Bonus 'Pelawalah lagi'

Drama Series 23522

"Mana boss?".

"Sekejap saya panggil."

Gemok ikut dengan pandangannya langkah pekerja itu ke ruang belakang sehingga hilang di balik pintu.

Sambil menunggu Gemok bergendang jari di atas meja kaunter. Keletak keletuk bunyinya. Senang hati Gemok. Ermm... ada pulak kat sini ya.

"Ya encik."

Aik! Ni siapa?

"Awak siapa? Saya nak jumpa owner."

Gemok sudah mahu panas. Nampaknya memang masalah ni.

"Saya owner encik."

Gemok terdiam. Betullah kata Phi Chai kebarangkalian ini.

"Owner lama?".

"Dia dah jual pada saya restoran ni."

Masak! Kasihan Akob. Gemok bercekak pinggang.

"Dia ke mana?".

"Tak tau pulak. Kata dia balik kampung."

"JB?"

"Dia orang JB ke? Saya tak tanya hari tu. Saya tengok account okay. Tak ada hutang dengan supplier. Sewa pun tak ada hutang... saya ambil la. Kerja senang, dah ada customer tempat ni."

Panjang lebar lelaki berkulit cerah dan berkaca mata itu menerangkan. Gemok tidak berpamitan, terus sahaja melangkah keluar restoran. Ruang matanya sudah terbayang wajah Akob yang murung.

"Macam mana?"

Masuk sahaja ke dalam kereta sudah diterpa soalan dari Phi Chai.

"Dia dah jual restoran ni."

"Aku dah agak dah."

Gemok angguk-angguk membenarkan cakap Phi Chai. Maklumlah sampai berkhemah Akob dan Phi Chai di tepi padang setiap petang menunggu budak-budak itu, bayang pun tak nampak.

"Nak cakap apa dengan Akob?". Soal Gemok berbunyi kasihan dan perihatin.

"Cakap aje yang betul. Biar dia tak mengharap lagi."

Gemok angguk-angguk lagi. Sudahnya Phi Chai dan Gemok termenung jauh di dalam kereta yang kekal tidak bergerak kerana membayangkan wajah Akob.

Kasihannya...

@@@@@@@

"Penat?".

"Errmm."

Badriah yang baring terlentang di atas katil Roslan Li dekati perlahan. Kasihan dan kasihnya meruap sama banyak.

"Sayang pusing meniarap."

"Hmm... tak nak!."

"Abang nak tolong sayang."

"Tak nak. Nanti Abang mintak upah."
"Malam ni Eiya penat sangat."

"Hahaha... takk. Abang tolong je."
"Tak baik tau buruk sangka dengan Abang."

"Macam la Eiya baru kahwin dengan Abang. Banyak kali macam tu. Faizah tu sebab nak tolong la dulu."

"Hahaha... Tapi akibatnya sayang suka kan. Dapat perempuan, comel, boleh buat kawan sayang."

Dalam pada mengomel tetap juga Roslan Li berjaya membalikkan tubuh kecil molek itu berpusing meniarap.

Gaya hidup yang sentiasa sibuk mungkin faktor tubuh Badriah hanya berisi sedikit sahaja daripada zaman remajanya.

Minyak bidara yang Roslan Li sudah bawa di curah ke belakang badan si isteri. Diam sahaja Badriah menghayati gerak tangannya.

"Abang mintak maaf kita pindah Johor semula."

"Tak pe la. Eiya tak kisah."

"Kita mula pelan-pelan semula ya sayang."

"Okay..."

Bunyi suara Badriah yang menjawab cakapnya semakin perlahan. Roslan Li tahu isterinya sudah mula hanyut melayan kantuk dan penat badan. Dia biarkan Badriah terus tidur.

Bulan ni bulan yang sangat memenatkan. Mereka anak beranak berpindah semula ke Johor.

Restoran di Shah Alam masih beroperasi memandangkan sudah punya nama yang mula kukuh.

Sudah dia lantik pekerja yang dia percaya untuk menjaganya dan berpakat mengatakan restoran itu sudah berpindah milik.

Dia sekeluarga berpindah ke Johor Bahru semula dan membuka sebuah cawangan lain. Mudah-mudahan perniagaan di sini berjaya seperti di Shah Alam.

Dia mahu menjauhkan dirinya dan anak-anak daripada Akob dan kenangan 12 tahun yang menyedihkan.

Jauh di sudut hati dia sudah memaafkan Akob dari jauh. Supaya dia berdamai dengan kesakitan masa lalunya itu. Melupakan terus masih gagal dia lakukan.

Kisah gundik Boon adalah garis sempadan untuk dia kekal sihat supaya keluarga yang dia impikan sejak kehilangan Ma sentiasa mampu dia jaga sebaiknya.

Cukuplah dia kehilangan 12 tahun mencipta kenangan bersama Badriah dan Kasmah.

Allah maha baik padanya. Masih beri dia peluang beriman hanya kepadaNya. Tiba-tiba rasa ngilu yang amat menjalar di dalam hati apabila difikir 12 tahun itu.

Syukur ya Allah atas nikmat iman ini. Izinkanlah dia mati hanya sebagai hamba Allah, tiada yang lain selain dariNya.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

@***@***@

Dia tunggu sahaja lelaki itu menghabiskan makanannya. Budak lelaki yang membantu sudah dia izinkan balik.

Jam di tangan menunjukkan pukul satu pagi. Sepatutnya jam 12 dia sudah ada di rumah bersedia untuk tidur. Maklumlah pagi esok dia harus ke bengkel pula.

Sedang dia dan budak pembantu berkemas untuk pulang datang pula pelanggan yang ini.

Selalu datang tapi bukan tetap. Biasanya lelaki ini datang awal. Dia tidak sampai hati untuk berkata tidak.

"Lewat hari ni."

Dia tarik sebuah bangku dan duduk dekat lelaki itu.

"Ya, banyak kerja. Maaf ye."

"Eh tak apa. Sekali sekala okay aje."

"Kalau bungkus bawa balik memang tak makan la jawabnya."
"Dah tua-tua ni tak berapa ada selera."

"Family?".

"Tak ada kat sini."

"Ooo.. ya?".

Lelaki itu terangguk-angguk.

"Kat mana?".

"Bangkok."

Dia pula terangguk-angguk.

"Dia orang dah suruh balik sana. Masalahnya kerja sini tak ada orang jaga." Sambung lelaki itu.

Dia meneliti lelaki itu lagi. Dari dahulu dia selalu berfikir lelaki ini bukan orang biasa-biasa walaupun penampilannya sederhana sahaja.

Baju dan seluar yang disarungnya pasti ditempah khas. Melihat pada sebentuk cincin di jari, jam di pergelangan tangan dan sepatu yang disarung memang mengesahkan pendapatnya tentang lelaki ini.

Apatah lagi melihat pada kereta yang dipandu lelaki ini dan dipakir di hadapan gerai burgernya, memang pasti lelaki ini bukan calang-calang orang walaupun sudah berumur lebih separuh abad.

"Bisnes ke?"

"Ya."

Dah agak dah. Saja aje tanya.

"Bisnes apa?".

"Golden Corporation".

Whoo! Syarikat tu lelaki ni punya ke!?. Dia tidak pernah tahu siapa pemilik syarikat gah itu. Hanya tahu pemiliknya berasal dari Thailand.

Bangunan Pejabat Urusannya hanya di seberang jalan besar gerai burgernya sahaja. Patutlah lelaki ini selalu ke sini.

"Encik owner company tu ke?"

"Bukan sebenarnya. Hanya partner dan pemegang amanah."
"Owner sebenar dah meninggal."

Dia terangguk-angguk lagi.

"Saya cari pembantu peribadi. Awak berminat?".

"Eh, saya comot. Kerja kasar bolehlah saya."

"Apa kelulusan awak?".

"Business Degree."

Aduh... pelawalah lagi sekali. Golden Corporation tu!

Mana tahu dengan kerja itu boleh pulihkan hubungan dia dengan keluarga.

Tak adalah dia dipaksa balik ke rumah menolong menguruskan perniagaan keluarga bersama abangnya yang garang itu. Dia tak mahu.

"Kalau awak berminat ini kad saya."

Lelaki yang sudah menggumpal kertas bungkusan burger menjadi bulat meletakkan sekeping kad perniagaan di atas meja lalu menolak kepadanya.

'Golden Corporation'

Berwarna merah dan tulisannya bertinta emas. Tulisan selebihnya berwarna hitam.

Begini ke rezekinya datang? Betul-betul rezeki datang bergolek ni!.

Baru sahaja grad dan jenuh pula memohon pekerjaan di sana sini yang syarat beratnya mahukan pengalaman.

"Nampak bangunan seberang sana?"

"Ya."

"Esok datang pukul sembilan pagi."

Dia yang masih memegang kad dengan jari ibu dan jari telunjuk ke dua-dua tangan terangguk-angguk.

"Nama siapa?".

"Nama saya Ahmad Faliq."

"Bin..."

"Ahmad Faliq bin Roslan Li".

Lelaki ini berdiri dan dia ikut berdiri. Kad dia simpan di dalam kocek seluar. Tangan mencapai gumpalan kertas pembungkus burger di atas meja.

"Esok pagi datang cakap nak jumpa saya..."
"Phi Chai."

TAMAT***

Abis dah. Please Komen dan follow ye. Bagi semangat nak tulis cite baru. Ada yang komen sy tak dpt noti. Kesian kan sy. tak tau la klw sy salah setting. tp rasanya dh btul. terima kasih kwn2 yang sudi singgah. terima kasih yang amat sgt.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience