Bab 27

Drama Series 23522

(TERPALING TAK ADA IDEA. BOLEH LA EK)

"Uncle minta maaf Har. Uncle tak mampu mendidik Mommy Har. Uncle lepaskan dia supaya dia boleh cari orang yang dapat puaskan kehendak hati dia... Uncle minta maaf untuk segala cerita dulu, dari hujung kepala sampai hujung kaki. Dengan rasa rendah diri Uncle minta ampun kesilapan Uncle."
"Takziah dari uncle juga pasal Daddy dan Nenek Har. Maaf sebab tak datang masa urusan kebumi arwah."

Haji Fadhil bersusun kata dengan anak tirinya Johar. Sebenarnya dengan apa yang telah terjadi sekarang ini dia malu dengan Johar kerana ketika dia bersikap keji menjalin hubungan dengan Sharifah Zarina ketika masih bergelar isteri arwah Junid, anak ini yang mereka usung dari satu hotel ke satu hotel menjadi kambing hitam menutup aktiviti tidak bermoral mereka berdua. Dia yakin Johar ingat semua itu.

Dan sekarang pula, walau apa juga bekas isteri dan orang sekeliling bercerita tentang Johar yang tersilap di masa lalunya, dia tetap berpendapat anak Sharifah Zarina yang ini terbaik berbanding berempat yang lain.

Sekarang, mata tuanya membaca anak muda ini telah berjuang bersungguh-sungguh untuk meninggalkan kesilapan masa lalunya. Johar juga satu-satunya anak Sharifah Zarina yang tidak pernah datang kepadanya meminta-minta pertolongan itu ini.

Kecuali sekali, tanpa Johar ketahui dia menolong Johar mendapatkan pekerjaan sebagai juruteknik elektrik di kilang tempatnya bekerja sekarang ini.

"Saya faham Uncle. Cerita dulu... kita lepaskan aje. Mudah-mudahan Allah ampunkan segala kekhilafan kita semua. Terima kasih untuk segala kebaikan Uncle beri kepada keluarga kami. Saya juga minta maaf bagi pihak seluruh keluarga saya."

Johar pasrah. Dia pernah membayangkan perkara ini terjadi dan ianya benar-benar terjadi. Dia juga bersubahat, dia tahu tapi dia membutakan mata dan memekakkan telinga dengan perbuatan terkutuk kedua ibu bapanya.

Mudah-mudahan ujian ini titik mula hidayah buat Sharifah Zarina. Johar menoleh kepada Sharifah Zarina yang duduk terketul di sofa baldu satu tempat duduk.

Dengan hanya berbaju t-shirt lengan panjang dan berseluar panjang track suit, ibunya Sharifah Zarina nampak biasa-biasa sahaja. Wajah biasa wanita pertengahan umur. Hilang sudah wajah cantik jelita tanpa warna warna di wajah. Tertunduk sahaja daripada awal kedatangan Johar.

"Saya minta diri dulu Uncle." Johar bersuara untuk pulang. Segala urusan sudah selesai sebentar tadi. Peguam yang menguruskan pemindahan nama tanah Bukit Pasir juga sudah pulang sesudah selesai segala urusan perundangan membolehkan tanah itu kembali kepada Haji Fadhil. Sharifah Zarina menurut sahaja apa juga arahan. Sesuatu yang luar biasa. Pelik, tapi benar-benar berlaku.

Sesampainya dia ke rumah Haji Fadhil ini tadi panjang lebar bapa tirinya itu bercerita dari mula hingga akhir. Bercerita seolah-olah Johar itu bukan anak Sharifah Zarina tapi bagai seorang pakar psikiatri atau pakar perunding masalah rumahtangga.

Malu dia mendengar segala cerita dalam kain orang-orang tua, tapi siapalah dia untuk menghakimi atau menghukum mereka. Dia sendiri pendosa yang berjalan di bumi Allah ini. Semoga Allah ampunkan dosa dirinya, Ibu bapa, bapa tirinya ini dan seluruh kaum musliman dan muslimat.

Allah Maha baik kerana menyimpan segala aib mereka.

@@@@@@@

"Kau keluar sekarang! Keluar!!!. Keluar dari rumah ni setan!".

Badriah berdiri di hadapan Kasmah. Melindungi ibunya dari sebarang kegilaan yang mungkin Sharifah Zarina amokkan. Melihat itu Johar segera berada di hadapan ibunya, sebelum ini dia cuba menenangkan ibunya yang meronta-ronta dari arah belakang.

"Mommy! mommy!... mengucap Mommy! Bertenang!"

Johar cengkam lengan ibunya di kiri dan kanan supaya ibunya tidak semakin maju ke hadapan. Johar toleh ke belakang memberi isyarat mata supaya Badriah dan Kasmah beralih tempat.

"Perempuan dua ni bawak malang Har! Mommy nak Har ceraikan betina ni hari ni juga! sejak tengkorak dua ekor ni datang dalam rumah ni, macam-macam bala jadi! Ceraikan dia Har! sekarang!"

Johar pejam mata rapat-rapat. Menahan air mata jantannya jangan gugur. Ya Allah, tolong... di hadapan dia ini Ibu yang mengandungkan. Tolonglah beri ibuku hidayah. Mengigil tubuh Johar berdoa dari lubuk hatinya yang paling dalam.

"Yah, Mak... pergi kemas kain baju. Dah siap, tunggu Abang dalam kereta. Kunci kereta atas meja depan tu. Jangan keluar dari kereta."

Johar keluar arahan kepada isteri yang berdiri bersama Ibu mertuanya berkubu di balik meja makan daripada amokkan Sharifah Zarina.

"Haha... terima kasih Har, padan muka kauorang betina. Johar ni anak aku tau! dia dengar cakap aku!".

Jerit Sharifah Zarina kepada Badriah dan Kasmah yang sudah mencicit meninggalkan ruang makan menuju ke tingkat atas.

"Nanti Mommy carikan Har bini lain. Kita banyak duit Har. Ada aje perempuan macam bini Har tu yang gilakan duit nak kahwin dengan Har. Anak Mommy handsome apa!"

'Perempuan macam bini Har?' 'yang gilakan duit?' ikut rasa hati mahu sahaja Johar menempelak ibunya. Mengulang kembali segala adu kata Haji Fadhil sebentar tadi. Astaghfirullahhalazim, tidak! sabarlah duhai hati. Ini ibunya.

"Mommy... Har tau Mommy okay. Berhenti berlakon gila macam ni."

"Apa!?..."

"Mommy tak perlu buat macam ni pun, Mak memang nak keluar dari sini."

"Hey Johar! tak ada oranglah yang nak hidup susah! tak nak harta! nanti ada aje perempuan tu tuntut harta Daddy!"

Johar raup tangan ke kepala. Sesak dengan sikap ibunya. Sepanjang perjalanan daripada Iskandar Puteri rumah Haji Fadhil, ibunya diam matikan diri tidak bercakap walau sepatah.

Masuk sahaja ke dalam rumah langsung meluru ke dapur, mencari Ibu mertuanya kemudian memaki hamun perempuan malang itu tanpa henti.

"Percayalah Mommy. Mommy boleh pegang cakap Har ni."

Johar sudah hilang kata untuk berdebat dengan ibunya. Bertingkah mulut bukan caranya. Johar toleh ke ruang hadapan apabila perasan kelibat isteri dan Ibu mertuanya sudah turun dari tingkat atas mengheret bagasi besar keluar ke anjung rumah.

"Har dah call Hada. Kejap lagi dia sampai temankan Mommy."

Johar pusing tubuh mahu keluar dari ruang makan. Penat melayan kerenah ibunya yang tidak-tidak.

"Nanti Har dah buang dua ekor tu, balik belikan Mommy nasi ayam restoran Noor."

Selamba sahaja Sharifah Zarina mengirim pesan kehendak tekaknya.

"Har tak balik Mommy. Har pindah. Mungkin balik untuk ambil barang yang tertinggal. Mommy jaga diri. Jangan risau, budak-budak tu memang suka balik sini."

"Bodoh!".
"Tak pe nanti Mommy ubat Har. Dua ekor tu memang dah kangkangkan nasi Har!"

Johar buat pekak, menonong sahaja tidak menoleh lagi. Sampai di pintu utama berselisih dengan Juhada yang baru sampai dan menjelingnya dengan muka masam mencuka. Johar masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

"Mommy!" jerit Juhada di tengah rumah.

"Apa!?"

"Patutnya nak halau perempuan dua ekor tu biarlah diaorang kemas rumah ni dulu!"

Sharifah Zarina di muka pintu kerana melihat Johar yang memandu pergi, memandang ke dalam ruang rumah.

Tongkang pecah pun tak macam ni.

cm tk brpe ada idea. maaf ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience