"Aiyoyo..Pening kepala aku nak buat esei sastera.Macam mana nak kaitkan pembangunan insan dengan Sulalatus Salatin ni?Arrghhh...Menyesalnya aku ambil subjek ni."Shanaya menepuk-nepuk dahinya ketika merungut.Tepu otaknya ingin menterjemahkan novel yang dibaca dan mengaitkan dengan topik sastera yang dipelajari.Shanaya melabuhkan kepalanya pada meja tulis.Ketandusan idea untuk menyiapkan esei.
"Kau baca tak novel tu?"tanya Hana.Tangannya laju mengarang hampir satu muka surat.
"Baca tapi aku tak faham sangat.Siapa punya idea suruh kaji novel ni?Kajilah novel Curi-curi Cinta ke?Bisik-bisik Gelora ke?Tujuh Hari Mencintaku ke?Kan feeling tu.Tak payah susah-susah aku nak baca panjang-panjang.Tengok drama,sekejap je boleh faham,"bebel Shanaya lagi.Lembut lidahnya mengkritik.
"Rehat-rehatlah dulu,Sha.Tenangkan fikiran pula.Nanti sambunglah esei tu.Aku pun dah malas nak mengarang ni..No idea anymore in my mind."
Hana mengemas alat tulis dan tugasannya.Sudah malas mengarang panjang-panjang.Sedang dia menyandar pada kerusi,telefon pintarnya berbunyi panggilan masuk.Terlihat nama pada skrin,dia sengaja membiarkan panggilan itu tidak berjawab.Shanaya sudah meniarap atas tilam empuk Hana.Matanya tertancap pada sepasang busana pengantin berwarna putih tergantung pada dinding bilik Hana.Dari tadi dia tertanya-tanya busana itu milik siapa."Baju kau ke cantik sangat tu?Macam baju pengantin pun ada,"tanya Shanaya.
Terbeliak mata Hana memandang ke arah pakaian pengantin itu.Alamak...Dia terlupa menyimpannya di tempat tersorok dari mata Shanaya.Busana itu digantung sementara sebelum umi kembalikan ke butik.Hana berpura-pura tenang sambil mencari akal untuk berbohong."Hmmm....Entahlah umi aku,"kata Hana tiada idea.Nama umi juga yang dipetik.
"Takkan baju umi kau cutting slim macam tu.Ni dah macam cutting kau.."Shanaya tidak percaya.Dia menyentuh busana indah dihiasi manik dan lace itu.Kagum dengan sentuhan halus seni si tukang jahit.
"Hisssh...Agak-agaklah umi aku nak pakai baju macam ni.Mau terbeliak mata babah aku..Hmmm...Sepupu aku punya baju tu.Dia tertinggal masa singgah tidur sini.Esok lusa dia datang ambillah tu,"temberang Hana.
"Hmm...Mesti sepupu kau tu cantik kan?Eh...Apa kata kau cuba pakai baju pengantin ni?Mesti lawa.Nampak macam ngam dengan body kau."Shanaya mengangkat-angkat keningnya.Idea nakalnya mula bertandang.
"Jangan macam-macamlah."
"Alaa...Bukan selalu.Mesti cantik dengan kau."Shanaya memujuk.Hana menggeleng tidak mahu.Cukuplah sekali dia menyarungkan persalinan yang merubah status dirinya selama-lamanya.Tiada kali kedua atau seterusnya.
Mata mereka berdua memandang ke arah ketukan pintu bilik menyelamatkan Hana daripada permintaan bukan-bukan Shanaya.Hana membuka pintu..."Hai,Kak Hana!"sapa Aqeef kegembiraan.
"Eh,Aqeef!Masuklah.Dah lama tak jumpa Aqeef."Hana meletakkan tangannya pada bahu Aqeef mengajak kanak-kanak itu masuk.Pintu dibiarkan terbuka.
"Amboi-amboi Aqeef,dah lama tak jumpa!Dah makin handsome macam ayah Aqeef,"kata Shanaya pula."Meh lah duduk sini,kita sembang-sembang."
Aqeef menurut pelawaan Shanaya duduk di birai katil.
"Aqeef,Kak Sha nak tanya boleh tak?"
"Apa,kak?"
Shanaya malu-malu mengajukan pertanyaan.Bibirnya tidak lekang dengan senyuman."Ayah Aqeef dah ada girlfriend ke belum?"
Ternganga Hana mendengarnya.Soalan apakah yang diajukan Shanaya kepada Aqeef?"Apa jenis soalanlah kau ni,Sha?Buang tabiat ke?"
"Alaa...Aku nak tahu saja Cikgu Airil tu single ke dah berpunya.Nampak macam lone ranger.."
"Hmm...Tak ada.Ayah kata ayah sayangkan arwah ibu sangat-sangat.Tak ada siapa yang dapat ganti tempat ibu,"jujur Aqeef.Itulah yang diberitahu ayahnya jika ditanya tentang ibunya.
Entah mengapa hati Hana sedikit terusik dengan jawapan Aqeef namun didiamkan saja.Rasa itu disimpan dalam hatinya.
"So sweet..Setianya ayah Aqeef!"puji Shanaya.Tangannya diletakkan di dada tanda terharu.
Deringan nyaring telefon Hana sekali lagi menganggu perbualan mereka.Cepat-cepat Hana memutuskan panggilan dan memandang Aqeef dengan serba salah.
"Siapa yang call kau dari tadi tu?Apasal kau tak jawab?"soal Shanaya lagi.Sejak dari tadi,banyak kali juga Hana menerima panggilan namun dibiarkan dan dimatikan saja.Shanaya hairan.
"Biarlah..Tak penting pun.Scammer agaknya,"bohong Hana.
"Hei,apa kecoh-kecoh ni?"sapa suara gurau di pintu.Hanif tersengih di muka pintu.Hana menjeling.Tidak menyenangi kemunculan Hanif berdiri tepat di hadapan biliknya.Perasaan benci semakin menebal terhadap abangnya itu.Rasa hormat telah mati untuk Hanif selepas malam hitam dia ditangkap oleh babah bersama Airil.
"Kau buat apa kat sini?Berambus!"tengking Hana mengejutkan Shanaya dan Aqeef.Kedua-duanya tersentak tetapi membisu.
Hanif menyilangkan tangannya."Pengantin mana boleh marah-marah macam ni?Hilanglah seri pengantin tu..Tak gitu,Aqeef?"Hanif memprovokasi agar Hana semakin panas.Sengaja dia ingin membocorkan rahsia Hana kepada Shanaya.Aqeef pula tercengang namanya disebut oleh Hanif tiba-tiba.Blur..
"Orang gila macam kau berambus dari sini!!Merepek tentu pasal!"marah Hana lagi.Dia tidak kira di hadapan tetamu pun dia hamburkan kemarahan abangnya.Hanif ditolak sekuat hati.Pintu ditutup kuat dan dikunci dari dalam.Tergamam Aqeef dan Shanaya.Mereka tidak pernah melihat Hana segarang itu.
****
Di dalam kelas,Hana membuka dompet duitnya.Tiada sekeping not RM di dalamnya untuk dia berbelanja.Kebiasaannya,babah memberi duit belanja kepadanya pergi ke sekolah.Tinggal dengan Airil,dengan siapa harus dia meminta?Airil?Buat malu muka saja minta duit daripada lelaki itu.
Dompetnya disimpan kembali.Balik nanti,baru dia singgah makan di rumah umi.Perut yang berkeroncong dipegang."Aduh,laparnya!Sha tak datang pula hari ni nak pinjam duit.Takkan nak minta si tua tu.."monolog Hana sendiri.Memang tidaklah dia meminta-minta dengan Airil.
Hana kebuntuan.Dendangan perutnya semakin menjadi-jadi tetapi ditahan.Tiba-tiba,air matanya berguguran di pipi.Sedih.Bukan kerana lapar tetapi tiada siapa peduli tentangnya.Shanaya tidak datang kerana urusan keluarga.Nik Arsyad?Lupakan saja lelaki tidak berguna itu.Hana terus melentokkan kepalanya di atas meja.
"Hana...."
Kepala Hana diangkat tatkala namanya diseru..Haaa...Mungkin ada seseorang ingin dermakan makanan kepadanya.Siapa tahu?Perut tengah lapar,rezeki jangan ditolak.
"Hana tak pergi makan?Jom makan sama,"ajak lelaki memakai kemeja biru cair duduk berdiri di hadapannya.Tiada riak bersalah atau malu pada wajah lelaki itu malahan mampu tersenyum lebar mengajak makan.
Hana menerkam tajam membalas senyuman lelaki tersebut."Biar mati kebulur tak apa daripada makan dengan awak,"jawab Hana kasar.Orang perempuan kalau sudah lapar,harimau pun akan dimarahnya.
"Jangan cakap macam tu.Acad tak boleh hidup kalau Hana mati..Acad minta..."
"Dah-dah..Cukup.Saya tak nak dengar penjelasan apa-apa daripada lelaki bermulut manis macam awak.Buang masa saya."Hana bertegas dengan Arshad.
"Hana,please..Maafkan Acad.Beri Acad peluang sekali lagi.Acad tahu Acad dah buat silap,"rayu Arshad.
Hana mengangkat kening.Arshad kembali tanpa diduga setelah dia berkahwin dengan Airil.Berkali-kali Arshad menghubunginya semenjak beberapa hari lepas demi menjalinkan kembali cinta mereka.Mudahnya ucapan maaf keluar daripada mulut seorang lelaki egois sedangkan mulut itu juga telah melukakan hati Hana..Lelaki terlalu mudah melupakan dengan satu penyesalan.Setelah apa yang Asrhad lakukan kepadanya,tidak mudah dia memberi kemaafan.
"Sudah terlambat,Acad...Hana dah...errr...eh..belum bersedia maafkan Acad."
Perasaan Hana berkecamuk.Apa yang lebih penting isi perutnya berbunyi-bunyi.Arshad datang tidak tepat pada waktunya.
"Hana..."Arshad memanggil.Suaranya sengaja dimanjakan supaya Hana mudah cair.Tangan Hana cuba dipegang tetapi Hana sempat menyorokkan ke bawah meja.
Hana bingkas bangun dari tempat duduknya.Kemanjaan Arshad tidak mampu menyentuh jiwa perempuannya."Awak tak payah manja-manjalah..Geli saya mendengar..Saya lapar.Saya nak pergi makan..Jangan bazirkan waktu rehat saya,"marah Hana lagi.Menyampah pula dengan kegigihan Arshad memujuk hatinya.Dia fikir Hana senang diludah dan dijilat kembali.
Hana berjalan melintasi Arshad.Dia ingin mengelak daripada berdua-duaan dengan Arshad di dalam kelas.Arshad menyambut lengan Hana agar langkah Hana mati dan dapat memberinya peluang.Dengan gagah,Hana melepaskan genggaman tangan Arshad.
"Awak ingat tak awak pernah cakap,antara kita dah tiada apa-apa hubungan.Saya pegang kata-kata awak tu..So,please jangan ganggu saya.Faham?"Hana berlalu.
"Hana!!!"Serentak suara memanggil nama Hana.Airil berdiri di hadapan pintu kelas.Hana berada di tengah-tengah antara Airil dan Arshad.Suasana menjadi sunyi seketika.Arshad menunduk ke lantai manakala Hana dan Airil saling berpandangan.Beberapa detik sunyi sepi,Hana meminta diri beredar dari situ.Biarkan lelaki-lelaki itu termangu tanpa kata.
****
Airil menanti bapa mentuanya di kerusi halaman rumah.Tadinya,babah menyuruh dia datang kerana ada perkara mustahak ingin dibincangkan.Ketika itu,Hanif tiba di rumah.Airil buat-buat tidak tahu sambil membelek-belek telefon pintarnya di kerusi batu.
Hanif nampak Airil tidak pedulikannya.Babah dengan umi juga tiada di situ.Itulah peluang Hanif ingin cari hal dengan Airil."Hoi!!"kasar Hanif menyapa.Sapaan itu tidak diendahkan oleh Airil.Dia kekal membatu di situ.Menyahut tidak,memandang pun tidak.
Pinggang Hanif dicekak.Bengang kerana tiada respon daripada Airil."Kau buat bodoh je,"omel Hanif.
Tidak semena-mena,Hanif menghampiri Airil dan berdiri tegak di hadapannya.Airil mengangkat muka.Jelas sekali Hanif memaparkan riak tidak berpuas hati.Bengis pandangan abang iparnya itu terhadapnya.Akan tetapi Airil masih tidak peduli.Malas melayan perangai buruk Hanif yang sememangnya ingin mencari gaduh dengannya.Seboleh-bolehnya dia mahu mengelak.
Tidak diduga,Hanif mencengkam leher baju Airil.Terkejut Airil dibuatnya..Dia sedaya-upaya tidak melayan tetapi Hanif tetap mencetuskan kekecohan."Kau jangan berlagak sebab dapat kahwin dengan Hana..Dia adik aku...Kau jangan berani-berani sentuh Hana.."Bagai tercabut bebola mata Hanif mencerlung Airil di hadapan mukanya.
Airil tersengih tidak melawan kasar."Tapi Hana isteri aku yang sah..Halal untuk aku menyentuh dia bila-bila masa aku suka.Abang kandung tetap haram mengahwini adik sendiri apatah lagi menyentuh..Secara logiknya,siapa lebih berhak?Aku atau kau?"kata Airil menyedarkan halal haram hukum agama yang mereka anuti.Hanif semakin tersasar.Adik sendiri mahu dijadikan miliknya.
Mendengar kata-kata Airil itu,Hanif semakin panas hati.Seolah-olah ingin mencabar kesabarannya.Cengkaman tangannya dikemaskan.Mata mereka saling bertentangan dan rapat."Kau memang suka cabar aku kan?Kau jangan ingat aku tak berani nak apa-apakan kau.."
Airil menepis kuat tangan Hanif.Tubuhnya yang lebih sasa daripada Hanif memudahkannya melepaskan diri.Dia bangun dan berhadapan dengan Hanif.Air mukanya tenang.Nadanya ditekankan tetapi hanya kedengaran antara mereka berdua saja."Aku tak tahu apa yang dau rasuk otak dengan hati kau ni..Halal dan haram pun kau dah tak boleh beza...Hana tu adik kandung kau.Satu benih,satu rahim dengan kau.Tergamak kau nak makan dia?Mana akal fikiran waras kau?Kau letak kat lutut ke?Haaa???"bentak Airil mengingatkan Hanif.Dia tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Hanif sehingga tegar menyimpan hasrat untuk memiliki adik kandung sendiri.
Darah panas Hanif semakin mendidih.Api kemarahannya tidak dapat dikawal lagi.Diangkat penumbuk tangannya dan cuba dihayunkan ke muka Airil.Airil telah bersedia mengelak.
"Anep!!!!Berhenti!!!"tempik babah dari muka pintu bersama umi.Hanif tidak jadi menghayunkan penumbuk ke wajah Airil.Babah dan umi cepat-cepat berlari ke arah mereka.Khuatir situasi menjadi semakin parah.Hanif menjatuhkan tangannya ke sisinya.Wajahnya merona merah ditambah urat tegang masih kelihatan pada leher dan mukanya.
"Apa nak jadi kau ni,Anep?Tak tahu malu ke cari gaduh kat sini?Makin teruk perangai kau ni,Anep.."Babah berleter dalam marah.Kesal sungguh Hanif bersikap begitu.
"Anep jadi macam ni sebab raksasa pedofilia ni,babah.."jawab Hanif tetap menuding jari kepada Airil.
"Kau tu lebih raksasa daripada Airil sebenarnya,Anep.Sebelum aku hempuk kau,baik kau masuk dalam,cermin dulu mana silap kau sebelum kau tuduh Airil..Punca sebenarnya kau.."Babah sudah mengangkat tangan.Geram sangat dengan sikap menjadi-jadi Si Hanif.Tidak pernah menyalahkan diri sendiri sedangkan segalanya bermula daripada dia.
"Sudahlah tu,bang.."Umi pula menahan babah."Hmm..
Anep masuk dalam rumah sebelum babah mengamuk.Jangan buat hal dengan babah."Umi cuba meredakan keadaan.Nampak gayanya darah tinggi babah mencanak naik.
Hanif tidak berganjak walaupun disuruh oleh umi.Tetap mahu mencabar kesabaran babah."Anep tak takutlah,umi..Babah nak pukul..pukullah!!"cabar Hanif mendabik dada.
"Budak ni!!!!"Semakin tinggi tangan babah diangkat mahu menampar muka Hanif.Airil menghalang."Sudahlah,babah.Perkara ni takkan selesai kita bergaduh begini."
****
Sekembalinya dari surau,babah menyandar pada sofa di ruang tamu.Kopiah putih ditanggalkan lalu diletakkan atas meja kecil.Alat kawalan jauh ditekan mencari rancangan kegemarannya.Sekejap-sekejap dia mengeluh.
"Apa yang abang keluhkan dari tadi?Macam ada masalah saja?"tanya umi sebaik melabuhkan punggung di sebelah babah.
"Masalah anak awak tulah,Yati."
Umi mengerutkan dahinya."Anak yang mana satu?"Umi tidak mengerti siapa yang dimaksudkan suaminya.Hana atau Hanif.
"Anak awak yang mana satu yang banyak buat masalah?"
"Eh,abang ni nak main teka-teki dengan kita pula!Anak-anak kita tu dua-dua bermasalah.Anep masalah keras kepala dia.Hana masalah tak reti nak urus rumah tangga.Yang mana satu abang rungsingkan?"
"Hana tu abang tak bimbang.Pandailah suami dia tu bimbing dia...Abang risaukan Si Anep tu.Awak tak rasa ke perangai dia semakin pelik?Kuat melawan."Babah membuka cerita.Kelakuan Si Hanif menggusarkan hati seorang ayah.
"Anep melawan macam tu sebab abang kahwinkan adik kesayangan dia dengan Airil..Kan dari awal lagi dia bangkang Hana tu bernikah tapi abang yang degil..Mana dia tak marah?Si Hana tu sekolah pun tak habis lagi,"kata umi menjawab pertanyaan babah.
"Abang buat apa yang abang rasa betul demi kebaikan Hana..Kalau tak disebabkan anak bujang awak tu,semua ni takkan jadi."
"Abang nak cakap yang Si Anep tu betul-betul nak cabul Hana?Saya tak percayalah Anep tu sanggup nak buat kerja terkutuk tu pada Hana.."Umi masih tidak percaya.
Babah menghembuskan nafasnya.Dari awal lagi,umi tidak percaya.Tetapi mata dan firasat seorang bapa tidak salah menilai keterlampauan batas anak lebih-lebih lagi Hanif.Telah lama dia perasan tingkah liar Hanif terhadap Hana.Pada mulanya,dia berfikiran positif dan menganggapnya sebagai gurauan adik-beradik.Lama-kelamaan,tingkah Hanif semakin menjengkelkan sehingga dia nampak sendiri Hanif cuba menceroboh bilik adiknya tetapi gagal.Hal itu,didiamkan saja daripada berbincang dengan umi kerana dia yakin isterinya tidak akan percaya.Akhirnya,peristiwa hitam yang menimpa Hana malam itu memaksa babah membuat keputusan drastik.
"Kenapa abang diam?"
"Tak ada apalah,Yati."Babah malas bercerita.Nanti bergaduh mulut pula dengan umi gara-gara anak-anak mereka.Umi lebih beremosi jika membabitkan isu-isu anaknya.Berdiam lebih baik.
"Saya tak habis lagi cakap dengan abang..."umi tidak puas hati.Babah seakan-akan menggantung perbincangan mereka berdua daripada diteruskan."Abang percaya ke cerita Hana dan Airil tuduh-tuduh Anep tu?Saya tak percaya..Entah-entah Si Airil tu yang paksa Hana mereka-reka cerita sebab nak tutup kesalahan dia,"ucap umi.
"Apa ke jadahnya Airil tu nak buat macam tu,Yati?Ada Hana beritahu awak yang Airil paksa dia ke?"
"Hana tak ada cakap apa-apa..Tapi firasat saya,Hana terpaksa..Anep takkan buat benda bukan-bukan pada Hana.Saya taulah anak-anak saya..Saya yang lahirkan dorang berdua..Jangan-jangan Airil dah perangkap mereka dua beradik"umi tidak mengalah.Pendiriannya tetap menyalahkan Airil.
Babah menggeleng.Sungguh kreatif pemikiran umi menyusun rangka cerita."Awak ni Yati,banyak sangat tengok drama pukul 7..Kisah awak ni dah macam jalan cerita drama..Kalau tayang kat TV3 rasanya Annameletup dan mengumpul jumlah penonton tertinggi,"gurau babah menukar tajuk.Makin dibincangkan,makin melalut pemikiran umi nanti.Lebih baik dia tukar topik cepat-cepat.Biarlah dia sendiri menyimpan rahsia Hanif.
Umi mencubit lengan babah."Eee...Saya tak berguraulah..Andai kata betul apa yang saya fikirkan tu,kasihan Hana terpaksa kahwin muda..Semua salah abang.."
"Apa lagi yang tak kena,Yati?"soal babah bermalasan.Menyesal pula dia membuka isu tentang Hanif.Meleret-leret jadinya."Sudahlah,Yati..Daripada dengar skrip sinetron 100 episod awak ni,lebih baik saya pergi pekena roti canai kat Warung Samad tu kejap."Babah bingkas bangun perlahan-lahan lalu beredar.Kopiah dipakai kembali.Kunci motosikal kapcai diambil sebelum keluar.
Umi menarik muka masam."Eee...Menyampah cakap dengan orang tua ni..Lepak lebih penting daripada bercakap hal anak-anak."
****
Seluruh tubuh Hana terasa seram sejuk seperti ada angin menjalar dalam saluran darahnya hingga ke kepala.Matanya pitam dan berpeluh-peluh manakala perutnya terasa ketat seperti hendak pecah.Rasa senak di bahagian tengah perut sekejap muncul,sekejap hilang.Hana berbaring serba tidak kena di atas katil.
Setelah dia pulang dari sekolah petang tadi,dia berasa tidak sedap badan.Oleh itu,Hana mengurungkan dirinya di dalam bilik sahaja untuk berehat.Rehat saja tidak cukup kerana sakit gastrik yang dialami semakin parah.Sudah lama dia tidak diserang gastrik.Gara-gara tidak makan di sekolah tadi,penyakit itu menyerang kembali.Ubat-ubatan pula tidak tersedia.Terpaksalah ria menganggung sakit sendirian tanpa memberitahu Airil.
Setiap kali rasa mencucuk di perut,Hana mengerekot ke sisi kanan atau kiri menahan sakit.Air matanya berjuraian."Umi...Babah...Hana sakit..Hana nak balik."Terketar-ketar suara Hana memanggil umi dan babahnya.Sedihnya hidup keseorangan dalam kesakitan walaupun Airil ada di rumah itu.Hendak diadu kepada Airil,dia malu.Takut Airil memandang serong terhadap dirinya.Berdiam saja,riwayatnya mungkin akan berakhir.Hana serba salah sama ada memanggil Airil atau menanggung sakit sendiri.
Hana menangis sepuasnya mengadap dinding.Tidak lama kemudian,kedengaran pintu bilik dibuka dan Airil memanggil namanya.Hana tidak berpaling.Wajahnya basah dipenuhi dengan air mata.
"Hana...Bangun makan dulu..Ni dah solat Isyak ke belum terus membungkam macam ni,"bebel Airil.Hana tidak bergerak.Bahunya terangkat-angkat.Airil tidak mengesyaki apa-apa ketika itu.Disambung bebel lagi."Degilnyalah budak ni..Nak suruh bangun makan pun susah..Awak ingat awak puteri raja nak kena tatang bagai."
Hana masih begitu.Tidak berpaling mahupun bersuara.Telapak tangannya memegang perut yang sakit.Hendak berkata-kata pun dia tidak mampu.Dia enggan Airil mengata dia manja.
"Eh..eh..Hana...Awak nak makan ke tak?Jangan sampai saya dukung awak pula nanti."Ton suara Airil sedikit keras apabila Hana tidak merespon.Apalagi,dia menghampiri katil Hana lalu tubuh Hana dipusingkan ke arahnya.
Alangkah terkejutnya dia melihat wajah Hana berpeluh-peluh dan pucat lesu.Tubuh gadis itu menggigil.Cemas Airil mengampu badan Hana."Ya Allah,kenapa dengan awak ni,Hana?"soal Airil mengalihkan rerambut Hana ke tepi.
Bibir Hana terketar-ketar."Saa...yaaa..saaa...kiitt..peerutt.Dah tak boleh tahan,cikgu.."Akhirnya,Hana mengadu sakit.Pinggang Airil dipeluk tanpa rasa segan lagi.Sakit mengatasi ego.Saat ini,dia merasakan dia sangat perlukan suaminya itu memberi sokongan.
"Kenapalah awak tak beritahu saya dari tadi?Jom saya bawa awak ke klinik."Airil kesal.Dia mendukung tubuh ramping Hana.Risau bukan kepalang lagi melihat Hana sebegitu.Dalam hati,dia menyalahkan dirinya kerana langsung tidak bertanya khabar Hana ketika pulang dari sekolah tadi.
Airil menggendong Hana keluar bilik.Isterinya itu tidak bermaya dipeluk erat.Tergesa-gesa dia memasukkan Hana ke dalam kereta."Bertahan sikit ya.Kita pergi klinik."
Alright...Miss J payung chapter baru.Acad nak balik pada Hana..Si Anep tak habis-habis dgn perangai buruk dia..Hmmm...Airil dan Hana?Jadi cerai ke tak?Hehe..Tunggu next chapter.
Share this novel