Bab 31

Drama Series 23522

"Tak pe, beli baru aje."

"Tak pe, tak pe, jangan. Mama dah tengok kat Jalan Kebangsaan tu, ada satu rumah tu dia jual barang terpakai tapi elok-elok lagi. Katanya barang terpakai dari Singapore."

"Tak payah, tak payah. Kita beli baru aje. Ayah mampu... kan sayang."

Johar usap-usap perut Badriah yang memboyot tujuh bulan. Berbunga-bunga rasa hatinya berbuat begitu. Tidak pernah dia sangka akan berpeluang melakukan seperti ini. Ada zuriatnya dalam perut yang besar itu.

"Kita kena jimat ayah. Mama cuma nak tolong Ayah."

"Alah membeli menang memakailah Sayang. Nanti adik-adik Faiz boleh guna pulak."

Semerta Badriah tersenyum. Nama yang dia cadangkan malam tadi sudah diguna Johar untuk kandungan yang belum pun lahir.

Badriah sembam muka ke dada Johar. Tangan cuba melilit pinggang Johar walau tak sampai. Bahagia.

"Muhammad Faiz bin Muhammad Johar."

"Terima kasih Ayah. Nasib baik bukan John Travolta sebab nak huruf J. Hahaha..."

Bergegar-gegar badan dan perut Badriah yang memboyot kerana ketawakan nama yang dia teringat Johar pilih malam tadi. Johar ikut tersenyum yang meleret. Cantiknya isteri comel ini.

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.

@@@@@@@

"Kau dalam buruan polis Malaysia. Sebab tu aku bawak kau lari ke sini."

Entah kenapa, walau dia tidak bercakap dan menerangkan tentang agama tapi budak ini tetap pilih tidak.

Tidak mahu makan daging masak kicap yang dihidang itu. Katanya tidak lalu dengan bau dan tekstur daging itu masuk ke mulutnya. Beberapa kali dicuba, kali ini dan sebelum-sebelum ini, beberapa kali itu juga diluah setelah mengemam seketika.

Jika daging lembu atau kambing laju sahaja dia makan tanpa dia pertikaikan cara sembelihan. Begitu juga dengan alkohol. Sarjan Akob fikir ianya berlaku kerana kebiasaan lidah budak ini.

Kerana selama dia hidup ini ramai sahaja dia melihat orang Islam yang selamba beruk makan dan meneguk dua jenis hidangan itu. Tapi mungkin juga... dia melihat yang ramai itu kerana persekitarannya berada... di kawasan samseng. Islam atas kad pengenalan.

Tidak!
Dia tidak akan pertikaikan makanan pilihan budak ini. Kerana jika ada pertikaian pasti akan ada perbincangan. Dengan perbincangan bimbang memanggil ingatan budak itu kembali ke otaknya.

Tidak boleh jadi begitu dan dia tidak akan beritahu budak ini sampai bila-bila. Jadi kalau budak ini kata lidahnya tidak boleh menerima tak mengapa. Tiada masalah. Budak ini dia yang punya sekarang.

Roslan Li mengunyah perlahan mi goreng yang di suap. Seperti itulah keadaan budak ini sejak pulih fizikalnya tapi amnesia mentalnya. Setiap maklumat yang dia terima akan difikir sejenak sebelum menjawab atau kekal diam jika dia bersetuju.

"Aku orang Malaysia... lepas tu polis Malaysia buru aku?"

"Yup."

"Aku buat salah apa?"

"Kau kacau bini orang... lepas tu laki dia kau belasah."

"Aku?"

"Ye! kau."

Diam lagi dan teruskan mengunyah sambil tangan memusing-musing mi di dalam pinggan menggunakan garfu.

"Perempuan tu nak aku ke?"

"Tak, kau aje yang suka dia."

"Aku?."

"Kita memang tengah cerita pasal kau kan."

Sebelah lagi tangan menuju ke pipi. Mengelus parut menurun di pipi kiri. Tebal dan dalam. Katanya masih terasa ngilu. Manakan tidak, tiada bantuan langsung untuk luka itu selama lebih tiga bulan. Lukanya tidak bertaup tapi ianya membaik dan kering sendiri. Kerana itu rupa bekas luka yang tebal dan dalam itu kelihatan hodoh.

"Jadi!?"

"Apa jadi!?" Akob.

"Apa kaitan kes itu dengan aku yang lupa segala perkara!? Apa yang berlaku!?"

Suaranya sudah mula mengeram. Tidak puas hati kerana cerita tidak sempurna dan akalnya tidak dapat mengait setiap babak menjadi cerita yang lengkap.

"Kau tak puas hati tak dapat perempuan tu sebab kau dah biasa dapat apa kau nak. Kau jumpa kemudian hari suami dia sekali lagi, bergaduh, dia libas kau, kau tikam dia, budak-budak dia hempuk kepala kau, dan macam biasa aku tukang settled semua masalah yang kau buat sebab perempuan, bawa kau lari ke sini dan rawat kau dengan serba kekurangan sampai kau sedar macam sekarang. The end!"

"Lelaki tu mati!?"

"Ye."

"Sebab aku tikam dia?"

"Bukan."

"Habis tu! sebab apa!?"

"Dia bunuh diri sebab bini dia mati."

"Mati kenapa?"

"Tumpah darah keguguran."

"Oh... bodohnya."

"Dia kecewa."

"Kenapa?"

"Dia baru tahu anak yang gugur tu bukan anak dia."

"Huh! anak siapa!?"

"Anak kau."

"Anak aku? aku!?"

"Ye! kau! banyak masalah kau buat! kau banyak susahkan aku! Dari dulu sampai sekarang kerja aku settledkan masalah kau buat! Jadi sekarang! tolong cepat baik! balik Malaysia! buat kerja elok-elok! balas balik jasa aku besarkan kau lepas mak bapak kau mati! Dan tolong selesaikan semua taik kau buat!"
"Sihat cepat! balas balik jasa baik aku! aku dah tua! kau kena tumpukan perhatian pada kerja! bukan buat masalah aje!"

Sarjan Akob jerit kuat-kuat dan hentak meja makan pada setiap koma cerita untuk kesan lebih dramatik.

Cawan plastik sudah tumbang, air melimpah di atas meja. Meleleh, kemudian menitis ke lantai. Mi goreng di dalam pinggan juga beberapa urat terjuntai keluar di tebing pinggan kesan hentakan dramatik Sarjan Akob sebentar tadi.

"Teruknya perangai aku."

"Kau rasa!"

"Aku memang langsung tak tolong kau ke?"

"Ye! sebab kau manja sangat! apa kau nak dari kecik semua aku bagi!"
"Kali ni tak lagi!"
"Cukup setakat ni kau buat perangai!"
"Ini paling teruk akibatnya, sampai kau lupa semua! Aku dah tua Rock! Aku dah tak larat. Berapa banyak aku rugi sebab tak dapat kerja nak uruskan kau!"
"Kau nak tunggu aku minta makan dengan orang kat tepi jalan ke?, baru kau nak berubah jadi anak yang mengenang budi! membalas budi!"

"Kau business apa? kita ke?."

"Ye kita! business keluarga!"

"Kita jual apa?"

"Macam-macam."

"Macam-macam tu apa?"

"Family karaoke, pub, car wash, restoran, pinjaman komuniti..."

"Amboi! kayanya kita!"

"Ye! sebab tu aku cakap kau! berubah perangai! aku tak nak jatuh miskin sebab kau!."

"Kenapa kau nak marah aku!?"

"Kenapa aku tak boleh marah kau!?"

"Aku tak ingat cerita dulu. Aku tak tau pun kalau apa yang kau cerita ni betul atau tidak!."

Eh! biul pun mengena pulak tekaan dia!.
Hantu betul!

"Sekarang kau nak cakap aku tipu kau la!"

"Entah!."
"Aku mana boleh tuduh kau tipu aku. Semua aku tak ingat. Kau pun aku tak kenal."

"Okay! okay! macam ni la..."
"Aku bagi lagi... lima bulan! cukupkan setahun kau kat Laos ni. Sampai betul-betul sihat. Lepas tu terus balik Malaysia buat kerja!."

Sarjan Akob bangun. Terasa kepalanya berasap bercakap dengan Roslan Li yang biul. Tapi rasanya lebih baik dari Roslan Li yang terakhir kali siuman dan sinis. Roslan Li yang bersopan santun pertama kali dia kenal ketika baru sampai ke Balai Polis Nibong sudah hilang dimakan kecewa.

"Aritu kau cakap apa nama betul aku? Aku lupa!."

"Li Choon Yew."

"Kau panggil?"

"Rock."

Terangguk-angguk dan kembali menyuap mi goreng ke dalam mulut.

jahat kn Akob ni mengambil kesempatan. biasa lg dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience