Kepala digaru berkali-kali memikirkan kewujudan selendang shawl pada tangannya.Aneh sekali selendang itu tergantung di dalam biliknya sejak dia pulang petang semalam.Hanya dia dan ayahnya yang tinggal di rumah itu,mana ada orang perempuan memakai shawl.'Takkan ayah punya selendang ni.Ayah kan lelaki.'
Aqeef yang kebingungan membawa keluar shawl warna nude itu ke ruang tamu.Airil sedang menanti Aqeef siap di sofa untuk dibawa makan angin hairan Aqeef memegang selendang tersebut.Raut kebingungan Aqeef terserlah lalu ditanya kepada ayahnya."Siapa punya selendang ni,ayah?Kenapa ada di bilik Aqeef?Siapa yang pakai?"
'Aduhh..Boleh pula minah sewel tu tinggal selendang pula.Cuai sungguh buat kerja.'Airil mengomel dalam hati.Satu kerja pula dia perlu mencari akal untuk memutarbelitkan tentang kewujudan selendang itu."Itu ayah punyalah,Aqeef."
Secara automatik,dahi Aqeef berkerut."Ayah buat apa pakai selendang ni?"Buang tabiat agaknya ayahnya memakai selendang perempuan.Atau ayah ada membawa perempuan di dalam rumah mereka ketika dia tiada?'Eh,tak mungkin ayah buat macam tu.'
Airil tersengih-sengih mengambil selendang daripada Aqeef.Otak temberangnya sedang berfungsi untuk menagih kepercayaan Aqeef.Selendang itu diikat pada lehernya."Hari tu sekolah ayah ada majlis tema retro.Ayah belilah selendang ni konon-konon nak ikat macam ni tapi macam pelik pula.Jadi,ayah tak guna.Ayah gantunglah di bilik Aqeef,tak tahu nak buat apa."Airil membohongi Aqeef.
Aqeef pun menggangguk.Begitu mudah dia dibelit oleh ayahnya."Bagi Aqeef boleh tak?Aqeef nak hadiahkan kepada Kak Hana,"pinta Aqeef gembira.Daripada ayahnya buang selendang itu kemudian hari,baiklah dia hadiahkan kepada kakak kesayangannya.
'Dah memang selendang minah sewel tu,Aqeef.Pulangkan jelah nanti.'
"Boleh.Ambillah."
Aqeef kegembiraan mendapat izin daripada ayahnya.Tidak sabar dia mahu memberi hadiahnya itu kepada Hana nanti.Mesti kakak kesayangannya gembira."Terima kasih,ayah."Keluar nanti,dia hendak membeli kotak yang cantik untuk diletakkan selendang itu.
Airil tersenyum melihat keceriaan pada raut Aqeef.Bahu anaknya dipegang."Tinggal dulu selendang ni.Jom kita keluar.Hari ini Aqeef cakap saja nak makan apa dan di mana.Ayah belanja.Belilah apa yang Aqeef mahu,"tawar Airil keriangan.
****
Hana bermenung di meja makan menatap gelas airnya memikirkan Airil dan Aqeef berseronok berjalan-jalan.Dia ditinggalkan di rumah untuk menadah telinganya mendengar bebelan umi yang berangkai-rangkai itu.'Hah.'Hana mengeluh kuat sehingga kedengaranlah di telinga uminya yang sedang mematahkan kacang panjang di hadapannya.
Mata bulat dan besar Hayati mengerling Hana.Anaknya itu dari tadi macam ayam berak kapur bermenung."Kau kenapa mengeluh kuat-kuat ni?"aju Hayati.Tangannya masih ligat membuat kerja.Biasalah memang sudah kemahiran dia,tangan dan mulut bergerak serentak.
"Tak ada apalah,umi."Hana berdalih.Cerita kepada umi pun bukan dapat mendamaikan jiwa malahan dipetir bertubi-tubi dengan mulut tak ada insurans uminya.
"Halah..halah..Kau ingat aku tak tahu dalam otak kau tu duk fikir pasal laki tak semenggah kau tu.Haaa..tulah,umi suruh cerai kau tak nak.Kononnya laki kau tau suami jatuh dari langit.Baik sangat.Haa..Sekarang kau tengoklah,dia keluar berseronok dengan anak dia,kau dia tinggal kat sini.Sayang ke macam tu?"
Bibir Hana dicebikkan."Umi,kan dia keluar dengan Aqeef.Aqeef tu dua minggu sekali balik,biarlah Abang Airil bawa anak dia jalan-jalan."Hana membela Airil.
"Sepatutnya dia beritahu Aqeef yang kau dan dia dah kahwin.Tak payah nak sorok-sorok lagi."
Hah..Umi ni."Umi,Hana dan Abang Airil dah janji nak rahsiakan pernikahan kami daripada pengetahun orang ramai lagi-lagi kawan-kawan kami."
"Otak kau ni memang lembab la Hana.Kawan-kawan tu umi tak kisah pun nak rahsia-rahsia.Aqeef tu anak dia,kira keluarga paling dekat dengan Airil tu.Rasanya tak perlu nak sembunyi sebab Si Aqeef pun keluar masuk rumah dalam rumah Airil tu.Kau tu bodoh..Kalau betul dia sayangkan Hana,sepatutnya dia beritahu kepada Aqeef pasal korang berdua."Hayati membodohkan Hana.Anaknya itu mengikut saja kehendak Airil.Hayati tidak dapat terima,kenapa Airil perlu rahsiakan hal sepenting itu daripada anak kandung sendiri?Mulalah prasangka buruk tentang menantunya menyapa fikiran Hayati.Airil bukannya ikhlas mengahwini Hana tetapi sudah dipaksa,apa yang lelaki itu boleh buat.Memang dasar kaki perempuan.
Hana berdiam.Dia tidak dapat menafikan betapa benarnya kata-kata uminya itu.Han sendiri tahu apa yang berlaku dalam rumah tangganya.Realitinya dia memang isteri Airil yang tidak dianggap.Dari awal penyatuan mereka,masing-masing tidak ikhlas menerima antara satu sama lain.Bezanya Hana perlahan-lahan sedar untuk membuka pintu hati mencintai Airil.Tetapi Airil....Masih begitu.Tiada petunjuk yang dia mula menyukai isterinya.Hana tersangat faham keadaan Airil dan dia mengambil keputusan untuk terus menunggu Airil menyambut cintanya.
"Haa...Lagi satu,umi ni musykil dengan kau.Takkan kau tak kenal budak-budak yang dah laki kau mainkan?Ramai-ramai pelajar situ takkan sorang pun tak bergosip?Umi dah lama nak tanya dengan kau,bagaimana Si Airil tu ngorat kau,Hana?Umi hairan kau boleh terpaut kepada dia sampai sanggup gadaikan maruah kau berdua-duaan dalam rumah umi ni."Hayati mengungkit bagaimana Hana dan Airil ditangkap oleh babahnya pada malam yang menjadi punca mereka dipaksa menikah.Jika diingat kembali,sakit hati Hayati melihat anaknya berkelakuan tidak senonoh begitu.Lebih menyakitkan hati,kebodohan Hana merelakan sendiri harga dirinya dipermainkan oleh Airil.Pedih rasanya.Setiap hari dia terfikir bagaimana anaknya itu boleh bertindak sedemikian.Adakah Hana terlalu buta untuk menilai cinta seorang lelaki?
Hana memandang uminya.Telinganya sudah jemu dengan tuduhan uminya.Umi hanya memandang dengan mata kasar.Yang tersiratnya,umi tidak pernah percaya akan kelakuan Hanif terhadapnya.Bukan salah dirinya mahupun Airil.Airil yang cuba membantu menjadi mangsa kerana keadaan mereka ketika itu menimbulkan fitnah."Hana malaslah nak cakap pasal ni,umi.Hana beritahu dari awal lagi yang punca sebenarnya ialah Abang Anep.Kenapa susah sangat umi nak percaya?"
Mencerlung mata Hayati memandang Hana."Kau ni tak habis-habis sabitkan Abang Anep demi pertahankan Airil.Kenapa,Hana?Hana tahu tak Abang Anep dah lama tak balik disebabkan Hana dan Airil.Hana masih tak nampak ke agenda Airil nak hancurkan hubungan korang adik-beradik?Dia juga penyebab babah marahkan Abang Anep.Sebelum dia datang dalam hidup kita,tak pernah lagi Abang Anep buat apa-apa kepada Hana.Tak jelas lagi ke semua tu,Hana?"
Hana mendengus kasar.Nafasnya dihela perlahan-lahan.Hana bangun dari bangku yang diduduknya."Umi kalau umi tak percayakan Hana sudahlah.Hana malaslah nak ulang benda yang sama banyak kali.Umi tetap macam tu juga.Salahkan Hana..Salahkan Abang Airil.Apa Abang Anep tu suci sangat ke sampai umi langsung tak ada rasa sangsi kepada dia?Hana ni mangsa sebenar tahu tak umi tapi umi tak pernah nak percaya,tak pernah kasihan Hana.Apa Hana dapat tuduh abang sendiri cuba cabul Hana?Umi memang tak adil."Terhambur segala rasa Hana terhadap umi.Air matanya mula menitis menuruni cerun-cerun pipi gebu Hana.
"Cuba umi selidik betul-betul apa yang berlaku kepada Hana bukannya menuduh melulu.Mentang-mentanglah malam itu Hana dan Abang Airil dalam keadaan yang aib,umi terus-terusan menghukum kami.Abang Airil tu mangsa tau tak?Kalau umi nak tahu Abang Airil la yang selalu lindungi Hana daripada Abang Anep.Hana jatuh moto di simpang dulu pun sebab Abang Anep.Rumah kena pecah pun kerja Abang Anep..Tak apalah,umi.Dah kasih sayang umi terhadap Abang Anep terlalu mendalam,Hana nak kata apa lagi.Biarlah masa yang membuktikan segala,"ujar Hana menahan sebak di dada.
Hana lantas beredar dari situ sambil mengelap air mata.Luah pun sudah,biarlah uminya pula menilai nanti.Pantas gerak langkah kaki Hana.
"Kau nak ke mana,Hana?Kenapa berendam air mata pula?"tanya babah yang berselisih bahu di gerbang dapur.Tiada angin,tiada ribut Hana menangis.
"Hana nak baliklah,babah.Lebih tenang rasanya duduk di rumah sebelah,"jawab Hana lalu menyalami tangan babahnya.
Memandangkan Hayati diam membatu di dapur,Rahman sudah mendapat jawapan.Pasti ada sesuatu yang Hayati katakan kepada Hana menyebabkan Hana merajuk hati.Kepalanya digelengkan.Dia tidak meneruskan langkah memandang Hayati yang sepertinya tidak rasa bersalah terhadap Hana.
"Ni mesti kamu ada cakap apa-apa yang menyakitkan hati Hana tu kan,Yati?Kalau tak,takkanlah dia merajuk begitu.Saya tahu sangat dah kamu ni Yati.Mesti awak cakap pasal rumah tangga dorang kan?Haisshh...Sudah-sudahlah,Yati."Rahman serkap jarang.Tahu sangat perangai isterinya itu bagaimana.Memang dia akan memburukkan Airil jika dia bercakap dengan Hana.
"Abang dan anak abang sama saja,"bentak Hayati.
****
"Ayah,boleh tak Aqeef tak nak sekolah sana?Aqeef tak kisah ayah nak suruh Aqeef tinggal di asrama tapi tak nak kat sekolah tu."Aqeef memberanikan diri bercakap dengan ayahnya.Jiwanya kosong bersekolah di sekolah integrasi itu.n
"Kenapa pula?Cuba Aqeef bagi lima alasan kenapa Aqeef nak pindah sekolah."Airil mengajukan soalan.Rungutan Aqeef itu sering didengar daripada ibu dan Irwan.Kali ini Airil mendengar secara langsung daripada mulut Aqeef sendiri.Dahulu pun,dia yang paksa Aqeef bersekolah di sana dan bukan kehendak Aqeef.Sebagai ayah,dia inginkan Aqeef mendapat pendidikan yang terbaik dan mampu berdikari.
"Aqeef tak suka sekolah situ.Tak seronok.Senior-senior selalu kacau Aqeef,"beritahu Aqeef.
Airil yang memandu mengerling anaknya di sebelah.Alasan yang tidak kukuh Aqeef berikan.Perkara biasa hidup di asrama dikacau oleh senior-senior."Jadi orang lelaki kena kental.Takkan hal sekecil itu pun Aqeef tak boleh tahan?"
Aqeef mengeluh keras.Ayahnya tidak faham situasi yang dia hadapi.Teman-temannya di asrama sangat menyakitkan hati."Bolehlah ayah.Nak suruh Aqeef tinggal di asrama boleh tapi bagilah Aqeef sekolah di sini.Dekat dengan ayah.Tak pun sekolah di kampung,dekat rumah tok wan,"pujuk Aqeef memeluk lengan kental ayahnya mengawal stereng kereta.
"Sebenarnya Aqeef nak dekat dengan family kan?Itu alasan terbesar Aqeef nak pindah sekolah.Tak boleh jauh-jauh dari ayah dan tok wan."Airil meneka.
Aqeef menyandarkan kepalanya pada lengan Airil mula melebarkan senyum ke telinga.Dia mengenyit mata kepada Airil.
"Nantilah ayah fikirkan dulu.Ayah tunggu result exam Aqeef macam mana.Andai kata cemerlang,ayah pindahkan Aqeef ke sekolah sini."Airil berlembut hati untuk mengikuti kemahuan Aqeef.Sudah lama fikirkan setelah mendengar rungutan daripada ibunya dan Irwan tentang Aqeef.
"Terima kasih.Aqeef sayang ayah sangat-sangat."Bercahaya keriangan terlihat pada mata Aqeef.Dicium pipi Airil berkali-kali.Sesungguhnya dia tidak sabar mengangkat kaki dari sekolah integrasi tersebut secepat mungkin.
****
Fajar telah pun terbenam dan malam kian menjelma mengikut peredaran bumi mengelilingi bumi.Azan maghrib berkumandang jelas kedengaran di cuping telinga namun Hanif tetap lalai.Panggilan azan itu tidak dia endahkan.Usai mengisi perut dengan bekal nasi berlauk yang ditapau oleh Sofi,dia terus berbaring di atas kotak.Sembahyang pun tidak.
"Eh,bila kau nak pindah dari rumah buruk ni haa?Dah la banyak nyamuk."Sofi yang dari tadi menemani Hanif bersuara.Dia menepuk-nepuk lengannya yang dihinggapi nyamuk.Rimas.
Hanif menggoyang-goyangkan kakinya ketika berbaring.Dia mengiring ke tepi memandang Sofi yang duduk tercongok berhampirannya.Itulah satu-satunya teman setianya setiap hari."Lain kali kau datang bawalah ubat nyamuk.Tak pun ridsect.Aku okay saja hidup di sini.Selesa apa,"kata Hanif.Tinggal di rumah buruk terbengkalai itu tidak mendatangkan masalah kepada dirinya.Ada tempat berteduh untuk bersembunyi pun dia sangat bersyukur.Setakat dua minggu menghilang,polis tidak dapat menemuinya lagi.Jadi,dia selamat tinggal di situ.
"Elok-elok kau duduk rumah Saiful tu,kau lari sini,"rungut Sofi.
"Eh,kau bukan tak tahu polis mungkin sedang cari aku sekarang!Takkan aku nak serah diri macam tu aje."
Dengusan nafas Sofi dihamburkan."Kau tu cari penyakit,pergi pecah rumah Cikgu Airil tu mengapa?Bukan kau tak ada duit.Saja cari masalah kan?Tak pasal-pasal hidup macam pelarian.Rohingya pun memang pelarian pun hidup selesa dan bebas kat luar sana."Sofi menempelak Hanif.Tidak fikir panjang lelaki itu.Marahkan Airil tetapi buat kerja bodoh memecah rumah orang.Memang jadi kes polislah jawabnya.
"Kau jangan banyak cakap."Hanif bingkas bangun lalu mengambil beg sandangnya yang tergantung pada dinding.Dikeluarkan beberapa paket pil berwarna merah jambu.Paket-paket itu dihulurkan kepada Sofi."Ini ada stok baru.Jalankan tugas kau."
Sofia menyambut paket-paket itu bersama senyuman.Matanya mula dikaburi duit hasil jualan bahan terlarang itu.Lumayan menjualnya kepada remaja-remaja sekolah.Permintaan tinggi dari pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6."Mana cukup banyak ni.Customer aku ramai kot."
"Ini saja yang ada supplier mampu bagi.Bukan kawasan kita saja yang minta,tempat lain pun tinggi juta.So,tokan bahagilah sama adil.Biar dapat sikit sorang,"ujar Hanif setelah bertungkus-lumus mendapatkan bekal pil kuda dan ice.
Sofi memasukkan ke dalam begnya bahan terlarang yang diberi oleh Hanif.Meskipun hari semakin gelap,Sofi tidak berniat untuk pulang ke rumah.Malam masih muda baginya,eloklah dia berborak dengan Hanif."Wei,aku rasa kan adik kau tu macam syak aku je!"Sofi membuka topik perbualan.
Hanif mendarat di sebelah Sofi."Mana kau tau dia syak kau?Dia pergi jumpa kau ke?"
"Semalam dia ada ternampak aku pass benda ni di belakang surau.Aku tak pastilah dia betul-betul nampak ke tak sebab aku dah cover habis baik.Cuma dia ada di situ dan tanya aku soalan.Kata budak yang beli barang dengan aku tu,Hana ada pergi tanya dia aku jual apa.Dia jawab tak jual apa-apa.Dia cakap kirim belikan minyak wangi."Sofi cerita semula kisah yang diberitahu oleh pelajar tudung singkat tingkatan empat itu.
"Aaahh...Kau ni buat kerja tak clean la,Sofi.Habis tu,Hana percaya tak cakap budak tu?"
Sofi mengangkat bahunya tidak pasti."Aku tak tau.Cerita tu habis situ.Hana pun tak soal banyak dan pergi.Percayalah tu."
Hanif menghela nafas lega.Hana jangan pandai-pandai nak menjadi detektif pula menyiasat."Lain kali buat kerja pandang kiri kanan dulu.Jangan sampai tertangkap pula."Hanif memberi ingatan kepada Sofi.
"Jangan risaulah.Dah tiga tahun aku buat kerja ni,tak ada yang syak pun,"kata Sofi berbangga diri dengan kerja haram yang dibuat.
"Aku ingatkan saja supaya kau lebih berhati-hati lepas ni..Katakanlah kena tangkap,kita sama-sama meringkuk dalam penjara nanti."
****
"Aaaaaaaaa!!!!!Ayah!!!!Ada hantu!!"jerit Aqeef sekuat hati berlari mendapatkan ayahnya di dapur.Detakan jantungnya laju mengepam darah ke seluruh badan.
Aqeef memeluk erat pinggang Airil.Takutnya bukan kepalang.Apa yang dia nampak dalam gelap tadi amat menyeramkan.Sekujur tubuh berbalut kain berbaring di atas tilamnya.Mungkin itulah hantu pocong yang selalu digembar-gemburkan oleh sahabat-sahabatnya di asrama.Tidak terduga olehnya akan terserempak dengan lembaga itu di rumah.
Aqeef diam tidak berkutik mendakap ayahnya.Takut sangat.Seluruh badannya seram sejuk manakala wajahnya pucat lesi.Entah ke mana hilang darah yang tersalur pada tubuhnya.Matanya masih terbayangkan lembaga itu.
"Kenapa ni,Aqeef?"
"Aqeef nampak hantu pocong atas katil,"rengek Aqeef ketakutan.Dia enggan meleraikan pelukan dan membuka matanya.Takut kalau-kalau hantu pocong itu turut keluar dari bilik.
"Nanti ayah pergi tengok.Jangan-jangan bantal peluk saja,"pujuk Airil.Tidak munasabah ada hantu pocong dalam rumahnya yang aman damai itu.Aqeef ini banyak sangat tengok movie thriller atau terpengaruh dengan cerita kawan-kawan di asrama.
Aqeef tentang berkeras tidak mahu melepaskan pinggang ayahnya.Lebih rela di situ daripada melihat lembaga seram itu."Tak nak..Tak nak..Aqeef takut.Memang hantu pocong."Aqeef mula menangis.
"Aqeef..."Airil menyeru lembut nama anaknya.Semakin esak tangis anak terunanya itu kerana terlalu takut.Airil duduk mengadap anaknya.Rambut Aweef diusap-usap dan dibelai untuk menenangkan Aqeef.Dia dapat merasakan jantung Aqeef sedang berlari pecut 100 meter.Didakapnya Aqeef sepenuh kasih sayang.
"Ini Kak Hana la,Aqeef bukan hantu pocong."Tiba-tiba,Hana muncul dari bilik Aqeef mengejutkan Airil.Berubah air muka Airil waktu itu.Aqeef turut menoleh dan mendapatkan Hana.Kasihnya kini berpaling ke arah Hana pula.
"Kak Hana buat apa di sini?"soal Aqeef.Kehadiran Hana di situ menggembirakan di samping penuh tanda tanya di dalam dada Aqeef.
"Kak Hana tinggal di sini."Spontan jawapan jujur itu keluar daripada tubir bibir Hana.Tiada idea bernas untuk berselindung lagi.Dia tidak sangka akan terlelap di bilik Aqeef selepas pulang dari rumah babah petang tadi.Niatnya sekadar berbaring menghilangkan stres sekaligus tertidur pula.Hadap sajalah.
Airil tersentak.Hana buat sesuatu tanpa berfikir dulu.Senang-senang dia bercakap begitu kepada Aqeef.Emosi Airil bertambah membara kerana Hana semakin berani memunculkan diri di hadapan Aqeef.Rahangnya diketap geram.Panahan matanya dihalakan tepat ke arah Hana tetapi isterinya itu pura-pura tidak nampak.Mencari nahas sungguh Si Hana.Amukan Airil bakal terbit.
"Ayah,boleh ke Kak Hana tidur di rumah kita malam ni?"tanya Aqeef lagi.Sememangnya dia menantikan jawapan ya daripada ayahnya.
"Kak Hana memang tidur sini pun tiap-tiap malam."
Kali ini jantung Airil pula bergerak laju.Hana ini betul-betul menguji kesabaran dia.Ada sahaja perkara bodoh yang dilakukan Hana yang akan mendedahkan status mereka."Apa maksud awak,Hana?Baik awak balik sekarang.Apa awak tak malu ke datang tidur rumah orang yang tiada kaitan dengan awak?Nak kena tangkap khalwat ke?"Airil bernada keras mengingatkan Hana.
Hana mencebik.Aqeef pula terpinga-pinga.Jelmaan pocong tadi terus lenyap daripada bayangannya.
"Nak malu apa?Nak tangkap khalwat pun silakanlah.Pejabat agama tak boleh buat apa,takkan mereka nak suruh kita⁶ kahwin dua kali.Kita ada sijil nikah.Ini kan rumah suami saya,takkanlah saya tak boleh bermalam di sini bersama suami saya.Babah selalu cakap tempat isteri kan di sisi suami.So,saya nak berada di samping suami saya setiap masa,"kata Hana memecahkan rahsia perkahwinan mereka di hadapan anaknya.Dia tidak peduli Airil membahang.
Memang Airil membahang.Kerutan seribu pada dahi serta wajah merah pada wajahnya tergambar jelas api kemarahannya sedang marak membakar seluruh perasaannya.'Melampaunya kau,Hana.Depan Aqeef pun kau cakap macam orang bodoh.Tak..Kau memang bodoh.'
Dia tidak hiraukan Aqeef di situ lalu memegang pergelangan tangan lalu diheret menghala ke pintu.Dalam keterpaksaan,Hana terpaksa melangkah kerana Airil sangat kuat sambil diperhatikan oleh Aqeef.Kanak-kanak itu tidak mengerti persengketaan apa yang menimpa ayah dan kakak angkat kesayangannya.
Belum sempat Airil membuka pintu,Hana mengugutnya."Sebelah kaki saya melangkah keluar dari pintu rumah ni,satu taman ni akan tahu yang saya isteri cikgu.Saya tak akan balik.Saya tak peduli,saya akan jerit kuat-kuat,biar semua orang tahu.Cikgu pilih nak saya di dalam rumah atau halau saya balik?Tapi kalau cikgu memang nak isytihar kita sudah menikah,cikgu heretlah saya keluar.Saya tak kisah buat pengumuman."Hana mengugut Airil.
Airil terpempan melepaskan tangan Hana.Dalam hatinya menahan amarah merenung tajam wajah Hana.'Kau ni Hana memang gila.Nasib baik perempuan,kalau tak lebam biji mata kau kena tumbuk.'Airil mengenggam buku limanya mengawal emosinya daripada melonjak ke langit.
"Ayah dan Kak Hana dah nikah?Kenapa Aqeef tak tahu?Kenapa ayah rahsiakan daripada Aqeef?Sampai hati ayah.Patutlah ayah tak bagi Aqeef sukakan Kak Hana,rupanya ayah yang nak rampas Kak Hana,"Aqeef mula berbicara setelah menghadamkan setiap bait kata-kata daripada mulut Hana.Dengan air mata yang bercucuran,Aqeef lari masuk ke dalam bilik menutup pintu sekuat hati.
"Aqeef.."panggil Airil lemah.Apalah yang hendak dia jelaskan kepada Aqeef tentang dia dan Hana.Anaknya itu telah salah faham melayan rajuk hati.Aduhh..Macam-macam konflik melanda Airil saat ini.Aqeef dengan cara Aqeef..Hana pula asyik buat kecoh.
Hana terpegun.'Aaasudah..Aqeef yang belum sunat ni suka aku pula?'
Setelah mencuba memanggil Aqeef beberapa kali namun anaknya itu tidak keluar-keluar,Airil berputus asa.Biarlah Aqeef menenangkan perasaan dahulu daripada terus diganggu.Airil berpaling dan menghadap Hana yang terkulat-kulat.Tangan Hana dipegang kemas sekali lagi.Tiada senyuman pada raut Airil.Yang ada hanya hamparan kemarahan di dalam matanya menembusi wajah Hana."Ikut aku masuk bilik.Banyak perkara yang perlu aku selesaikan dengan kau."Airil menekankan nada suaranya mendorong Hana mengekorinya ke dalam bilik.Kata ganti nama diri sudah bertukar aku.Dia tidak boleh berlembut lagi,Hana perlu diajar.
Apalah Airil nak buat kpd Hana next episod.Marah sangat gayanya tu.Hana pula makan hati dengan umi yang tak sayang mulut.Sofi dan Anep pula buat kerja tak berfaedah.Tunggu next chapter okay.Terima ksih sudi baca novel Miss J yang lama menyepi.InsyaAllah Miss J cubakan habiskan juga novel ni.Love you alls.
Share this novel
nk chapter lg...
Miss j bila nk update?
x De next chapter ker