Kegelapan menyelubungi bilik itu,hanya ditemani lampu tidur di sudut bilik yang memancarkan cahaya malap. Airil menutup pintu dengan satu hentakan kuat, membuatkan Hana tersentak. Suara pintu yang bergaung di ruangan itu menambah lagi tekanan suasana.
"Kenapa kau buat macam ni,Hana?Bertindak melulu tanpa fikirkan kesannya."Suara Airil rendah tetapi tegang, nadanya seperti gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus.
Hana menggenggam hujung bajunya, hatinya berdegup kencang. Dia cuba mencari kata-kata, tetapi mulutnya terasa kelu. "Cikgu... saya..."
"Tutup mulut kau!" Airil memotong dengan nada yang tajam, langkahnya berat dan mengancam ketika dia menghampiri Hana. Matanya bersinar dalam cahaya malap itu, merenung Hana seolah-olah menembusi hatinya.
Hana mengundur perlahan-lahan, rasa takut menjalar ke seluruh tubuhnya. Langkahnya terhenti apabila belakang kakinya terlanggar kaki katil. Dia terduduk dengan perlahan di atas tilam, matanya tidak berganjak daripada Airil.
"Cikgu, tolong dengar saya!" suara Hana pecah, penuh ketakutan tetapi dengan harapan yang bersisa.
"Dengar kau? Dengar apa lagi, Hana? Perbuatan bodoh kau tadi buat Aqeef terkejut!"Suara Airil meninggi, tangannya melambai ke udara, seperti cuba menepis segala penjelasan yang cuba disampaikan.
"Saya tak berniat untuk mendedahkan rahsia pernikahan kita tapi.." Hana cuba menjelaskan, suaranya bergetar.
Airil menghampiri lebih dekat, membongkok sedikit, membuatkan wajah mereka hampir sejajar.Tubuh Hana ditolak terbaring atas katil lalu Airil menindihnya dengan wajah yang sangat bengis. "Tak berniat? Kau tahu tak apa akibat tindakan kau? Kepercayaan Aqeef dah hilang terhadap aku.Bagaimanakah aku hendak dapatkan kembali kepercayaan dia!"
Hana memejamkan mata, cuba menahan air mata yang mula bergenang.Kedua-dua tangannya dicengkam kuat oleh Airil.Deruan nafas Airil cukup rapat di telinganya membuatkan bulu romanya meremang.Itulah yang dirasakan ketika Hanif cuba mencabulnya.Takut dan menyeramkan."Cikgu Airil... saya minta maaf," katanya perlahan, hampir berbisik mengharapkan simpati.
Airil tidak peduli rayuan Hana.Kemarahan menguasai dirinya."Mudahnya kau minta maaf..Puas hati kau beritahu Aqeef yang kau isteri aku?Kau nak jerit biar satu taman ni tau kau isteri aku kan?Sekarang kau jerit!Jerit kuat-kuat!"Airil menggila.Bibir Hana menjadi sasaran bibirnya.Rakus dia mencium bibir yang tadinya berani mengheboh satu dunia tentang mereka.
Hana meronta dan cuba menolak namun tidak berhasil.Airil terlalu gagah perkasa untuk dia lepaskan diri.Air matanya menitis.Tidak pernah-pernah suaminya itu bertindak kasar sedemikian rupa.
Airil mengangkat kepalanya tersengih sinis.Padan muka.Menangis konon."Kau nak sangat jadi isteri aku kan?So,tunaikan tanggungjawab kau yang tertunggak selama ini.Jangan sembang saja yang kau tu isteri aku.Buktikan!!!"desak Airil dengan raut yang sangat bangga dan puas membuat gadis itu penuh penyesalan di dadanya.
"Please,cikgu...Bukan begini caranya untuk saya buktikan saya isteri cikgu.Saya minta maaf.."rayu Hana lagi.Matanya semakin memerah.
"Maaf??Masa buat hal kau tak fikir?Kau terimalah akibatnya.."Airil berkeras.Kata maaf daripada Hana sedikit pun tidak menyentuh hatinya.Kali ini,leher jinjang Hana menjadi sasaran bibirnya.Hana ingin menjerit tetapi mulutnya ditekup dengan telapak tangan Airil agar suaranya tidak terhambur hingga didengari Aqeef.
Ya Allah..Kau selamatkanlah aku.Kau sedarkanlah Cikgu Airil daripada terus menggila seperti ini.Aku tidak rela diperlakukan sebegini meskipun dia punya ke atas diriku.
Hana menggigit tangan Airil lalu lelaki itu melepaskan telapak tangannya."Cikgu Airil...tolong jangan buat saya begini.Saya rasa terhina sangat.Pleasee...Saya akan buat apa saja untuk tebus kesalahan saya kepada cikgu tapi tolong jangan paksa saya lakukan ini...Saya tak rela.Saya masih ada maruah dan harga diri..Tolonglah hormat saya sebagai pelajar cikgu bukan isteri."Hana tidak putus asa merintih agar Airil tidak memperlakukannya sedemikian.
Airil menghentikan perbuatan jijiknya itu.Dia merenung wajah Hana yang sudah kebasahan.Teresak-esak Hana meminta dilepaskan.Airil sepertinya terjaga daripada rasukan syaitan yang menguasai dirinya.Dalam hati dia beristighfar panjang.Kemarahan yang membuak-buak membuatkan dia hilang kawalan yang bakal memusnahkan masa depan Hana sebagai pelajarnya.Airil melepaskan Hana lalu bangkit daripada menindih tubuh isterinya itu.
"Aku tak akan sesekali sentuh kau,Hana.Aku hanya nak ajar kau,"kata Airil untuk menutup kesilapannya yang terlalu mengikut perasaan dan amarah.Imanya bergoyang sebentar tadi dek kerana marah.Dia hampir tersungkur namun cepat-cepat tersedar daripada memusnahkan masa depan Hana meskipun dia ada hak dan tidak berdosa dia menyentuh gadis itu.
Airil berdiri tegak kembali, meletakkan tangannya di pinggang, nafasnya berat. Dia memalingkan wajahnya, seolah-olah cuba mencari kekuatan untuk tidak melepaskan kemarahannya lebih jauh. Dalam kesamaran, wajahnya kelihatan penuh dengan pergelutan dalaman.
"Saya minta maaf,cikgu.Saya bukan meminta hak saya sebagai isteri di hadapan awam.Saya cuma mahu ahli keluarga saja tahu tentang kita supaya saya tidak perlu menyorok lagi masuk ke dalam rumah ini.Saya akan cuba betulkan keadaan dan pujuk Aqeef supaya dia faham masalah kita." Hana bersuara lagi, kali ini agak lemah dan lembut.
Airil memandang Hana semula, matanya sedikit berkaca tetapi tetap tajam. "Kau rasa semua ini boleh dibetulkan? Ada benda yang bila kau rosakkan, takkan pernah sama lagi, Hana.Sejak kejadian malam itu,terlalu banyak perkara yang tak betul berlaku dalam hidup aku.Salah satunya ialah menikahi kau,Hana."
Hana menggenggam tangannya erat di atas riba. Dia tahu dia bersalah dan kata-kata Airil itu sangat menyakitkan.Perasaan pedih itu dia ketepikan dahulu kerana keadaan sangat tegang.Airil masih marah.Api yang membara tidak boleh disimbah dengan minyak tanah,nanti semakin menyala pula."Berikan saya masa untuk betulkan semua masalah kita yang berpunca daripada saya.Cuma saya perlukan ihsan cikgu untuk menetap di sini sehingga saya selesai exam dan sambung belajar,"pinta Hana.
Airil mengeluh panjang, melepaskan beban yang menyesakkan dadanya. Dia melangkah ke arah tingkap, memandang ke luar, membelakangi Hana tanpa membalas permintaan Hana.
Suasana menjadi sunyi, hanya bunyi nafas mereka yang kedengaran di bilik itu. Hana tahu ini bukan pengakhiran yang dia mahukan, tetapi dia juga tahu tiada apa yang boleh memperbaiki keadaan selain memberinya masa.
Dan di bawah cahaya samar itu, kedua-duanya terperangkap dalam kekeliruan.Masing-masing membawa beban yang terlalu berat untuk diungkapkan.
****
Kereta Airil meluncur perlahan di atas jalan raya, dikelilingi pemandangan hening kota yang sesekali diterangi lampu jalan. Di dalam perut pacuan empat roda itu,suasananya tegang menyelimuti seperti kabus tebal yang tidak dapat ditembusi.
Aqeef duduk di kerusi penumpang hadapan.Tubuhnya bersandar malas tetapi wajahnya kaku. Matanya merenung kosong ke luar jendela, membiarkan pemandangan berlalu seperti angin yang tidak meninggalkan jejak.
Di sebelahnya, Airil memegang erat stereng kereta. Hatinya berkecamuk dengan perasaan bersalah yang tidak terungkap.Peristiwa mengejut semalam yang berlaku telah mewujudkan kejanggalan dalam hubungan mereka.Anaknya masih terkejut dengan khabar pernikahannya dan Hana semalam enggan berbicara dengannya.
'Kenapa aku tak berterus terang dari awal?'Airil bercakap dalam hati.Rasa menyesal mencengkamnya seperti duri yang tertusuk dalam. 'Kenapa aku sembunyikan semuanya daripada Aqeef? Kalau dia tahu tentang aku dan Hana dari awal..Perkara begini tak akan berlaku.'
Dia menjeling ke arah Aqeef, yang masih diam membatu. Tiada reaksi, tiada pergerakan. Hanya keheningan yang semakin menekan.
"Aqeef."Airil akhirnya bersuara, memecah kesunyian yang menggigit itu. Namun, suara itu hanya bertemu dinding diam.
“Aqeef, ayah tahu Aqeef marah. Tapi... dengarlah dulu,” katanya lagi.Kali ini nadanya lebih perlahan, seperti cuba memujuk.
Aqeef tetap tidak berganjak. Dia terus merenung ke luar jendela, wajahnya dingin seperti ais.
“Aqeef,ayah..ayah tak tahu macam mana nak mula, tapi... ayah minta maaf."Suara Airil semakin lemah. Dia menunggu balasan walaupun hanya sepatah kata tetapi tiada apa-apa yang datang.
'Aqeef memang marahkan ayah',bisik Airil dalam hati. Jari-jarinya mengetuk perlahan stereng cuba menenangkan diri tetapi rasa buntu semakin mencengkam dengan kebisuan Aqeef.Merajuk sungguh.
Kereta itu terus meluncur dalam kesunyian yang menyesakkan. Hati Airil dipenuhi penyesalan, tetapi lidahnya kelu untuk menjelaskan. Setiap kali dia cuba membuka mulut,kebisuan Aqeef mengunci keberaniannya.
Aku cuma nak yang terbaik untuk semua orang.Suara Airil bergetar dalam hati.Tapi aku salah. Aku patut jujur dari awal. Perkahwinan aku dan Hana tak patut jadi rahsia terutamanya daripada Aqeef.Kasihan anak ayah.
Airil mengemam bibir.Matanya menatap jalan raya di hadapan tetapi fikirannya jauh melayang. Dalam diam itu, Airil hanya berharap.Dia berharap Aqeef memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan dan memahaminya keadaannya yang tersepit.
Tetapi buat masa ini, hanya kesunyian yang menjadi teman mereka.Biarlah hati Aqeef sejuk sendiri.
****
Keesokannya....
"Baiklah,saya ada satu lagi soalan untuk kumpulan kalian.Akhir ya..Pada pendapat kamu semua,adakah novel Ranjau Sepanjang Jalan ini memberi kesan kepada pembaca?"soal Airil mengerling Hana.
Hana,Shanaya dan Amri saling berpandangan.KBAT sangat soalan yang diajukan oleh Airil kepada mereka.Sudahlah sepanjang pembentangan tadi,kumpulan mereka diasak dengan tembakan soalan bertubi-tubi daripada Airil.Berpeluh-peluh jugalah ketiak mereka hendak menjawabya.
"Maksud cikgu?Kesan yang macam mana?Positif atau negatif?"Hana menyoal semula.Hana dari tadi menyimpan amarah dalam hati.Airil tunjuk sangat kedinginannya.Sengaja hendak melepaskan geram kepadanya dengan menyoal pelbagai soalan kepada kumpulan mereka.
Kening Airil diangkat."Terserah.Kamu yang baca novel ni.Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang satu-satu penulisan yang dibaca.Ada yang melihat dari sudut positif,ada yang negatif.So,apa kritikan kamu terhadap novel ini.Seorang wakil tolong jawab."
Hana dan ahli kumpulannya terkial-kial,l mencari jawapan dalam helaian nota yang berselerak di minda masing-masing. Pertanyaan demi pertanyaan yang dilontarkan oleh Airil bagaikan anak panah yang datang bertubi-tubi tanpa henti menyesakkan minda mereka yang sememangnya penuh dengan selok-belok silibus pembelajaran.Bukan subjek Kesusasteraan Melayu saja yang perlu mereka rekodkan dalam otak.
Hana menelan liur. Matanya melirik jam di dinding. Jarum jam seakan-akan sengaja melambatkan pergerakannya. Detik demi detik berlalu dengan perlahan seolah-olah memberi lebih banyak ruang dan waktu kepada Airil untuk terus mengasak mereka.Sebenarnya Airil bukan hendak menyerang mereka tetapi Hana seorang saja.Hal dalam rumah dibawa hingga ke dalam kelas.Hana memandang tajam tepat ke wajah Airil.Suaminya itu sengaja hendak membalas dendam dan membiarkannya nampak bodoh.
Airil tersenyum kecil membalas pandangan Hana.Puas.Ketika dia melihat Hana mula berfikir keras, matanya bersinar dengan kepuasan yang sukar disembunyikan.Dia tidak menunggu lama apabila sedar kelas hampir tamat.
"Okaylah kalau tak ada jawapan.Saya dah berpuas hati dengan pembentangan kamu tadi.Cuma saya hendak ingatkan kepada kamu semua,hayati novel yang kamu kaji dan cuba fahamkan apa yang hendak disampaikan oleh penulis dan kaitkan dengan dunia realistik masa kini.Bukan sekadar membaca untuk melepaskan batuk di tangga sahaja."
Aaah...Nama pun novel.Kisah pula aku nak terapkan konsep dunia nyata pula.Aku baca novel ni pun dah cukup baik.Ingat aku suka sangat nak baca novel-novel ini.Bukan hobi aku.
Hana bermasam muka duduk di tempat duduknya kembali.Fokusnya telah hilang untuk mendengar omelan Airil.Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Hana menarik nafas lega,kelas KSM telah pun tamat sesi untuk hari ini.Airil segera menamatkan sesi pembelajaran dan berlalu keluar.Begitu juga dengan pelajar-pelajar lain bergegas keluar untuk mengalas perut di kantin sekolah.
"Woii...Jom pergi kantin.Lapar ni.Banyak sangat soalan yang kena jawab tadi buat perut aku berkeriuk,"ajak Shanaya apabila melihat Hana bermuram dan tidak berganjak dari pelabuhannya.
Hana melepaskan nafas panjang. Dia memicit-micit dahinya yang terasa berdenyut. Tekanan perasaan lebih menyakitkan daripada tekanan fizikal. Selera makannya hilang seolah-olah dibawa pergi oleh soalan-soalan Airil. Dia mendengus perlahan.Banyak perkara yang mengganggu jiwa Hana.Masalah di rumah,masalah di sekolah diaduk sekali.
"Kau pergilah.Aku tak lapar.Otak aku penat berfikir sampai nak jalan pun aku rasa tak mampu,"tolak Hana.
"Chill la babe.Janganlah tunjuk sangat stres tu.Aku dan Amri pun kena juga tadi.Alaa..Belajar kan.Biasalah tu kena jawab macam-macam soalan."
"Sha,aku rasa Cikgu Airil tu sengaja nak kenakan aku.Group lain buat presentation tak ada pula dia soal macam dia soal group kita.Sakitnya hati aku ni,Sha.Dah la dia cakap perkara tak betul dia buat ialah nikah den...."Hana tersedar cepat-cepat menghentikan ayatnya.Emosinya yang berkecamuk menyebabkan dia hampir-hampir terlepas cakap lagi.Matilah dia Airil kerjakan nanti kalau rahsia perkahwinan mereka diketahui Shanaya pula.
"Haaa...Apa Hana?Cikgu Airil nikah..Nikah dengan siapa?"Shanaya bertanya.Ayat Hana tergantung.
"Errr....Aku sebut nikah ke tadi?"
Shanaya berminat memandang Hana.Dia mengangguk."Haah..Cepatlah bagitau cerita hot ni.Cikgu Airil nikah dengan siapa?Mesti dia beritahu babah dan umi kau kan?"Shanaya bersemangat ingin tahu siapakah gerangan bakal isteri Airil.
Hana terkial-kial.Mati kutu dibuatnya."Errr...bukan..Kau salah faham ni.Aku nak cakap menyesal siapa yang nikah dengan dia nanti.Poyo...Sakit hati aku."Hidup-hidup Shanaya dikelentong oleh Hana.
Shanaya termangu."Walaupun aku India,aku faham Bahasa Melayu dengan jelas.Aku rasa ayat kau tadi lain maksudnya.Macam nak cakap Cikgu Airil..."Kepalanya memutar ligat memikirkan ayat yang didengar tadi.
Hana segera memotong."Eee..kau tak payah fikirlah pasal dia.Biarlah dia tenggelam dengan hidup dia yang perfect kononnya."Hana mencebik.
Kemudian,bayang seseorang muncul di tepi meja mereka. Hana mengangkat wajah dan di hadapannya berdiri Arshad dengan senyuman kecil membawa bungkusan mihun goreng dan kuih-muih di tangannya.
"Eh, korang belum makan lagi, kan?" Arshad meletakkan bungkusan itu di tengah meja. Tanpa menunggu pelawaan, dia menarik kerusi di sebelah Shanaya dan duduk."Saya beli lebih. Meh makan sama-sama."Arshad membawa buah tangan ke kelas Hana.
Shanaya, yang memang pantang melihat makanan sudahpun mencapai sepotong kuih."Acad,kau memang penyelamat!Aku memang tengah lapar ni," katanya sambil tersenyum ceria.
Hana memandang kuih karipap di dalam bungkusan itu. Akhirnya, dia mengambil seketul lalu menggigit kecil. Tekaknya masih terasa tersekat. Kecewa tadi masih bersisa.
Dalam diam, Arshad mengerling ke arah Hana dari hujung mata. Ada penyesalan yang belum pernah hilang. Hana, gadis yang pernah hadir dalam hidupnya—dan pergi kerana kesilapan bodohnya sendiri.
Sementara itu, Shanaya menikmati mihun goreng dengan penuh nikmat. Dunia Shanaya selalu mudah. Makanan adalah pengubat segala rasa. Dalam suapan demi suapan, dia cuba menghilangkan jejak perasaan marah yang ditinggalkan oleh Airil.
Hana memandang kosong ke arah kuih di tangannya. Hatinya masih belum tenang. Kata-kata Airil berputar kembali dalam fikirannya. Namun, di sisinya, Arshad hanya mampu memandang—menyesali sesuatu yang sudah lama berlalu, tetapi masih terasa dekat.
Mereka bertiga duduk di meja itu, masing-masing dengan beban fikiran sendiri.
"Acad!!"pekik Ruziana menggila di muka pintu.Dia berjalan meluru ke arah mereka bertiga.
Semua mata tertumpu ke satu arah. Hana yang baru sahaja hendak menyuapkan karipap ke mulut terhenti. Arshad mengangkat wajah, matanya membulat. Shanaya yang sedang sibuk menikmati mihun hampir tersedak.
Di hadapan mereka, berdiri Ruziana dengan wajahnya merah padam, nafasnya turun naik. Tangannya memegang bekas kuih,kemudian dilemparkan ke lantai, bersepai. Karipap dan kuih-kuih lain bertaburan.
"Oooo...Ini kerja korang ya.Dah putus buat cara putus.Ini sibuk nak berkepit.Siap makan sama-sama lagi tu,"herdik Ruziana tidak berpuas hati.Hatinya lama panas kerana Arshad sering mengekor Hana.Nampaknya hubungan mereka sudah semakin baik dan dia tidak akan biarkan Hana dan Arshad kembali menjalinkan hubungan cinta.
Arshad berdiri berhadapan Ruziana yang tidak terkawal emosinya."Ogy,kenapa mengamuk tak tentu pasal ni?Tak malu ke?".
Ruziana tidak peduli. Matanya terus tertancap pada Hana, kemudian beralih ke Arshad. Ada api yang membakar di matanya.
"Aku tak akan biarkan kau orang berdua bersama lagi,"ucap Ruziana tiada selindung.
Arshad menarik nafas panjang. Dia memandang Ruziana, cuba mencari kata-kata yang sesuai.
"Ogy pun tahu kan bahawa kita pun tak ada apa-apa hubungan istimewa.Jadi,Ogy tak ada hak nak control Acad berkawan dengan siapa yang Acad suka.So,Ogy pergi sekarang."
Ruziana ketawa sinis."Tak payah cakap pasal hak kalau Acad sendiri yang beri harapan kepada Ogy."
Arshad mengetap bibir. Dia tahu ini salahnya. Dia tahu apa yang berlaku di antara mereka bertiga bukan sesuatu yang mudah dilupakan. Namun, dia juga tahu ada sesuatu dalam dirinya yang masih tidak selesai.
"Ogy,Acad tahu Acad silap.Acad minta maaf.Please..Jangan panjangkan cerita ni."
Hana menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan debaran di dada. Matanya menatap bekas kuih yang bersepai di lantai lalu mengalihkan pandangan ke arah Arshad. Wajahnya penuh dengan kekecewaan dan keletihan yang sudah lama bertimbun. Dia tak mahu terus terjebak dalam drama yang bukan lagi miliknya.
Perlahan-lahan Hana bangun."Acad, dengar sini.Suaranya tegas, tetapi masih terkawal. "Saya malas nak masuk campur dalam masalah awak dan Ogy tapi pandai-pandailah awak bertanggungjawab atas apa yang awak dah buat.Pandai bagi harapan,pandai selesaikan.Saya tak nak ada kena-mengena dengan konflik kamu berdua."
Arshad serba salah."Hana...Jangan salah anggap.Acad minta maaf."
"Maaf takkan ubah apa-apa,Acad. Benda dah lepas, tapi awak kena tahu batas. Saya tak nak terjebak dan menjadi punca dalam kisah korang."
Arshad tertunduk, tidak mampu membalas. Dia tahu Hana ada hak untuk marah. Dia tahu semua ini adalah hasil daripada kesilapannya sendiri.
Hana memandang Shanaya sekilas memberi isyarat bahawa mereka harus pergi. Shanaya mengangguk dan memegang lengan Hana, mengajaknya keluar dari kelas mengambil angin segar di luar.
Mereka berdua melangkah keluar, meninggalkan Arshad dan Ruziana menyelesaikan masalah mereka sendiri.
****
Rumah itu terasa seperti terkurung dalam ruang kehampaan.Dindingnya memantulkan kesunyian.Lantainya bergetar halus dengan langkah-langkah lemah yang berusaha menyembunyikan beban emosi. Di ruang tamu, Airil duduk bersandar pada sofa.Matanya menerawang kosong.Nafasnya terhela panjang seperti cuba melepaskan sesuatu yang berat namun tidak pernah habis.
Hana melangkah perlahan tanpa suara. Wajahnya tenang, tetapi matanya dingin seperti salju yang menutup emosi yang mendidih di bawah permukaan. Dia mengambil alat kawalan jauh dan duduk di sofa berasingan, jauh daripada Airil. Tanpa sepatah kata, dia menyalakan televisyen dan mencari saluran Netflix. Bunyi latar dari skrin menjadi pengisi ruang kosong tetapi tidak mengubah kebisuan mereka.
Airil mengerling ke arah Hana tetapi tidak berkata apa-apa. Kerlingan itu hanya tinggal kerlingan.Satu percubaan yang gagal untuk memecahkan kebekuan di antara mereka.Hana langsung tidak endahkan kerlingan Airil malahan memandang muka Airil pun dia sakit hati.
Fikiran Airil melayang kepada Aqeef. "Sampai bila dia akan terus begini?" bisik hatinya.Biasanya Aqeef akan menelefonnya menggunakan telefon awam di asramanya tetapi panggilan daripada Aqeef turut sepi.
Di sebalik tatapan kosong pada skrin televisyen sebenarnya Hana sedang bertarung dengan perasaannya sendiri. Setiap detik terasa panjang. Setiap helaan nafas terasa menyesakkan. Dia ingin berbicara, ingin mengungkapkan segala yang terbuku, tetapi lidahnya kelu.
Suara dari televisyen memecahkan kesunyian tetapi dialog-dialog itu hanya berlalu.Satu pun tidak berbekas. Bunyi latar itu tidak lebih daripada latar kosong yang menemani dua jiwa yang kesepian.Tiada siapa yang ingin mengalah.
Ketukan di pintu kedengaran memecah kebisuan yang menjadi penghuni tetap di rumah itu sejak beberapa hari lalu. Airil menoleh ke arah pintu, kemudian memandang Hana yang tetap tidak bergerak dari tempat duduknya. Matanya masih terpaku pada skrin televisyen, tetapi jelas dia mendengar ketukan itu.
Airil menghela nafas panjang, lalu bangkit dari sofa dengan langkah berat menuju ke pintu.'Siapa pula datang malam-malam begini?'
Mata Airil terbeliak. Di hadapannya berdiri seorang lelaki dalam pakaian kasual, namun wajah itu cukup dikenali.Senyum kecil menghiasi wajah pegawai itu, tetapi ada sesuatu di matanya yang tidak dapat disembunyikan.
"Assalamualaikum, Encik Airil. Boleh saya masuk?"
Airil menelan liur. Mahu atau tidak, dia terpaksa membenarkan Inspektor Razman masuk. Langkah pegawai itu tenang, tetapi penuh ketegasan. Hana melirik sekilas lalu mematikan televisyen.Dia menunduk hormat kepada Inspektor Razman dan menjemputnya duduk.
"Saya minta maaf datang tanpa sebarang notis.Tapi ini penting," kata Inspektor Razman, suaranya rendah tetapi penuh makna.
"Ada apa, Inspektor?" Airil bertanya, cuba menyembunyikan getar di suaranya.
Inspektor Razman menghela nafas panjang, memandang tepat ke mata Airil."Kami ada info baharu tentang kes pecah rumah cikgu dan individu yang menyerang isteri cikgu,"jelas Inspektor Razman yang dari awal kejadian sudah diberitahu status perkahwinan mereka.
Hana merasakan jantungnya berdetak kencang."Info apa?"
Inspektor Razman bersandar ke belakang.Wajahnya serius."Kami mengesyaki abang ipar cikgu terlibat dalam kes ini sebab kami ada menjumpai cap jari serta beberapa barang peribadi miliknya di belakang rumah cikgu,"terang Inspektor Razman berhati-hati kes yang melibatkan ahli keluarga sendiri.
Hana memandang Airil cuba membaca reaksi suaminya.Dalam hati dia berkira-kira.Wajah kasihan umi dan babah terpapar dalam bayangan matanya.
Inspektor Razman meneruskan, "Kami perlukan kerjasama kamu berdua. Apa-apa maklumat yang kamu ada... walau sekecil mana pun, mungkin membantu."
"Errr...Inspektor pasti memang abang saya yang terlibat?"soal Hana.
Pegawai polis itu mengangguk."99 % kami pasti..Begini Puan Hana,setelah menjalani siasatan ada beberapa bukti pihak polis jumpa yang berkaitan dengannya cuma kami masih mencari motifnya.Mungkin Puan Hana ada sesuatu yang Puan Hana ingin kongsikan jika ada apa-apa masalah dengan abang Puan Hana."Kekok Inspektor Razman memanggil Hana secara formal.
Hana menggeleng."Tiada apa-apa.Kami baik-baik saja selama ini,"bohong Hana membuatkan Airil melirik ke arahnya.Apa sudah jadi dengan Hana tiba-tiba menafikan permasalahan Hanif dengannya.
Inspektor Razman menyambung lagi setelah mekihat keresahan air muka Hana."Beginilah Puan Hana.Kalau diikutkan,banyak kes sebegini melibatkan ahli keluarga sendiri.Saya sendiri faham situasi serba salah begini sering menjadi permasalahan dalam keluarga untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya seperti ditelan mati emak diluah mati bapa.Semuanya di tangan Puan Hana sendiri."
"Maksud Inspektor?"
"Tujuan saya datang ini nak membuat rundingan awal.Minta Cikgu Airil dan Puan Hana.Kebanyakkan kes yang melibatkan anggota keluarga,kami serahkan kepada ahli keluarga untuk membuat pilihan sama ada menutup kes atau menyerahkannya kepada undang-undang.Saya datang untuk beritahu cikgu dan isteri supaya dapat memberi masa berfikir sebelum buat apa-apa keputusan."
Hana dan Airil saling berpandangan.Sulit untuk membuat keputusan yang melibatkan anggota keluarga meskipun Hana marahkan Hanif namun rasa kasihan mula terbit sikit-sikit dari dalam hati.Laporannya dibuat ketika emosinya dalam keadaan terseksa.Sekarang,kekecewaan umi dan babah bermain dalam minda Hana.Arrgghhhh..
Share this novel
tak ada update ke utk cerita ni ?