Petang itu,rumah kecil umi disimbah cahaya matahari yang redup.Udara nyaman selepas hujan pagi membuat suasana terasa tenang. Ibu dan Irwan tiba dengan membawa beg kecil berisi buah tangan.Setelah sekian lama tertangguh kerana pelbagai urusan, akhirnya dia berpeluang juga menziarahi besannya.
“Maaflah,akak baru sempat datang,”ujar ibu setelah bersalaman dan duduk di sofa.“Banyak sangat urusan yang perlu akak selesaikan."
Umi hanya tersenyum."Tak apa,saya faham.Lagipun,menantu kiriman Kak Tijah tu banyak sangat membantu saya,"puji umi.Kemarahan yang dulunya bertahta telah terpadam.
Ibu ketawa kecil.“Alhamdulillah."
“Terima kasih Kak Tijah datang melawat Yati.Susahkan akak saja datang dari jauh,"sambung Umi dengan nada rendah hati.
“Tak susah pun,”jawab ibu.“Alang-alang dah selesai urusan ni,datanglah melawat.Kebetulan,bolehlah menjenguk anak menantu di sini."
Umi mengangguk."Nak tanyalah,yang ini siapa?"Umi menunjuk ke arah Irwan yang diam dari tadi
"Oh,ini Irwan!Anak saudara akak tapi akak dah anggap dia seperti anak sendiri.Kiranya Irwan ni adik Airil la."
Irwan senyum-senyum simpul mengangguk kepalanya."Apa khabar,mak cik?"ucap Irwan.
“Mak cik sihat tapi hati ni masih belum betul-betul pulih,”katanya perlahan.
"Kenapa,Che Yati?"tanya ibu.
Umi melepaskan keluhan berat.“Saya rasa gagal,Kak Tijah.Tak tahu di mana silap saya membesarkan anak sulung saya sehingga dia jadi begitu."
Ibu memandang Umi dengan tenang.
“Che Yati jangan salahkan diri.Kadang-kadang kita dah buat yang terbaik tetapi anak tetap pilih jalan lain.Ini ujian Allah untuk keluarga Che Yati dan Che Man."
Umi menghela nafas panjang.Suara Umi mula bergetar.Matanya berkaca tetapi dia menahan air mata daripada tumpah.
“Dia anak sulung lelaki saya.Harapan saya untuk jaga keluarga tapi saya tak sangka dia tegar ingin membunuh Hana.Dia cuba nak rosakkan adik sendiri.Allahuakhbar..hancur hati saya sebagai seorang ibu,Kak Tijah."
Ibu menggenggam tangan Umi dengan lembut."Sabar,Che Yati.Akak faham perasaan Che Yati.Kita banyakkan doa dan minta dengan Allah agar Anep bertaubat."
"Entahlah,Kak Tijah.Buat masa ini jangankan berdoa,nak pandang muka dia pun saya tak sanggup.Saya cuba pujuk hati saya untuk terima tetapi masih tak boleh.Apa yang dia buat terlalu sakit untuk saya terima."Umi kesal.Hanif anak kesayangannya yang diharapkan tetapi dia punca keretakan keluarga.
Pandangan ibu penuh dengan simpati."Che Yati,ambillah masa untuk pulihkan rasa hati itu.Jiwa kita sebagai ibu kena pulihkan dulu sebelum kita pulihkan jiwa Anep.Walaupun begitu,Anep tetap perlukan doa ibunya."
Perbualan mereka terganggu seketika dengan suara kecil dari pintu depan.
“Nenek!"
Aqeef meluru masuk dan terus memeluk neneknya.Airil dan Hana menyusul dari belakang sambil membawa beg plastik berisi kuih dan minuman.
Air mata yang hampir tertumpah tadi diseka.Umi tersenyum ceria memeluk cucunya erat.
“Lama nenek tak jumpa Aqeef.Makin handsome!”
Hana menyampuk sambil tersengih. “Tengoklah ayah dia siapa.”Sengaja dia menjeling ke arah Airil yang sudah mula tersipu-sipu.
Mereka duduk berkumpul di ruang tamu.Suasana kini terasa lebih ringan dan penuh kehangatan keluarga.
Melihat semua sudah berkumpul,ibu menyentuh perkara yang sudah lama difikirkannya.
“Alang-alang semua sudah ada ni,saya sebenarnya ada niat nak sampaikan.Saya ni berhajat nak buat kenduri sambut menantu lepas Hana habis STPM nanti,”kata ibu memandang umi dan babah."Yalah,saya tak pernah buat apa-apa kenduri selepas mereka kahwin."
Umi dan babah berpandangan sejenak, sebelum babah bersuara."Di sini pun sama.Elok sangatlah kita umumkan.Ramai lagi yang tak tahu mereka berdua dah bernikah.Hana balik rumah suami pun sorok-sorok.”
Umi mengangguk."Betul.Kalau boleh, biarlah orang tahu cara baik.Nak sorok sampai bila lagi,nanti jadi buah mulut orang.Selesaikan apa yang patut.Lepas tu,nak berkepit ke apa ikut suka hati koranglah."
Babah menyambung.“Nanti kita bincang tarikhnya.Saya pun nak buat sikit kenduri.Nak kenalkan menantu pada sahabat dan keluarga."
"Hana tak mengandung lagi kan?Nanti tak muat pula baju kahwin,"soal umi tiba-tiba mengusik Hana.
Hana dan Airil terpinga-pinga."Haa..Taklah,umi.
****
sweet dan romantik
***
Di dapur kecil yang sederhana Airil dan Hana duduk bersebelahan menikmati kek coklat yang baru dikeluarkan dari peti sejuk.Hanya bunyi sudu bergesel dengan pinggan dan hilai tawa kecil Airil dan Hana bergema.
“Sedapnya kek ni,” Airil bersuara sambil menyudu lagi sepotong."Hana buat ke?"
“Haah..Balik sekokah semalam,Hana dan Wan singgah buat di Dessert Vendor,"balas Hana sambil tertawa.Sungguh tidak logik soalan suaminya itu.Dia bukan pandai buat kek.
Tiba-tiba langkah perlahan kedengaran. Umi muncul di muka pintu dapur memandang mereka dari jauh.
“Umi,jom makan kek ni sekali.Sedap tau,”ajak Hana sambil mengangkat pinggan.
Umi hanya menggeleng perlahan.“Tak apalah.Umi tak suka kek coklat.Hmm..Ibu ke mana?Ada di rumah?"soal umi.
“Ibu ikut Wan bawa Aqeef ke Rompin.Katanya nak ambil angin pantai,”jawab Airil.Renungannya tidak lepas memandang ke arah pasangan muda itu.
Pandangan itu lama dan mendalam.Umi mengeluh lembut.Sedikit berat,seolah ada sesuatu yang dipendam di dada. Hana yang perasan, segera meletakkan sudunya ke tepi.
“Umi tengok kami macam tu kenapa?”tanya Hana lembut.
Umi menarik nafas perlahan.Kemudian, duduk di kerusi bertentangan mereka.
“Sebenarnya,umi rasa bersalah pada Hana.Maafkan umi kerana tidak percayakan Hana selama ini,”katanya dengan nada bergetar sedikit."Umi selalu dengar cakap Anep sampai umi sendiri memusuhi kamu padahal Hana pun anak umi.Kenapa senang sangat umi dipengaruhi Anep?"Keluhan kesal terluah oleh umi.Kata maaf yang lama terperam dalam diluahkan agar jiwanya tenang meskipun Hana tidak pernah menyentuh tentang itu.
Hana terkedu seketika dan perlahan-lahan bangun lalu duduk di sebelah umi.Tangannya mencapai tangan tua itu dan menggenggam erat.
“Umi,tak payah fikirkan soal itu lagi.Hana tak pernah salahkan umi.Sekarang ni,Hana nak umi sihat sepenuhnya dan ceria seperti dulu.Hana tak nak umi fikir hal-hal lepas yang boleh buat umi stres."Hana memujuk.Meskipun sering dimaki hamun dan pernah ditampar uminya,Hana tidak pernah menyimpan dendam kerana dia faham uminya dihasut oleh Hanif.
Air mata mula bertakung di hujung mata Umi.Dia menggeleng perlahan.Matanya kini berpaling kepada Airil.
“Umi buta.Umi terlalu percaya semua fitnah yang Anep cipta sampai umi benci pada Airil.Maafkan umi,Airil.Umi tak sepatutnya tuduh kamu macam-macam.Umi marahkan Ril dan benci Ril sedangkan Ril sudah jaga Hana jauh lebih baik daripada umi."
Airil tersenyum kecil.Dia letakkan sudunya dan bersandar ke kerusi.Tersentuh hati dengan ungkapan ibu mentuanya."Umi,Ril tak ambil hati pun.Ril maafkan umi,” balasnya bersahaja."Ril tahu umi dan babah sayangkan Hana.Hana amanah yang perlu Ril jaga dan sayangi."
Umi tertunduk, sebak.
“Tak sangka Anep seteruk tu.Umi rasa macam tak kenal anak sendiri.Mata umi kabur, hati pun gelap sebab terlalu percaya dia.”
Hana mengusap tangan umi, menenangkannya.Tidak ada rasa marah atau dendam di hatinya hanya simpati dan kasih sayang terhadap ibu yang pernah terpadam."Umi,kan Hana dah cakap tak payah cakap soal ini lagi.Tentang Abang Anep tu,kita doa yang baik-baik saja untuk dia."
Umi mengangguk.Sekali lagi dia menatap Airil penuh penghargaan."Ril,terima kasih sebab jaga anak perempuan bongsu umi ni.Umi tahu bukan senang nak tangani Hana.Anak umi ni semua benda dia tak tahu buat.Masak tak pandai.Bangun lambat.Malas mengemas.Siang ikan dan ayam tak pandai."
Airil membalas dengan nada mengusik."Ya,umi.Memang susah nak handle Hana.Perangai dia...Hmmm...Susah nak cerita.Yang umi senaraikan tu memang 100% betul.Ril tambah sikit lagi.Degil.Tak nak dengar kata.Semua Hana tapau habis."
Hana menoleh.Keningnya terangkat merenung suaminya yang seenaknya mengata di hadapan umi."Amboi,sedap mengata orang!"
Airil tergelak.“Betullah.Bukan abang sorang yang cakap,umi pun cakap benda yang sama."
“Haah..Betul sangat apa Airil cakap tu.Tak boleh dinafikan.Mujurlah dapat suami macam Airil.Nampak juga Hana berubah ke arah lebih rajin.Masak dan mengemas pun dah pandai.Tak silap lagi pilihan babah untuk anak perempuan dia."Umi menambah.
Hana mengerling Airil.Airil berlagak bangga di hadapan Hana apabila dipuji oleh umi."Siaplah abang balik nanti,"Hana pura-pura mengugut.Sedikit pun dia tidak terasa dengan usikan umi malahan bangga suaminya dipuji dan mula diterima oleh umi.
Umi tergelak kecil melihat gelagat mereka berdua.Untuk pertama kalinya sejak sekian lama, hatinya terasa lapang.Luka masih ada tetapi perlahan-lahan sembuh dengan kehadiran mereka berdua di sisi.
****
Hana duduk bersila atas katil sambil menatap skrin laptop.Di paparan Word itu terpampang tajuk kerja kursus Kesusasteraan Melayu: Analisis Tema dan Gaya Bahasa dalam Puisi Tradisional Melayu.Sejak tadi, huruf-huruf yang ditaipnya boleh dibilang dengan jari.Buntu.
Di sebelah,Airil duduk bersandar sambil pegang buku antologi dan nota ringkas yang dia sendiri bantu susun minggu lepas.
“Okay Hana, cuba ulang balik, apakah tiga tema utama dalam puisi ‘Syair Nasihat’ yang kita bincang tadi?"soal Airil apabila melihat isterinya mula menggelamun ke dunia lain.
Hana terkebil-kebil.“Err… sayang ibu bapa,jangan buat jahat... dan… dan…”
Airil letak buku ke tepi menarik nafas panjang.
“Astagfirullah..Hana,itu bukan jawapan. Abang dah explain tiga kali dah.Tema dia bukan macam tu.Itu macam ringkasan buku moral darjah enam."
Hana tersengih.“Ala..Lebih kuranglah.”
“Lebih kurang tu yang buat cikgu-cikgu makan panadol!”bebel Airil sambil capai semula nota.“Tolonglah Hana,puisi ni ada nilai sastera.Bukan sekadar nasihat biasa.Ada unsur didaktik,ada nilai keinsafan,ada kesedaran terhadap kematian.Komponen ni kena analisis mendalam,bukan main teka-teka.”
Hana tunduk, ketawa dalam diam.Salah satu karakter wajib ada dalam setiap orang guru ialah membebel.Karakter itu terserlah pada suaminya di kala pengajarannya tidak difahami.
Airil makin rancak.“Metafora pun tak kenal.Bagai aur dengan tebing’ dia kata simile perbandingan makanan!"
“Eh!”Hana tiba-tiba angkat muka.Dia semak semula.Dia pun tidak ingat apa yang ditaip tadi.
"Abang ni garanglah.”Hana muncung panjang sambil menutup skrin laptop dengan satu hentakan perlahan.“Malaslah nak buat."
Hana memeluk bantal dan beralih ke hujung katil memandang ke arah dinding sambil merajuk separuh jalan.Rajuk yang dibuat-buat untuk menarik perhatian suami.Senyuman nakal pada bibirnya tidak dapat disembunyikan.
Airil meletakkan pen dan buku nota ke tepi.Dia mendekat senyap-senyap seperti pencuri hati menyelinap ke hati isterinya.
“Sayang,” panggilnya.
Diam.
“Oi, pelajar semester tiga.Assignment awak belum siap.Tak nak abang tolong ke?"
“Abang bukan tolong.Abang membebel. Suara macam cikgu disiplin.Kita ni murid pemulihan,kenalah sabar sikit.Stres kita."
Airil tergelak kecil.Dia duduk di belakang Hana dan cuba menjenguk muka isterinya dari sisi.
“Abang kan cikgu.Mana boleh cikgu mengajar dengan penuh manja,”katanya sambil sengaja menggunakan nada ‘guru garang’.
Hana menjeling.Masih merajuk kononnya.
“Lagi satu…” Airil mendekat ke telinga Hana lalu berbisik,"pelajar ni comel bila pura-pura merajuk.”
Hana pantas menolak wajah suaminya dengan bantal,menahan tawa yang mula pecah.
“Eh,jangan ambil kesempatan masa Hana tengah mogok!”
Airil tergelak.“Abang bukan ambil kesempatan,abang nak bagi motivasi."
Dia kemudian memeluk bantal yang sama.Kepalanya bersandar di atas bahu Hana.Suasana jadi tenang.
“Dengar sini,pelajar kesayangan abang...” suara Airil lembut kali ini. “Abang marah sebab abang nak Hana faham.Abang nak Hana berjaya.Bukan saja-saja membebel."
Hana diam.Pipinya sedikit memerah. Rasa bersalah pun ada.Dia tahu Airil ikhlas hendak membantu.Dia tarik nafas dan mencubit perlahan pipi suaminya.
“Okeylah… saya buka balik laptop tu. Tapi abang kena janji tak marah-marah lagi.”Hana bingkas bangun hendak mengambil komputer ribanya.
Airil mencapai tangan Hana sambil menggeleng."Tak payah buatlah.Sambung esok.Abang rasa malam ni abang nak minta upah daripada Hana."
“Upah apa?"
Airil mengetap bibirnya memandang Hana.Mereka saling berpandangan duduk di atas katil.Bibir Hana Airil sentuh."Disebabkan Hana nampak comel merajuk tadi,abang rasa nak makan Hana."Airil bersuara menggoda.Tangannya mengelus lembut rambut Hana ke belakang.
Hana mencubit."Jangan nak mengada."
Hidung Airil mula hinggap ke pipi dan leher Hana."I miss you,sayang.Rindulah.Dah dekat dua minggu abang kehausan kasih sayang Hana.Batin abang menjerit..Tolong..tolong.."Airil meninggi suara pada perkataan tolong.
Hana cepat-cepat menutup mulut Airil."Shhh...Ibu dan Wan dengar nanti."
Share this novel
x sabar tgu next
nk lg mj lama x update nir
Mj bila nk sambung certa ni, tak sabar menunggu ni