Bab 52

Romance Series 232139

Hana sedang berjalan sendirian ke perpustakaan sekolah selepas tamat kelas tambahan petang itu.Langit sudah mula suram, suara pelajar makin berkurang.Dia mahu mencari buku rujukan sebelum balik.

Belum sempat masuk ke pintu utama, satu suara menegur dari arah tepi bangunan.

“Hana.”

Langkahnya terhenti.Suara itu sangat dikenalinya.Dia harap pemilik suara itu tidak menghampirinya kerana dia sendiri tidak ingin bertemu mata dengannya.

Pelajar lelaki yang pernah singgan sekejap di hatinya sebelum Airil.

Dia tersenyum tipis.“Acad.Ya,ada apa?"

Arshad melangkah ke arahnya.Senyum melebar."Awak sihat?” soalnya lembut.

Hana mengangguk sedikit. “Alhamdulillah,sihat."

Arshad diam seketika.Wajahnya nampak ragu seperti sedang memilih kata.Dengan masalah yang menimpa Hana,dia mencari kata yang sesuai untuk bertana demi menjaga mental dan perasaan Hana.

“Hana,awak betul-betul sihat?Acad faham dengan apa yang berlaku kepada Hana..Sofi..dan abang awak..Acad yakin awak memikul beban yang berat untuk ditanggung.Acad ada untuk bersama awak,"ucap Arshad setulus ikhlas.Satu sekolah tahu tempias yang Hana terima akibat perbuatan Hanif.

Hana tunduk, tidak menjawab.Tidak tahu apakah respon yang harus dia tunjukkan kepada Arshad.

"Acad tahu mesti awak tertekan dengan apa yang berlaku.Sebab tu seminggu awak tak datang sekolah.Acad bersimpati dengan nasib awak.Acad nak awak tahu yang Acad percaya awak tak ada kena-mengena dengan perbuatan abang awak.Awak mangsa keadaan saja.Jika awak perlukan seseorang untuk bersandar,Acad seikhlas hati menerima Hana."Bersungguh-sungguh Arshad ingin menjadi orang penting dalam hidup Hana.

"Hana stres kan?Acad tahu umi awak pun tak percayakan awak.Acad tak nak awak kemurungan.Tak lama nak exam.Acad ada okay."

Hana mengeluh.Panjang benar olahan Arshad mengenai masalahnya.

Dalam hati,Hana hampir ketawa.
Tertekan?Honeymoon dengan suami aku,adalah.Bukan tertekan.Bahagia sampai rasa tak nak balik sekolah.

Semua hanya bergema dalam hatinya. Di luar,wajahnya kekal tenang.

"Pertama sekali,saya nak ucapkan terima kasih atas keprihatinan awak terhadap saya.Terima kasih sebab awak terlalu ambil berat tentang masalah yang saya hadapi.Saya hargai niat ikhlas awak itu.Cuma saya tak boleh terima tawaran awak.Awak pun faham,saya isteri orang.Tak elok rasanya saya mengadu kasih dengan lelaki yang bukan suami saya."

"Maksud,Hana?Cikgu Airil?"Arshad buat-buat bingung.

Hana mengangguk."Acad,awak jauhkan diri awak daripada saya.Selain saya isteri orang,saya penat nak layan perangai Ogy yang tergila-gilakan awak.Tolonglah sedar yang antara kita memang dah tak ada apa-apa.Saya sudah temui kehidupan saya sendiri."

"100% hati awak berubah.Sikit pun tak ada untuk Acad.Apa yang Cikgu Airil dah berikan kepada awak sehingga awak lupakan saya?Apa kurangnya saya?"

Hana mendengus.Kenapalah susah sangat Arshad hendak faham?"Awak tak ada kurang tapi sebab jodoh saya dengan Cikgu Airil.Itu yang awak kena hadam.Saya terima dan reda siapa yang Allah tetapkan menjadi jodoh saya.Pokok pangkalnya,ikhlaskan hati menerima jalan yang Allah sudah aturkan untuk kita.Dan ternyata saya bahagia."

Wajah Acad sedikit berubah.

Hana undur setapak.

“Saya minta diri dulu.Maaf, saya tak nak berlama.Tak nak timbul cerita yang menyebabkan Ogy serang saya lagi.Assalamualaikum."

Hana berjalan pergi.Dia bukan terlalu kejam memahatkan kelukaan dalam hati Arshad tetapi hatinya sendiri sudah bertuan.Mana mungkin dia akan berikan kepada Arshad pula.

****
Kedai mamak petang itu agak sesak.Pelayan bersimpang-siur dengan dulang berat, bunyi senduk berlaga kuali tidak putus-putus.Aroma kari, roti canai dan teh tarik memenuhi ruang kedai mamak itu.

Airil dan Azim melangkah masuk sambil melilau mata mencari tempat kosong. Tiba-tiba Azim tepuk lengan Airil.

"Haa tu!Ayah isteri kau,"Azim tunjuk kepada Airil babah sedang makan seorang.

Di satu sudut,kelihatan babah sedang menjamu nasi kandar bersama teh O limau ais dengan penuh kenikmatan.Sedap sangat barangkali.

Azim senyum.Dia dan Airil terus melangkah.

“Assalamualaikum,Che Man.Boleh kami join tak?"sapa Azim penuh mesra.

Babah angkat muka dan senyum nipis. “Waalaikumussalam.Duduklah,cikgu.Che Man pun sorang-sorang je ni.Ada juga teman makan."

Airil tarik kerusi sebelah babah.Azim di hadapan.

“Makan luar hari ni,Che Man?Tukar selera pula ke?” tegur Azim sambil tersenyum.

Babah menghela nafas.“Che Yati kau mogok tak nak masak.Malas aku nak layan orang meroyan.Baik makan luar.Kenyang juga perut aku."

Airil ketawa kecil.“Umi merajuk apa pula dengan babah sampai tak nak masak?Kalau umi tak masak lagi,malam nanti datang makan rumah saya.Hana masak lebih biasanya,"pelawa Airil.

Babah berhenti menyuap lalu pandang Airil tajam-tajam.Airil sengih.

Airil sengih.Faham sangat erti pandangan bapa mentuanya.“Tak payah sembunyi dah.Azim dah tahu saya dan Hana dah kahwin."

Azim mengangguk.Kemudian,pelayan datang mengambil pesanan dan berlalu setelah selesai.

Azim pandang Airil.“Ril,kau order roti canai je?Sikit sangat tu.Cukup ke?Paling tidar orderlah maggi goreng,"kata Azim.

“Aku nak simpan ruangan perut aku.Kalau kenyang sangat,aku tak makan nanti.Mahu mogok pula anak mak mentua aku yang seorang tu."Airil berterus-terang.

Babah senyum sipi-sipi.Azim membalas."Nampak gayanya akulah yang single kat sini.Kenapalah Che Man ada seorang je anak perempuan?Itu pun dah dikebas oleh Si Airil ni."Azim berseloroh memeriahkan suasana.

"Ril,babah minta maaf tak dapat datang masa pemergian nenek Airil hari tu ya.Babah bukan tak nak pergi tapi babah tak boleh bawa kereta jauh-jauh.Mata cepat terpejam."Babah rasa bersalah.Sudah menjadi sebahagian daripada keluarga Airil namun tidak berkesempatan menziarahi mereka.

"Tak apa,babah.Ril faham.Walaupun mengejut,semua sudah selamat.Cuma semua orang ralat sebab malam itu dia mengamuk-ngamuk,jatuh pengsan lalu meninggal.Nak buat macam mana,memang dah ajal dia,"ujar Airil penuh kesal.Malam amukan nek tok merupakan malam terakhir nenek saudaranya menghembuskan nafas.Tiada sesiapa yang sangka.

“Takziah,Ril.Maaf sekali lagi bagi pihak babah."

“Tak apa,babah.Hmmm...Macam mana dengan perkembangan Anep,babah?Ada khabar berita?"soal Airil.Azim mengangguk.Sekadar menjadi pendengar untuk perbualan keluarga Airil dan babah.

Babah geleng perlahan.“Hilang dari radar terus.Tak nampak batang hidung balik ke rumah.Entah ke mana dia menyorok.Che Yati duduk risau.Babah ni setiap saat berdoa agar polis jumpa dia.Biarlah dia terima pembalasan atas kejahatan yang dia telah lakukan.

“Che Yati masih tak percaya lagi, ya?” tanya Azim.

Babah tarik nafas panjang.“Tak. Walaupun DNA budak tu sama dengan Anep,dia masih kata anak dia mangsa. Sayang anak membabi buta.”

Airil diam. Fikirannya ligat mengenang.

“Tadi Cikgu Liana ada panggil Hana lagi pasal kes Sofi,” kata Azim tiba-tiba.

Airil angguk.“Ya.Dia soal Hana pasal Sofi. Macam mana Sofi kenal Anep dan bila berhubungan,"jelas Airil.Hana sempat bercerita kepadanya sekejap tadi.

“Kesian Hana. Tak habis-habis kena soal,"sambung Azim lagi."Mujurlah ada menantu Che Man yang steady ni jaga Hana,kan?”

Babah senyum sikit-sikit, tapi tidak menafikan kata-kata Azim itu."Syukur,alhamdulillah.Hidup Hana lebih terjaga."

"Che Man harap sangat kematian Sofi dapat pengadilan yang sewajarnya.Budak-budak yang terlibat dengan pil kuda yang Anep jual itu kembali ke pangkal jalan."

****
Hana melangkah keluar dari pusat memandu dengan wajah ceria dan senyum sampai ke telinga. Di tepi jalan, Airil sudah menunggu di dalam kereta sambil bermain telefon.

Sebaik melihat Hana masuk ke dalam kereta,dia sengih.

“Belajar apa hari ni?”

Hana ketawa kecil.“Cikgu bawa Hana memandu ke jalan raya.Cikgu puji Hana bawa kereta smooth je katanya.Mesti senang lulus nanti."Riang Hana bercerita pengalaman belajar memandu di jalan raya.

Hana meletakkan kepala pada bahu Airil."Abang,Hana nak drive boleh?"

Airil berhenti.Senyuman di wajahnya perlahan-lahan hilang."Hah?”

“Saya nak bawa kereta.”Hana ulang.

“Err... boleh ke?”Airil angkat kening.

“Abang tak percaya ke?”

Airil geleng perlahan.“Percaya pada Hana tapi takut dengan kemahiran Hana."

Hana muncung.

“Please...” Hana buat suara manja,tarik hujung baju Airil sikit.

Akhirnya, dengan berat hati,Airil beralah.Dalam hati pelbagai doa dibacanya supaya mereka selamat dunia dan akhirat.

Sepuluh minit kemudian, kereta meluncur perlahan atas jalan raya. Airil duduk tegak macam patung lilin dengan tangan mencengkam paha sendiri. Sesekali, matanya bukan tengok jalan tetapi tengok tangan Hana pada stereng.Betulkah tangan Hana mengawalnya?

Dalam hati, dia bercakap sendiri.'Kalau salah tekan minyak,memang jadi kisah cinta sehidup semati.'

“Sayang, jangan dekat sangat ke kiri.Nasib tak ada kereta ikut belakang," tegur Airil perlahan.

“Saya steady je ni, kan?” Hana senyum yakin manakala mata fokus ke depan.

Airil tak balas.Dia cuma tarik stereng perlahan ke kanan bila Hana terlajak sikit ke bahu jalan.

“Abang buat apa tu?"tanya Hana.

“Selamatkan nyawa,”jawab Airil sambil senyum pahit.

Beberapa minit kemudian…

“Sayang, signal.”
“Oh, ya.”Hana tekan ke bawah.
“Itu kiri. Kita nak masuk kanan.”

“Alamak!”

“Brek, sayang. Brek brek brek!”Airil panik.

Hana tekan pedal brek sambil menjerit perlahan.Kereta terhenti di hadapan simpang.Nafasnya tercungap sedikit.

Airil pandang ke depan.Wajahnya pucat.

Hana tetap meneruskan pemanduan."Masuk simpang ni,sayang.Tekan minyak sikit-sikit."

Hana belok rapat ke kiri simpang kecil.

“Sayang,stop.Berhenti sayang.”Airil tekan dashboard perlahan.Jarinya pantas menekan butang kecemasan.“Hana,bagi abang bawa pula.Abang tak sanggup dah hidup dalam ketakutan."

Hana ketawa kecil. “Alaaa… baru salah signal sikit.”

"Signal salah hukum mandatori paling berat dalam pemanduan tahu?"

Airil buka tali pinggang.Dia pantas turun menukar tempat memandu dengan Hana.Ya Allah,betapa bersyukurnya ke hadrat Ilahi,Hana berhentikan kereta dan serahkan pemanduan kepada Airil semula.

Beberapa minit kemudian,Airil memandu semula.Terlepas satu azab apabila dia kembali mengawal stereng. Hana duduk manja di sebelah senyum lebar.

****
Malam itu sunyi.Bunyi ketukan papan kekunci dan hela nafas panjang dari arah meja kerja.Airil duduk tegak, mata fokus pada skrin komputer riba. Jemarinya ligat menaip sesuatu. Wajahnya serius,terlalu khusyuk hingga tidak sedar masa berlalu.

Dari belakang,Hana berdiri senyap memerhatikan gerak-geri suaminya. Malam sudah lewat, tapi Airil masih tenggelam dalam tugasan.Sedangkan dia sudah mula rindu belaian, perhatian dan sentuhan yang hanya miliknya.

Dengan langkah perlahan, Hana menghampiri Airil.Dia mengenakan gaun satin merah lembut,bertali halus,para paha dan selesa untuk malam panas.Rambutnya diikat ringkas, dan bahunya dibiarkan terdedah sedikit.

Tangannya menjalar ke bahu Airil. Dipicit lembut-lembut bahu dan kepala suaminya.

Airil menghela nafas panjang. “Hmmm...leganya,sayang," bisiknya perlahan.

Hana mendekatkan wajah ke telinga Airil."Sudahlah buat kerja.Isteri awak ni perlu diberi perhatian juga.Dari tadi buat kerja,tak ingat ke abang ada isteri yang perlukan sentuhan abang juga." Suaranya menggoda dan manja berbisik di telinga Airil.Terselit rajuk yang halus yang dibuat-buat dalam nadanya.

Airil tersenyum sendiri walaupun tidak menoleh.

“Sikit lagi nak siap.Lima minit,"ujar Airil.

Hana sengih nakal.Dari belakang,dia tunduk perlahan mencium sisi leher suaminya bertalu-talu.Ciuman yang lembut dan cukup untuk buat degupan jantung Airil beralih irama dan aliran darahnya mengalir deras.

Airil tergelak kecil,separuh tahan separuh geli."Sayang... jangan buat macam ni.Nanti ada kesan merah.Tak pasal-pasal orang ingat abang buat benda tak baik,"kata Airil mengelak sedikit apabila bibir Hana melekap kuat pada kulit lehernya.

Hana ketawa perlahan namun tetap dengan agenda nakalnya.Dia mengelilingi kerusi dan tiba di hadapan Airil.Dia melabuhkan diri di atas riba suaminya.

Airil terkejut kecil tetapi tangannya automatik menyambut pinggang Hana.

Dia pandang wajah Hana dan baru perasaan,isterinya kelihatan sangat menawan malam ini. Rambut diikat cantik, mata bundar menggoda, dan senyuman yang boleh buat hati siapa pun cair.Penampilan Hana malam itu sangat 'daring' dan mengghairahkan mampu melemahkan seluruh urat saraf Airil.

“Abang tak nak Hana ke?”bisik Hana sambil memaut leher Airil.Pandangannya lembut, penuh rasa cinta dan memberahikan.

Airil angkat kening dan senyum."Siapa kata abang tak nak?”

Hana senyum lebar kerana senang hati mendengar akuan suaminya.Dengan penuh manja, dia rapatkan dahinya ke dahi Airil.

“Hana nak abang malam ni,boleh?"Hana mengenyitkan matanya.

Airil angguk sambil mengelus rambut isterinya.Pujuk rayu isterinya tidak dapat dibendung,maka Airil sendiri menyerahkan dirinya.Godaan Hana mampu meruntuhkan sebuah gunung,inikan keteguhan iman Airil yang kain meluntur dengan kemanjaan dan kelembutan Hana.

Dia mendukung Hana ke arah katil dan malam itu hanya milik mereka berdua.

Airil lemah.Mana mampu menolak Hana kan?Hahaha..Kerja pun tinggal macam tu je.

Share this novel

hana1234
2025-07-14 20:57:49 

mengandung juga hana sat gi


NovelPlus Premium

The best ads free experience