Seminit, dua minit dan selepas lima minit Gemok tetap tidak membalas pesanannya. Dia masih di dalam kereta yang berhenti di bahu jalan.
Roslan Li rasa memang mereka tidak mahu melibatkan dia. Roslan Li urut-urut tengkuk yang serasa mencengkam. Geram!.
Nak telefon Haslam atau tidak?, tapi Kasmah dan Faizah sudah selamat di rumah. Tujuan hati sudah berlainan. Hanya mahu selesaikan semua ini! Selesai yang tidak akan berulang.
Roslan Li hidupkan enjin kereta, mahu keluar dari tebing jalan. Eh! wwp 56##, Roslan Li ambil telefon tangan membaca kembali pesanan yang diterima ketika di pejabat Akob daripada Faiz.
'Abah, Tok Mak naik kereta ni ikut perempuan nama Vivy'. Pesanan di bawah gambar sebuah kereta Viva berwarna putih.
Kebetulan! sebuah kereta yang baru melepasinya dan berhenti di lampu isyarat hadapan sana. Roslan Li segera mengekor.
Tidak mahu terlalu dekat, tidak boleh pula terlalu jauh. Bimbang hilang dari pandangan.
Viva putih masuk ke kawasan perindustrian dan berhenti di hadapan sebuah bengkel yang diapit unit tidak berpenghuni.
Keluar Vivy dari dalam kereta dan masuk ke dalam bengkel. Roslan Li meletakkan kenderaannya selang tiga unit daripada bengkel dan perlahan-lahan menapak ke sana.
Pintu besi bengkel terbuka separuh. Roslan Li menyelinap masuk sesenyap yang boleh. Senang sangat ni!?. Perangkap?.
"Kalau aku cakap kau bodoh kau marah! tapi... bodohlah kau!"
Langkah Roslan Li terhenti di balik sebuah van yang dalam proses dicat.
"Apasal pulak!?".
"Kenapa kau hantar orang tua dengan cucu Akob tu balik!? kenapa tak tunggu arahan aku!?".
"Aku dah call kau! kau tak jawab! kau pergi mana!?"
"Sibuk dengan anak bini kau kan. Nak ambik anak sekolahlah...".
"Kau tau tak baby tu dah melalak dalam restoran, masuk kereta melalak lagi dalam kereta."
"Aku bingit tau tak!. Aku dah la takut!"
"Huh! Gangster konon! baby melalak pun takut!".
"Eh bodoh! yang gangster tu Boon, Akob, anak haram dia tu!"
"Bukan aku."
"Kau keluar sekarang, aku tak nak terlibat dengan kau."
"Kejap lagi ni mesti orang Akob datang."
"$!@l kau! duit aku kau dah guna 8@bi!".
"Kau nak tarik diri setengah jalan macam ni!".
"Setengah jalan apanya b0d0h!?".
"Setengah jalan kalau kau dapat cucu Akob buat tebusan tu baru setengah jalan."
"Nak ugut Akob dengan apa macam ni b0d0h!?".
Vivy merengus geram. Habis disepaknya tong dan baldi yang bersusun di situ.
"8@bi la kau. Kalau aku kena dengan Akob aku masukkan nama kau sekali la $!@l!".
"Kau yang bagi cadangan buat semua ni kat aku 8@bi!"
Roslan Li yang berdiri di balik van sudah bingit. Rupanya dia sekadar berurusan dengan samseng tahi kucing. Antara geram tidak percaya dan mahu ketawa.
Roslan Li munculkan diri, terdiam Vivy dan seorang lelaki dengan fizikal kurus melengkung yang tinggi dan penuh tatoo di lengan.
"Bengkel tutup, budak kerja mc".
Roslan Li tepuk dahi tidak percaya dengan fizikal dan kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu. Segera dia toleh kepada Vivy yang terkulat-kulat.
"Seriously!" sambil membuat tangan seperti Khaby Lame influencer terkenal itu kepada lelaki yang kelihatan 'blur' kerana dia muncul tiba-tiba.
"Kau tak buat homework dulu ke nak buat kerja ni?"
Soal Roslan Li tidak percaya.
"Agak-agak dia kenal Akob tak?". Sekali lagi Roslan Li menoleh kepada Vivy sudah terikut b0d0h bertanya soalan seperti itu.
Merah pipi Vivy. Roslan Li syak mesti gundik Boon ini malu besar. Mahu jadi gangster tapi tidak cukup ilmu.
Betullah kata orang tua apa perkara pun perlulah ada ilmu dalam mengerjakannya. Kalau petani kena ada ilmu berkebun maka kalau samseng sekalipun kenalah ada ilmu yang sesuai.
Apa aku fikir ni!? Roslan Li garu pangkal kening yang tidak gatal.
Prang!
Prak!
Prak!
Tiba-tiba keadaan menjadi kecoh. Gemok merempuh masuk bersama dua orang lagi lelaki memecahkan beberapa barang dengan beluti 4x4.
Kemudian terhenti apabila melihat Roslan Li yang berdiri di situ. Suasana menjadi senyap.
@@@@@@@
Gemok lepaskan tangan Vivy yang dia pulas ke belakang kemudian dia pusing tubuh Vivy menghadapnya. Dengan sekali tolakan Vivy terhempas duduk di bangku plastik di tengah ruang bilik.
Vivy raup rambut panjangnya yang berantakan kerana meronta sepanjang dia dikasari Gemok. Duduk menyandar dengan selamba kemudian tersenyum manis.
"Kau tak boleh buat apa-apa dekat aku."
Angkuh sungguh senyuman Vivy. Gemok, Phi Chai, Akob dan dua orang lagi budaknya diam sahaja memandang gelagat sebal Vivy.
"Aku dah share location dengan budak aku... Aku pesan kalau aku hilang report polis supaya cari kau orang dan bagi pergerakkan aku."
Vivy tersenyum lagi. Dia bukan sahaja cantik bergetah tapi juga bijak.
"Aku dah bagi bini Boon saguhati. Untuk kegunaan dia dan anak Boon."
Akob jeda seketika memandang wajah sombong Vivy.
"Kau bukan sesiapa. Cuma gundik Boon. Aku tau cerita Boon jadi bankrup sebab kau."
"Cerita kau ada jantan lain selain Boon pun aku tau."
"Hari ni cuma warning je. Kalau kau tetap nak buat perangai ugut-ugut macam ni... nahas kau."
"Kau nasib baik aku dah tak pukul perempuan sekarang."
Vivy buat bodoh. Dalam hati bersyukur yang amat Akob tidak mengapa-apakan dia. Rakan subahat dia habis dikerjakan Gemok sebentar tadi.
"Hantar dia balik Thailand. Pastikan dia tak masuk sini lagi."
Akob beri arahan kepada dua orang budaknya yang mengikut Gemok. Dua lelaki itu merentap kuat tangan Vivy sehingga terdorong bangun.
Terjerit-jerit gundik Boon kerana diperlakukan sangat kasar dan menyakitkan.
"Mana Rock?".
Soal Akob kepada Phi Chai apabila tinggal mereka berdua sahaja di dalam pejabat.
"Balik. Sepatah haram tak berbunyi."
Akob diam sahaja tidak menyahut jawapan Phi Chai. Dia sudah boleh agak.
Malu juga dia kerana berjanji akan uruskan semua tapi Rock pula yang jumpa dahulu gundik Boon.
"Kau rasa ada peluang lagi tak aku dapat jumpa cucu aku?."
"Sabarlah Akob. Anggap aje ni harga yang kau kena bayar untuk perjalanan berpuluh tahun ni."
"Kau naye mak dia dapat dia. Jadi apa kau harap dari dia?".
Akhirnya Phi Chai cakap juga mengingatkan Akob supaya sedar diri. Selama ini dia tidaklah selancang ini mengenangkan Akob yang tidak sihat.
Tapi hari ini lain. Sudah melibatkan keselamatan bayi kecil dan perempuan pertengahan umur yang langsung tidak bersalah.
Akob angguk-angguk. Buat pertama kalinya ada yang mengingatkan dia kekesalan terbesar dalam hidup dia menganiaya Wei Yeen dan berlaku tidak adil kepada O Peng.
"Aku sayang Rock. 12 tahun aku bela dia. Aku sayang dia."
"Jom makan. Dapur dah siapkan dinner kau. Kejap lagi makan ubat lepas tu tidur ye."
Phi Chai tolak kerusi roda Akob keluar dari ruang pejabat mahu menuju ke ruang makan.
"Aku ada Kob. Aku jaga kau selagi aku hidup."
Akob tepuk perlahan dua tiga kali kekura tangan Phi Chai yang menolak kerusi rodanya. Akob terharu. Phi Chai, kawan susah senangnya dari kecil.
28 may 2024. Pkl 11am library larkin buat bengkel melukis guna crayon untuk kanak-kanak. Jom siapa org JB yang dekat dan berkesempatan. Owg yang tak berapa ada mcm Sy kena cari yang free mcm ni la huhu.
Share this novel