Bab:43

Romance Series 210302

Rehat tengah hari sebelum bermula kelas tambahan petang,ruangan makan guru di kantin agak sunyi.Kebanyakan guru berehat di luar atau pulang ke rumah.Airil duduk di meja belakang sekali,tempat kegemarannya jika makan di kantin sekolah.Pinggan nasi berlauk nenas ikan masin dan ikan goreng di hadapanny cuma disentuh sekali dua. Wajahnya muncung asyik merenung meja pelajar di hujung sana.

Di hujung kantin, Hana dan Shanaya duduk bersama beberapa rakan sekelas yang berjantina lelaki.Amri, Iqbal, dan dua tiga orang pelajar lain.Mereka berbual sambil ketawa galak.Hana ketawa sampai menekup mulut.Amri pula siap tepuk meja lagi.Entah apalah yang dibualkan oleh mereka di sudut itu.Terlalu gembira hari-hari mereka.

Airil tidak kisah apa tajuk perbualan mereka tetapi gelagat Hana yang terlalu riang bersama rakan-rakan lelaki sekelasnya membuatkan mata berbulu.

Airil sempat nampak Iqbal tunjuk gaya Superman guna sudu. Amri pula sebut, “Kalau Hana ni jadi heroin, confirm viral satu Malaysia.”

Ketawa mereka bersambung lagi.

Airil telan air liur. Muka tenang tetapi mata dah macam helang mencari mangsa untuk disambar.Nasi dalam pinggan dibiarkan lalu menyedut air sirap limau ais yang dipesan tadi.Tekaknya yang haus atau jiwanya yang dahaga.Tidak pasti krisis itu yang melanda jiwanya.

Azim yang duduk bertentangan dengannya perasan sejak tadi Airil asyik merenung satu tempat.Dia menoleh ke belakang.Ada sekumpulan pelajar Prauniversiti sedang riang bergelak ketawa beramai-ramai.Terpandangkan salah seorang pelajar perempuan yang terlibat dalam perbualan rancak itu ialah Hana,maka fahamlah Azim mengapa Airil resah dan gelisah sekali.'Ooo..patutlah makan pun tak lalu.'

"Weh,Ril!Kau okay tak?Muncung kau tu boleh sangkut baju tahu tak?"Azim memuncungkan bibirnya ke hadapan mengejek Airil yang jiwanya bergelora di dalam.

Airil jeling tajam."Aku okay je."

"Sure?Atau ada pelajar perempuan dalam kumpulan itu yang buat hati kau tak tenang sekarang?Nasi pun tak luak.Minum air sirap limau ais pun rasa pahit," Azim gelak kecil, menyindir.

Airil diam.Telinganya merah.

Azim pandang tempat Hana.Selepas itu, keningnya diangkat.Ada api cemburu sedang marak dalam hati sahabatnya."Nak tukar posisi tempat duduk ke?Aku tahu posisi kedudukan kau sekarang ada pemandangan yang tidak enak dinikmati kan?"usik Azim lagi apabila melihat Airil menahan perasaan namun wajahnya tidak dapat menipu dia iri hati.

"Apa maksud kau ni?"

Senyuman sinis tidak lekang dari bibirnya Azim."Kau duduk situ lama-lama,aku takut hati kau terbakar sendiri.Lama-lama rentung kat sini."

Airil ketap bibir.Ambil straw, hisap air sirap limau ais kuat-kuat.Bunyi straw sedut kosong.

Azim gelak."Relax,Ril.Biasalah budak-budak baru nak up bersembang gembira sesama mereka.Takkanlah itu pun tak boleh."

"Siapa kata tak boleh cuma berpada-padalah.Kau tengok tu gelak sakan tak ingat dunia.Dekat rumah tak ada pula nak gelak macam tu."

Aha! Terbongkar."Cikgu Airil kita ni cemburu nampaknya."

"Aku bukan cemburu.Aku risau.Budak-budak sekarang mana pandai jaga batas pergaulan."Airil memberi alasan menyimpang daripada fikirannya.

Sekali lagi Azim berpaling memerhati para pelajar itu."Aku tengok okay saja pergaulan mereka.Tak ada yang melampaui batas pun.Tak ada sentuh-sentuh.Duduk pun jaga jarak.Normallah anak remaja berkumpul borak riuh-rendah begitu.Dah berkumpul macam tu,mesti macam-macam cerita keluar.Aku pun macam tu sampai sekarang.Kalau risau sangat, pergi duduk sebelah dia.Tunjuk aura kau sebagai suami.Confirm budak-budak tu senyap."

Airil diam.

Matanya kembali ke arah Hana. Kali ini, senyuman di wajah Hana buat dia rasa... entah kenapa, semacam tercuit dan tercabar.

****
Hanif mengetap rahang.Nafasnya memburu kasar.

"Kenapa kau beritahu Hana pasal kandungan kau, hah?" suaranya membentak penuh bara di dada.Jari telunjuknya menyentuh kepala Sofi dan menekannya berkali-kali seakan-akan mahu memaksa masuk akalnya ke dalam kepala wanita itu.

Sofi tidak bergerak.Hanya wajahnya yang berubah tegang, mata membulat geram.

"Jangan bertindak bodoh, Sofi!" sergah Hanif lagi.

"Apa yang bodoh?Nak harapkan kau? Sofi membalas tenang tapi tajam. "Sampai aku beranak pun belum tentu kau nak selesaikan apa-apa!"

Hanif mendengus.Dadanya naik turun. Geram. Sakit hati. Buntu.

"Tindakan terburu-buru kau ni..." Hanif memijak lantai keras. "Akan rumitkan lagi keadaan.Kau nak babah dan umi aku mengamuk ke?Silap-silap kau akan diganyang dengan umi aku.Kau nak api kecil jadi marak sekarang?"

Sofi menyilangkan tangan.Mulutnya mencebik."Mereka dah tahu pun,Anep.Sampai bila kita nak sorok lagi?Aku tak nak main sembunyi-sembunyi lagi.Aku penat.Aku dah cukup bersedia nak hadap kemarahan keluarga kau dan aku.Berani buat berani tanggung.Bukan jadi pengecut macam kau.Nak bertindak lembab."Sofi melawan.Biarlah,kali ini dia nekad.Segala tohmahan dan kemarahan daripada kedua-dua keluarga akan dia harungi.

Hanif mengusap rambut menolak jari ke hujung kepala. "Perempuan..." dia berdesis. "Kau tahu tak apa kau dah buat ni?!"

"Ya,aku sangat tahu.Aku buat demi masa depan anak aku."Suara Sofi mula meninggi."Aku dah tak tahan dengan janji-janji palsu kau,Anep.Cakap nak bertanggungjawab, cakap nak bincang elok-elok.ayapi sampai sekarang,aku yang tanggung semuanya."

Hanif mendekat, wajahnya sudah merah. Tapi Sofi tak gentar."Kau tak boleh tunggu ke?Tak reti sabar?Tindakan kau ni dah rosakkan plan aku tahu tak?"

"Plan apa?Aku tak pernah nampak pun kau plan apa-apa.Hidup kau sendiri pun kau tak reti nak urus.Lagi mahu cakap pasal plan.Mat pit macam kau ni bukan boleh percaya.Seribu kau cakap,dua ribu kali tak boleh percaya."

Hanif semakin panas.Tidak semena-mena telapak tangannya mengena pada pipi Sofi."Ni makan dia.Kau ingat aku tak berani nak tampar kau?Perempuan sial macam kau ni tak patut diberi muka.Suka pijak kepala orang.Kau tak layaklah jadi bini aku."

Sofi menyentuh pipinya yang terasa perit.Hatinya lebih terhiris dengan kata-kata tohmahan Hanif.Ini dikatakan habis madu sepah dibuang.Semasa inginkan tubuhnya segala pujuk rayu di diucapkan.Matanya berair namun digagahkan jua dirinya menghadap Hanif.

"Lantaklah kau nak marah ke, nak mengamuk ke!"Sofi menjerit kecil."Aku dah bersedia. Babah kau sendiri dah suruh aku jumpa dia.Hana pun menyokong.Kau nak buat apa lagi sekarang?Kau nak cakap aku tak layak jadi bini kau?Hei,selepas saja jumpa babah kau,perempuan sial ni akan jadi bini kau juga!Terimalah hakikat."

Hanif mengepal penumbuk. Nafasnya berselang cepat.

Arrghhhhh..."Bodoh!!Sial la kau!!"

Sofi berpaling dan terus melangkah laju, tidak mempedulikan raungan geram lelaki itu di belakangnya. Langkahnya keras, tidak berpaling walau sekali. Hanif hanya mampu menumbuk udara kosong, terperangkap dalam api yang dinyalakannya sendiri.

****
Langit mendung sedari petang.Tiada petir namun guruh berdentum kuat.Angin bertiup kencang.Hujan turun mencurah-curah seperti mencurahkan segala isi langit. Bunyi titisan lebat menghentam bumbung sekolah bersatu dengan deruan angin yang memukul tingkap kelas.

Airil masih di dalam kelas menyusun kertas dan menutup komputer riba. Baru sedar kelas sudah pun kosong. Tiada murid, tiada guru lain.Hanya dia seorang yang ralit menanda kertas jawapan pelajar.

Guruh berdentum lagi.Airil pandang ke luar tingkap.Hujan belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti.Tiba-tiba wajah Hana menjelma dalam fikirannya.

"Hana balik macam mana hujan lebat ni?"Airil bercakap sendiri.

Airil cepat-cepat menutup beg.Hatinya bimbang jika Hana ditimpa hujan sewaktu pulang ke rumah menunggang motosikal.Belum sempat sampai ke rumah,pasti basah kuyup.

Dia terus melangkah pantas keluar kelas menuruni dua anak sekaligus. Langkahnya berhenti bila matanya menangkap kelibat seorang gadis sedang berjalan laju ke arah pondok motosikal."Hana.

Namun bukan itu yang buat jantung Airil berdegup kencang sekencang angin angin yang menderu.

Seorang lelaki turut kelihatan mengekor dari belakang.Dari jauh, kedengaran suara Arshad memanggil.

“Hana! Hana, tunggu kejap!”

Hana tak menoleh. Langkahnya makin laju.Jelas dari bahasa tubuhnya, dia mahu menjauh.

Airil mengetap bibir. Ada sesuatu dalam gerak tubuh Hana yang buat hatinya tak sedap. Mata Hana tunduk, tidak menoleh walau sekali pun.

“Hana,jangan lari!Dengar dulu Acad nak cakap,” suara Arshad makin hampir.

Airil terus bertindak.

“Hana!” panggil Airil, lantang.

Langkah Hana serta-merta terhenti.Dia berpaling dan sebaik saja melihat Airil berdiri di hujung tangga,Hana terus berlari mendapatkan lelaki itu tanpa ragu.Tudungnya hampir tertanggal dek angin,kasutnya basah tetapi dia tidak peduli. Nafasnya turun naik.Wajahnya cemas namun ada kelegaan dalam matanya.

Airil menapak dua langkah ke depan. Tubuh Hana berhenti betul-betul di depannya.

“Awak okey?” soal Airil sambil memerhati wajah gadis itu.

Hana angguk laju masih tercungap.

Di belakang, Arshad terhenti langkah. Dia tunduk. Tidak berkata apa-apa. Mungkin malu, atau sedar dirinya tak dialu-alukan.

Airil hanya menoleh seketika ke arah lelaki itu. Pandangannya cukup untuk memberi isyarat: jangan ganggu.

Kemudian, dia kembali pandang Hana.

“Awak balik naik kereta dengan saya.Motosikal awak tinggal saja.Esok baru ambil,” katanya tenang.Di dada bangga menari-nari apabila Hana lebih memilihnya.

Untuk pertama kali, dia rasa Hana benar-benar memilihnya. Dalam hujan, dalam resah. Dan dia berdiri di situ, sebagai ‘penyelamat’nya.

****
Enjin kereta menderu perlahan mengusir dingin hujan dari luar.Walaubagaimanapun di dalam kereta, hawa masih terasa sejuk menusuk ke tulang.Hana duduk diam di tempat penumpang.Lengan dipeluk ke dada sambil menggosok-gosok telapak tangannya yang dingin.

Airil menoleh sekejap. “Sejuk ke?”

Hana hanya angguk kecil tidak mengeluarkan suara.

Airil tak bertanya lagi.Dia biarkan. Memandu perlahan meredah gerimis yang masih bersisa.Ekor matanya sekali-sekala tetap melirik ke arah Hana.

Tiba-tiba, sebelah tangannya yang tidak memegang stereng bergerak perlahan. Dia capai tangan Hana yang masih sejuk lalu menggenggamnya lembut. Hangat tubuhnya menyentuh jari jemari Hana yang dingin.

Hana tersentak sedikit.Dia tidak menarik tangan.Hanya tunduk membiarkan.

“Hujan-hujan ni,awak ingat tak…” Airil bersuara perlahan.“Hari hujan masa kita tersangkut kat pondok kebun durian tu?”sambung Airil menghabiskan ayat.

Hana tidak menjawab.Pandangannya dilempar keluar tingkap.Hana menjungkit bahu."Banyak sangat benda nak ingat.Final exam.Kerja kursus..MUET,"Spontan Hana membalas.Aha...Peristiwa itu masih segar dalam ingatan.

Airil senyum. Dia tahu itu helah. Dia kenal Hana.

“Mustahil awak lupa,” katanya lembut, dengan sedikit nada mengusik.

Hana mengetap bibir, masih tak mahu mengalah."Tak.."Ringkas balasan Hana.

"Hmmm...Mana nak ingat kalau dalam kepala awak asyik ingat Wan.Ingat Acad.."

Hana toleh menjeling.Wajahnya memerah.'Nak cari gaduh ke dia ni?'Airil senyum puas, genggaman tangannya masih erat.

“Hana ingat semuanya dan tak pernah lupa.Dari awal kita kahwin sampai sekarang Hana tak pernah lupa walaupun sekecil-kecil momen," kata Hana perlahan, akhirnya mengaku."Hana akan simpan momen indah itu untuk memorial peribadi Hana.Cukup sekadar mengingat tetapi tidak mengharap lebih sebab Hana sedar siapa diri Hana yang hanya sekadar persinggahan."

"Saya tak pernah pun jadikan awak persinggahan.Jangan salah faham."

"Entahlah,abang.Kan abang yang cakap semua itu tak sengaja.Jadi,kenapa perlu kita nak kenang sangat?Ianya tak memberi apa-apa makna pun untuk kita.Dah la,tak payah cakaplah pasal ni.Saya mengantuk nak tidur.Sampai rumah nanti abang geraklah."

Hana menyandar pada kerusi lalu memejamkan mata.

Airil tidak menjawab kali ini. Dia hanya memandang ke hadapan, tapi tangannya menekan genggaman sedikit lebih erat.

Dan di dalam kereta yang sunyi hanya hujan renyai-renyai yang menjadi saksi dua hati yang semakin berani membuka ruang walau perlahan, walau masih takut-takut.

Sorry MJ terlelap tengah mengarang scene akhir.Bangun pagi ni sambung terus.Sorry ye,MJ sibuk sikit nak update.Next chapter ade Wan datang rumah.Baru airil ketar lutut nanti.

Share this novel

Lily Wahida
2025-06-24 20:18:05 

Hi ms j arini xde update ke?ari2 tggu ms j update..

jasmin
2025-06-24 16:10:59 

hi mj......bila next update?

Seri
2025-06-23 16:45:27 

Sweet dah ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience