Bab 17

Romance Series 139977

Babah meletakkan kopiah putih atas meja solek sesudah masuk ke dalam bilik.Dijeling umi khusyuk melipat pakaian.Satu persatu kain dilipat kemas dan disusun tertib.Babah malas mengganggu umi terus berbaring di atas katil.Telefon pintar dibuka lalu mengetik aplikasi Youtube.Video ceramah Ustaz Syamsul Debat menjadi pilihan babah malam itu untuk mengisi masa terluang sebelum memejamkan mata.

"Kasihan pada Si Hana tu..Dapat suami tak guna.Ada bapak pun tak boleh diharap juga.Dibiarkan je anak tu bersama lelaki jahat macam tu..Apalah nasih dia?"Umi berkias-kias untuk menarik perhatian babah.

Babah buat-buat tidak dengar tetap menghayati ceramah.Tiada guna dia melayan sindiran tidak berasas daripada umi.Maka dibiarkan umi bercakap seorang.

"Hmmm...Kita ni penat-penat mengandung sembilan bulan,dia lepas macam tu saja anak dara pada tangan yang salah.Memanglah anak tu dah kahwin bawah tanggungjawab suami tapi kalau dah suami perangai macam hantu,kita ada hak pertahankan anak",sambung umi tidak puas hati apabila kiasannya tidak dilayan.

Umi diam seketika.Manalah tahu babah menyampuk percakapannya tetapi sunyi.Babah buat tidak endah saja.Umi berpaling melihat babah masih mendengar ceramah.Geram rasanya dia membebel sendirian.Babah langsung tidak mengambil berat tentang Hana.Sepenuhnya tanggungjawab diserahkan kepada Airil membuatkan umi makan hati dengan babah.

"Abang dengar tak saya cakap dengan abang ni?Membazir air liur saya cakap,abang buat dek saja,"kata umi.

"Yati cakap dengan abang ke?Abang ingat Yati menghafal skrip drama tadi,"gurau babah.

Umi menarik muka masam."Abang nak perli saya ke apa?Sakit hati cakap dengan abang ni lah."

"Pulak dah..Kamu ni tak habis-habis nak sakit hati.Apa yang tak kena dengan awak ni,Yati?Asyik nak marah je kerjanya,"soal babah.Emosi umi memang melayang entah ke mana semenjak dua menjak ini.Ada saja yang tidak kena.

"Apa yang tak kena?Memanglah saya marah.Abang tu tak ada usaha langsung nak selamatkan Hana.Dia satu-satunya anak perempuan kita tapi abang buat tak tahu saja.Abang bukannya nak merisik-risik perangai Si Airil tu.Entah apa yang Airil dah buat pada Hana pun kita tak tahu."Umi memanjangkan isu.Kali ini dia meluahkan rasa bimbangnya.

Babah bingkas bangun daripada pembaringannya.Dia sudah agak hal itu akan diperkatakan oleh umi.Amarah umi terhadap Airil berlarutan sehingga ke hari ini.Babah tidak menyentuh soal Airil di hadapan umi kerana enggan memanjang hal tersebut.Biarlah hati umi sejuk sendiri namun sangkaannya meleset.

"Awak nak abang buat apa?"

"Suruh Airil ceraikan Hana."

Mengucap babah mendengar permintaan umi."Astagfirrullahalazim...Bawa-bawa istighfar,Yati.Apa masalah awak tak puas hati pada Airil?Apa yang dia dah buat yang awak nak marah sangat?"Babah membuka mulut bertanya.

"Dah menantu abang tu perangai tak senonoh."

"Yati,abang tengok Hana dan Airil tak ada apa-apa masalah pun.Elok je Airil jaga Hana.Abang tak nampak pun tak senonohnya Airil tu.Apa yang awak risaukan sangat?"

Umi berganjak duduk atas katil mengadap babah."Saya ni ibu yang kandung dan lahirkan Hana tau,mestilah saya risau kalau dia tak bahagia.Lagi-lagi Airil tu depan kita je baik,belakang kita kaki perempuan.Patutlah sanggup menduda lama,senang nak tipu budak-budak sekolah."

"Apa yang awak cakap ni,Yati?Abang kenal Airil,tak mungkin dia buat macam tu."

"Haaa..tulah abang.Apa yang saya cakap sikit pun abang tak nak percaya.Buat baik sikit,abang dah pandang macam malaikat bukannya nak selidik dulu latar belakang dia..Saya ni duduk rumah pun,saya tahu semua cerita buruk Airil tu.Saya tak akan cakap kalau saya tak ada bukti,tak ada saksi."

Kerutan pada wajah babah menunjukkan dia hairan dari mana umi dapat khabar-khabat tersebut.Nafas dihembuskan."Awak dengar daripada siapa yang Airil tu kaki perempuan?Bukti apa yang awak ada?"

"Anep dah bawa saya jumpa salah sorang mangsa Airil.Budak sekolah sama kelas dengan Hana.Budak tu sendiri mengaku pernah bermain cinta dan terlanjur dengan Airil tapi Airil tinggalkan dia macam tak ada apa-apa pun berlaku antara mereka.Katanya bukan dia seorang je mangsa mainan Airil tapi ramai lagi."Umi menjelaskan kisah yang didengar kepada babah agar babah mengerti kegusaran hatinya.Ketenangannya terganggu setelah berjumpa rakan sekelas Hana.Kehidupan dan perasaan Hana bersama Airil kerap kali bermain dalam fikiran umi.Segala yang buruk-buruk dibayanginya menjadikan umi paranoid.Dia bimbang Hana dipersia-siakan dan dilukai oleh Airil.

Berlainan pula di benak babah.Apabila nama Hanif terpalit sama,sukar untuk dia percaya cerita itu 100 peratus.Dia sangat mengenali Airil bukanlah lelaki sejahat yang umi bicarakan.Mesti ada sesuatu yang tidak betul.

"Kamu percayalah cakap Si Anep tu..Abang tak percaya selagi abang tak nampak dengan mata kepala abang sendiri..Jangan-jangan semua tu fitnah,berdosa awak nanti,Yati."Kepercayaan babah terhadap Hanif telah lama pudar kerana sikap mencurigakan Hanif.Babah tahu yang Hanif cuba merosakkan Hana,adik kandungnya sendiri.Namun begitu,rahsia itu disimpan bersama Airil kerana dia tidak mahu umi kecewa.

Jelingan tajam ditujukan kepada babah."Haaa...Fitnah?Sekarang ni abang nak cakap saya reka-reka ceritalah ya?"

"Abang tak maksudkan begitu..Kita ni dah tua,boleh fikir mana yang betul mana tidak.Abang tak sukalah main tuduh-tuduh tanpa usul periksa."

"Terpulanglah abang nak cakap apa.Ingatkan kita bagitau ni,adalah jalan penyelesaiannya tapi kita pula dituduh reka cerita..Tatanglah menantu kesayangan abang tu dengan penuh kasih sayang..Sampai masanya nanti terbongjar juga siapa dia sebenarnya.Masa tu jangan nak menyesal pula,"kata umi berkecil hati.Dia dan babah tidak sehaluan.Selesai menyimpan pakaian,umi keluar dari bilik tinggalkan babah sendiri.

****
'Kenapa awak tak cakap dari mula?'

Lagu viral video tik tok berkumandang.Satu-satu video diskrol menggunakan latar belakang lagu tersebut.Sehingga menemui video seorang lelaki menari lucu menggelikan hatinya.Hana tergelak sendiri dan berulang kali dia memutarkan video itu.Kerana terlalu syok dia menari sama mengikut gerak tari penari dalam video tersebut.

Sedang seronok berhibur,bau hangit menerjah ke dalam rongga hidung Hana.Tanpa mengesyaki apa-apa dia menarik nafasnya dalam-dalam.Ternyata bau hangit tersebut semakin kuat menusuk.Apabila teringatkan sesuatu,dia membuka langkah berlari pantas ke dapur.

Ruangan dapur sudah dikepuli asap putih apabila Hana tiba di dapur.Asap tersebut daripada periuk kecil berisi sup daging yang kekeringan kerana lama dipanaskan atas dapur.Hana gelabah terus mematikan api gas segera.Periuk kecil itu diintai dan kelihatan hanya ketulan daging hangus masih berada di dalamnya.Kuah supnya sudah kering-kontang.

Hana menggaru-garu kepalanya."Aduhh...Macam mana boleh lupa?Nak makan apa malam ni?"omel Hana.Dia terlupa dia panaskan sup daging yang dibeli petang tadi.Niatnya untuk menonton video tik tok seketika mengundang nasib malang pula.Benarlah kata orang,tik tok itu melalaikan.

"Awak buat apa serumah bau hangit ni?"sapa Airil tiba-tiba.Dia lengkap berpakaian sukan dan menggalas beg raket.

"Eerrr...Hmmm...Saya panaskan sup.Errrr...Saya tengok phone..Entah macam mana boleh lupa.."terang Hana takut-takut.

"Sibuk layan tik tok,mana tak lupanya..Hana..Lain kali,buat kerja tu cermat sikit.Nasib baik tak terbakar rumah saya.Lagi satu,kalau tak pandai buat kerja rumah,jangan sentuh barang dalam rumah ni.."Airil membebel.

Hana menunduk apabila dimarah oleh Airil.Dah memang salahnya,dia tidak melawan walaupun hatinya kecewa dengan layanan Airil.Suaminya itu bersikap dingin sejak diserang oleh uminya.Hana rasa bersalah terhadap Airil kerana perangai umi yang melulu menuduh Airil.Tapi kadang-kadang Hana berkecil hati juga dengan Airil yang suka marah-marah sedangkan bukan salah dia tetapi umi.

"Sorry.Saya tak tahu yang..."jawab Hana.

Airil memintas sebelum Hana habiskan ayat membela diri."Tak tahu...Tak tahu..Dari dulu sampai sekarang semua awak tak tahu.Main phone..bercinta saja yang awak tahu.."Airil membebel sambil tangannya mengalihkan periuk sup yang hangus tadi ke singki.Dia memeriksa dapur gas agar keadaan selamat.

Hana terkebil-kebil mendengar saja omelan suaminya.Hendak dijawab bukan masa yang sesuai.Panjang lehernya mengintai kelakuan Airil.

"Hmmm...Bersihkan dapur tu.Saya nak keluar pergi main badminton dulu.."kata Airil serius.

Hana termangu.Dia mengusap perutnya yang lapar.

"Hmm...nanti saya order makanan untuk awak.Sementara tu makanlah roti ke oat atau apa-apa yang ada,"kata Airil memahami kehendak Hana.Perut Hana tidak boleh dibiarkan kosong.Khuatir gastrik menyerang lagi.

Bibir Hana tersenyum ceria Airil memahaminya.

"Hmm...Dapur tu jangan lupa bersihkan...Pintu kunci dari dalam.."pesan Airil lalu berangkat keluar.

****
"Kau tak nak pergi makan ke?"soal Shanaya kepada Hana seperti tiada 'mood' usai kelas Sejarah.Pelajar-pelajar lain menderu keluar kelas.Hana pula tidak bersemangat mengemas meja.Barang-barang atas meja disimpan satu-satu ke dalam beg.

"Kau ni kenapa?Muka macam mati laki je."Shanaya menegur.

"Hmmm...Kalau mati tak susah aku nak kena fikir."Hana menjawab.

"Ni mesti sebab Si Acad tu lagi kan?Bagitau aku dia buat apa pada kau?Biar aku ajar dia."Shanaya menyingsing lengan bajunya hingga ke paras siku.

Hana tersenyum sambil menggeleng."Tak.Acad tak ada kena mengena pun..Hmm..Aku cuma tak cukup tidur,mengantuk je mata ni.Study malam tadi,"bohong Hana padahal dia berfikir hal semalam.

"Otak kau tu memang otak pandai,tak payah study beria pun tak apa..Jomlah makan..Aku dah kebulur ni."Shanaya mengajak Hana.Tidak sabar tekaknya hendak menerima makananan kerana perutnya berbunyi-bunyi minta diisi segera.

Tangan Hana ditarik.Hana berpaut pada lengan Shanaya mengikut saja gerak langkah Shanaya.Emosi yang tadinya murung kembali ceria.Mereka berjalan sambil bergelak ketawa.Sewaktu mereka berada di hadapan pintu,seorang perempuan berwajah tidak puas hati menemui mereka."Kau Hana kan?Aku Ruzi."Ruziana,rakan sekelas Arshad datang mendabik dada di hadapan Hana dan Shanaya.Sungguh angkuh riak yang dipamerkan saat memperkenalkan diri.

Hana memberikan senyuman kepada Ruziana."Ya,saya Hana.Ada apa ye cari saya?"Ramah Hana menyoal.Dia boleh mengagak kenapa Ruziana mencarinya namun dia tetap berbasa-basi melayan karenah wanita itu.

"Aku datang ni bukan nak bersuai kenal dengan kau.Aku nak bagi amaran jangan ganggu Acad lagi!Faham!"Keras Ruziana membentak.

Hana tersengih sinis.Dia sudah jangka yang Ruziana mencarinya kerana Arshad.Gadis itu dilihat rapat dengan Arshad setelah mereka berpisah tetapi Hana tidak tahu apa hubungan mereka berdua.Dia juga sudah malas mengambil tahu hal berkaitan Arshad lagi.Biarlah dia mahu bercinta dengan siapa pun,Hana tidak hairan.

"F.Y.I..Aku pun tak ada hati nak berkenalan dengan kau apatah lagi nak bersayang-sayang..Masalahnya sekarang Si Acad tu yang tergila-gila cari aku..Bukan aku yang terhegeh-hegeh.."Hana membalas.

Raut putih Ruziana mewarna merah.Menggelegak hatinya."Dia terhegeh-hegeh sebab kau tu acah-acah jual mahal kan?Kau saja nak test market kau..Ingat aku tak tahu taktik kotor kau nak goda Acad balik.."tuduh Ruziana.

Mata Hana membungkam.Panas pula telinganya mendengar tuduhan bodoh Ruziana.Tiada dalam kamus hidupnya berlagak jual mahal atau sengaja menarik perhatian Arshad."Mengarutlah kau ni."Hana berlalu namun lengannya ditarik kasar oleh Ruziana.Hana jatuh terduduk di atas lantai.Pada masa yang sama,semakin ramai pula penonton datang menyaksikan drama mereka.Shanaya membantu mengangkat Hana berdiri semula.

"Sekali lagi aku bagi amaran pada kau..Jangan ganggu Acad lagi.Kalau tak,memang nahas kau aku kerjakan."Ruziana mengugut.

Hana semakin berang turut sama bercekak pinggang mengadap Ruziana yang berlagak sombong itu.Hati siapa yang tidak mendidih apabila diserang tiba-tiba tanpa usul periksa.Ruziana di hadapannya itu dipandang kecil besar saja.Mahu dihempuk saja kepala perempuan itu tetapi dia masih bersabar.

"Serammnya...Cik Ogy..Aku nak bagi nasihat free ni..Sepatutnya kau tanyalah Si Acad lembab tu dulu sebelum serang aku...Kau tanya dia kenapa dia gila talak?Kenapa dia cari aku balik?Tanya perasaan dia pada kau atau pada aku?Kalau pada aku...Hmm...Nampaknya selama ni kau kena friendzone la...Alolo...Ciannya.."Hana sengaja ingin menyakitkan hati Ruziana.Alang-alang sudah tersakiti,baik dia menyakiti juga.

Merona merah muka Ruziana mengawal marah."Kurang ajar kau ya!!"Pantas tangan Ruziana menolak Hana.Maka berlakulah pergaduhan fizikal antara mereka berdua.Adegan tampar-menampar,tarik-tarik rambut menjadi tontonan ramai.

Shanaya cuba mententeramkan Hana tetapi tidak berjaya.Semakin galak mereka berbalas tarikan.Pelajar-pelajar yang berada di situ bersorak riang.

"Hana..sudahlah,"Shanaya menarik Hana sehingga pegangan mereka dapat dileraikan.Shanaya merangkul pinggang Hana daripada terus bertindak di luar kawalan.

"Hoi,perempuan gila!Acad tu boyfriend aku..Aku takkan biarkan mana-mana perempuan rampas dia daripada aku lebih-lebih kau!!!"sambung Ruziana enggan mengalah.Hatinya tidak puas.

Hana dalam rangkulan Shanaya terbatas pergerakannya."Ek eleh...Ingat aku kebulur sangat nakkan boyfriend lembab kau tu..Ramai lagilah lelaki yang lebih handsome,lebih hot daripada Acad.Aku sikit pun tak hairan.Masalanya Si Acad tu yang gila talak bukan aku..Kau tu patut sedar diri."Hana mengejek.

"Eee...Kau ni memang perasan bagus,"bentak Ruziana.Dia ingin melepaskan tamparan tetapi kedua-dua belah bahunya dipegang oleh Arshad yang baru tiba.

Hana mencabar bersedia dengan kekudanya."Haaa...masuklah kalau berani.Ingat aku takut ke?"

"Cukuplah tu...Hana..Ogy.."halang Arshad.Tebalnya muka apabila mendapat tahu gadis-gadis itu bergaduh keranan dirinya.Tidak tercapai akalnya bahawa Ruziana akan bertindak menyerang Hana.Gadis itu sudah salah faham atas hubungan rapat mereka selama ini.Dia sengaja rapat dan baik terhadap Ruziana untuk membuat Hana cemburu tetapi lain jadinya.Ruziana betul-betul ada hati padanya.

"Pesan kat girlfriend awak ni tolong jangan ganggu ketenangan hidup orang.Saya tak ada masa nak gaduh sebab lelaki..Macamlah awak sorg saja lelaki atas muka bumi ni saya nak rampas..F.Y.I...Saya dah ada pengganti yang jauh lebih hot daripada awak,Acad.Tak mainlah lelaki cikai-cikai ni.Seluar dalam pun mak bapak beli lagi,"kata Hana.Kepedasan kata-kata Hana menusuk hati Arshad.Sungguh pedih mendengarnya.

Raut sayu Arshad menjentik bersalah dalam hati Hana.Dia sedar kata-katanya agak melampau tetapi sebenarnya dia tidak berniat menghina lelaki itu.Hana sekadar mahu melepaskan geram dan berharap Arshad berhenti mengganggu dirinya lagi.Cinta mereka hanya suatu persinggahan.Itulah hakikat yang harus Arshad terima setelah dia sendiri membuat keputusan membuang Hana dulu.

"Apa berlaku di sini?"soal Azem yang tergesa-gesa datang setelah mendapat aduan daripada beberapa pelajar berlakunya pertengkaran.Semua terdiam apabila Azem tiba di situ.Ada beberapa pelajar beransur pergi kerana enggan menjadi saksi apabila dipanggil kelak.

****
Airil bermenung di table top dapur meneguk air sejuk memikirkan Hana.Sudah detik 6.00 petang,Hana masih tidak pulang ke rumah.Adakah Hana takut untuk pulang kerana kekecohan yang berlaku di sekolah tadi?Airil tidak menangani isu pergaduhan itu tetapi mendengar penyampaian daripada guru-guru yang terlibat mengenai kes gaduh Hana dan Ruziana kerana berebutkan Arshad.Berderau juga darah Airil mendengarnya.Marah bukan sebab cemburu tetapi geram Hana tidak pandai mengawal emosi apabila diprovok yang memalukan diri sendiri.Guru-guru lain hangat bercerita di bilik guru perihal isterinya menyebabkan Airil berasa dirinya gagal mendidik Hana.

Sedang dia menghabiskan air dalam cawan,kelibat Hana masih mengenakan pakaian ke sekolah pagi tadi muncul di dapur dengan wajah bermuram durja.Langkahnya lemah mencapai cawan lalu menekan punat air Coway.Kehadiran Airil di ruang dapur itu tidak dipedulikan langsung.Melihat kerutan pada riak Airil sudah menunjukkan mood suaminya tidak elok.

Riak itulah yang dia hadap hari-hari malahan hari ini lebih kelat daripada biasa.Sah Airil tidak puas hati tentang pergaduhan yang berlaku di sekolah namun Hana buat-buat tidak kisah.Tekak yang kering perlu dibasahi.Banyak perkara harus difikirkan selain kemarahan Airil tika itu.Mulut Airil masih terkunci bersama pandangan tajam memerhati pergerakan Hana.Sehingga selesai minum air,Hana ingin beredar masuk ke dalam bilik tanpa hiraukan pandangan Airil kepadanya.

Aturan langkah Hana terhenti apabila Airil memanggil namanya.

"Hana...Awak ke mana balik lewat macam ni?"soal Airil nada serius.Dia mengambil peluang menyoal sebelum Hana menghilangkan diri di dalam bilik.Tampaknya Hana mahu mengelak daripada berbicara dan bertentang mata dengannya.

"Kan hari ni ada kelas tambahan,"jawab Hana berbohong.

"Kelas awak sampai pukul 4.30 saja.Sekarang dah pukul 6.00 lebih,jangan nak bodohkan saya.Saya tau awak merayap ke mana-mana."Nada Airil semakin tinggi tetapi masih dikawal.Dia tidak suka Hana berbohong kepadanya.Segala jadual dan aktiviti pelajar tingkatan 6 dia yang atur,tidak mungkin Hana boleh bodohkannya.

Hana menghela nafas sambil menggaru kepala."Hmm...Rumah Shanaya."Kali ini Hana bercakap benar.

Airil menghampiri Hana.Dia betul-betul berdiri di hadapan Hana.Kerana saiznya lebih tinggi,Hana terpaksa mendongak sedikit kepalanya membalas pandangan Airil.

"Awak buat apa kat sekolah tadi haaa?"Airil terus-terus bertanya.

Hana pasti Airil bermaksudkan pertengkaran di sekolah tadi."Ogy yang mulakan dulu,bukan salah saya,"kata Hana membela diri.Jika ikutkan memang Ruziana yang mencetuskan pergaduhan sedangkan dia aman-aman saja bersama Shanaya.

"Awak memang tak ada kerja lain ke asyik nak bergaduh?Berebut jantan?"

Tersentak hati Hana mendengar soalan Airil seolah-olah dirinya seorang perempuan murahan bergaduh kerana lelaki.Jika tidak sebab Ruziana datang menyerang,dia tak ada masa mahu

"Kalau Ogy tak serang saya dulu,semua takkan jadi macam ni.Saya pun banyak kerja lain nak buat selain bergaduh pasal Acad.Salah ke saya pertahankan diri saya sendiri?Takkan saya nak biarkan dia menuduh saya bukan-bukan sesuka hati dia."Hana meninggikan suara.Airil dan Ruziana sama saja.Dua kali lima.

Airil mendengus.Bukan senang nak menang perang mulut dengan Hana."Tak boleh ke awak kawal emosi tu.Buat tak tahu saja apa dia cakap.Ni awak pun sama keras kepala...Tak nak mengalah.."

"Kita ni hidup jangan jadi dungu,cikgu.Buat tak tahu,naik lemaklah dia.Baik saya ajar dia awal-awal supaya dia tu beringat sikit sebelum dia pijak-pijak kepala saya."

Airil menggeleng."Bersabar bukan ertinya dungu,Hana tapi untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.Jangan malukan diri awak bergaduh kerana lelaki sebab jodoh awak belum tentu dengan dia.Tak guna awak nak bermasam muka,"jelas Airil menyusun kata.

Mata Hana berair.Airil tidak habis-habis menuduhnya bergaduh sebab mahukan Arshad padahal dia hendak mempertahankan diri sendiri."Cikgu faham tak saya nak defend diri saya?Saya dan Acad dah tak ada apa-apa hubungan.Kami dah lama putus.Masalahnya Si Ogy sewel tu yang datang marah-marah saya sebab Si Acad friendzone dia.Masih salah saya lagi ke?Dah dia serang saya,takkan saya nak biarkan.Kenapa itu pun cikgu tak boleh nak faham?"Hana menghamburkan rasa kecewa.Dia sudah bosan dan penat dipersalahkan.

Airil tergamam dihambat rasa bersalah.Dia tidak tahu hubungan Hana dan Arshad sudah berakhir.Patutlah Hana selalu mematikan panggilana jika Arshad menelefon.Fikirnya Hana segan berbual di hadapannya tetapi Hana enggan menyambut panggilan Arshad.Tapi dia tertanya-tanya punca mereka menamatkan hubungana.Adakah disebabkan dia,Hana dan Arshad berpisah?

"Hana...."

Hana mengangkat tangannya."Saya penat..Saya nak berehat,"kata Hana apabila Airil ini bercakap.Dia tidak tahu apa yang ingin Airil perkatakan dan dia juga tidak mahu tahu.Hana berlalu meninggalkan Airil termangu sendiri.

Sorry,Miss J baru dpt publish.Kesihatan on off..Terima ksh yang mendoakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience