Bab 33

Romance Series 199257

Di dalam stor sukan sekolah,Azim menyusun bola dalam rak sambil tersengih-sengih seorang manakala Airil serius menyemak buku penggunaan alatan sambil mengira kuantiti peralatan sama ada cukup ataupun tidak.Tidak tertoleh ke kiri mahupun kanan.

"Patutlah aku nak try Hana selama ini kau tak bagi.Macam-macam alasan kau bagi.Budak sekolah la,muda lagi lagi la,anak murid la.Eh,diam-diam kau rembat dulu!"Azim berseloroh mengusik Airil yang tidak berbunyi suara.

Airil yang tengah mengira peralatan menoleh perlahan,malas nak layan tapi Azim terus menyakat.

Semakin melebar sengihan Azim."Patutlah protective semacam.Hana juga menjadi pilihan hati.Melepaslah aku.Nampak gayanya single sampai ke tua la aku.Boleh dah aku packing barang pindah planet marikh."

Airil agak dingin."Kau diamlah,Zim.Ganggu fokus aku nak mengira."

Azim berhenti ketawa. Nada Airil kedengaran berat.

"Eh,aku gurau-gurau je!Janganlah marah.Muka tu senyumlah sikit,dapat bini muda remaja.Chill la.Stres-stres nanti dapat darah tinggi,mati awal.Muda-muda Hana menjanda."

Airil duduk atas bangku panjang.Usikan Azim dia tidak ambil hati kerana sahabatnya itu kalau bergurau memang lupa dunia.Semua dibahannya.Dia gosok kepala.Nafasnya berat.Dia tidak ambil hati dengan usika."Aku serabut kepalalah,Zim.Hidup aku tak tenang sejak kahwin.Entahlah,Zim.Nak luah pun susah.Berat sangat beban yang aku kena pikul."

"Maksud kau?Kau tak happy?"

Airil mengangguk perlahan."Aku bingung antara rasa bersalah dan tanggungjawab.Aku segan dengan Acad di samping rasa bersalah.Aku tidak berniat untuk merampas Hana tetapi keadaan agak mendesak.Aku rasa aku dah musnahkan impian cinta mereka."

Azim senyap.Dia tahu masa untuk menyakat dah tamat. Dia berdiri dekat dinding, bersandar."Aku tengok Hana happy je jadi isteri kau.Dia nampak tenang.Kau je yang macam hilang arah sikit.Kau nak runsing kenapa?Kau pun cakap hubungan mereka berakhir sebelum pernikahan.Maksudnya kau bukan perampas."

"Sebab hubungan ni bukan macam yang kau fikir, Azim. Aku bukan suami dia dalam erti sebenar.Aku tak pernah menjanjikan cinta dan kasih sayang kepada dia."

Azim memegang bahu Airil."Ril,aku tak berada di tempat kau.Cuma aku rasa kau kene terima takdir ni untuk kau.Selagi Hana dapat menerima kekurangan dan kelebihan kau,tak salah kau nak membina hidup baharu.Tentang Acad tu,lama-lama nanti dia akan faham sendiri.Dia tak boleh salahkan kau."

"Hana tu pelajar aku,Azim.Aku tak nak hal ni mengganggu hidup dan tumpuan dia.Dan aku tak nak orang lain tahu.Kau sebagai kawan aku,tolong simpan rahsia ni kemas-kemas.

Azim diam beberapa saat.Kemudian, dia angkat tangan seperti membaca ikrar."Aku takkan cerita pada sesiapa. Mulut aku kunci.Cums satu je aku nak tanya…"

Airil pandang dia.

"Kau tak sayang dia? Atau kau tengah cuba yakinkan diri kau benda tu sebab kau takut?"

Airil terdiam.Soalan itu terkena tepat ke hati dan dia tak ada jawapan.

Azim sambung lagi."Kalau aku jadi kau, aku takkan tunggu sampai orang lain hargai dia dulu.Baru nak sedar apa yang aku ada."

Airil tunduk. Stor sukan sunyi kembali, cuma tinggal suara kipas lama berpusing perlaha dan satu hati yang makin celaru dengan perasaan yang cuba dinafikan.

"Kan aku dah cakap,Hana pelajar aku.Aku tak tergamaklah nak cintan-cintun dengan dia.Sentuh dia pun aku tak pernah."

Terbeliak mata Azim."Wau,hebatnya kamu!Sesungguhnya kau kerugian.Hana tu punya la lawa,kau boleh pandang je.Hmm..Dia ada dua je.Sama ada kau gay atau kau mati pucuk,"tambah Azim mengusik Airil sambil ketawa berdekah.

Airil tidak menggeleng.Semakin menjadi-jadi perangai Azim mengenakannya."Daripada kau melalut,lebih baik kau kira bola-bola tu.Aku malas nak datang sekolah cuti nanti."

****

Senja itu muram.Para pelajar lain beransur pulang usai latihan bola sepak.Perlahan-lahan Airil mendekati Arshad yang sedang menukar kasutnya.Airil duduk di atas dedaunan rumput hijau menghadap Arshad.Suasananya kekok.Langit kelabu seakan mengerti beban yang dibawa dua lelaki itu. Di hujung padang sekolah yang sunyi, hanya bunyi dedaunan bergesel menjadi saksi pertemuan yang tidak sepatutnya berlaku.

Mata Airil redup tidak berani bertentang mata Arshad yang jelas menunjukkan kekecewaan.Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara kerana pasti Arshad berasa marah kepadanya.

“Jadi betul cikgu kahwin dengan dia?” suara Arshad pecah, parau dan menggigil.Sekali lagi dia mendapatkan kepastian yang jelas dan nyata setelah malam yang penuh duka itu berlalu.Pedih untuk Arshad menerima hakikat bahawa Hana telah menjadi milik gurunya sendiri.

Anggukan Airil menghancurkan hati Arshad.Dia berharap semua itu hanya mimpi tetapi sudah berkali-kali mendapatkan kepastian,ianya kenyataan yang menikam jiwa mudanya.

"Jadi,apa tujuan cikgu jumpa saya ni?Cikgu pun sama dengan Hana minta saya tinggalkan dia,"ujar Arshad serkap jarang.

Airil terdiam.Helaan nafasnya panjang namun tetap tak mampu menenangkan debar di dada."Saya nak minta maaf dengan awak.Saya tak berniat nak rampas Hana daripada awak namun semuanya terjadi terlalu pantas.Saya terpaksa menerima Hana menjadi isteri saya."

Arshad ketawa kecil, hambar.Air mata jernih mula bergenang di kelopak matanya."Terpaksa? Itu alasan cikgu?Cikgu tahu kan hubungan saya dan Hana tetapi saya tak boleh terima yang cikgu sanggup buat saya begini.Saya kecewa."

Airil mengangguk perlahan,suaranya serak."Saya tahu.Saya tahu betapa dalamnya perasaan awak kepada dia.Saya tak ada pilihan,Acad. Perkahwinan ini demi maruah dia.Ada hal yang tak boleh saya ceritakan sekarang kerana aib Hana dan keluarga. Saya cuma buat apa yang saya rasa betul untuk lindungi dia.”

“Tapi perkahwinan cikgu dah hancurkan hati saya.Saya hormat cikgu namun kehormatan itu telah dikhianati.Bertahun-tahun saya mencintai Hana dalam diam dan apabila ruang terbuka untuk saya memulakan hubungan,ianya dirampas oleh cikgu.Saya kesal,"luah Arshad.Sebenarnya peluang yang terbuka itu telah dikhianati oleh dirinya sendiri namun tidak dinyatakan kepada Airil.Hanya dia dan Hana yang mengetahui.

Airil menatap Arshad.Mata mereka bertemu dan waktu seakan terhenti. “Saya nak awak tahu yang antara saya dan Hana tak pernah ada apa-apa perasaan sepanjang perkahwinan kami.Percayalah saya tak ada hati kepada Hana dan saya hanya menganggap dia pelajar saya.Acad,saya harap awak faham situasi mendesak kami buat masa sekarang.Saya hanya menjalankan amanah untuk jaga amanah.Saya janji setelah semuanya selesai,saya sendiri akan lepaskan Hana."

Arshad menggeleng."Cikgu semudah itu?Cikgu tak ada perasaan tetapi bagaimana pula dengan hati Hana?Sudah beberapa kali saya memujuk Hana tetapi ditolak mentah-mentah oleh Hana.” Dia menarik nafas panjang, dada turun naik menahan tangis.

Airil tak mampu berkata apa-apa lagi.Jika Hana perasaan Hana mula tersemai untuk dirinya,itu di luar kawalannya.Dia tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang kepada Hana sepanjang pernikahan mereka."Perasaan Hana di luar kawalan saya,Acad.Saya yakin ianya akan berubah dari masa ke semasa.Hati muda sangat halus dan mudah untuk jatuh cinta kepada sesiapa yang mendekatinya.Dan saya yakin rasa itu akan berubah satu hari nanti.Saya tidak memberinya harapan setinggi bintang.Saya tak pernah sentuh Hana."Airil mengaku jujur tentang perhubungan mereka.Dia yakin cinta Hana untuk dirinya tidak akan bertahan lama.Bila-bila masa sahaja perasaan anak muda itu boleh berubah.

Arshad membisu.Dan di bawah langit senja yang makin hening ,dua jiwa yang dulu saling menghormati kini terpisah oleh cinta yang tidak pernah dirancang dan tak akan mudah dilupakan.Masing-masing melayan perasaan dan terperangkap dalam dimensi cinta tiga segi.
****

****
"Betul ke abang ajak Hana masuk bilik ni?"soal Hana mendapatkan kepastian daripada suaminya itu.Terlalu mudah suaminya berjinak-jinak menyerahkan diri.

Muka Airil cuak.Niatnya untuk mengusik Hana berubah debaran di dadanya.Semakin galak Hana dibuatnya."Eh,taklah!Saya gurau jelah.Awak tak payah ambil serius sangat."Airil menahan debar lalu bangun pergi ke dapur.

Hana senyum sendiri terkenangkan malam Airil mengajaknya masuk bilik.Tercengang Hana tetapi itulah Airil sekadar acah-acah saja.

"Hana."Airil masuk ke bilik Hana dengan langkah lemah.Dia duduk di birai katil bujang Hana.Hana yang berkhayal terus tersedar dari lamunan.Airil nampak serabut datang kepadanya.Hana bingkas bangun dan duduk di sisi Airil menunggu Airil membuka mulut.Sejak mereka terkantoi dengan Arshad dan Azim,Airil sepertinya tidak keruan.Bermuram durja.

"Saya ada jumpa Acad tadi,"terang Airil tidak memandang Hana.Matanya diarahkan ke arah dinding bilik.

Hana mengangkat kening."Sebab?"Ringkas Hana membalas kenyataan Airil.

Kini mata Airil memandang anak mata Hana."Hana,saya rasa bersalah sangat.Disebabkan saya,hubungan awak dan dia hancur.Saya jumpa dia untuk beri penjelasan tentang hubungan kita supaya dia faham situasi kita.Kasihan dia kecewa dengan apa yang dia nampak malam tu.Saya tak nak jadi pengganggu kamu berdua."

Hah..Itu saja ke yang buat kepala otaknya serabut alam?

"Abang ni kenapa nak fikir pasal perasaan Acad pula?Abang tak ada ganggu percintaan sesiapa pun.Yang Acad nak kecewa lebih-lebih tu kenapa?Saya dah beritahu abang dulu,saya dan Acad putus sebelum kita kahwin lagi.So,datang dari mana pula kes rampas-merampas ni?"Hana menjelaskan kepada Airil tentang hubungan yang terkubur.

"Tapi Hana,dia masih sayangkan awak.Tak salah kalau awak nak mulakan kembali hubungan awak berdua.Saya janji tak akan halang hubungan kamu berdua sehingga kita berpisah nanti."

Hana mendengus.Suaranya meninggi.Matanya tajam menatap Airil."Abang ni gila ke apa?Suami jenis apa ni suruh isteri menjalinkan hubungan dengan lelaki lain?Abang tak belajar agama ke?Berdosa seorang isteri mencurangi suaminya tidak kira apa pun alasannya."

"Tapi situasi kita berbeza,Hana."

"Abang ni cakap pakai otak boleh tak?Niat tidak menghalalkan cara.Hukum tetap hukum walau apa pun situasinya.Nusyuz seorang suami membiarkan isteri melakukan kemaksiatan dengan lelaki lain."Panjang ceramah Ustazah Hana kepada Airil.Baru kau tahu Airil.Cakap iman tinggi,sembahyang tidak tinggal tetapi mempermainkan hukum.Terdiam Airil.

Hana menarik nafas.Dia mengendurkan intonasi suaranya.Bahu Airil dipegang."Abang,jujur Hana katakan yang perasaan Hana kepada Acad sudah lama terpadam.Sikit pun tidak tersisa untuk dia.Sekarang ni abang cinta Hana hanya untuk Airil Safuan."

Sejak bila awak cintakan saya?"

"Hana pun tak tahu macam perasaan ni wujud.Susah Hana nak jelaskan tapi bila bersama abang,Hana rasa selamat.Hana nak abang selalu ada di sisi Hana."

Airil menghela nafas panjang."Hana..Kita tak boleh bersama.Perkahwinan kita tak ada hala tuju dan tak ada masa depan.Awak pun tahu mengapa kita kahwin.Tugas saya untuk lindungi awak daripada Anep."Airil mengingatkan Hana dan dirinya agar tidak tenggelam dengan perasaan.

Hana bersimpuh di kaki Airil.Kepalanya diletakkan pada riba Airil."Kenapa tak boleh?Abang,apa kata kita cuba jadikan perkahwinan kita sebagai destinasi akhir cinta kita.Hana sedia pikul tanggungjawab sebagai isteri abang yang sebenar,"ucap Hana penuh perasaan dan harapan.

Airil mengeluh.Hana serius rupanya selama ini tetapi dia tidak bersedia untuk menyambut cinta Hana."Saya minta maaf,Hana.Permintaan awak tidak dapat saya tunaikan.Saya tak mampu sematkan sayang dan cinta awak sebab saya tak pernah mencintai awak.Sepanjang hidup,saya hanya mencintai dan menyayangi seorang wanita sahaja iaitu Alia,bekas isteri saya.Biar beribu perempuan yang hadir dalam hidup saya,seorang pun tidak mampu menandinginya di dalam hati saya.Saya hanya izinkan Alia seorang bertahta di hati saya sampai bila-bila."

Hana mengangkat muka menatap Airil.Air mata yang bertakung menitis perlahan-lahan.Penolakan Airil itu cukup merobekkan hati Hana.Bersaing dengan kisah silam Airil yang telah lama terkubur sangat menyakitkan.

"Memang tak pernah ada ruang keizinan dalam hati abang untuk Hana?"

Airil tidak menjawab.Sunyi.Fantasi cinta Hana terhadap dirinya tidak sepatutnya wujud.Untuk lebih realistik,Airil tidak sanggup mengguris hati Hana lagi.Segala kebenara tersangat pahit untuk Hana telan.

Kebisuan Airil membuatkan Hana mengalah.Hana faham perasaan Airil tidak dapat dipaksa ketika ini.Ruang yang ada dalam kamar hati Airil bukan untuknya,biarlah masa yang menentukannya.Hana reda.Hana bingkas bangun lalu duduk membelakangi Airil di meja belajarnya.Meskipun diterangi cahaya lampu namun suasana bilik itu terasa suram.

"Tutup pintu apabila abang keluar nanti.Saya nak study."Hambar suara Hana tidak menoleh kepada Airil.

MJ bagi Hana kecewa dulu.Next chapter MJ akan buat Airil pula jeles di kampung.Kat kampung kan ada Irwan.Hehehehe...Selamat membaca semua.

Share this novel

jasmin
2025-06-10 09:16:46 

sampai bila main tarik tali camni

Hanadhia12
2025-06-05 23:19:58 

hana dh bina dinding

Lily Wahida
2025-06-05 18:51:33 

Bila update lagi ms J tak sabar nak tengok airil cemburu...biar padan muka airil..


NovelPlus Premium

The best ads free experience