'Maafkan aku atas segala kesalahan yang telah aku lakukan pada dirimu.Sungguh penyesalan meninggalkan dirimu buat seketika menyeksa hatiku sendiri.Kerna tanpa dirimu di sisi,aku merasakan seperti bukan diriku lagi.'
Sekeping nota kecil dengan tulisan berangkai tertampal pada jambangan bungan ros merah dibaca Hana.Desiran angin lembut keluar dari rongga mulutnya saat keluhan dilepaskan.'Maafkan dia atau...Hmm...'desis hatinya.Dilema menghantui hatinya sama ada melembutkan hati menerima Arshad atau abaikan keinginan itu.Dia tidak lagi dapat menipu dirinya bahawa dia masih sayangkan Arshad.Tiga kuntum bunga dalam jambangan ditenung.Perasaannya tidak semekar kuntuman yang memerah itu.Jiwanya layu selayu teratai di tasik madu.
Keinginan hati kadang-kadang mempengaruhi minda warasnya.Terdetik juga di hati Hana untuk memberi peluang kepada Arshad sekali lagi.Apa guna dia mengawal kehendaknya sedangkan Airil sendiri tidak kisah jika mereka terus berkasih-kasihan.Minda sedar Hana pula berkira-kira dosa menduakan suami walaupun mereka tidak merelakan perkahwinan mereka.Aaaah....batin Hana menjerit.
"Fuyooo....Ada orang tu dapat bunga ros,"sapa Shanaya tiba-tiba.Jambangan bunga pada tangan Hana diambil tanpa memintanya.Dicium-cium haruman bunga itu.Kemudian,nota kecil tersebut dibaca oleh Shanaya dalam hatinya.
Shanaya menjengkelkan senyuman."Haaa..Tau pun minta maaf bagai.Masa buat tu tak fikir perasaan orang..Lelaki semua sama saja.Masa hendak bukan main,masa tak nak dibuang macam sampah..Bagus,Hana.Jual mahal lagi.Biar dia rasa sikit,"bebel Shanaya sambil duduk di sebelah Hana.Tiada pelajar lain di dalam kelas itu kerana waktu rehat belum tamat.Sah-sahlah mereka menggunakan waktu rehat tersebut sepenuhnya.
"Hana..Kau ni termenung je.Jangan kata hati kau dah lembut sebab dia bagi bunga ni..Kasi ajar dia sikit kalau kau nak berlembut pun."Shanaya menolak bahu Hana apabila Hana tidak merespon.
"Entahlah,Sha..Aku pun bingung."
Shanaya membulatkan matanya.Terlalu mudah hati Hana terlebur dek Arshad."Aku tau kau sayang Acad lagi tapi kau ajarlah dia dulu..Biarlah dia dapat balasan yang setimpal dulu.Lepas tu kau nak terima dia,kau terimalah.Barulah dia fikir berkali-kali nak buat hal yang sama lagi,"nasihat Shanaya.Dia enggan Hana dipermainkan lagi.Memberi sedikit pengajaran tidak salah baginya.Pantang dia dengan lelaki yang gemar mempermainkan hati dan perasaan perempuan.
Hana menongkat dagunya."Hmmm...Aku malas nak fikir pasal Acad.Dia tak menjadi masalah besar pun pada aku.."
"So,apa masalah kau sebenarnya?"
"Cikgu Airil..."Hana terlepas cakap.
Shanaya mengerutkan dahinya.Apa kaitan guru mereka dengan kisah percintaan Hana dan Arshad pula."Apa kena-mengena Cikgu Airil dengan kisah korang pula?Dia sound kau ke?"
Hana tersedar yang dia tersalah cakap.Dia melebarkan senyuman."Yang aku fikirkan lepas ni kelas Cikgu Airil.Aku tak hafal pun apa yang dia suruh baca..Kuiz dia nanti masalah lagi besar daripada Acad.."Hana berdalih.Sempat otaknya temberang Shanaya.Memang mengena dengan situasi mereka saat ini.Tidaklah Shanaya berburuk sangka nanti.
Shanaya baru teringat kuiz yang Airil akan adakan nanti terus menepuk-nepuk dahinya."Alamak...aku lupalah Cikgu Airil nak buat kuiz hari ni.Mampuslah..Aku tak baca langsung ni."Shanaya tergopoh-gapah membuka buku rujukan walaupun sebenarnya tindakan itu sia-sia.Dia bukan sempat baca pun apatah lagi menghafal dalam jangka masa yang singkat.
Ketika itu,beberapa orang pelajar mula masuk semula ke dalam kelas.Tidak lama lagi loceng penamat waktu rehat akan berbunyi.Suasana kelas semakin riuh dengan suara-suara para pelajar yang berdebar menjalani kuiz Airil.Masing-masing mula membuka buku.Ada yang kelihatan tenang saja malahan rancak berbual.Hana dan Shanaya turut kalut berbincang konon-kononnya.Lupa tentang bunga yang diberi oleh Arshad.
Tidak lama selepas loceng berbunyi,Airil masuk ke dalam kelas.Kelihatan para pelajarnya tekun mentelaah.Airil melangkah masuk dengan senyuman.Bukan senyum kagum kerana ketekunan mereka tetapi sudah tahu sikap mereka yang gemar belajar saat-saat akhir.Ketika melintasi meja Hana dia terpandang jambangan bunga di atasnya.Airil berhenti seketika."Cantik bunga,"tegur Airil berbaur sinis,kemudian berlalu.
Hana berdecit.Bagaimana dia boleh terlupa menyimpannya di bawah meja.Ini semua gara-gara kuiz Sastera,semua jadi kalut.Hana hanya mampu terkebil-kebil.
****
"Hana,ni lauk untuk makan malam nanti."Umi menghulurkan mangkuk tingkat berisi beberapa jenis lauk kepada Hana.Kebetulan Airil juga berada di situ.
"Terima kasih,umi.Susahkan umi saja bekalkan lauk untuk kami setiap hari,"celah Airil.
"Eh,tak susah pun!Umi memang masak lebih."
"Hmm..Hana bagitau Airil,dia kasihankan umi.Rasa segan pula dah kahwin tapi lauk umi yang sediakan lagi.Adalah dia cakap dengan Airil nak cuba belajar masak sendiri...Sayang kan?"Airil berpaling kepada Hana.
Hana memandang Airil tidak puas hati.'Eee..Pandai-pandai dia petik nama aku padahal dia yang paksa aku masak..Dah lah panggil aku sayang konon..Nak muntah.Menyampahnya!!!'
"Haaa...Apa?Apa?"Hana buat-buat tidak dengar.
Airil mendorong Hana rapat ke tubuhnya.Pinggang Hana dirangkul kemas.Hana agak terkejut.Tidak pernah bertindak sedemikian namun dibiarkan saja walaupun tidak selesa.Di hadapan babah dan umi,dia berlagak mesra.
Airil menoleh ke sisi memandang Hana."Hari tu kan sayang cakap tak nak susahkan umi masakkan untuk kita.Sayang cakap nak belajar masak sendiri.."Airil bijak memerangkap Hana.
"Errrr....errr...Hana ada cakap macam tu ke?Bila?
"Haaaa....buat-buat lupalah tu.Depan umi dengan babah pandai berlakon."
Hana menatap Airil di sisinya tanpa berkelit.Rangkulan pada pinggang Hana semakin kemas membuatkan dia berasa rimas.Jari-jemarinya sempat mencubit pinggang Airil.Airil menahan rasa sakit dan berlagak biasa berpaling kepada Hana.Dia merapatkan bibirnya ke cuping telinga Hana.
"Baik awak mengiakan apa yang saya cakap kepada umi.Kalau tak,saya bocorkan kisah cinta awak dengan Acad.Mesti babah dan umi marah jika tahu awak ada hubungan dengan lelaki lain,"bisik Airil pada telinga Hana.Mengugut.
Menyirap darah Hana dengan ugutan Airil.'Eh,dah pandai main ugut-ugut pula orang tua ni!'Hana mula bengang tetapi dia tidak boleh buat apa-apa.Airil sudah pandai menggunakan taktik mengugut.Hatta dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Arshad lagi tetapi babah dan umi pasti lebih percayakan Airil.Mahu ataupun tidak Hana terpaksa mengiakan kata-kata Airil."Haaa...Haah la,umi.Hana nak belajar masak sendiri untuk suami tercinta Hana..."Hana menekankan nada suara ketika menyebut suami tercinta sambil mengerling tajam ke arah Airil namun senyum tidak ikhlas terukir di bibir."Kasihan umi nak masak banyak-banyak untuk kitorang..Lepas ni umi tak payah masak lagi ya."
Semakin melebar senyuman Airil.Terus dia melepaskan rangkulan pada pinggang Hana.Dia tahu Hana semestinya tidak berpuas hati terhadapnya.Kerlingan mata Hana cukup menggambarkan dia bengang.Ada Airil kisah itu semua?
Umi kurang yakin dengan Hana."Boleh ke kau masak?Setahu umi kau tu manusia paling pemalas nak masuk dapur..Masuk dapur pun sebab perut kebulur.Ada hati nak belajar masak sendiri.Silap hari bulan terbakar dapur suami kau,Hana,"jawab umi membahan Hana.
Hana mula menarik muncung.Tidak cukup Airil,uminya pun memandang rendah terhadap dirinya.Tidak dinafikan dia memang malas menolong apatah lagi memasak sendiri di dapur."Eee...Umi ni sampai hati cakap macam tu,"rengek Hana.
Airil tergelak."Umi jangan bimbang.Airil akan pastikan dapur Airil tak hangus.Dan Airil akan pastikan Hana akan jadi chef yang profesional level-level Chef Wan."Girang suara Airil sambil matanya melirik kepada Hana.Isterinya itu memasamkan mukanya.Bukan sebab dipandang enteng oleh umi tetapi bengang dengan Airil sebenarnya.
"Elok sangatlah.Mula-mula ni belajarlah dulu,lama-lama nanti pandailah tu.Zaman moden ni senang sangat nak belajarnya..Tekan guna jari keluar macam-macam resepi siap cara-cara lagi..Antara rajin dan malas saja.Jangan jadi macam umi kamu,"celah babah.Dia menyokong sangatlah Hana hendak berdikari.
"Eh..Apa kena dengan kita pula?Saya masak hari-hari untuk abang.."
"Memanglah masak hari-hari..Cuma tekak abang ni teringin juga nak makan ala-ala western sekali sekala..Apa tu..yang mat saleh makan macam mi kuning..."Babah cuba mengingati nama makanan barat yang ingin dicubanya."Haaa...Spageti..Dah berpuluh tahun kahwin,hari-hari babah makan nasi sambal belacan,"Babah mengangkat kening.Sahaja dia mahu mengusik umi.
"Amboi,besar selera abang!Abang tak kebulur sepanjang kahwin dengan saya pun dah cukup baik tau..."balas umi sambil menjeling tajam.
Airil tersengih-sengih.Gelagat bapa dan ibu mentuanya mencuit hati.Pasangan yang bahagia gaduh-gaduh manja."Babah gurau saja tu.Tengok perut babah tu...Sebab umi masak sedaplah macam tu."Airil memujuk.
Babah melepaskan ketawa kecil.Wajah isterinya sama dengan Hana,menarik muka masam.Emak dan anak sama saja.
Hana tetap mengunci mulut walaupun mereka sedang bergurau-gurauan.Malas dia mahu masuk campur kerana hatinya sedang mendidih marahkan Airil.Lelaki itu sengaja cari pasal.Memandai-mandai membuat keputusan untuk dirinya di samping menggunakan ugutan.Hubungannya dengan Nik Arshad pula dijadikan bahan taruhan Airil.Meskipun hubungan mereka telah terputus,mesti babah akan lebih percayakan Airil berbanding dirinya.Hana tidak dapat berbuat apa-apa.Hanya mampu memberontak di dalam hati.
****
Irwan menyandar pada sofa merehatkan badannya yang kepenatan.Kepalanya dibaringkan pada kepala sofa manakala lengannya diletak pada dahinya.Kelopak matanya dikatup perlahan-lahan.Kesunyian dalam rumah tersebut melayukan matanya.Segala kerjanya dibuang jauh-jauh daripada mindanya.Dia ingin bertenang seketika.Perlahan-lahan dia hilang daripada dunia nyata.
Apabila Irwan hampir terlena,dia disapa oleh nek tok."Haaa..Bila kau balik,Wan?Tiba-tiba dah tercongok kat sini,"soal nek tok sambil melabuhkan punggung pada sofa di hadapan Irwan.
Irwan membuka mata layunya."Baru saja lagi,nek tok,"jawab Irwan.Dia kembali membetulkan kedudukannya agar kelihatan sopan berbual dengan nek tok.
"Nampak lesu saja kau ni.Banyak sangat ke kerja kau kat resort tu?"tanya nek tok lagi.
"Hmmm...Boleh tahanlah.Customer ramai hari ni,nek tok."
"Ni nek tok nak tanya kau,Wan..Kau tak bosan ke jadi kuli Si Tijah tu dari kecil sampai sekarang?"soal nek tok.
"Kuli apanya,nek tok?Ibu layan Wan dengan baik pun Wan dah bersyukur sangat.Selama ni,ibu tak pernah paksa Wan kerja dengan dia.Wan sendiri yang nak."
Nek tok mengerling bersama bibirnya diherotkan.Itulah jawapan Irwan.Terlalu bersangka baik terhadap ibu saudaranya itu."Kau cakap macam ni sebab kau rasa terhutang budi pada dia kan?Kau nak balas budi dia yang kononnya besarkan kau..Tulah,salah kau sendiri.Suruh duduk dengan aku tak nak.Tak adalah termakan budi orang..Dia hantar kau pergi belajar untuk jadi kuli dia kat resort tu.Kau ingat aku tak tahu niat dia..Berapa sen sangat gaji kau jadi chef kat resort tu?"Nek tok menyambung.
Irwan mengeluh.Apa yang dikatakan oleh nek tok langsung tidak berasas.Sikap prejudis nek tok buat dia tidak selesa.Adakalanya menguji kesabaran juga tetapi Irwan pilih untuk berlembut."Memang besar budi ibu pada Wan,nek tok.Tapi Irwan kerja dengan ibu bukan sebab nak balas budi semata-mata tapi memang dah minat memasak.Tak kisahlah berapa pun gaji Irwan asalkan hati Irwan tenang dan gembira,"balas Irwan.Dia bekerja di resort milik Khatijah sebagai ketua chef bukan paksaan.Sejak di bangku sekolah lagi dia minat memasak.
Nek tok menyilangkan tangannya.Sekejap-sekejap dia mengeluh.Irwan selalu membela Khatijah.Tiada yang salah tentang Khatijah di mata Irwan."Hmm...Aku pun tak faham dengan kau ni,Wan.Minat yang bukan-bukan..Nek tok bukan apa,nek tok kasihan kat kau,Wan.Kau tu cucu kandung nek tok.Aku tak nak kau dipergunakan sewenang-wenangnya oleh Si Tijah tu."
Irwan menggeleng.Apa yang nek toknya tidak puas hati lagi."Wan tak fahamlah,nek tok.Kenapa nek tok suka bersangka buruk pada ibu?Ibu anak saudara kandung nek tok sendiri..Apa ibu dah buat yang nek tok marah sangat?"soal Irwan serius bernada rendah dan tenang.Oleh sebab ini,dia kurang gemar balik ke rumah nek tok.Nek tok sentiasa bercakap perkara buruk tentang Khatijah padahal Irwan merasakan ibu angkatnya itu tersangatlah baik budi pekerti.Lemah lembut orangnya.
"Perempuan tu dah rampas kebahagiaan mama kau demi hidup senang.Semua yang dia ada sekarang ni sepatutnya menjadi milik mama kau,Wan."Nek tok melepaskan rasa yang terpendam.
Nafas Irwan ditarik dalam-dalam.Berkali-kali nek tok mengulang cerita yang sama apabila disoal.Kebencian tertanam dalam hati nek tok kerana perkara yang remeh bagi Irwan.Irwan sendiri tidak pernah salahkan Khatijah kerana menganggap semuanya adalah takdir Tuhan.Siapa yang mampu melawan?
Kemudian,Irwan bingkas bangun dari sofa.Sudah bosan dia mendengar alasan yang sama."Nek tok rehatlah dulu..Wan nak balik,"pinta Wan untuk mengundurkan diri.Dia kurang gemar membincangkan isu yang hanya menambahkan kebencian nek tok terhadap Khatijah.
"Haaa..Tulah kau,bila aku bercakap saja kau panas punggung.Lepas tu,kau tanya aku kenapa aku menyampah dengan Si Tijah tu,"omel nek tok.
Irwan melebarkan senyuman.Tahu-tahu saja dia mahu mengelak.Dia memegang kedua-dua bahu nek tok dari belakang.Tubuhnya dibongkokkan."Wan bukan panas punggung.Wan nak pergi jamming dengan Shah and the gang..Bye,nek tok..Jangan stres-stres ya.Nanti naik tekanan darah nek tok."Irwan mengucup pipi nek tok sebelum beredar.
****
Ekor ikan kembung dipegang Hana.Tergantung kepala ke bawah ikan kembung tersebut."Isssh...Apa ke jadah aku kena siang ikan ni?Eeeee...Geramnya aku dengan Cikgu Airil ni,"gumam Hana.Ikan itu dibaringkan atas papan pemotong.
"Dengan ikan pun boleh berbual..."sapa Airil muncul dari belakang baru pulang dari joging.Keringat masih meleleh di dahinya.Hana kelihatan kekok berada di dapur.Nampak sangat gadis itu tidak biasa melakukan kerja-kerja dapur.Airil lantas menekan punat air sejuk Coway lalu diteguk.Lega tekaknya.
"Apa motif cikgu suruh saya masak?Cikgu saja kan nak kenakan saya kan?Nak tunjuk yang cikgu ada kuasa veto dalam rumah ni?Mentang-mentanglah saya ni menumpang,cikgu buat sesuka hati cikgu,"teka Hana.Semenjak Airil menetapkan syarat lagi dia berprasangka buruk terhadap suaminya itu.Apa yang Airil lakukan semata-mata untuk mengenakan dirinya.
Airil tidak melatah sebaliknya tenang menghadapi tuduhan Hana."Sedar pun menumpang..So,jangan banyak songeh..Buat saja apa yang saya suruh,"selamba Airil membalas.Dia tidak peduli akan rungutan Hana.
Mencuka raut Hana lalu berpaling semula ke arah singki dan ikan-ikan yang masih sempurna badannya.Diam.Jiwa halusnya terluka kerana dengan jawapan selamba Airil..Terasa seperti orang asing pula apabila Airil mengiakan bahawa dia menumpang di rumah itu.Jika Airil bukan suaminya,dia tidak ingin tinggal bersama Airil.Menyakitkan hati.Tambahan pula,Airil mengambil kesempatan terhadap hubungan dia dan Arshad.Siap mengugut akan memberitahu babah dan umi jika kehendaknya tidak dituruti.Arrrghhhh....Semakin tertekan emosi Hana.
"Haaa..Tak payah tenung ikan tu lama-lama.Awak ingat ikan-ikan tu akan berenang-renang masuk dalam kuali sendiri ke?"usik Airil tatkala Hana tidak membalas.
Hana rasa tersindir oleh Airil.Hulu pisau digenggam kuat-kuat.Ikan dibaringkan atas papan pemotong lalu Hana memotong kepala ikan dengan kasar.Kemudian,badan ikan dikelar-kelar.Hampir lumat daging ikan itu.Hana perasan ikan itu hancur dikelarnya tetapi dia sengaja menunjukkan protes.Rahangnya diketap geram.
Airil tersedar kemarahan Hana rasa bersalah mengusik gadis itu.Lantas dia perlahan-lahan mengatur langkah menghala ke arah Hana yang khusyuk mencincang ikan.Dia perlu berhati-hati kali ini.Tersilap langkah,mata pisau mungkin mencederakan dirinya.Orang sedang emosi bukannya waras.
Hana tidak sedar Airil sudah berdiri tegak di belakangnya.Tiba-tiba,Airil memegang lengan tangan yang memegang pisau.Hana terkejut lalu merenung suaminya tajam."Apa pegang-pegang tangan orang ni?Lepaslah..Tak payah tolonglah,"bentak Hana memberontak.
"Hancur macam ni awak siang ikan,baik awak berhenti.Biar saya buat,"kata Airil masih mengunci lengan Hana.
Hana menjeling.Dia melonggarkan pegangan Airil."Saya boleh buat sendiri.Jangan ganggu saya boleh tak?Cikgu juga yang suruh saya masak,"Hana enggan berganjak.Pisau di tangannya menyambung kelar laju-laju.
Airil bimbang dengan keadaan itu sekali lagi memegang pergelangan tangan Hana pula kemas-kemas."Hana...Mati ikan tu nanti..Sudah..,"laju mulut Airil menahan Hana.
Hana berhenti.Kali ini dia tidak melawan.Dipandang raut Airil kerisauan.Mati?Airil ini berlawak atau dia tidak sedar apa yang dikatakan.Terasa lucu namun Hana menahan rasa geli hati.Tiada senyuman mahupun tawa terpalit pada wajah Hana.Dia tetap mempamerkan raut serius."Ikan ni memang dah mati.."Pisau dilepaskan.
Airil melepaskan nafas lega."Saya bimbang tak ikan,ada orang yang akan mati pula,"jawab Airil.Cengkaman pada tangan Hana dilonggarkan berhati-hati.Berjaga-jaga,manalah tahu tiba-tiba Hana bertindak di luar dugaan.
Hana membasuh tangan lalu bercekak pinggang.Pandangan mata Airil dibalas tajam."Saya tak puas hati dengan cikgu..Cikgu memang suka ambil kesempatan atas kelemahan saya kan?Cikgu nampak macam tak kisah tapi cikgu ambil tahu juga pasal saya dan Acad.Then,cikgu yang tak tau apa-apa cerita dah pandai ugut saya nak beritahu babah dan umi.Cikgu tak adil.."kata Hana meluahkan apa yang terbuku di hatinya.Airil diam.Tidak tahu hendak membalas apa.Dikata salah,tak kata pun salah.Memang salah dirinya mengugut Hana tempoh hari.
"Apa yang saya tak tahu?"soal Airil.
Hana menggenggam kedua-dua tangannya."Eeee...Sakit hatilah cakap dengan cikgu ni..Tepilah.."Hana menolak Airil ke tepi dan menghilang.
Airil menggeleng dan menghela nafas yang ditarik halus.Matanya mengekori gerak Hana."Satu hari nanti awak akan berterima kasih kepada saya,Hana."Airil bermonolog sendiri.
****
Uhuk...Uhuk..Uhuk...Keras batuk Hanif tersedak nasi kerana makan dengan gelojoh.Air dalam gelas diteguk laju-laju.
"Makan elok-elok tak boleh ke,Anep?Yang pelahap sangat ni pasal apa?Makan laju-laju macam ni,Anep nak kejar apa?"bebel umi.Diperhati anak gaya makan anak sulungnya.Soalannya yang diajukan umi tiada jawapan daripada mulut Hanif.Makanan disuakan ke dalam mulut tetapi rentaknya diperlahankan agar tidak tersedak lagi.
Umi tidak mendesak.Dia menukar topik pertanyaan terhadap Hanif."Kau ke mana dah lama tak balik rumah?"soal umi lagi.Sejak bergaduh dengan Airil dan babah,Hanif tidak pulang-pulang.Telefon juga dijawab.Sebagai seorang ibu,pasti umi risau jika berlaku sesuatu kepada Hanif.
"Hhmmm...Ada dekat-dekat sini saja.Rumah kawan Anep,"jawab Hanif.
"Kenapa tak balik rumah saja?Ni dah nampak makin kurus dan tak terurus."Umi bersimpati.Gusar hatinya melihat keadaan Hanif tidak kemas seperti sedia kala.Mata Hanif sembab.Pipi sedikit cengkung manakala rambut serabai serta janggut semakin lebat.Banyak yang berubah pada diri Hanif.
"Anep tenang tinggal kat sana..Panas duduk rumah ni hari-hari.Babah bukan suka Anep pun..Dia lebih sayangkan Airil tak guna tu daripada Anep.."luah Hanif.
"Tak baik Anep cakap babah macam tu.Tak ada ayah di dunia ni tak sayangkan anak sendiri.Anep tu melawan cakap babah,memanglah babah marah..Sudahlah merajuk.Marah babah tu tak lama,"pujuk umi.Hubungan antara suami dan anak sulungnya semakin dingin selepas pergaduhan hari itu.Rahman pula sedikit tidak bimbang anak sulungnya itu tidak pulang-pulang ke rumah.Katanya anak lelaki dewasa,pandailah menjaga diri sendiri.Berlainan pula naluri umi,dia mengharapkan anaknya ada di hadapan mata.
"Anep melawan sebab babah kahwinkan adik dengan Airil tu..."akui Hanif.
"Yang Anep marah sangat adik kahwin kenapa?Dah memang jodoh Hana,terima sajalah."
Hanif menghentikan suapan.Seleranya terbantut apabila uminya juga turut sama menyokong perkahwinan Hana dan Airil."Adik kahwin sebab babah paksa bukan jodoh,umi.."bentak Hanif.
"Anep,jodoh ni datang dalam pelbagai cara..Masalahnya sekarang,apa yang susah sangat Anep nak terima Airil sebagai adik ipar?Mula-mula umi pun tak setuju tetapi memandangkan Airil tu baik orangnya,umi reda."
"Baikkk??Umi tak tahu siapa Airil tu sebenarnya.Depan umi memanglah dia baik,pijak semut pun tak mati.Belakang umi dan babah,dialah hantu.Berapa ramai pelajar perempuan jadi mangda dia,"kata Hanif cuba menyakinkan uminya.
"Apa maksud,Anep?"
Hanif tersengih melihat perubahan air muka umi tampaknya agak bimbang dan ingin tahu."Kalau umi nak tahu,Airil berselindung di sebalik status gurunya.Ramai dah pelajar-pelajar perempuan jadi mangsa dia."
Panas telinga umi mendengarnya.Dia menghalakan jari telunjuknya ke muka Hanif."Anep cakap betul-betul..Mana Anep tahu semua cerita macam ni?"Suara umi sedikit tinggi.
"Hah..Umi ingat Anep tipu.Umi sendiri nampak malam dia dan Hana tertangkap tu..Apa yang mereka buat?Umi,Airil memang begitu.Dia goda adik dan pergunakan adik untuk puaskan nafsu dia saja.Malangnya,terkantoi pula malam itu..Adik dah jadi mangsa kerakusan Airil,"sambung Hanif lagi.
"Kau jangan reka-reka cerita,Anep..Fitnah tu dosa besar."
Hanif menggeleng."Terserah kepada umi sama ada mahu percaya atau tidak.Anep beritahu apa yang Anep tahu..Jangan sampai dia buat adik macam kain buruk pula.Dah puas pakai,ditinggalkan adik begitu saja nanti..Anep nak selamatkan adik sebelum terlambat..Tapi begitulah,babah dan umi tak nak dengar cakap Anep awal-awal."
Perasaan tidak enak mula bertandang dalam hati umi.Benarkah apa yang diceritakan oleh Hanif?Dia dalam dilema sama ada mahu mempercayainya bulat-bulat.Secara zahir,Airil memang tidak menunjukkan ciri-ciri seperti yang dinyatakan oleh Hanif.Sepanjang menjadi jiran Airil,umi tidak pernah nampak Airil membawa pulang mana-mana perempuan.Tetapi entahlah,di belakang mereka siapa yang tahu.
"Jika umi masih was-was sebab perwatakan Airil tu nampak baik,nanti Anep bawakan bukti kepada umi,"ujar Hanif lagi.
Kekeruhan pada wajah umi mengundang kegembiraan Hanif.Umpannya sudah mengena.Kesempatan itu digunakan Hanif untuk meracuni fikiran umi membenci Airil kerana dia tahu umi tidak akan berdiam diri jika anak-anaknya dipergunakan.
"Haa..Yati buatkan air yang sejuk untuk abang.Kering tekak ni."Babah muncul menyedarkan umi.Umi cepat-cepat bangun membuat air yang diminta babah. Babah duduk di meja makan namun dia tidak endahkan kehadiran Hanif di situ.
"Hmmm...Umi,Anep balik dululah,"kata Hanif usai makan dan bersihkan tangan.Pinggan masih kotor ditinggalkan di atas meja.Hanif berpergian tanpa menegur dan menyalami babahnya.Dia pulang bukan untuk menjernihkan hubungan mereka sebaliknya mempunyai niat yang buruk.
****
Di keheningan malam,
Termenung ku berseorang,
Tak lena mata dipejam,
Terdengar suara terngiang,
Suara merdu yang disayang.
Bagai kau di depan mata,
Kucapai tapi tak kena,
Sukarnya memendam rasa,
Inginku luahkan kata.
Berkumandang bait-bait kerinduan bersama alunan petikan gitar dari dalam bilik Airil.Begitulah Airil di kala kesunyian dan kerinduan.Dia akan bermain gitar sambil menyanyi di dalam bilik seorang diri.Hana berdiri tegak di hadapan pintu yang tertutup rapat memasang telinga.Telinga ditekapkan ke dinding pintu.Dia turut sama menjiwai lagu yang dinyanyikan oleh Airil sehingga dia terlupa tujuannya ke situ.Matanya dipejamkan menghayati kerinduan si penyanyi.Syahdu sekali.
Terkhayal dengan dunia sendiri,Hana hampir terjatuh apabila pintu dibuka.Pinggang Hana sempat disambar Airil.Posisi Hana yang hampir terbaring hanya diampu tangan Airil pada pinggangnya.Saat itu mata mereka saling bertatapan.Hana terbuai dengan tatapan mata coklat Airil yang dirasakan indah.
"Awak buat apa di sini?"tanya Airil kehairanan.
Pertanyaan Airil menyedarkan Hana daripada menghayati mata dan wajah Airil.Dengan segera Hana meleraikan pegangan tangan Airil pada pinggangnya.Dia menelan air liur kerana berasa segan.Kalaulah Airil tahu dia hampir terpesona,mana dia hendak sorok muka.
"Hmmm...Errr...Err...Lampu bilik saya tak hidup.Tolong baiki sekejap,"jawab Hana apabila teringat tujuan asal dia mencari Airil.
"Hmmm..."balas Airil tidak banyak songeh.Dia berjalan dan diekori Hana dari belakang.
"Saya terlupa nak beritahu awak,hujung minggu ni saya ke KL."
"Aaaa...KL?Cikgu nak bawa saya sekali ke?"soal Hana teruja.
Airil mematikan langkah.Hana terlanggar belakang Airil menggosok-gosok hidungnya.Airil menoleh."Saya tak ada cakap nak bawa awak."
Hana menyerongkan bibirnya.Agak kecewa dengan jawapan Airil namun Hana tidak mengalah"Hmmmm...Bawalah saya sekali.Jarang-jarang saya dapat berjalan..Pleaseee!!!!"Beria Hana memujuk agar mendapat perkenan daripada suaminya.Senyuman lebar dihadiahkan kepada Airil.
Dahi Airil terkerut."Eh,dah tak marah?Masa makan tadi bukan main muncung,"kias Airil.Cepat sangat emosi anak gadis itu berubah.
"Alaaa...lupakanlah pasal tu..Hmm...Boleh ya bawa saya pergi KL sama-sama?"Hana tidak putus asa memujuk.Kemarahannya tadi sudah reda.
"Saya pergi bukan berjalan-jalan makan angin.Saya ada urusan...Awak ingat saya nak bercuti ke?"tegah Airil.
"Pleeeaseee....."
"Nope...Awak balik rumah babah,"arah Airil serius.Sekali lagi Hana rasa kecewa dengan ketegasan Airil.Dia berhenti memujuk kerana Airil tidak akan mendengar permintaannya.
Share this novel
next please...tqvm...