3:33 am
"Get ready semua."
Rock berbisik perlahan memberi arahan kepada semua budak-budaknya melalui alat dengar di telinga masing-masing.
Rock sudah bersedia sejak tengah malam di kawasan tersorok di tepi sebuah gudang tinggal jauh di hulu negeri Selangor.
Bagaimana dia mengesan Akob? Subang kecil di telinga kiri yang dipakai Akob memang di pasang peranti khas sejak dahulu untuk tujuan keselamatan. Perkara ini memang sudah dalam salah satu langkah berjaga-jaga Akob sejak dulu. Maklumlah dia ramai musuh sejak zaman muda.
"Mula sekarang!"
Rock keluar dahulu dari kawasan persembunyian dia di kawasan longkang di luar pagar gudang. Rock potong dawai pagar menggunakan gunting khas kemudian menyusup masuk diikuti Gemok, pengawal dan pemandu Akob.
Dua lagi budak Rock bersedia menunggu arahan di dalam dua buah kereta berasingan agak jauh dari kawasan gudang.
Rock bergerak pantas. Kata Akob dia sememangnya ahli kumpulan yang terbaik sejak di Johor Bahru. Dia cekap dan bijak sejak dulu. Jadi rasanya tidak pelik dia boleh melakukan kerja merancang strategi dan bertarung menumpaskan lawan dengan pantas dan cekap sejak lebih sepuluh tahun ini.
Dua buah kenderaan di kawasan gudang Rock toreh dahulu ke empat-empat tayar. Rock potong juga tali minyak dua kenderaan itu.
Siap di luar, Rock menyusup masuk ke dalam gudang. Apabila dilihat susana di dalam selamat, dia membenarkan budak-budak dia bertiga lagi turut masuk ke dalam. Tanpa bunyi, hanya arahan tangan dia pecahkan mereka kepada dua kumpulan.
Gemok mengikut dia ke arah kanan manakala pemandu dan pengawal Akob bergerak ke arah kiri gudang. Mereka bergerak senyap tetapi pantas. Memeriksa setiap bilik dan ruang tersorok.
'Kelentung!"
Satu bunyi kuat kedengaran dari arah sebelah sana, arah di mana pemandu dan pengawal Akob berpecah gerak sebentar tadi. Diikuti bunyi garau suara lelaki menjerit memberi arahan dan bertingkah.
Akibat daripada bunyi bising itu seorang lelaki keluar dari sebuah bilik yang baru sahaja Gemok mahu memulas tombolnya. Lelaki itu segera menolak Gemok sehingga terundur jauh dan kemudian di serang bertubi-tubi. Gemok membalas setara untuk mempertahankan diri.
Rock biarkan Gemok bertarung dengan lelaki itu, dia mahu masuk ke dalam bilik di hadapannya dan melihat jika ada Akob di dalam. Seperti Gemok sebentar tadi, Rock juga ditolak sosok yang keluar tiba-tiba dari dalam.
Rock berundur ke tengah gudang. Supaya pentas tarung menjadi lebih luas dan tidak terganggu. Rock menyerang tanpa memberi peluang kepada lawannya. Rock berlawan hanya dengan senjata buku lima di jari. Sejak dahulu dia suka hanya bersenjata barang ini. Kemas dan lebih praktikal.
Lebih kurang sepuluh minit bertarung lawannya rebah tidak bergerak dengan wajah yang hampir hancur seluruhnya. Rock pergi kepada Gemok yang masih berlawan dan mula kelihatan lemah, baik Gemok atau lawannya. Rock hanya perlu kurang seminit dan lawan Gemok juga tumbang tidak bergerak.
"Rock aku dah dapat Phi Chai."
Melalui alat dengar di telinga, Rock menerima maklumat terkini daripada pemandu Akob.
"Okay, kau panggil driver ambik kau orang dulu. Aku dengan Gemok belum jumpa Akob."
"Okay, roger and out."
Rock tarik Gemok yang kelelahan supaya berdiri tegak dan segera bergerak.
"Kau okay?".
"Okay".
Mereka masuk ke dalam bilik yang dua lelaki yang telah pengsan keluar sebelumnya. Hanya sebuah lampu yang malap menerangi bilik itu. Di hujung bilik Akob duduk terikat di sebuah kerusi. Meronta-ronta cuba melepaskan diri sendiri. Rock berkejar membantu meleraikan ikatan di tubuh Akob.
"Cepat! budak dia dah contact Ah Boon. Kejap lagi mesti dia sampai."
Sebaik pelekat di mulut Akob ditanggalkan, itu ayat pertama diucap Akob.
Rock segera memberi arahan melalui alat dengar supaya pemandu sebuah lagi kereta yang bersedia, datang mengambil mereka.
Mereka segera keluar daripada gudang. Sebuah kenderaan sudah menunggu di hadapan gudang. Gemok duduk di hadapan bersama pemandu, manakala Rock duduk di belakang bersama Akob.
Ketika kereta mereka sudah berada di atas jalan terpencil dari gudang menuju ke jalan besar mereka berselisih dengan sebuah van berwarna putih. Van yang sama digunakan ketika menculik Akob semalam.
Pemandu kereta mereka memecut laju mengikut arahan Akob dan van putih sudah berpatah balik mengejar mereka menuju ke jalan besar untuk ke pusat bandar.
Rock memandang jam di tangan. Sudah hampir pukul lima pagi. Sebentar lagi pusat bandar akan sesak dengan kenderaan yang keluar untuk ke tempat kerja.
Kejar mengejar menjadi semakin cemas apabila van putih sudah beberapa kali menghimpit rempuh kereta mereka hingga hampir terbabas. Rock semakin tidak puas hati.
Apabila mereka berjaya menjarakkan kereta agak jauh, Rock beri arahan supaya Gemok ke belakang dan Rock bertukar ke hadapan. Kemudian Rock memberi arahan pula supaya pemandu itu bertukar tempat dengannya.
Rock pandu selaju boleh dengan cekap mengelak kesesakan yang sudah bermula apabila masuk sahaja ke pusat bandar. Van putih seolah tidak kenal putus asa kerana kekal mengejar dan menghimpit mereka.
Kerana itu beberapa kereta lain ada yang terbabas dihimpit van putih. Kesesakan jalan semakin buruk dan sudah terdengar bunyi siren peronda polis semakin mendekat.
Rock ambil ruang memintas beberapa buah kereta supaya dia dapat masuk ke susur jejambat yang berlingkar. Rock umpan van putih mengikutnya. Sampai di satu selekoh yang tajam dan pada aras jejambat yang agak tinggi untuk turun ke jalan utama Rock paut kemudi kereta menghimpit van putih.
Van putih tidak sempat mengelak lalu melanggar tembok jejambat kemudian melambung tinggi melepasi tembok dan jatuh ke bawah jejambat. Sesaat kemudian terdengar bunyi letupan yang kuat di bawah sana. Van putih sudah meletup.
Akibat daripada pautan menghimpit van putih, Rock salah kendali kenderaan mereka, lalu kereta mereka juga merempuh tembok jejambat. Kereta berpusing, sebelum terbalik beberapa kali. Beg udara kecemasan terbuka ketika mereka di dalam kereta sudah terpelanting menghimpit sesama sendiri.
Ketika kenderaan sudah diam tidak lagi bergerak, Rock dengar bunyi berdesing nyaring di telinga. Dia cuba mencelikkan mata. Rock nampak dan dengar Akob yang mampu menggerakkan tubuh sebelah atas menjerit memanggil namanya. Wajah Akob ketara risau dengan lelehan air mata.
Sebegitu sayangkah Akob kepadanya sebagai anak?. Rock pejam mata, dia cuba membuka sekali lagi. Tidak berjaya, sebelum keadaan sekeliling menjadi senyap sepenuhnya.
@@@@@@@
Inspektor Haslam berlari anak ke arah unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur. Serasa mahu pecah dadanya antara kelajuan gerak langkahnya dan perasaan tidak percaya dengan berita yang baru dia terima.
Dia tahu tentang kemalangan ngeri yang berlaku di satu lingkaran jejambat menuju ibukota. Berita itu menjadi topik hangat dikalangan polis kerana dikatakan berpunca daripada dua kumpulan gangster berebut kawasan perniagaan.
Tiba-tiba namanya dipetik dan dipanggil untuk mengesahkan sesuatu. Sesuatu, kerana dua belas tahun yang lepas dia antara individu yang sibuk menolong urusan satu kes kehilangan seorang anggota polis ketika satu operasi kritikal di Sungai Golok.
Mereka sekadar mencari seorang rakan sekerja tetapi dia mencari seorang sahabat baik sedari kecil. Teman yang sentiasa beralah dalam banyak hal dan yang sentiasa ada untuk kawan-kawan yang di dalam kesusahan tanpa meminta timbal balas.
Roslan Li!
Maka cebisan tulang siapa yang mereka kuburkan lebih sepuluh tahun lepas? Tulang yang di temui selepas dua tahun kehilangan teman itu.
Langkah semakin dilajukan sebelum berhenti di hadapan pintu wad satu katil unit rawatan rapi. Di hadapan pintu ada anggota polis yang bertugas mengawal keselamatan pesakit di dalam selepas mereka sah dapat mengenal pasti indentitinya semalam, seorang lelaki lain dengan pakaian orang awam turut berada di situ.
"Inspektor!"
Anggota polis yang bertugas memberi tabik hormat kepadanya.
"Inspektor, ingat saya lagi?" lelaki berpakaian awam.
"SI Abdul Jalil kan."
Inspektor Haslam hulurkan tangan dan mereka berjabat tangan. Masing-masing terkedu dan dalam keadaan teranya-tanya dengan berita mengejut ini.
"Sila Inspektor, SI."
"SUPT. Abdullah dah lama menunggu."
Suara anggota bertugas menjaga hadapan wad mengejutkan mereka dan pintu wad di buka untuk mereka segera masuk ke dalam.
"Inspektor Haslam! SI Abdul Jalil! IGP is very angry with this. He wants the truth ASAP!".
"Come! you must verify the patient's identity. Do you guys know him? Is this your friend?".
Nampak sahaja sosok mereka masuk ke dalam wad segera SUPT Abdullah mengasak dengan soalan dan permintaan.
"Dia masih belum sedar. Doktor kata kepala dia cedera parah. Ada darah beku... dan darah beku tu sebab kecederaan lama"
"Awalnya mereka ingat ini kes biasa pemalsuan kad pengenalan menggunakan identiti orang yang dah mati..."
"Cap jari!,... cap jari dia dan Roslan Li berpadanan."
"One more! guest what!? salah seorang mangsa kemalangan tu Sarjan Akob!!!"
ok tak? Cuba buat laju2. wpn tk de idea. logik ke tak ye?
Share this novel