Hana sudah berada di bawah katil.Kepala terhantuk digosok-gosok menahan sakit.Dalam keadaan mata terpejam,Hana cuba mengingat apa yang berlaku malam tadi.Lama di tercongok di bawah katil."Haa..Baru aku ingat,Cikgu Airil cakap nak ceraikan aku,"kata Hana seorang diri apabila menyedari sesuatu.Matanya dibuka besar-besar.Girang hatinya apabila teringatkan hal itu lantas dia menggeliat.Dia hampir bebas."Yes..Yes.."
Pintu bilik dikuak.Airil usai mandi muncul di bilik Hana.Tugas baru Airil setiap pagi membangunkan Hana daripada tidur.Dia mengerutkan dahi apabila melihat Hana berada di bawah katil."Awak buat apa kat bawah katil tu?"soal Airil kehairanan.Kepala Hana terjenguk-jenguk melihat Airil.Rambutnya sedikit mengerbang diabaikan saja.
Hana tersengih-sengih.Kegembiraan yang bukan kepalang lagi pagi itu."Plan kita jadi kan,cikgu?"Hana mendapatkan kepastian.
Sekali lagi Airil tidak mengerti maksud Hana.Lapisan dahi Airil terbaris lurus.Dia tidak ada apa-apa rancangan dengan Hana selain ke sekolah.Puas Airil memproses daya ingatannya tetapi kosong.Janji apa yang dibuat kepada gadis itu?"Errr...Plan apa,Hana?"
Hana menghembus nafasnya."Cikgu ni umur tak sampai 50 dah pelupa.Malam tadi kan kita dah bincang.Cikgu pun dah setuju dengan idea saya.So,bila kita nak selesaikan?"
Airil mengangkat telapak tangannya."Malam tadi kita tak ada bincang apa-apa pun..Awak ni dah kenapa,Hana?Awak minum air ketum ke sebelum tidur semalam?Merepek subuh-subuh hari lagi ni,"jawab Airil.
"Haaaa..Cikgu buat-buat lupa.Malam tadi masa cikgu datang bilik bagi saya makan ubat,kita ada bincang.Jangan cakap cikgu dah ubah fikiran pula.."
"Ubah fikiran apa?Hei Hana,lepas makan ubat awak masuk tidur dalam bilik!Saya tak ada janji apa-apa dengan awak..Boleh tak jangan cari gaduh pagi-pagi macam ni?Baiklah awak pergi mandi,sembahyang subuh sekarang."Airil semakin bingung.Dia pula yang ingatkan Hana.
Tangan Hana disilangkan.Mukanya mula menunjukkan tanda tidak senang.Emosi gembiranya tadi bertukar angin.Bibirnya bak paruh itik ke hadapan."Cikgu dah janji nak pergi pejabat agama nanti nak selesaikan penceraian kita kan?Apa cikgu lupa?Dah tua-tua ni agaknya."
Ternganga mulut Airil.Bila masa dia berjanji mahu ceraikan Hana?Aaa...Sudah..Semakin bingung kepala otak Airil.Pastinya Hana bermimpi desis hatinya.Gadis itu terlalu ingin berpisah.Satu kerjaan dia mahu sedarkan gadis itu daripada mimpi yang tidak sempurna itu.
Airil melangkah perlahan-lahan mendekati Hana.Kedua-dua bahu Hana disentuh.Mata Hana dipandang dalam-dalam."Hana,wake up from your nightmare!Saya nak katakan yang awak hanya bermimpi...Kenyataannya,saya tak ada ke bilik awak dan perbincangan tentang cerai dan pejabat agama sememangnya tak wujud pun malam tadi.It is your dream.."kata Airil lembut.
Mata Hana tidak keruan dengan pandangan Airil lalu dilarikan pandangannya ke tempat lain.Terasa getaran dalam hati Hana tatkala wajah Airil rapat dengannya."Cikgu tipu...Saya tak mimpi.Masa cikgu datang bilik,saya tak tidur lagi."Hana tidak menerima penerangan Airil.Dia merasakan ianya benar-benar berlaku.Airil sengaja ingin mempermainkan perasaannya saat ini.Air mata yang bergenang tidak dapat diseka lagi.Ianya berguguran di pipi Hana.
"Sumpah demi Allah,saya tak ada janji untuk ceraikan awak semalam..Hana..Saya tahu apa yang awak rasa tapi saya takkan ceraikan awak sekarang.."
Hana termangu di hadapan Airil.Seketika saja dia berasa gembira kerana mimpi yang tidak sempurna.Dia terduduk atas katil,diam tidak terkata.Harapannya hancur sama sekali."Bila,cikgu?"
"Biarlah Allah yang tentukan..."ujar Airil.
****
Airil bergaya mengemaskan tali lehernya di ruang tamu.Dia bersiap-siap pergi ke sekolah.Tidak lama kemudian,Hana keluar dari bilik menggalas begnya.Gerak-geri si isteri diperhatikan sahaja.Raut gadis itu dicuri pandang.Masih berbekaskah kekecewaan Hana pagi tadi?Nampaknya biasa saja.Sudah tiada air mata mahupun kesedihan pada wajah Hana.Fuhh....
Gadis itu berlalu tanpa memandang Airil.Topi keledar miliknya diambil.Dia perasan Airil memerhati gerak langkahnya namun dia malas peduli.Dalam diam dia menyalahkan mimpi buruknya malam tadi memberinya harapan palsu pada pagi hari.'Mood'nya kelaut dalam.Pada masa yang sama,dia malu dengan Airil sebab bermimpi sampai jatuh katil.
Ketika Hana hendak menarik tombol,Airil memanggilnya."Hana..."Hana berpaling tanpa jawapan daripada mulutnya.
Airil menghulurkan sekeping wang RM50 kepada Hana.Hana tidak terus menyambut duit tersebut malah bertanya pula."Duit apa ni,cikgu?"
"Duit belanja awak..."jawab Airil.
Hana menahan bibirnya daripada mengukir senyuman.Memang dia perlukan duit belanja.Takkan dia ingin menahan lapar lagi.Tidak sanggup rasanya diserang gastrik lagi.Dia mengambil wang itu lalu diangkat."Belanja untuk sebulan ke,cikgu?"
"Seminggu."
Apalagi,membulat mata Hana memandangnya.Bukan dia mata duitan tetapi dia tidak pernah mendapat duit RM50 untuk belanja sekolah.Babah pun berinya RM25 seminggu.Pandai-pandailah dia berjimat seminggu."Seriuslah untuk seminggu?"tanya Hana lagi.
"Tak cukup ke?"
Hana menggeleng."Terlebih cukup ni,cikgu.Tak pernah saya dapat duit belanja banyak ni untuk seminggu."Hana tersengih-sengih.Teruja pula.Kekecewaan pagi tadi telah lenyap dari ingatan setelah memperoleh wang RM50.
"Beli makanan bukan topup..."tegur Airil.
"Saya tahulah...Terima kasih,cikgu,"mengorak langkah menuju ke pintu keluar lalu menghilang.Mereka pergi ke sekolah berasingan supaya guru dan rakan-rakan lain tidak syak apa-apa.
Kepala tidak gatal digaru-garu.Dalam sekelip mata emosi Hana boleh berubah girang.Hati perempuan siapa yang tahu.
****
"Hana..Hana..Kejap.."Nik Arshad memegang motorsikal Hana handel skuter Hana.
Terkejut Hana.Mujurlah dia tidak memulas pedal minyak lagi."Eee...Apa Acad buat ni?Jangan kacau,orang nak baliklah."
"Bagilah Acad peluang bercakap dulu.."Nik Arshad tidak berhenti.Dia berdiri di tegak depan skuter Hana sambil memegang handel.Dia tidak akan membiarkan Hana pergi sebelum mendengar penjelasan dari mulutnya.
Bebola mata Hana digerak-gerakkan.Bosan melayan lelaki gila talak."Ke tepilah,Acad..Nanti saya langgar awak,baru padan muka,"ugut Hana.
Nik Arshad mendepakan kedua-dua tangannya."Acad rela Hana langgar Acad hingga mati asalkan Hana dengar dulu apa yang Acad nak jelaskan."
Gila!!!Sudah macam adegan filem Hindustan pula.Mata Hana liar memerhati sekeliling agar tiada mata-mata ternampak drama Nik Arshad itu.Fuh...Lega..Namun,hatinya tetap gundah.Risau jika ada kamera tersembunyi menyaksikan mereka.Akhirnya,Hana mematikan enjin memberi peluang kepada Nik Arshad.Malu juga Hana kalau-kalau Nik Arshad tidak mahu mengalah dan tetap berkelakuan begitu.Sampai ke sudah dia tidak dapat pulang ke rumah.
"Fine!!Saya dengar tapi tolong berlagak seperti manusia normal.Tak payah nak buat aksi drama pukul 7 kat sini..Malu kalau ada orang nampak,"kata Hana terpaksa membuka ruang kepada Nik Arshad.Dia tetap dia atas skuter.
Arshad mengukir senyuman.Dia kembali berpewatakan normal.Tidak sia-sia dia buat drama di hadapan Hana demi sebuah peluang.Galak matanya menatap wajah yang dirinduinya."Hana sihat tak?Semalam Sha beritahu Hana gastrik?"soal Arshad berbasa-basi.
"Ada nampak saya macam nak mati ke hari ni?"Lancang mulut Si Hana.
Arshad bersabar."Acad cuma bimbang kesihatan Hana..Usahlah garang sangat."
Hana mengerling saja.Ambil berat konon.Malas dia melayan."Haaa...Cepatlah!Tadi nak cakap sangat..Cakaplah sekarang.Saya tak banyak masa nak layan kalam awal awal tu,"arah Hana tidak mahu membuang masa.Dicari-cari juga kelibat Airil kerana keretanya tersadai berhampiran parkir motorsikal pelajar.Setakat ini masih selamat.
Tersenyum lebar Arshad Hana ingin mendengar meskipun layanan Hana agak kasar.Itu sudah memadai bagi Arshad daripada Hana tidak mengendahkannya."Firstly,Acad nak minta maaf pada Hana sebab dah sakitkan hati Hana.Acad betul-betul menyesal.Acad berbaik dengan junior-junior semua tu sebab nak buat Hana cemburu.."jelas Arshad.Riaknya terpamer penyesalan.
"Then??"
Arshad menarik nafas sedalam-dalamnya.Hana sepertinya acuh tidak acuh mendengar.Matanya melilau ke arah lain."Hana...Pandanglah Acad."
"Tadi suruh dengar kan?Saya dengarlah ni..Dengar dengan telinga bukan guna mata..."Hana menjawab.Kereta kepunyaan Airil menjadi tumpuan matanya bukan Nik Arshad.
Arshad menunduk dan akur.Diluahkan isi hatinya yang kian terpendam selama menjauhkan diri daripada Hana walaupun bekas kekasihnya itu tidak memberi perhatian kepadanya."Hmmm...Acad nak Hana tahu yang Acad tak boleh hidup tanpa Hana..Hati Acad sendiri terseksa cuba melepaskan Hana.Memang Acad berusaha lupakan Hana tapi Acad tak mampu..Semakin Acad cuba nafikan,semakin dekat rindu menjemput..Sekarang Acad dah sedar yang Acad cintakan Hana sangat-sangat.Acad tak nak berpisah dengan Hana lagi..Please,give me one more chance.."rayu Arshad.
Hana terkesima.Benarkah apa yang diperkatakan oleh Arshad.Hana membisu.Jauh di sudut hatinya dia masih menyayangi Arshad tetapi situasinya kini tidak mengizinkan.Sungguh hatinya bahagia apabila Nik Arshad mencarinya kembali cuma...Tersilap waktu.Hana kini sah bergelar isteri Airil.Jika dia"" memberi peluang,dia dianggap curang walaupun perkahwinan mereka atas dasar terpaksa.Haram bagi seorang isteri menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
"Acad...Peluang untuk Acad dah lama tertutup sejak...Hmmm...Lupakan saja."Hana tidak dapatkan habiskan ayat.Sebak dadanya.Pengakuan Arshad menyentuh kalbu tetapi dia tidak terdaya.Dia akan menjawab ya jika dia tidak terikat dengan sesiapa.Arrghhh...Hana penasaran.
"Kenapa,Hana?Tak ada langsung ke tempat untuk Acad lagi dalam hati Hana.Tak lama pun kita berpisah,takkan Hana terus buang Acad dari hidup Hana?Mustahil..."Arshad tidak percaya.Baru sebulan mereka berpisah,mudahnya Hana melupakan cinta mereka.Sedangkan dia sepanjang masa hidup dalam memori Hana.Arshad menyekat air matanya daripada menitis pada pipi.Tidak malu dia menangis di hadapan gadis itu.
Hati Hana mula dijentik rasa bersalah.Sesak dadanya melihat air mata Arshad menitis kerana mencintainya.Dulu Hana memang sakit hati dengan perbuatan Arshad tetapi sakit itu hilang serta-merta apabila Arshad memujuknya kembali.Hana menjual mahal kerana perkahwinannya menjadi tembok pemisah antara mereka.
"Moving on,Acad..Hati saya dah tawar untuk awak.Anggap saja yang kita tidak ditakdirkan berjodohan..Andai kata ada,takdir akan tentukan segalanya.."Hana menahan sebak.Lebih baik dia mengundurkan diri daripada terus terjerat dengan keinginan hati.Dia sendiri tidak tahu bila Airil akan lepaskannya.Jiwanya sudah cukup kacau untuk tambahkan lagi konflik mereka.Konflik dengan Airil saja pun tidak berkesudahan lagi.
Arshad terkedu menunduk ke tanah.Ungkapan Hana sangat menghiris hati.Adakah ini pembalasan dia melukai hati Hana?"Hana..tolong jangan buat Acad macam ni.Acad minta bagi Acad peluang sekali lagi.Acad janji Acad tak akan sia-siakan Hana.Acad tal akan sakitkan hati Hana..Percayalah.."Arshad tidak berputus asa memujuk.
Hana tidak mendengar.Dia menghidupkan semula enjin skuter untuk pergi.Semakin lama dia mendengar,semakin lembutnya hatinya nanti.Dia mengundur ke belakang lalu membelok ke kanan mencari ruang skuternya bergerak.Kelihatan beberapa orang murid lelaki lain menuju ke arah parkir.Hana mengambil keputusan mengangkat kaki,biarkan Arshad melayaninya perasaan sendiri.
Arshad menahan lagi di hadapan."Hana...Jangan tinggalkan Acad..Acad sayang Hana..Please.."
"Acad ketepi..Kali ni saya tak teragak-agak nak langgar awak kalau awak tahan saya lagi.Saya dah lewat ni.."Hana bersedia dengan gaya minah rempit untuk redah saja Arshad di hadapannya.Arshad akur.
****
Khatijah mengelap peluh menitik di dahinya.Dia menarik nafas sekejap sebelum menyambung mengangkat pasu-pasu keladinya.Minat benar Khatijah terhadap keladi.Halaman rumahnya sememangnya dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok keladi dari yang berharga murah hingga mencecah ribuan ringgit.
Menggunakan sekuat tenaganya,Khatijah mengangkat sebuah pasu keladi yang agak berat.Terkial-kial juga Khatijah ketika itu.Pinggangya terasa sengal.Nasib baiklah Wan datang membantunya cepat-cepat."Pasu ni berat,ibu.Biar Wan bantu ibu,"kata Irwan sambil mengalihkan pasu di hadapan Khatijah.
"Alaaa..Sikit saja tu,Wan."
"Sikit pun..Ibu tu perempuan,mana boleh angkat benda-benda berat.Lain kali nak buat kerja-kerja macam ni tunggu ada Wan dulu."Mulut Irwan tidak berhenti membebel.Khatijah diam saja.Memang tabiat anak saudaranya itu mengomel jika nampak dia melakukan kerja-kerja berat.
"Wan tu risau lebih..Ibu ni kuat lagi.Sakit urat sikit-sikit tu biasalah,urat orang dah berumur,"kata ibu membela diri.
"Wan tak nak ibu sakit walaupun sikit..Haa...Pasu yang ni nak letak kat mana?Ibu duduk rehat saja.Biar Wan yang susun semua,"kata Irwan.Ke sana sini sibuk mengubah kedudukan pokok keladi Khatijah.Dia tidak membenarkan Khatijah membuat kerja-kerja berat itu.Sayangnya kepada Khatijah umpama dia menyayangi ibu kandungnya sendiri.Khatijah yang membesarkan dia seperti anak sendiri selepas kehilangan orang tua sejak dia berumur 12 tahun.Bertahun-tahun dia menumpang kasih sayang Khatijah,mana mungkin dia membiarkan Khatijah dalam kesakitan dan kesusahan.
Khatijah akur saja.Dia memantau saja gerak laku anak saudara merangkap anak angkatnya itu.Irwan sangat ringan tulang membantu.
"Assamualaikum..."
Kedua-dua beranak itu berpaling serentak menjawab salam daripada nek tok yang hadir senyap-senyap.Irwan dan Khatijah bersalaman dengan nek tok,nenek kandung Irwan tetapi Irwan tidak begitu rapat dengannya berbanding Khatijah."Nek tok dari mana tiba-tiba muncul?"sapa Irwan dengan mesra.
"Hmmm...Aku ke kedai dengan Mak Tom tadi.Alang-alang ternampak korang berdua kat sini,aku singgahlah,"jawab nek tok.Nek tok masih gagah berjalan walaupun usianya mencecah 70 tahun.Tongkat pun dia tidak perlukan.
"Duduklah dulu,mak su.Tijah buatkan air sekejap"lembut tutur Khatijah.
"Hmmm...Tak payahlah.Aku bukan nak berlama-lama kat sini..Haaa...Tijah,kau dera cucu aku angkat berat-berat ni?"tanya nek tok sinis.
Irwan terus memotong.."Isshh..Tak baik nek tok tuduh ibu macam tu.Wan yang rela nak tolong ibu..Ibu tak suruh pun,"bela Irwan.Dia tahu neneknya itu tidak sukakan Khatijah sejak dulu lagi.Ada saja kata-kata sindiran dihamburkan kepada Khatijah.Irwan pun tidak tahu kenapa sedangkan Khatijah anak saudara nek tok.
Nek tok mencebik.Irwan selalu menyebelahi Khatijah."Baguslah macam tu...Hmmm...Anak kau,Si Airil tu tak balik ke,Tijah.Dah lama tak nampak batang hidung dia."Nek tok menukar tajuk.
"Cuti sekolah baru ni ada balik..Mungkin seminggu dua lagi baliklah tu.Itu pun kalau dia tak sibuk hujung minggu.Mak su nak jumpa dia ke?Airil balik nanti nanti,Tijah suruh dia pergi rumah mak su,"kata Khatijah.Dia sedar nek tok tidak menyukainya namun tidak pernah sekali dia membalas kata-kata sindiran orang tua itu.
"Eh,taklah!Saja tanya...Haaa..Kau ni Wan,bila pula nak kahwin?Airil dah ada anak seorang,kau tu membujang lagi.Umur pun masuk 30 dah,"soal nek tok.Ada saja yang ingin dibicarakan.
Lembut keluhan keluar dari mulut Irwan.Penat sudah menjawab soalan itu tetapi nek tok tetap juga bertanya walaupun jawapannya tetap sama saja."Nek tok ni,dah tak ada jodoh.Wan nak buat macam mana?Kalaulah isteri tu boleh beli dekat Shopee,4 orang terus Wan beli,"seloroh Irwan.
"Kau ni loya buruk ya,Wan.Entah dari siapa kau dapat perangai tak semenggah macam ni?Tak berkenan aku.."Nek tok menjeling hujung mata ke arah Khatijah.Kata-kata itu ditujukan kepada Khatijah sebenarnya.Khatijah membekukan lidahnya.Bukan dia tidak biasa disindir oleh nek tok.Sudah lali pun.Biarlah apa yang nek tok hendak katakan asalkan mereka tidak bertikam lidah.
Irwan bersimpati kepada Khatijah.Dikerling air muka ibu saudaranya itu masih tenang.Dia sudah cukup dewasa untuk memahami kiasan nek tok."Wan memang macam ni sejak azali lagi.Tak ada siapa-siapa yang ajar pun..Takkanlah nek tok tak kenal cucu nek tok..Hhmm...Macam nilah,nek tok carikan jodoh untuk Wan tapi ada syarat.."
"Apa dia?"
"Wan nak yang macam Uqasha Senrose..Tak pun macam Nurul Ain 7 Hari Mencintaiku..Andai kata tak jumpa juga,dapat yang macam Amelia Henderson pun dah okay..Confirm Wan tak tolak.Barulah padan dengan orang handsome seperti Wan ni..."gurau Irwan lagi.
"Amboi..Amboi...Selera kau kalah anak raja..Jodoh yang begitu kau cari,sampai masuk kubur pun belum tentu dapat..Dah lah,malas aku layan kau ni.Baik aku balik.."Terkumat-kamit mulut nek tok.Entah apa yang diomelkan.Dia membuka langkag tinggalkan Irwan dan Khatijah di situ.
Irwan tergelak memerhati gelagat nek tok."Nek tok!!Hati-hati tau balik tu...Kalau terserempak Hanna Delisha ke Janna Nick terus masuk meminang untuk Wan.."tempik Irwan mengusik nek tok kebengangan.Orang tua itu jalan tidak menoleh lagi.Dibiarkan saja Irwan syok sendiri dengan wanita idamannya.
Khatijah menepuk bahu Irwan."Issh...Tak baik Wan kenakan nek tok macam tu."
"Biarlah,ibu..Nek tok asyik sibuk tanya pasal jodoh Wan..Jodoh itu Allah yang tentukan.Sampai masa adalah jodoh tu,apa yang nak dibimbangkan?Manalah tahu jodoh Wan dah tunggu Wan di sana,siapa tahu?Wan carilah serata dunia pun memang takkan jumpa.Tak gitu,ibu.."
"Hmmm...Menjawab..menjawab..Patutlah nek tok marah.."kata Khatijah.
****
Lauk daging tomyam campur,kailan ikan masin dan telur dadar terhidang atas meja.Kecur air liur Hana menghidangkan lauk tersebut.Setelah semuanya siap disusun rapi,Hana memanggil Airil makan sama-sama."Cikgu....Jom,makan.Makanan dah siap hidang."Hana bersedia duduk menanti Airil.
Airil muncul dan duduk sama.Pinggan berisi nasi ditarik dekat.Dia menuangkan kembali sebahagian nasi ke dalam mangkuk."Awak ingat saya bela saka ke letak nasi banyak-banyak?"soal Airil.Memang nasi yang diberi Hana banyak,boleh makan untuk dua orang.
"Haah...Bukan setakat saka..Hantu,jembalang semua ada.."jawab Hana acuh tak acuh.Dia mencedok lauk ke dalam pinggan nasi lalu mahu dimasukkan ke dalam mulut namun terbantut apabila Airil membaca doa makan.Dia turut menadah tangan.Malu sendiri Hana dengan sikap gelojohnya.Rasa hendak sorokkan muka di bawah meja.
"Nak makan baca doa dulu..takut nanti saka-saka saya berpindah kat badan awak..Memang saya tengah mencari pewaris sekarang ni,"perli Airil.
Hana mencebik.Sedar dirinya diperli.Hana pura-pura tidak dengar sindiran Airil padahal hatinya sedikit terhiris.
"Lepas ni,saya nak awak masak sendiri.Jangan harapkan umi,"serius nada Airil.
Hana menjeling.Haaa...Ini yang tidak sedap didengar telinganya."Kenapa pula?Kan umi masak lebih,apa salahnya umi bagi kita sikit.Bersyukurlah umi masak lebih untuk kita..Lagipun,saya mana pandai memasak,"Hana menjawab.Airil ini saja mahu menderanya.
"Tak pandai kena belajar..Asyik harapkan umi,sampai ke tua kerepot tak pandai."
Hana mengetap bibir."Mana boleh macam tu."
Airil tetap bertegas."No kompromi..Lagi satu,banyak benda saya nak tegur.Pastikan rumah sentiasa kemas.Saya tak nak ada pinggan,cawan atau seangkatan dengannya di singki walaupun satu.Sakit mata memandang.Pandai guna pandai basuh,"kata Airil.Dua minggu sebumbung,dia banyak memerhati tingkah laku Hana.Ya,Hana terlalu keanak-anakan dan malas.
Airil menyambung lagi ketika Hana menunjukkan muka tidak senang hati."Bermula esok,tugas awak dalam rumah ni masak,kemas apa yang patut dan bersihkan bilik air.Dalam rumah ni tak ada maid nak buat semua kerja tu."
"Habis tu,saya bukan maid dalam rumah ni.Perlu ke saya buat semua kerja-kerja tu?"Hana tidak puas hati.Hah..Kenapa Airil terlalu banyak peraturan?Hidupnya dalam rumah seolah-olah diatur oleh Airil pula.Apa yang boleh dan tidak boleh dibuat,Airil tentukan.Sudah macam anak kecil pula diarah-arah sebegitu.Airil sengaja ingin mendera dirinya.Mana pernah dia melakukan kerja-kerja rumah selain mengemas biliknya sendiri.
"Tak payah tanya saya perlu atau tak perlu..Masing-masing ada tanggungjawab."Airil bertegas.Dia tidak boleh mengalah dengan bantahan Hana.Airil ingin mengajar Hana belajar erti tanggungjawab.
"Bercakap tentang tanggungjawab,apa pula tanggungjawab cikgu?Apa tugas cikgu dalam rumah kalau saya buat semua tu?"Hana menyoal balik merasakan tidak adil bagi dirinya tiada pembahagian tugas.
"Tanggungjawab saya memastikan awak menjalankan tugas dengan baik.."
Hana mengecilkan anak matanya.Dipandang tengkuk Airil seperti mahu dicekiknya."Eee....Cikgu ni tak adil."
Hana lantas berdiri.Raut lembutnya berubah masam mencuka.Makanan dalam pinggannya tidak dihabiskan.Seleranya mati dek kerana Airil.Suami tanpa rela dipandang tajam.Lagi panas hati,Airil tidak endahkan Hana dan makan dengan berselera.Airil sentiasa tenang.
Hana mendengus kasar."Kalau macam ni,lebih baik cikgu ceraikan saya..Habis cerita..Hidup dengan cikgu ni menyakitkan hati saja.Stres la..Argghhh..."marah Hana.Dia meninggalkan meja makan.
"Haaa...Pinggan ni siapa nak basuh?"
Tiada sahutan daripada Hana.Airil mengangkat bahu makan seorang diri.
Okay...Airil dan Hana tak cerai..Mimpi Hana saja tu..Hehehe..Apa pula Airil nak buat pada Hana lepas ni?
Share this novel