Bab 49

Romance Series 232139

Suasana di ruangan dapur rumah babah itu panas.Bukan kerana api dapur tetapi kerana kepanasan hati yang mula membuak.Hayati berdiri di hadapan singki membebel tanpa henti sambil menghempas pinggan dalam bakul.

“Entah ke mana budak tu pergi! Aku pergi rumah nak jumpa dia,tak ada pula.Mana Si Airil bawa lari?"

Babah duduk di kerusi rotan berpeluk tubuh. Pandangannya tajam.“Eloklah dia bawa Hana jauh sikit dari anasir-anasir gila yang asyik salahkan dia.Dapat juga budak tu tenangkan fikiran."

Umi berpaling, mata membulat. “Maksud abang?”

Babah senyum sinis.“Maksud aku,aku bersyukur Airil sayang Si Hana tu.Dia tahu isterinya sedang dilanda masalah,jadi dia bawa Hana balik kampung.Kalau tidak, siapa nak bela dia? Awak sibuk bela anak yang satu lagi tu."

“Jadi abang memang penyokong dorang berdua sejak dulu? Sanggup fitnah Anep,"suara umi bergetar.

Babah ketap gigi."Fitnah apanya?Aku bosan dengar kamu ulang benda tu macam kaset buruk.Dah tua tapi cakap tak pakai otak."

Umi terdiam seketika terkejut dengan nada babah yang semakin meninggi.

“Aku nak tanya,jika betul Anep tu tak salah,kenapa dia tak balik?Kenapa tak hadap semua? Pergi jumpa polis, bersihkan nama sendiri.Ni apa? Hilang macam penjenayah!”

“Dia takutlah, bang!"

“Tak.Memang dia bersalah.Kamu masih nak bela? Keputusan DNA janin yang gugur tu 99% sepadan dengan Anep.Kamu sendiri jumpa pil kuda.Para pelajar sekolah ditahan beritahu dapat bekal pil kuda daripada Anep. Awak nak kata semua itu pun rekaan?Fitnah?"Giliran babah pula menyeringai.

Umi tertelan air liur. Kata-kata itu menusuk.

“Buka mata,Yati.Buka hati kamu.Kamu ibu.Sepatutnya kamu peka dengan semua anak,bukan pilih kasih. Hana tu anak awak juga.Airil tu menantu kita.Tapi anak emas awak heret mereka dalam masalah.Kamu tampar Hana,maki mereka, seolah-olah mereka berdua yang bersalah.Kamu jadikan musuh kerana percaya dengan hasutan Anep."

Air mata Umi mula bergenang.

“Sepanjang masalah ni, siapa yang kena jawab dengan cikgu?Dengan kaunselor? Dengan polis?Airil dan Hana.Bukan Anep.Hana mangsa keadaan tapi kamu masih nampak Anep sebagai mangsa sebab kamu marah Hana cakap Anep cuba rogol dia.Dah memang betul Anep begitu.Mata aku ni banyak kali jadi saksi cubaan-cubaan yang dia lakukan."

Babah berdiri.Wajahnya penuh kecewa.

“Bukan aku sayang dan manjakan Hana seorang.Aku pandang dari segala sudut sebelum membela sesiapa dan ternyata Anep tidak layak dipertahankan.Kamu seorang saja yang terlebih manjakan dia.Sebab tu jadi anak tak guna."

Umi terduduk di bangku.Tubuhnya lemah untuk berdiri tegak.Suasana dapur sunyi tiba-tiba.Hanya bunyi jam dinding berdetik menemani.

Mungkin kali ini, hatinya benar-benar mula terusik.

****
Angin kampung bertiup lembut.Malam yang nyaman itu disulami dengan bunyi daun pisang bergesel dan kicauan burung dari hujung dusun.

Airil duduk bersandar di pangkin kayu di halaman rumah memegang secawa kopi di tangan.Irwan pula di sebelah menguis-nguis tanah dengan hujung tongkat sambil merenung jauh ke halaman rumah yang luas itu.

“Macam mana Hana?Selesai ke masalah dia,"soal Irwan tiba-tiba tanpa berpaling.

Airil menghirup kopi."Hmm..begitulah.Tak ada perkembangan lagi.Anep menghilang.Aku saja bawa dia balik sini untuk tenangkan minda.Dia suka tinggal di kampung."

Irwan mengangguk perlahan.“Baguslah. Aku tengok kau pun layan dia baik.Ada progress."

Airil angkat kening."Apa maksud kau?Kau ni sibuk tanya pasal isteri aku kenapa?"tanya Airil bernada cemburu.

Senyum senget terukir pada bibir Irwan."Cool la,bro.Tak padan usia lanjut,kuat cemburu.Kau sayangkan Hana kan?Kau dah jatuh cinta kepada dia?

Airil menjeling.“Soalan apalah kau ni?”

Irwan ketawa kecil."Tak payah nak sorok sangatlah perasaan kau tu.Dari cara kau cemburu pun aku tahu kau memang sayangkan dia.”

Airil muncung panjang." Kenapa? Kau nak rampas Hana ke?”

Irwan tergelak kuat.“Kan aku dah kata tadi,kau kuat cemburu.”

Airil mendengus tidak menjawab.

Irwan bersandar ke pangkin.Suaranya jadi perlahan, serius."Aku tak tergamak nak rampas kebahagiaan abang aku sendiri.Kau tahu tak, keluarga kau ni yang besarkan aku.Bagi aku tempat tinggal, pendidikan dan kasih sayang."

Airil tunduk menggenggam cawan dengan lebih erat.“Habis tu..Kenapa kau rapat sangat dengan Hana?”

Irwan senyum simpul.“Sebab aku nak kau sedar perasaan kau sendiri.Kau tu asyik keras hati.Buat Hana macam tak wujud dan perasaan dia tak penting. Kau tahu tak apa dia cerita dekat aku?”

Airil pandang Irwan.“Cerita apa?”

“Cerita yang kau tolak cinta dia.Kau cakap kau tak nak dia.Kau lukakan dia. Jadi aku sengaja rapat dengan dia.Biar kau cemburu.Biar kau mula peduli.”

Airil senyap.

Irwan tambah."Relaxlah,bro.Aku takkan ambil hak orang.Aku dah ada awek.Hana budak baik.Aku tak nak tengok Hana terus tunggu orang yang tak tahu menghargai dia.”

Angin malam berhembus lembut menyentuh kulit Airil.Berdiri bulu romanya.Daun-daun berguguran dari pokok rambutan tua di tepi pagar.

Irwan pandang Airil.“Kalau kau betul-betul sayangkan dia, cakaplah. Luahkan perasaan sebenar kau.Jangan sampai dia lari dari hidup kau.Bukan semua orang sabar menunggu orang yang diam.”

Airil pandang ke langit.Hati terasa berat bercampur bersalah, takut, dan sayang yang lama dipendam.

Mungkin sudah tiba masa untuk dia berhenti bersembunyi di sebalik alasan.

****
Ruang tamu rumah ibu Airil pada malam itu riuh dengan gelak tawa kecil. Hana duduk bersila di lantai mengupas kuaci sambil berbual dengan Irwan yang sedang melunjur kaki bersandar pada sofa.

“Bila nak kenalkan Dina pada keluarga?” usik Hana dengan kening terangkat-angkat.

Irwan cepat-cepat letakkan jari di bibir. “Shhh...Janganlah cakap kuat sangat.Dina tu pemalu nak datang sini.”

Hana ketawa kecil.“Ala... nanti saya pujuk dia."

Irwan tersenyum lega.“Saya harap awak boleh lembutkan hati dia.Dia cakap takut kalau keluarga saya tak suka.”

“Kalau saya boleh suka,saya yakin yang lain pun boleh,” balas Hana sambil mengedipkan mata.

Irwan menyandar dengan lega. “Terima kasih,Hana. Eh, Airil tu macam mana sekarang?Ada peningkatan kan?”

Hana tersipu.Dia angguk lalu tersenyum lembut. “Ada tapi dia macam main tarik tali.Saya tak tahu apa sebenarnya yang dia rasa.Sekadar nak jaga hati atau benar-benar kisahkan saya.Dia tak pernah luahkan apa-apa secara rasmi.Saya takut nak mengharap lebih."

Irwan mengangguk. “Tak lama lagi dia luahlah tu.Kadang-kadang orang yang diam ni, sayangnya paling dalam.”

"Harap-harap ada sayang yang tumbuh dalam hati dia untuk saya,"balas Hana.

Tiba-tiba,Aqeef datang berlari dari dapur sambil tergelak kecil.

“Mommy!Tengok ni!Ya Allah,comelnya.Geram Aqeef tengok."

Dia hulurkan telefon bimbit kepada Hana.Pada skrin, gambar seorang bayi masih merah berbalut kain biru sedang lena tidur dengan mulut dimuncungkan

"Anak siapa ni,Aqeef?"

“Adik baru kawan Aqeef! Comel sangat! Mommy,semua kawan-kawan Aqeef dah ada adik.Aqeef pun nak juga.Mesti best kan ada adik?”

Hana menelan air liur.Wajahnya kaku memandang skrin telefon.Tidak tahu berkata apa kepada Aqeef.

Irwan perasan perubahan ekspresi itu. Dia senyum kecil cuba menukar suasana.

“Haih...kalau ayah dia dengar ni, mahu kena marah Aqeef ni nanti,” gurau Irwan.

Aqeef pelik.“Kenapa ayah nak marah pula?Bukan Aqeef minta benda jahat pun.Aqeef tanya kawan-kawan nak beli adik di mana.Mereka semua cakap minta dengan mak masing-masing sebab adik duduk dalam perut ibu masing-masing."

Penjelasan Aqeef membuat Hana dan Irwan hampir tergelak juga kerana otak kanak-kanak tidak faham apa-apa.Apa yang kawan beritahu,mereka akan percaya.

Irwan ketawa."Bukan sebab tu.Susah nak dapat adik.Kalau ada jual kat kedai, 10 orang adik ayah belikan untuk Aqeef."

Hana tergelak kecil tapi senyumannya masih kelat. Matanya kosong seketika.

Beberapa saat kemudian, Airil muncul dari dapur membawa segelas air.

“Siapa yang nak adik tu?” tanyanya sambil duduk di sebelah Aqeef.

Aqeef angkat tangan."Aqeef.Tak boleh ke,ayah?"Polos wajah Aqeef mengharap

Airil angkat kening dan senyum sambil mengelus kepala budak itu.

“Hmmm… Aqeef tak boleh ada adik sekarang.”

“Kenapa?

Airil pandang Hana.Suaranya perlahan separa serius.“Sebab mommy kena habiskan belajar dulu.Baru boleh bagi adik.”

Hana terpempan.Dia menoleh, pandang Airil.

Airil balas pandangannya, senyuman halus di bibir.Pandangan mereka bertaut lama.

Aqeef berbaring pada ribaan Hana."Aqeef tunggu tapi jangan lama sangat ya, mommy.”

Hana angguk.Dalam senyumannya ada harapan, ada juga debaran.Kerana mungkin masa depan yang Aqeef harapkan itu tidaklah sejauh mana.

****
Malam itu dingin.Hana menggigil halus kerana tubuhnya kesejukan.Tangannya meraba-raba mencari selimut namun kosong.Dia berpaling ke sebelah,Airil enak lena.Dia membalut seluruh tubuhnya dengan selimut seperti popia gulung.Seorang diri menguasai selimut.

Patutlah sejuk.Dia pakai selimut seorang.Pakai selimut aku.Tak ingat orang lain yang kedinginan.

Beberapa kali Hana cuba menarik perlahan selimut yang membaluti tubuh Airil tetapi tidak berhasil. Akhirnya, dia menyentak lebih kuat sehingga Airil tersedar.

Kelopak mata diangkat perlahan.Masih mamai memandang Hana dalam samar-samar."Kenapa?"Suara Airil separuh berbisik.

Hana mencebik manja.“Sejuklah.Abang balut selimut macam nak bungkus diri sendiri je.Yang abang pakai tu selimut Hana.Selimut abang mana?"

Airil tersengih sambil menguap kecil. “Ibu basuh selimut saya.Saya lupa nak minta selimut lain tadi.Jadi,saya bungkus jelah dengan selimut ni,"terang Airil.Dia kelihatan bersalah.

“Tak apa,kita kongsi selimut,” pelawanya lalu menghamparkan selimut ke atas tubuh Hana.

Hana teragak-agak.Sejak berkongsi katil, mereka belum pernah berkongsi selimut.Perlahan-lahan dia membaringkan diri membelakangi Airil. Lelaki itu merapat menyentuh tubuhnya.Nafasnya terasa hangat menyentuh tengkuk.Lengan Airil mula melingkari pinggang Hana dengan erat.

Debaran di dada Hana menjadi semakin rancak.Tubuhnya terasa seperti dialiri arus elektrik halus.Dia kaku dan sejuk.

Suasana sunyi.Cuma nafas Airil yang kedengaran perlahan-lahan tenang menyambung lena yang tertunda tadi.

Meskipun Airil lena namun pelukannya pada pinggang Hana erat sekali seperti enggan melepaskan isterinya pergi.Hana cuba bergerak sedikit kerana tidak selesa.Lemas.Airil kembali terjaga apabila Hana bergerak-gerak.

“Kenapa?”soalnya.

“Tak boleh tidur.Fikiran terganggu,” balas Hana perlahan.

“Fikir apa?”Ringkas Airil bertanya.

“Entahlah.Macam-macam.Hal-hal yang jadi kebelakangan ini."

Udara terhembus dari mulutnya."Jangan fikir hal di rumah sana.Saya bawa awak balik kampung ini untuk awak tenangkan fikiran.Kosongkan minda awak daripada perkara-perkara membebankan.Tidur ya.Esok saya bawa awak jalan-jalan."

“Jalan mana?”

“Masuk kebun durian.Kali ni kita tidur di pondok atas bukit."

“Eee..Tak naklah.Penat nak panjat bukit. Nyamuk banyak pula tu."

Airil ketawa kecil.“Saya kan ada.Boleh tepuk nyamuk-nyamuk tu kalau kacau awak."

“Macam nyamuk tu seekor je,” Hana menjeling.

“Kalau hujan saya boleh panaskan awak macam hari tu.”

Hana berpaling.Bibir mereka hampir bersentuhan.“Macam ni ke maksud abang?”

Airil tidak menolak.Beberapa saat bibir mereka bersatu.Namun,Airil menarik diri lebih awal apabila merasakan ianya salah.Hana mendapatkan semula bibir suaminya.

“Jangan goda saya.Nanti jadi benda lain pula sejuk-sejuk ni."Airil memberi amaran.

“Selama ni abang okay je menahan godaan,” Hana membalas dengan senyum penuh makna.

“Mana awak tahu saya okay?Awak ingat senang ke nak menahan diri daripada terbabas.Buruk padahnya kalau saya melampaui batas,"kata Airil separa sedar.

Hana terus menyambung.Kini,leher Airil menjadi sasaran bibir nakalnya.

Airil mendesah lembut.Semakin lama dia menikmati kehangatan itu namun minda warasnya masih memikirkan Hana padahnya."Sementara saya masih mampu mengawal diri,baik awak hentikan.Jangan terus-terusan goda saya.Hana,awak masih sekolah.Saya risau awak mengandung,susah nanti."

Hana tidak mendengar.Dia naik ke atas Airil merenung mata suaminya.Pandangan mereka bersatu. Sunyi malam semakin pekat.Hana berbisik."Kalau saya tak nak berhenti?Apa yang akan abang buat?Tolak saya lagi,"Hana menyoal nakal.

Tangan Airil menjalar ke pinggang ramping Hana.Senyum nakal mula terlukis pada bibirnya."Jangan kata saya tak warning.Saya dah cuba menahan tetapi awak masih menggoda.Saya tak mampu menepis godaan awak.So,jangan menyesal."Airil kecundang dengan nafsunya sendiri.Godaan nakal Hana tidak mampu dia tepis lagi dan dia pula menukar posisi naik ke atas Hana.

Bibirnya pula mendarat ke seluruh wajah dan leher Hana.Hana tidak menolak.Dia merelakan sentuhan penuh cinta daripada Airil dan membalasnya dengan rela.Dan malam itu, mereka hanyut buat pertama kali dalam gelora yang selama ini cuba mereka pendam.

Ini yang you alls nantikan..Hahaha

Share this novel

Seri
2025-07-06 23:29:47 

Weyyy ...

Lily Wahida
2025-07-06 20:25:49 

Tak sabar nak baca seterus nya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience