dulu.Lagipun,hari ni saya dan Aqeef nak naik basikal ronda-ronda kampung.Alaa..yang abang tidur kat sofa tu kenapa?Pergilah sambung tidur dalam bilik tu.Nak sunyi lagi,abang pergi tidur atas bukit belakang rumah ni,"suruh Hana lagi.
Airil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Mukanya diraup.Pandai menjawab Si Hana ini.Hanya golekan bebola mata Airil menjawab kata-kata Hana.
"Haa...Ril dah bangun.Marilah sarapan sama-sama.Seronok sikit sarapan ramai-ramai macam ni.Pagi ni special sikit tau,sambal nasi lemak ni Hana yang masak.Sementara tunggu Aqeef bersiap,pergilah cuci muka dulu,"sapa Khatijah yang muncul dari dapur menatang dulang berisi teko dan cawan air teh o panas.
"Eh,ibu ni!Bukan Hana masak.Hana gaul-gaul dengan sudip je.Ibu yang masukkan bahan-bahan."
Ajakan ibu tidak akan mampu ditolak walaupun mata agak mengantuk.Menyesal pula dia tidur di sofa itu.Lebih menjanggalkan,pagi-pagi disajikan dengan tingkah Hana dan Irwan saling bekerjasama dan suap-menyuap.Naik darah tinggi.
"Hana..Sini kejap,"panggil Airil.
Hana terkulat-kulat menghampiri Airil.Apa yang dia mahu pula?
"Tolong kemaskan selimut dan bantal ni.Bawa masuk bilik ya.Thanks,"arah Airil.Pipi Hana ditepuk-tepuk lembut sambil tersenyum.
Hana mengecilkan mata.What?Selama ini boleh je dia buat sendiri.Kenapa mengada-ngada pula nak mengarah aku buat?Tulang tangan dah reput ke sampai tak boleh angkat sendiri?Saja ja kan.Nak tunjuk kuasa sebenarnya.
****
"Hati-hati.Lepas habis pusing kampung,terus balik.Jangan nak merayap ke tempat lain pula."Kata-kata Airil kepada Hana sebelum dia keluar berbasikal bersama Aqeef tadi.
"Mommy...mommy.."panggil Aqeef apabila mereka menuruni bukit.
Hana kembali ke alam nyata apabila suara Aqeef terngiang-ngiang memekik di telinganya.Apabila menyedari dia menuruni bukit,Hana menekan brek berkali-kali namun basikalnya tetap laju tanpa kawalan.Terhuyung-hayang ke kiri dan kanan pemegang basikal tanpa hala tuju yang pasti.Hana cuak.Basikalnya tidak dapat diberhentikan.
Dia membelok basikal ke kiri ketika sudah tiba di tanah landai lalu...Berdentum..Hana terbabas bersama basikalnya melanggar beberapa buah pasu bunga rumah orang.Pecah berderai pasu memuntahkan tanah-tanih yang digunakan tuan rumah untuk menguatkan akar tanaman.
Hana bangun.Dia duduk bersimpuh atas tanah mengurut betisnya.Lengan dan betis kirinya calar akibat geseran simen manakala punggungnya agak sakit kerana jatuh terhentak tadi.Hana menepuk dahi."Alamak..habis pokok bunga orang.Apa aku nak jawab ni."
Aqeef turun basikal lalu berlari mendapatkan Hana."Mommy..mommy okay tak?"tanya Aqeef kerisauan.Diperiksa calar pada lengan dan betis Hana.
"Ya Allah,habis pokok keladi aku.Ingat senang ke nak dapat benih-benih keladi ni,"marah tuan rumah apabila mendapati tanaman keladinya ranap dihentam basikal Hana.
Tuan rumah itu mencekak pinggang memarahi Hana."Hei,kau ni tak ada tempat lain ke nak main basikal pagi-pagi hari!Kau ingat murah ke pokok-pokok keladi aku ni?Aku beli keladi-keladi ni pakai duit tahu,bukan pakai air liur.Bodoh sangat.Mak bapak kau tak pernah ajar ke?Kau ni anak siapa haa?Aku nak call mak bapak kau minta ganti rugi.Apa punya mak bapak tak reti jaga anak."Keadaan Hana yang calar-balar tidak dihiraukan malahan bingit telinga Hana mendengar makian itu.
"Aku nak tanyalah,kau ni buta ke apa pergi langgar tanaman aku?Ke tak pandai bawa basikal?Kalau tak pandai jangan gatal-gatal nak tunggang basikal."Bertubi-tubi Hana dihamun kerana kesilapan yang tidak tersengajakan.
Menjalar jugalah rasa tidak puas hati di dada Hana apabila melibatkan nama emak dan bapa.Bersabar sajalah memandangkan dia memang salah merempuh pokok keladi orang tua mulut bacul.
"Saya minta maaf,mak cik.Saya tak sengaja.Brek basikal tak makan."Akhirnya Hana berpeluang mengucapkan kata maaf.
"Apa?Maaf?Senangnya kau minta maaf?Macam-macamlah alasan kau ka?Dah besar panjang pun otak letak dekat lutut."Nek tok menempelak.
"Yayang..kami minta maaf.Kami tak sengaja terlanggar,"sampuk Aqeef menunduk.
"Haa...Ini anak Si Airil,cucu Tijah.Eh,eh..Kau ni memang nakallah.Tak boleh ke kau duduk diam-diam kat rumah nenek kau tu.Pagi-pagi dah menyusahkan orang.Ni..kawan kau ni anak siapa?Aku tak pernah nampak pun dalam kampung sebelum ni?"
Terkelip-kelip mata Aqeef dan Hana memandang nek tok yang tidak berhenti-henti membebel.Hendak menjawab,dikata kurang ajar pula.Aqeef kenal sangat mulut laser moyangnya.Hana dalam keadaan sakit dimakinya.
Berkerut-kerut dahinya mengetik papan skrin telefon pintar miliknya.Mukanya tiada secalit senyuman meletakkan telefon pada telinganya."Haa..Tijah,kau datang rumah aku sekarang.Cucu kesayangan kau dan kawan dia buat hal kat rumah aku.Kau ni nak bercucu sangat tapi tak reti nak jaga.Kalau malas nak jaga,kau hantar budak ni balik kat rumah bapak dia.Ni pagi-pagi kau biarkan dia merayap naik basikal kat kawasan kampung.Habis pasu-pasu keladi aku pecah berderai dirempuhnya."Nek tok menghubungi Khatijah.Angin benarlah harta bendanya musnah begitu.Orang lain sakit hatta nazak sekalipun dia tidak akan peduli jika melibatkan harta dia.
****
Masam mencuka wajah nek tok.Hana dan Aqeef dibiarkan berada di luar rumah semasa Khatijah datang bersama Irwan dan Airil.Berdirilah dua orang itu menahan telinga dengan mulut tidak ada insurans nek tok.
Lega hati Hana apabila mereka bertiga sampai juga di rumah nenek kebayan meroyan tujuh keturunan.Tidak sampai setengah jam pun berada dengan nek tok tetapi dirasakan satu hari menunggu.Panas hati dan telinga bukan kepalang.Bersyukur ke hadrat Allah telah menemukan dia dengan mereka bertiga di halaman nek tok.Trauma rasanya.
"Hana..Hana tak apa-apa?"Risau Khatijah mendakap Hana.Calar pada lengan Hana agak besar juga.Irwan dan Airil juga turut mendapatkan Hana.
"Anak siapa pula perempuan ni,Tijah?Mana mak bapak dia?Bodoh sangat perangainya.Buat sesuatu tak guna otak.Kau tengok pokok-pokok keladi aku.Jahanam angkara budak perempuan bengap ni."Nek tok terus memarahi Hana.
Airil terus ke hadapan mendada."Cakap elok-elok sikit,nek tok.Budak perempuan ni namanya Hana.Dia isteri saya,"akui Airil.Hana memandang Airil.Tidak pernah sekali Airil mengakui Hana isterinya di hadapan orang tetapi di hadapan nenek tua ini,Airil memperakuinya.Entahlah..
Terbeliak mata nek tok memandang Airil dan Hana."Haa?Bila kau kahwin?Tak ada kenduri pun.Ke kena tangkap basah tiba-tiba bawa balik bini kat kampung.Tak pun kau dah buntingkan dia,Ril."
Airil meraup wajah.Nenek saudaranya itu gemar mencari pasal dengannya.Tuduhan tidak bermoral itu dituju kepadanya.'Aku sentuh dia pun tak pernah,apatah nak buntingkan.'
Khatijah mencelah.Riak wajah Airil pun tidak begitu indah dipandang."Dah berbulan Airil nikah cumanya Tijah tak ada masa lagi nak buat majlis di sini.Maaflah Tijah tak beritahu mak su."Khatijah memberitahu.
"Anak sorang pun tak reti jaga,kahwin muda pula.Elok sangatlah,Tijah.Nanti menantu kau beranak ramai-ramai,suruh kau jaga pulak."
"Apa nek tok cakap ni?"tegur Irwan.
"Ibu,jomlah bawa Hana balik.Ril takut Ril hilang pedoman,luruh gigi palsu nek tok nanti,"ujar Airil mengawal sabar.Kerana mulut nek tok,dia memang tidak sekufu dengan nenek saudaranya itu.Orang tua yang tak sedar kubur menjemput bila-bila masa sahaja.
Tubuh kecil molek Hana dikendong masuk ke ruangan tempat duduk belakang kereta.Jentikan rasa sakit hati diabaikan.
"Eh,nanti jangan lupa bayar ganti rugi poko keladi dan pasu-pasu aku yang pecah ni,Ril!Aku tak halalkan tau,"kata nek tok lagi apabila mereka semua masuk ke dalam kereta.
****
Di ruang tamu, Hana duduk di atas sofa, lengannya luka dan sedikit calar.Irwan datang dengan kit perubatan.Dia membuka tersebut satu persatu sambil menghembus nafas kecil.Riaknya nampak tenang tetapi ada kerisauan pada wajahnya.
Airil berdiri di seberang ruang, menyandar pada dinding. Dia tidak berkata apa-apa, hanya memerhati. Matanya tidak lepas dari tangan Irwan yang sedang membersihkan luka pada lengan Hana. Cara Irwan bercakap, lembut dan bersahaja.Hana pula tersenyum, tergelak kecil dengan gurauan Irwan membuatkan dadanya terasa aneh.
Cemburu?Aaah...Mustahil.
Airil berpaling sebentar menghela nafas.Tidak masuk akal.Seboleh-bolehnya dia menafikan namun seperti ada duri yang tercucuk pada hatinya
“Terima kasih,” ucap Hana suaranya hampir berbisik
Irwan tersenyum sambil duduk bersimpuh."Saya minta maaf bagi pihak nek tok.Mulut dia memang tak makan saman.Mesti berbakul-bakul awak dimarah tadi."
Hana hanya mengangguk."Berlori-lori saya kena maki.Saya tak tau pula awak masih ada nenek yang kuat.Bukan setakat kuat tubuh badan,mulut pun masih kuat bersilat,"usik Hana.
Irwan ketawa kecil.Betullah apa yang Hana umpatkan itu.
Baru sahaja Irwan ingin menyelak hujung seluar Hana untuk periksa betisnya,tangan Irwan ditahan.Airil berdiri di sisi mereka berwajah tenang tapi suaranya sedikit tegas."Biar aku buat.”
Irwan mengangguk perlahan.Faham benar apabila abangnya menegahnya.Dia bangun dan beredar ke dapur meninggalkan mereka berdua di ruang tamu yang semakin sunyi.
Hana mengalih pandangan ke arah televisyen walaupun tidak langsung fokus pada rancangan yang sedang ditayangkan.Dia diam.Kalau sebelum ini sempat juga dia curi pandang Airil tetapi kali ini tidak.Malu tidak sesekali.Mungkin kecewa.Dia biarkan Airil membuat kerja.
Airil duduk bersila di hadapannya.Dia selak hujung seluar Hana menyapu ubat dengan berhati-hati.
“Pedih…” Hana mengadu.
“Alah, tahanlah sikit,” balas Airil tanpa pandang wajahnya.
"Sakit tahu tak?"rengek Hana.
"Sendiri cari sakit.Lain kali jangan bawa basikal macam tengah kejar hantu.”
“Brek rosak,okay?Bukan Hana suka-suka bawa laju,”Hana menjawab, sedikit geram.
“Alasan."Airil senyum sinis.
Hana menjegil.“Mulut abang dengan nek tok tu sama-sama pedas.Ikut hati ni, dah lama Hana sumbat cili padi dalam mulut tu.”
Airil buat-buat nganga.“Sumbatlah.Pilih cili yang besar sikit,senang masuk.”
“Eee... geramnya!”Hana menolak pipi Airil.Bibirnya diketap rapat.
“Dah accident,sakit-sakit macam ni,masih ada hati nak main flying fox lagi ke esok?”sindir Airil.
“Suka hati Hanalah.Bukan ajak abang pun.Wan yang bawa.”
Airil diam.Dia sapu dengan lebih perlahan.Beberapa saat kemudian, suara Airil perlahan.
Airil menyambung.“Awak dengan Wan nampak serasi.”
Hana mengerutkan dahi."Maksudnya?
“Awak terlalu selesa dengan dia."
Hana berpaling.“Wan baik.Dia buat Hana rasa macam kawan.”
Airil angkat kening.“Kawan?”
Hana angkat wajah."Dia seorang saja kawan yang Hana ada di Janda Baik ni.Wan rajin layan hobi Hana."
“Ini kampung saya,tempat saya.Awak balik sini dengan saya.Rasanya awak pun tahu awak boleh ajak siapa selain Wan."
Hana telan air liur.Suara Airil kali ini tak lagi menyindir.Nada serius yang lembut.
“Satu perkara saya suka tentang Wan,dia layan saya seperti kawan bukan budak sekolah."
Airil diam.Sentuhan tangannya yang sedang menyapu ubat itu jadi perlahan, seolah-olah dia sedang hadam kata-kata Hana.
Malam ni MJ belanja chapter baru..Hehehe..Selamat membaca semua.Semoga MJ terus maju jaya mengarang untuk hiburan readers2 MJ.Terima kasih MJ ucapkan sudi baca novel MJ yang klise ni.Love you alls..Sila komen ya..
Share this novel
?
Tima kasih update..tak puas baca pendek sgt..