Bab 29

Romance Series 186086

Setelah semua pelajar lain keluar dari makmal komputer,Hana memandang ke belakang ada Sofi seorang membaringkan kepala atas meja komputer.Tinggallah mereka berdua di dalam makmal itu.Sofi kelihatan agak lesu dan tidak bermaya.Peluang berdua-duaan dengan Sofi ini sepert diharap-harapkan untuk bertanyakan hal yang mengganggu fikirannya.

Hana menuju ke meja Sofi dan berdiri di hadapan gadis itu.Sofi mengangkat wajahnya yang agak pucat memandang Hana.

"Sofi,kau main barang lagi ke?Macam lalok je,"soal Hana beraut garang.Hana sudah lama tahu bahawa Sofi mengambil bahan terlarang sejak tingkatan 2.Disebabkan bahan terlarang yang dibawa oleh Sofi,sahabat baiknya, Ayu menjadi kambing hitam.

Sofi bingkas bangun mengadap Hana meskipun kakinya terasa lemah untuk bertapak."Kau tak payah sibuklah.Kubur masing-masing kan?Tak payah nak acah-acah AADK."Angkuh Sofi membalas pertanyaan Hana sambil menjeling tajam.

"Aku tak kisah kau nak telan benda jahanam tu Aku cuma nak tahu satu hal.Kau ke yang fitnah Cikgu Airil kepada umi aku?"Hana menyeringai.Syak wasangkanya terbit sejak Airil memberitahu Sofi baik dengan abangnya dan otaknya pantas bertindak mengingati kejadian yang berlaku dalam hidupnya.

Sofi tersengih."So,apa masalahnya dengan kau?"

"Kenapa kau buat macam tu?Apa salah Cikgu Airil kepada kau?"Hana tidak puas hati menyeringai.Terjawablah punca utama umi yang tiba-tiba berubah sikap terhadap Airil.

"Benda tak ada kena-mengena dengan kau.Itu hal antara Anep dan Cikgu Airil.Kau sibuk kenapa?"

"Tak ada kena-mengena?Anep tu abang aku.Umi Anep tu umi aku.Aku pun kena tempias sama.Kalau Anep tu aku taulah memang dia tak puas hati dengan Cikgu Airil.Kau ni..Apa yang kau sakit hati sangat dengan Cikgu Airil tu sampai kau sanggup fitnah dia depan umi aku?Salah apa yang dia dah buat kepada kau?"Hana hilang sabar merentap leher baju Sofi.

Sofi terhuyung-hayang.Diriannya tidak stabil kerana badannya kurang sihat namun digagahkan jua."Hana..Aku pening kepala ni.Tolong bagi aku ruang,"pinta Sofi mendatar.Bukan masanya untuk dia bergaduh.

Hana melepaskan leher baju Sofi.Perempuan itu tidak berlakon sakit kerana dari rautnya jelas kelihatan pucat dan lesu.Sofi duduk.Helaan nafasnya kedengaran beberapa kali.Tekaknya terasa loya namun hanya angin yang dimuntahkannya."Hana..boleh tak kau beri aku air sikit.Tekak aku haus."

Kerana kasihankan Sofi,Hana turutkan jua.Dia mengambil botol air yang terletak atas mejanya tadi lalu dihulurkan kepada Sofi.Sofi meneguk beberapa kali menyegarkan tekaknya yang rasa tersangkut makanan.Hana masih sabar menunggu kestabilan kesihatan Sofi.

Setelah berehat beberapa minit berehat,Sofi kembali bersuara."Hana..Aku tak tau apa sebenarnya masalah Anep dan Cikgu Airil.Aku dibayar oleh Anep untuk mereka cerita tentang Cikgu Airil."

Hana mengangkat kening."Kau tak tanya Anep kenapa?"

Sofi menggeleng perlahan.

Hana kembali baran.Hatinya tidak puas mendengar jawapan Sofi yang tergantung itu."Kau jangan tipu aku.Takkan kau bodoh sangat ikut saja apa yang Anep suruh tanpa tahu sebabnya."Hana menengking.

"Sumpah demi Allah,aku tak tahu.Anep tak beritahu aku.Aku ikut sebab masa tu aku tengah gian.Anep cakap kalau aku ikut cakap dia,dia akan bagi aku pil free,"akui Sofi dalam ketakutan dan kelesuan.Kandungannya menyebabkan dia alahan sehingga tengah hari menjelma.

Hana mengetap bibir.Dia tidak terkejut langsung cerita tentang abangnya kerana dia sedia tahu yang abangnya juga penagih.Kalau sudah giankan barang,otak pun tidak waras asalkan dapat benda haram itu.Baik buruk tindakan ditolak ke tepi.Kau tersalah langkah.Dadah sudah hancurkan hidup kau,Sofi.Kau ikutkan Hanif,makin jahanam hidup kau.

"Eee..Abang aku tu memang tak guna.Kenapalah kau bodoh sangat ikut cakap dia?Dulu kau jadikan Ayu kambing hitam.Kau letak pil kuda kau dalam beg dia sampai dia dihukum.Sekarang kau fitnah Cikgu Airil pula.Eee..Ikutkan hati,aku lempang kau."Hana marah dengan mata bertakung air.Orang menagih dadah tidak boleh berfikir logik tetapi pandai memfitnah untuk melepaskan tengkuk sendiri.

"Apa hubungan kau dan Anep?Kenapa korang berdua check in hotel bajet?Apa yang korang buat dalam tu?"Hana mula menjadi pegawai penyiasat.Banyak benda yang bermain dalam otaknya dihamburkan.

Air mata Sofi menitis.Menyesal atau tidak hanya Allah yang tahu isi hatinya.Satu hujah daripada mulut tidak boleh dipercaya."Aaaa..ku dan Anep dah...Err..Anep dah janji nak kahwin dengan aku."

Hana menghela nafas.Sofi tidak perlu jelaskan,dia sudah faham apa yang terjadi antara mereka.Kalau sudah masuk ke dalam bilik hotel berdua-duaan,takkan mereka menonton wayang Bara Naga melainkan nafsu naga mereka yang membara..Hah..Sekali lagi kebodohan Sofi terserlah,senang-senang diperbodoh oleh Hanif.Dalam marah bercampur simpati,kepala Hana berasa berat memikirkan konflik yang dicipta oleh abangnya sendiri.

****
Bilik guru petang itu sunyi. Kebanyakan guru sudah pulang.Tinggal segelintir yang masih sibuk menanda latihan atau menyiapkan kerja masing-masing. Angin dari kipas siling berputar mencipta suasana nyaman di dalam bilik yang agak sesak itu.

Airil duduk di mejanya menanda buku kerja pelajarnya.Apabila dia menyelak buku Hana,tertampal sekeping sticky note berwarna merah bentuk hati.Dia mengambilnya dengan hujung jari dan menelitinya.Terdapat satu lakaran kecil jari berbentuk ‘mini love’ di tengah-tengahnya kertas tersebut bersama emoji senyum.

Airil menghela nafas.Matanya merenung sticky note itu lama-lama.

Apa sebenarnya yang gadis itu cuba sampaikan? Sekadar gurauan atau ada maksud lain di sebalik kertas kecil ini?Otaknya mengimbas kembali,perangai Hana semakin menjadi-jadi gediknya.Adakah Hana sudah jatuh hati kepadanya?Eh,mustahil!

Airil menggeleng.'Tak payah layanlah budak tak betul,'bisik hati Airil.

Airil menyandarkan tubuhnya pada kerusi cuba mengabaikan perasaan yang tiba-tiba menyelinap ke dalam hati.Tetapi, baru sahaja dia hendak menampal semula sticky note itu ke dalam buku kerja Hana,suara seseorang menyapanya.

"Uiitt..termenung apa tu?"

Airil mendongak. Azim, rakan sekerjanya sedang berdiri di sisi meja senyum penuh makna.

"Tak ada apa," jawab Airil pantas menyelitkan semula nota tadi lalu ditutupnya.

Azim memandangnya dengan kening terangkat."Siap dah ke tanda buku?"

Airil mengangguk tetapi tidak memberi sebarang komen lain kerana dia tidak sempat baca penulisan esei Hana.

Azim melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan.Tangannya menyandarkan tubuh ke belakang."Wei,kau tahu tak cerita students kita kena tangkap malam tadi?"

"Haaa..Kes yang memeningkan kepala Cikgu Wadi tu ke?"teka Airil.Pagi-pagi lagi Guru Penolong HEM dan Disiplin kecoh di dalam bilik guru kerana ramai pelajar mereka ditangkap positif dadah apabila polis membuat serbuan aktiviti lumba haram malam minggu tengah malam tadi.

"Yup..30 orang pelajar form1 hingga 6.Yang aku tak boleh brain,perempuan pun ada.Entah apa nak jadi budak-budak sekarang ni.Tak sayang badan..Tak sayang masa depan agaknya."Azim menjelaskan data penglibatan pelajar mereka.Agak membimbangkan generasi masa hadapan sudah terbenam awal sebelum masanya.

"Aku pun tak faham.Dah macam-macam program AADK kita buat.Berbuih mulut bagi ceramah bahaya dadah,bahaya pil kuda tetapi seperti mencurah air di daun keladi saja.Tup..tup..30 orang kena tangkap.Macam kita ni tak pernah didik mereka.Apalah nak jadi.Manalah dia dapat benda-benda macam tu?"Airil mengeluh menyesal.Jika difikirkan,sudah pelbagai program pihak sekolah dan AADK anjurkan tetapi tidak dapat membendung kegiatan itu sepenuhnya.

"Tulah pasal.Aku syak budak-budak ni memang dah biasa ambil cuma tak tahu dorang dapat dari sumber mana.Mesti ada tokan kat luar sana yang menjual kepada budak-budak ni.Students kita keluar nanti,kita siasat habis-habisan.Cari tahu dorang dapat dari mana,"cadang Azim pula.

"Yang ni aku setuju.Kita siasat.Tapi kita fikir lepas dorang keluar lokap nantilah.Aku laparlah.Jom balik.Pergi makan,"ajak Airil yang perutnya berlagu.Pagi tadi dia mengalas perut dengan nugget yang Hana bekalkan saja.

Airil mengemas meja dan mengambil bekas tupperware bekal nuggetnya.

"Rajin kau bawa bekal sekarang.Tapi kan bekal kau sama dengan Hana.Warna,bentuk,saiz semua sebiji."

"Hmmm...Buy one free one."Selamba Airil menjawab.

Azim mengerutkan dahinya.

"Alaa..Umi Hana kan peminat tupperware.Dia yang bekalkan untuk aku sebelum pergi kerja pagi tadi,takkan aku nak tolak rezeki walaupun sama bekal dengan Hana.Terasa pula orang tua nanti,"Airil membohongi Azim.Nama ibu mentuanya selalu dipetik di hadapan Azim.

Azim mencuit nakal pada bahu Airil."Weh,umi selalu bagi bekal!Babah rapat dengan kau..Apalagi?Kau usyalah anak dia yang lawa tu untuk aku.Manalah tau,aku dan Hana berjodohan berkat bantuan kau,"usik Azim.

"Kau tak payah buat gila,Azim.Dia tu sekolah lagi."

"Dah 19 tahun pun,Ril.Orang dulu-dulu,umur 19 tahun dah ada anak dua orang.Setakat sambung belajar 3 4 tahun,aku boleh tunggu.Aku nampak budak tu makin lawa pula."

"Kau ni terdesak sangat ke?Tak ada perempuan lain yang kau nak kacau?Aku tak izinkan."Spontan kata-kata Airil bernada cemburu tanpa sedar.

"Amboi,lain macam bunyi kau ni,Ril!Ke kau ada hati kepada Hana?"

Airil meninggalkan persoalan itu dengan kebisuan seribu bahasa.

****
"Abang nak apa?"soal Hana apabila pintu bilik dibuka untuk Airil.

"Boleh tak saya nak...eeemm..."Airil tidak meneruskan ayatnya kerana dia terlupa untuk menyebut nama benda yang dicari tatkala melihat Hana mengenakan baju tidur putih kain satin bertali halus paras paha.

Hana seolah-olah dapat membaca fikiran Airil terus membuka pintu bilik seluas-luasnya."Ooo..Boleh sangat.Jemput masuk."Laju Hana mempelawa suaminya masuk ke dalam bilik tidurnya.

Airil tidak membantah mengikut saja.Hana lekas-lekas mengemas komputer riba dan segala kerjanya dialihkan ke atas meja belajar Aqeef sementara diperhatikan oleh Airil.

"Sekejap ya.Hana kemas katil.Barulah selesa sikit."

"Nak pinjam chager pun kena selesa juga ke?"Airil bertanya hairan.

"Laa..Abang nak pinjam chager ke?Hana ingat abang nak tidur dengan Hana malam ni?"Hana kecewa.Berialah dia mengemas katil.Tersyok sendiri pula.Airil pun satu hal,cakaplah terus-terang hendak pinjam chager.Ini tergagap-gagap macam hendak minta haknya tidur bersama.Hah..

Gullpp..Airil meneguk air liurnya.Imannya bergoyah.Si Hana ini pula fikir yang bukan-bukan pula.Otak kuning."Hisshh..Buang tabiat ke apa saya nak tidur dengan awak.Saya nak pinjam chager saja."Airil menafikan seboleh-bolehnya mengawal dirinya.

"Dah yang abang tu cakap tergagap-gagap sambil pandang Hana macam nak terkam kenapa?Ingatkan abang betul-betul nak terkam,Hana merelakannya..."Tiada segan-silu Hana membuka ruang untuk suaminya menjalankan tanggungjawab.

"Awak ni merepeklah Hana.Saya cuma terkejut awak berani pakai macam nie depan saya.Awak tak malu ke?"jawab Airil sementara matanya dialihkan ke tepi.Bukit-bukit indah Hana tersembur menampakkan lurah dendam yang menyegarkan mata.Makin dipandang,makin bergelora jiwanya.

Hana melebarkan senyuman ingin mengusik suaminya yang tidak tentu arah.'Eleh..Tergugatlah tu.Sengaja aku pakai seksi-seksi begini.Chatgpt yang bagi cadangan cara-cara menggoda suami,'desis hati Hana.Menjadi perigi mencari timba supaya dia dapat menambat hati suaminya sendiri.

"Saya nak malu buat apa?Suami saya sendiri kan?Cikgu tak belajar agama ya?Tak ada batas aurat antara suami isteri.Saya bogel depan cikgu pun tak ada masalah."

Eheemm...Ehemm..Airil berdehem."Saya keluar dululah,"minta Airil.Seram sejuk badannya melayan perangai berani Hana itu.Arwah isterinya tidak seberani itu meskipun sudah sah berkahwin.Mungkin urat malu perempuan sewel ini sudah putus semasa dilahirkan.

Tidak boleh berlama-lama dalam bilik bersama Hana.Ketar lutut tiba-tiba.Isteri mudanya ini semakin hari semakin berani menggodanya.Daring sangat...

Mata Airil bagaikan tertutup hijabnya apabila tangannya tidak dapat menyambut tombol pintu untuk dibuka.Betapa laju jantungnya bergetar mendendangkan irama gelisah.Tangannya meraba-raba mencari tombol pintu.

Terhibur Hana dengan kegelabahan Airil itu.Dia pantas membantu Airil membuka tombol lalu dibukakan pintu untuk Airil keluar.Segera kakinya diajukan keluar bilik Hana tanpa menoleh.

"Abang...Abang lupa ambil ini,"panggil Hana sambil menayangkan chager pada tangannya.Cepat-cepat Airil mengambil manakala matanya dialihkan ke pelbagai sudut agar tidak merenung Hana.

"Nanti saya pulangkan balik,"ujar Airil tidak memandang tepat ke arah Hana lalu menoleh.

Hana memerhati tingkah lucu suaminya yang tidak keruan jadinya.Geli hati mengusik dan menguji suaminya itu.'Hana nak tengok seteguh mana iman abang memalingkan Hana.Semakin abang mengelak,semakin rapat Hana mengejar.'

"Abang..Pintu tak kunci tau kalau abang perlukan Hana.Manalah tahu abang berubah fikiran nak pindah bilik."

Sorry you alls lama menghilang.Akaun mj hilang sebab telefon mj rosak.Tukar telefon baru habis hilang semua akaun.Nak dapatkan balik akaun NP ni susah jugak.Sorry ye.

Share this novel

jasmin
2025-05-15 21:02:33 

hai miss j...bila next update?

fadzilahrosli
2025-05-15 18:26:55 

?

izan
2025-05-14 17:34:01 

wow dah ada update thank you miss j.


NovelPlus Premium

The best ads free experience