Bab 8

Romance Series 139977

Hana berbusana kebaya putih sangat menggenggam jari-jemari uminya.Sejuk tangannya tidak terkata.Bukan tangan sahaja malahan seluruh tubuhnya seram sejuk umpama.Kepucatan wajah dan bibirnya diselindungi dengan solekan segar.Jantungnya tidak reti berdegup kencang.Darah gemuruhnya menyesakkan nafasnya namun dikawal.Di rumah sederhana besar milik tok wan dan tok akinya menjadi saksi lafaz akad yang akan diujarkan oleh Airil sebentar lagi.

Hana tidak senang duduk.Tangannya yang sejuk itu mengeluarkan peluh.Dia memandang Khatijah yang turut duduk di sisinya tersenyum manis kepadanya.Uminya juga menghadiahkan senyuman.Dipandang pula tok aki dan tok wan senyum kegembiraan.'Kenapa semua orang gembira ni?Macam mana dorang boleh tersenyum dalam keadaan begini.'Hana bermonolog dalam hati.Kenapa dia seorang saja berasa bosan dan tidak gembira?Aaahh...Perkahwinan yang tidak diinginu berlangsung dengan serta-merta.Dia nampak Airil mula menghulurkan tangan kepada jurunikah."Aaah....Sudah...Jangan salam.Jangan salam."Perlahan mulut Hana berbisik saat itu.

Umi memandangya."Hana cakap apa?"soal umi.

"Eh,tak ada apa!Hana haus,umi."Hana berbohong.Umi menyuruhnya bersabar kerana upacara penting sedang berjalan.Apabila jurunikah membuka saja mulut,Hana sudah tidak keruan.Tanganya gatal ingin menutup kedua-dua telinganya daripada mendengar akad nikah tetapi tidak boleh.Apa pula kata tetamu yang hadir.Bahang mula menjalar seluruh tubuhnya.Hana memejamkan matanya rapat-rapat berharap ianya mimpi buruk.

"Sah."Halwa telinga Hana disajikan dengan ucapan sah daripada saksi dan beberapa orang yang berada di situ.Lagilah bertambah laju debarannya tapi apakan daya.Dia telah sah menjadi isteri Airil dengan sekali lafaz saja.Saat itu dia sedar yang takdirnya telah tertulis menjadi pasangan Airil.Hati kata tidak tetapi takdir kata ya.Sekali lagi Hana pasrah dengan takdir.

Usai mengaminkan bacaan doa,tibalah masa Airil menyarungkan cincin pada jari manisnya.Airil menghampiri Hana.Dia melutut di hadapan Hana.Waktu itu,Hana tidak tahu mahu memandang Airil atau berpaling ke sisi.Gerun merenung suaminya itu.Kedua-duanya sangat kekok dengan situasi itu.Hana masih menggenggam tangannya manakala Airil serba salah meminta tangan isterinya untuk sarungkan cincin.

"Hana,hulur tangan tu.Suami Hana nak sarungkan cincin,"bisik umi di telinga.Dia mengambil tangan Hana lalu dihulurkan kepada Airil.Hana kaku bercampur kekok.Mendengar perkataan suami yang diucapkan oleh uminya buat dia rasa geli-geleman pula.

Walaupun teragak-agak,Airil berjaya menyarungkan cincin pada jari manis Hana.Perasaan saat Airil tidak sama seperti dia menikahi Alia dahulu.Jiwanya terasa kosong menikahi Hana.Tiada semangat,tiada perasaan girang,tiada rasa berdebar sebagai raja sehari.Kosong,kosong dan kosong.Cinta jauh sekali untuk gadis itu.Dia sendiri tidak yakin selama mana dia dapat bertahan hidup dengan Hana.

****
Penat melayani tetamu,Airil masuk ke dalam bilik pengantin yang dihias indah bertema putih dan ungu.Mujurlah majlis itu tidak terlalu besar.Hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan orang kampung di blok tempat tok aki dan tok wan Hana tinggal.

Ketika melangkah masuk,sekujur tubuh terbungkam di atas katil tidur dengan lena.Siapa lagi kalau bukan Hana.Dengan busana yang masih melekat pada badannya.Tudung bawal yang dipakai sudah mula berkedut dan longgar menutupi mukanya.Isterinya tampak letih."Hana,"panggil Airil namun tubuh itu tidak bergerak.

"Eh,tidur ke mati budak ni!Ke mati sungguh?"omel Airil apabila Hana tidak memberi respon.Seram juga jika Hana mati sungguh.Haru.Dalam takut-takut Airil menghampiri katil mengintai Hana.

Sampai di sisi katil,dia menarik nafas lega.Hana masih bernyawa.Deruan nafasnya kedengaran manakala dadanya turun naik melalui proses respirasi.Dia melabuhkan punggungnya tepi katil hujung kaki Hana.Kaki itu ditolak dan dikuis-kuis."Hana,bangun.Dah solat Asar belum?Tak lama lagi nak habis waktu."Airil gerak isterinya dari tidur.

"Hmmm...Babah,hari ni kan cuti.Hana tak sekolahlah,"jawab Hana dengan mata tertutup.

Airil menggeleng.Ditolak lagi kaki Hana."Bangunlah,Hana.Ni bukan babah awak,ni saya.Cikgu Airil.Bangun.Bangun."

Hana terus membuka mata apabila mendengar nama Cikgu Airil.Tudung bawalnya ditarik ke belakang menampakkan wajahnya."Baik cikgu keluar sekarang.Mana boleh cikgu lelaki datang gerak pelajar perempuan."Hana menghalau Airil.

Airil mengangkat keningnya."Pelajar perempuan?Hana awak ingat kita di asrama atau kem motivasi ke ni?"Airil berkias.Dia tahu Hana masih mamai.

"Hmm...Kejap lagi waktu riadah kan?Cikgu keluarlah dulu,saya nak bersiap ni..Sha dah siap ke?"tanya Hana lagi.Hana cepat-cepat turun katil dengan matanya separa terpejam lalu mencapai tuala pada rak.Dia masih dalam dunia igauannya.Airil hanya memerhati tindakan Hana.Lucu pula tengok Hana merapu tidak tentu pasal.Masih dibayangi dengan program sekolah.

Gedebukk!!!!Bunyi nangka jatuh.Eh,Hana yang jatuh!Kainnya yang agak sempit menyukarkan dia membuka langkah besar.Ditambah pula dengan mata yang masih mengantuk.Airil biarkan Hana bangun sendiri.Seronok perhatikan tingkah aneh Hana yang masih tidak kembali ke dunia nyata.Hana duduk tercongok berfikir sesuatu.

"Nasib baik tak ada orang.Tapi mana semua orang?Semua dah siap ke?Aku sorang saja yang belum siap?Habislah aku kena dengan cikgu nanti."Hana membebel sendiri mencari kawan-kawannya yang sememangnya tidak wujud di situ.Dia bingkas bangun.Beberapa langkah dia berhenti di hadapan cermin besar.Dia melihat rupanya dari atas ke bawah.Matanya membulat dan mulutnya terbuka luas.Barulah dia sedar yang dia berada di rumah tok wan dan tok akinya.Dia menoleh dan melihat Airil tercongok di bucu katil tersenyum mengejek.Aaahhh...Malu sekejap dengan kemamaiannya tadi.Jatuh pula di hadapan Airil.

Hana menutup mukanya."OMG..."Hana merengek.Malunya bukan kepalang.Terdengar Airil terbahak-bahak ketawa.

Hana mengetap bibirnya."Apa gelak-gelak?Tak kelakarlah."Hana marah menutup rasa malunya.Tuala disangkutkan pada penyangkut.Apabila tersedar dia masih berpakaian pengantin,dia mencari pakaian dalam almarinya untuk digantikan sebelum masuk ke dalam bilik air.

"Tulah,orang tua-tua kata jangan tidur senja-senja sebab jin suka ganggu,"nasihat Airil.Hana tidak pedulikannya.Dia masih mencari pakaiannya tidak berkata apa.

"Awak dah sembahyang asar belum.Dah lewat ni.Solatlah dulu,baru pergi mandi."

Hana masih membisu.Tidak seperti pasangan suami isteri yang lain,mereka melalui hari pernikahan dengan jiwa kosong.Tiada apa-apa rasa.Semuanya biasa-biasa saja.Bezanya mereka hanya dalam satu bilik tetapi mereka berdua langsung tidak teruja.

****
Hanif menghempaskan tubuhnya atas sofa.Dia menyandarkan badannya pada kepala sofa.Kepalanya yang berdenyut-denyut dipicit.Mata dikatup rapat.

"Kau apa hal ni,Nep?Macam ada masalah besar saja."Saiful meneka.Dia menggosok-gosok hidungnya yang terasa gatal.

"Jangan banyak tanyalah.Aku serabut otak ni,"bentak Hanif.

"Ek eleh..Nak marah pula.Haa...Aku ada sesuatu nak bagi kau.Segala masalah yang seberat Gunung Everest pun boleh selesai,"kata Saiful sambil mengangkat keningnya.Hanif diam.Dia malas melayan kepala pusing Saiful.

"Eh,bukan ke hari ni adik kau kahwin ke?Asal kau tak pergi?"Saiful terus-terusan menyoal Hanif.

"Pasal dia kahwinlah aku bengang ni.Aku tak suka lelaki yang kahwin dengan dia tu."Hanif membuka cerita.Dia tidak menghadiri majlis pernikahan Hana di kampung babahnya.Sakit hati.

"Tak suka buat apa bagi dia kahwin dengan laki tu.Baiklah,kau nikahkan dengan aku."

"Masalahnya,babah aku bersungguh-sungguh sangat nak dorang tu nikah.Aku dah bantah tapi babah aku tu berkeras juga.Mana hati aku tak panas,"kata Hanif.Nada tidak puas hatinya terserlah.

Saiful tersengih.Dia menepuk-nepuk dada Hanif dengan tapak tangannya."Sabar,bro.Aku ada cara nak sejukkan hati kau tu."

****
Malam itu Hana minta diri untuk tidur awal.Badannya terasa sangat penat.Sewaktu dia tiba di depan pintu bilik,umi menyapanya.Hana berpaling dan menanti uminya yang kelihatan tergesa-gesa menuju ke arahnya.Uminya turut memerhati orang di sekeliling rumah tetapi tiada.Semuanya masih bersantai dan berbual di bawah kanopi luar rumah.Hanya mereka berdua di situ.

Umi mengambil tangan Hana dan meletakkan sepapan pil atas telapak tangan Hana.Segera umi menutup tapak tangan Hana."Ubat apa ni,umi?Hana tak sakitlah."Hana kehairanan uminya memberi ubat tatkala tubuh badannya sihat walafiat.

"Ini bukan ubat.Ini pil perancang."Umi berterus-terang.

Terbeliak mata Hana."Haa..Pil peran..."Mulut Hana terus ditekup pantas oleh umi.

"Shhh....cakap slow sikit.Nanti orang dengar."Umi separuh berbisik.Khuatir akan didengar oleh isi rumah.

Hana membelek-belek pil itu."Hana nak buat apa dengan pil ni,umi?"Hana terpinga-pinga.Dia pernah belajar mengenai pil perancang tersebut di sekolah dan tahu fungsi pil itu namun dia tidak pasti yang dia perlukan pil itu atau tidak.

"Pil ni penting untuk masa depan Hana."

"Umi,apa kaitan benda ni dengan masa depan Hana pula?"Hana tidak faham maksud uminya.

"Begini,Hana kan masih muda.Orang dulu-dulu kata umur macam Hana ni dalam fasa subur dan senang lekat.Hana makan pil ni boleh elak Hana daripada mengandung,"jelas umi tanpa berselindung lagi.

"Haaa..Mengandung?Umi,Cikgu Airil tu dah tualah."

"Hana ingat dia dah berumur,dia tak boleh mengandungkan Hana ke?Hmm...Dengar cakap umi,Hana makan pil ni."

"Umi,kenapa Hana kena makan pil ni pula?Takkan umi tak nak cucu kot."Hana tidak berapa setuju.

"Bukan tak nak cucu tapi Hana kan belajar lagi.Takkan Hana nak bawa perut masa tengah sekolah lagi ni.Sekurang-kurangnya tunggulah sampai Hana habis periksa STPM.Lepas tu,Hana nak mengandung tiap-tiap tahun pun umi tak kisah."Berjela-jela umi memberi penerangan kepada Hana supaya anaknya faham.Dia hanya memikirkan tentang persekolahannya yang berbaki lebih kurang satu tahun lagi.Dia tidak mahu fokus pembelajaran Hana terganggu kerana hamil awal.

Hana menghela nafas.Mengertilah dia kerungsingan uminya itu."Baiklah,umi.Fahamlah Hana."

Umi lega Hana bersetuju dan mengambil pil itu."Hana jangan beritahu Airil ya pasal pil ni.Lagi satu,kalau dah habis minta dengan umi.Nanti umi belikan lagi..Jangan lupa makan setiap hari tau,"pesan umi lagi mengingatkan Hana.

****
Hana duduk di atas katil membelek-belek pil perancang yang diberi oleh uminya."Kena telan ke benda alah ni?Hmm...Buat apa aku nak telan?Cikgu Airil dah janji takkan ganggu privasi aku.So,aku takkan mengandunglah kan?"Hana bercakap sendiri.

Sedang dia berfikir,Airil masuk ke dalam bilik.Tiada debaran malam pertama bagi mereka berdua.Hambar.Mereka berdua telah berjanji untuk saling menghormati hak masing-masing.Airil juga berjanji tidak akan menyentuh tubuh Hana.Mereka suami isteri di atas kertas dan hadapan keluarga mereka saja.

"Awak sakit ke?"tanya Airil terpandangkan pil pada tangan Hana.

Spontan Hana menyerahkan pil tersebut kepada Airil."Cikgu nak?Ambillah.Mana tahu boleh betulkan hormon dalam badan cikgu,"balas Hana.

Airil menyambutnya."Ini pil perancang.Awak beli ke?"

Hana pantas menggeleng."Tak ada kerja saya nak beli benda ni.Umi yang bagi sebelum masuk bilik tadi.Dia takut saya mengandung.Saya kan sekolah lagi."Hana tidak menyembunyikan apa-apa daripada Airil.Apa yang diberitahu oleh uminya tadi dikhabarkan kepada Airil.

Airil mengalas toto di atas lantai bersedia untuk tidur."Awak tak payah bimbanglah.Awak tak akan mengandung.Saya dah janji kan,takkan sentuh awak.Saya bukan pedofilia,bernafsu pada budak-budak macam awak.Awak tu pelajar saya,tak tergamak saya nak apa-apakan awak,"kata Airil.Hana tidak menjawab.Perbualan mereka mati di situ.

Hana meniarap di atas katil.Airil berbaring di atas toto yang dihamparnya.Hana mengintai cikgunya dari atas."Hmm...Cikgu pasti tidur kat bawah?Bukan ke orang dah kahwin,tidur bersama?"Hana mengajukan pertanyaan tidak masuk akal.Kasihan pula tengok Airil tidur di lantai beralaskan toto sedangkan dia enak-enak di atas katil.

"Awak ni berani ajak saya tidur dengan awak."

"Alaaa...tidur je kan.Bukan buat apa-apa pun.Baring dan tutup mata.Settle."Semudah ABC kata-kata Hana.Terlalu naif fikiran Hana.Hana masih tidak mengerti hal orang dewasa.Dia tidak tahu yang nafsu lelaki ada turun naiknya lagi-lagi saat syaitan berbisik di telinga.Itu yang Airil ingin elakkan.

"Awak tak faham,Hana.Awak budak-budak lagi.Bukan semudah yang awak sangka.Tak apalah,saya nak tidur dah ni."Airil memejamkan matanya di lantai.Dia berharap Hana faham kiasannya dan tidak bertanya soalan lagi.

Hana mengintai dari atas katil.Sekali lagi dia memancing Airil."Cikgu nak tahu tak?Tilam ni empuk dan lembut sangat.Best gila baring atas ni.Bawah tu dah lah keras,sejuk pula tu."Hana sengaja menduga Airil.

Dengan mata terpejam Airil menyuruh Hana diam."Diamlah,Hana.Saya nak tidur ni.Tidur-tidurlah,esok liat bangun subuh."

Sorry Miss J slow update..Miss J tggu pulih sepenuhnya.Doakan Miss J.

Share this novel

makhluk tuhan
2022-02-16 01:11:05 

lamanyaa tak update, semoga cepat sihat ye miss J

Nur Azlina
2022-01-12 15:47:09 

lamanya bila nk update lagi niiiii.....?

Rohani Hussin
2021-12-20 10:34:32 

Update pleasee


NovelPlus Premium

The best ads free experience