Bab 55

Romance Series 250171

Setelah seminggu berada di bawah pengawasan doktor,akhirnya umi dibenarkan pulang.Wajah Hana berseri-seri pagi itu.Seawal Subuh dia sudah bangun menyediakan apa yang patut.Bilik umi dikemas rapi.Cadar diganti baharu, langsir bersih, dan bau lembut lavender memenuhi ruang bilik umi.Di dapur pula,Hana memasak bubur lembut khas untuk umi dan lauk ringkas untuk makan tengah hari mereka sekeluarga.Setelah berbulan-bulan dia tidak menikmati makan tengah hari di rumah umi bersama keluarga,kini kemeriahan itu dirasai kembali.

Hati Hana berbunga riang.Walaupun masih banyak yang perlu dihadapi, kelegaan melihat umi sudah kembali stabil memberi kekuatan baru dalam dirinya.

Bunyi enjin kereta di halaman mengejutkannya dari lamunan.Hana berlari-lari anak ke muka pintu.Dari muka pintu,dia melihat babah perlahan-lahan memapah umi keluar dari kereta.Airil pula membuka bonet dan mengangkat beg serta barang-barang keperluan umi.

“Umi…” Hana berlari mendapatkan mereka.Dia sambut tangan umi lalu diciumnya penuh syukur.Mata umi berkaca.Hanya genggaman tangan menjadi bahasa rindu mereka.Hana memimpin tangan umi masuk ke bilik bersama babah.

“Alhamdulillah umi dah boleh balik.Hana rindu sangat.” Hana hampir menitiskan air mata,namun ditahan agar tidak mencairkan suasana bahagia itu.Hari-hari jumpa di hospital tetapi kepulangan itu mengharukan hati masing-masing.

Airil berdiri di sisi mereka.Sedikit segan. Buat pertama kalinya dia masuk ke bilik kelamin ibu dan bapa mentuanya.Ruang yang selama ini dianggap terlalu peribadi untuk dia masuk.Dia meletakkan beg-beg di sudut bilik dan menoleh ke arah Hana.

“Err… Ada apa-apa lagi nak abang bantu ke?”soalnya sopan.

Hana menoleh sambil menggeleng manja.“Tak apa,abang.Abang tinggal saja di situ.Biar Hana kemaskan semua ni nanti."

Airil mengangguk.

“Semua dah makan ke?”soal Hana menukar topik sambil membetulkan membetulkan cadar umi.

“Tak lagi,” jawab babah sambil tersenyum penat.

“Hana dah masak tadi.Ringkas-ringkas saja,bah.Tak sesedap air tangan umi.Makanlah.Untuk umi, Hana buat bubur.Doktor kata umi kena makan makanan lembut dulu.”

Babah mengangguk sambil memandang Airil.“Hana bawalah Airil makan dulu.Kasihan Airil,dari pagi tadi belum makan agaknya.Balik sekolah terus jemput umi di hospital.Umi biar babah uruskan.”

Airil tersengih kecil.Hana pula berpaling kepada suaminya dan memaut lengan lelaki itu penuh manja.

"Jom abang,makan dulu.Hana masak lauk kegemaran abang."

Sebelum melangkah keluar dari bilik, umi bersuara perlahan.“Abang pun pergi makan sekali, ya.Yati nak berehat sekejap,"kata umi.Kepalanya menjenguk Airil dan Hana di belakang babah."Airil,terima kasih jaga anak perempuan umi ini."

Airil tersentak sekejap.Wajah umi yang dulu jarang menegurnya kini penuh dengan kelembutan dan rasa syukur. Airil tunduk hormat. “Insya-Allah umi. Saya akan jaga Hana sampai bila-bila,"kata Airil buat Hana ingin melompat kegembiraan.

****
Seminggu kemudian.

Hana! Ya Tuhan,hidup lagi kau!”
Shanaya menyerbu ke arah Hana yang baru saja meletakkan beg sekolah ke sisi bangku batu di bawah pohon rendang bersebelahan kantin.

Hana tersenyum kecil menyambut pelukan ringkas sahabatnya itu."Aku hidup lagi.Baru nak masuk dunia sekolah semula.”

Shanaya menjeling.“Seminggu lebih kot! Aku rasa macam putus talian hayat kau tak ada.Satu sekolah kecoh pasal keluarga kau.Aku pun tak tahu nak jawab apa."Kejadian yang menimpa Hana sekeluarga menjadi buah mulut satu sekolah.Sebagai sahabat baik,Shanaya sering diasak pertanyaan oleh sahabat lain serta guru-guru mereka.Mati kutu Shanaya hendak menjawab.

“Aku minta maaf.Banyak sangat benda yang jadi dalam masa singkat.Maaf ya kalau kau terpaksa jadi mulut aku tolong jawab pertanyaan orang."
Nada suara Hana tenang tapi terbit kesayuan.

Shanaya perasan perubahan itu.Dia tidak menambah soalan.Sebaliknya terus menukar nada lebih lembut."Umi kau okay?”

“Alhamdulillah.Semakin sihat.Tengah rehat dekat rumah sekarang.”

“Baguslah.” Shanaya senyum.“Kalau aku nak datang melawat boleh?"pinta Shanaya.

“Boleh aje.Cuma bagitahu awal kalau nak datang.Takut aku sibuk."

Shanaya mendekatkan wajah sedikit. “Sibuk buat kerja sekolah ke?Buat sama-sama jelah.Aku dah lama tak lepak kat rumah kau."

Hana tergelak.“Kerja sekolah dan kerja rumah."

Shanaya ketawa juga.Tatapan matanya tidak berganjak dari merenung wajah Hana.Renungan yang seolah menyimpan persoalan.

“Lain macam kau sekarang.Tapi kan aku tak tahu kenapa dengan mata aku ni setiap kali tengok kau..,” Shanaya mula bersuara perlahan."Kau nampak… lain sekarang."

Hana mengerutkan kening sambil menyentuh mukanya.Apa yang tidak kena?"Haa?Lain?Ada apa pada muka aku?"

“Macam ada aura isteri orang."Shanaya berterus-terang apa yang dia rasakan ketika memandang Hana.

“Ha?”Hana hampir tersedak milo ais yang baru dikacau.Dia batuk perlahan menutup mulut dengan tangan.

“Eh, kau okay tak?”Shanaya cepat-cepat tepuk belakang badan Hana.

“Aku okay.Tersedak je dengar hipotesis kau ni."

Shanaya mengerut dahi.“Aku seriuslah,weh.Aku tak main-main.Muka nampak tenang dan semakin berseri walaupun dilanda badai dalam keluarga kau.Kau sembunyikan apa dari aku,eh?”

Sebelum Hana sempat membalas,satu suara menyapa mereka dari belakang.

“Assalamualaikum."

Kedua-duanya menoleh.Arshad berdiri di situ tersenyum dengan tangan dalam poket seluar slack warna biru gelap.

“Waalaikumussalam,” jawab Hana.

Arshad mengangguk sedikit.“Acad datang ni nak tanya khabar Hana.Acad ada dengar apa yang terjadi pada Hana dan umi Hana.Umi Hana bagaimana?Sihat?"soal Arshad menzahirkan keprihatinannya.

“Alhamdulillah.Umi dah sihat,"jawab Hana ringkas.

Arshad diam seketika seperti menimbang kata yang sesuai untuk disampaikan.

“Hhmm...Kalau Hana tak keberatan,saya nak datang melawat umi Hana juga.Boleh?”tanya Arshad berhati-hati.

Hana terkebil.Pandangan mereka bertembung dan waktu seakan berhenti sejenak.Keputusan apa yang perlu diberikan dengan niat baik Arshad untuk menziarahi uminya.Memang sudah menjadi budaya orang Malaysia saling menziarahi orang sakit atau ditimpa musibah.Budaya yang tidak seharusnya dihalang.

“Oh…” Hana gelabah dalam hati “Err… boleh.Bagitahu dulu ya.Takut ada orang.."

“Cemburu?”potong Arshad sambil angkat kening yang tidak tebal atau nipis.

Makin gugup Hana dibuatnya.Hana tahu orang cemburu yang dimaksudkan oleh Arshad ialah Airil kerana Arshad tahu status mereka."Err..Bukan.Maksud saya,takut ada terlalu ramai pelawat pada satu masa.Nantu umi penat."

“Oh,Acad faham!.” Arshad senyum sinis.Hana masih berselindung daripada Shanaya tentang hubungannya dengan Airil.Dari lirikan matanya,Hana tahu lelaki itu sudah lama tahu.Pandangan Arshad bukan sekadar simpati tetapi ada sedikir rasa hormat daripada sebelumnya.

“Okay, saya gerak dulu.Sampaikan salam pada umi awak.Apa-apa nanti,saya Whatsapp awak dulu."
Arshad berlalu pergi meninggalkan jejak kejanggalan di antara mereka.

Shanaya masih bersandar tenang.Tetapi matanya tidak lepas daripada Hana.“Kenapa aku rasa Acad pandang kau macam dia tahu sesuatu?Kau memang tak ada sembunyikan apa-apa ni?"Shanaya sangsi.Ada keraguan dengan tingkah laku Hana.

“Kau ni banyak sangat firasatlah.Mana ada apa-apa."Hana cepat-cepat bersuara.

Shanaya mengangkat tangan.“Relax,babe.Kalau tak ada apa-apa rahsia,kau tak payah gelabahlah.Cuma aku masih sangsi..Kenapa aura keisterian kau terserlah?"Shanaya menyambung topik tadi.

Hana berlagak biasa untuk menutupi segala keraguan yang hadir dalam hati Shanaya."Siapa kata aku gelabah?Aku cuma hairan dengan tilikan mata kau.Sejak bilalah kau jadi ahli nujum boleh baca air muka orang ni."

Shanaya mencebik."Aku bukan meniliklah,mak cik."

Hana tunduk.Dalam hati hanya mampu berdoa semoga auranya tidak bercahaya terlalu terang sampai semua orang boleh baca rahsianya yang dia isteri kepada guru KSM mereka meskipun hatinya teringin memberitahu satu dunia.

****
Jarum jam sudah melepasi angka dua belas tengah malam.Rumah sunyi.Lampu kecil di bilik umi memancar lembut sekadar menerangi ruang cukup-cukup untuk Hana membaca dan menulis.

Di sisi katil,umi masih lena.Nafasnya teratur.Tubuhnya berselimut hingga ke paras dada.Sejak umi dibenarkan pulang, setiap malam dia akan temani umi.Sekadar berjaga kalau-kalau umi terjaga minta air atau ke tandas.

Hana pandang wajah umi yang tenang. Syukur. Allah masih panjangkan umur umi. Bibirnya mengukir senyum kecil walau tubuhnya penat.Penat itu bukan beban tetapi satu bentuk kasih sayang yang tidak terucap.

Setelah mendapati lena umi tidak terganggu,Hana kembali ke kaki katil.Dia menyambung membuka komputer ribanya yang terletak atas meja kecil.Buku rujukan dibuka lalu diletakkan atas ribanya.

Tiba-tiba,Airil muncul di muka pintu sambil memerhati Hana.

“Tak tidur lagi?” bisik Airil perlahan, takut mengganggu lena umi.Airil menjenguk dengan secawan kopi panas di tangan.Wap tipis berkepul dari bibir cawan.

Hana mendongak menghadiahkan senyuman.Matanya jelas kepenatan."Belum.Nak sambung buat slide sikit."

Airil duduk di sebelah Hana menghulurkan secawan kopi.Komputer riba dan buku Hana dialihkan."Simpan kejap.Minum dulu.”

Hana akur dan meneg satu teguk kecil. Panas kopi menjalar lembut di tekaknya.Badannya terasa sedikit bertenaga.

“Sedap,”bisiknya.

Airil tersenyum kecil.“Abang bancuh dengan penuh kasih sayang.Abang masukkan dua sudu rindu,secubit prihatin dan secukup rasa perasa kemanjaan."

Hana ketawa perlahan, menekup bibir. “Ceh…Over sangat resepi air kopi abang."

“Abang buat ikhlas ni tau untuk isteri abang.Cakaplah terima kasih.Sini abang picit sikit."Airil di sebelah memicit tengkuk Hana.

Hana menggeliat kelegaan.Memang tengkuknya tegang sejak tadi."Kenapa abang tak tidur lagi?"

"Tadi abang dah terlelap tapi tersedar sebab abang rasa sunyi tak ada Hana di sebelah.Peluk-peluk dapat bantal je."Pantas tangan Airil mendakap pinggang isterinya dari tepi.Kepalanya dilabuhkan pada bahu Hana.

Mereka tertawa perlahan agar tidak mengganggu umi yang masih lena. Keheningan malam,ditemani secawan kopi dan kasih yang tidak perlu ditunjuk keterlaluan.Cukup sekadar hadir dan peduli sangat membahagiakan dua hati itu.

Hana melirik ke arah jam.Hampir pukul satu pagi."Abang tak nak tidur lagi ke?Hana nak siapkan dua slide lagi ni,"tanya Hana masih dalam dakapan Airil.

Airil meleraikan dakapan lalu berbaring di atas lantai hadapan Hana."Abang nak teman Hana buat kerja di sini sampai siap,"ujar Airil yang baring atas lengannya sendiri.

****
Suara ketukan perlahan di pintu bilik disusuli panggilan lunak yang cukup dikenal."Assalamualaikum."

Tok! Tok! Tok!

Tiada sahutan dari dalam.

Pintu bilik dibuka sedikit dan babah menjenguk.Matanya terbeliak kecil sebelum beralih menjadi senyuman lebar menahan tawa.Di bawah katil, atas lantai mozek yang dingin,dua sosok tubuh terbongkang beralaskan selimut nipis.Airil dan Hana tertidur dalam pelukan, kepala saling bersandar, nafas masih tenang.

“Huh…Pukul berapa agaknya dua orang ni tidur malam tadi.Buat kerja sampai lewat malam,” gumam babah separuh berbisik separuh geli hati.Buku dan komputer bersepah atas meja kecil yang Hana selalu gunakan untuk menyiapkan kerja sambil menjaga uminya.

Umi pun baru bangun menggeleng.

“BANGUN!! Matahari dah atas kepala!!”ujar babah menolak lembut bahu Airil dan Hana.

Terkejut masing-masing.

Hana ternganga sambil duduk bersilang kaki,rambut kusut masai.Wajah bingung. Airil pula menepis-nepis angin yang tidak wujud.Kedua-duanya memisat mata seperti anak-anak sekolah darjah enam baru lepas mimpi naik kuda terbang.

“Alamak…” Hana tengok jam.“Dah pukul 6.30.Adooiii..baju Hana tak gosok lagi!” Dia menepuk dahi sendiri apabila mengingati baju yang belum bergosok.Tangannya laju menyusun buku,alat tulis dan komputer riba yang tidak berkemas.

Airil pula berdiri terhuyungg-hayang."Allah...Baju kerja abang ada di rumah sebelah.Lupa nak bawa siap-siap semalam.Alahai..Kena balik bersiap di rumah pula."Airil bingkas bangun dengan langkah malas.Dipaksa bangun pada waktu pagi ketika mata masih mengantuk memang sangat menyeksakan.

Babah gelak berdekah.Kekalutan suami isteri itu mencuit hati babah.

“Apa korang buat sampai tidur macam askar dalam khemah?Tengah jaga ibu ke atau tengah bercinta atas lantai?”

Hana mencubit perut Airil malu-malu. “Abang la ni ajak baring sekejap.Tengok-tengok baring terus sampai pagi.Satu slide lagi tak sempat siap.Kan dah kalut.Habislah Hana kena marah hari ni dengan Cikgu Ayu."

Airil gosok kepala.“Abang pula?Abang suruh rehat sekejap saja.Hana rehat sampai pagi."

Umi yang duduk di atas katil turut tergelak kecil."Macam-macamlah kamu berdua ni.Lepas ni,tak payah teman umi malam-malam.Umi boleh je bergerak sendiri.Kamu yang risau lebih."

Babah menyampuk dari dapur.“Haa cepat siap!Hana pergi buat sarapan sebelum pergi sekolah.

Hana membeliakkan mata."Ya Allah! Janganlah,babah!Hana dah tak sempat ni.”

"Babah guraulah.Pergilah bersiap dulu."

"Kami kena balik rumah sebelah ni,bah.Baju semua di sana,"kata Airil tergopoh-gapah.

"Abang..Tunggu,"kata Hana sambil menyarungkan tudung sarung umi sebelum keluar.

Share this novel

Anita Azmi
2025-07-30 10:07:20 

next sis

Anita Azmi
2025-07-29 10:26:24 

ada ending x


NovelPlus Premium

The best ads free experience