Epilog TAMAT

Drama Series 23522

Akob termenung lagi. Mengelamun jauh dan semakin jauh. Berundur ke suatu masa sekitar lebih 35 tahun yang lalu. Semuanya kerana cerita Phi Chai tentang rahsia O Peng.

"Okay la Kob aku beritahu kau satu cerita. Mungkin cerita ni boleh pujuk kau tak ralat lagi Rock tak nak terima tawaran kau."

Phi Chai jeda seketika memancing Akob menumpukan perhatian kepada ceritanya.

"Kau sayang budak tu sebab dia anak O Peng kan..."
"Masa kau dah kena culik dengan Ah Boon, dia kurung kau bilik sebelah kan..."
"Aku bagitau dia rancangan dia sia-sia sebab kalau kau mati kau dah ada anak angkat yang akan warisi semua harta kau..."
"Aku cerita pasal Rock. Aku cakap Rock anak O Peng dengan Wei Yeen..."
"Dia tak percaya dan ketawakan aku... dia cakap O Peng ada masalah kesuburan dan tak mungkin ada anak..."
"Dia cakap, dia sendiri yang temankan O Peng buat pemeriksaan kesihatan sebab Wei Yeen nak sangat ada anak tapi tak dapat-dapat..."
"Wei Yeen dah cek kesuburan dan okay jadi O Peng nak cek tapi tak nak Wei Yeen tau..."
"Bila cek, memang O Peng ada masalah kesuburan. Tak boleh ada anak..."
"Ah Boon kata tak mungkin Rock anak O Peng."
"Tujuan aku cerita ni supaya boleh hilang rasa ralat kau Rock tak nak ikut kau..."
"Dah la Kob... lupakan Rock."

Lebih 35 tahun lepas...
Dia ikut O Peng balik Johor, bersembunyi di Johor kerana masalah pergaduhan kongsi gelap dan jabatan minta dia hilangkan diri seketika.

O Peng selaku orang kuatnya membawa dia lari bersembunyi ke rumah sewanya untuk Wei Yeen di Johor Bahru. Sebuah taman perumahan di sana.

Lebih sebulan dia bersembunyi di sana bersama O Peng. Oleh kerana tujuan ke Johor Bahru bersembunyi jadinya kerja dia hanya duduk di rumah. Makan dan tidur. Lama-lama dia bosan dan mahukan hiburan. Mahu keluar dia telah diberi amaran.

Satu malam O Peng mabuk teruk. Tidur terlentang tidak sedarkan diri. Dia pula air sudah naik ke kepala, yang ada hanya Wei Yeen. Malam itu dia dajjalkan Wei Yeen dengan ubat tidur, dan dia mengerjakan isteri O Peng berkali-kali. Tapi dia memang buang luar.

Seminggu juga dia buat kerja tu. Dia pengaruh O Peng suruh ajak Wei Yeen minum sama hingga kedua mereka mabuk teruk dan kemudian terbongkang tidak sedarkan diri. Bila Wei Yeen sudah tidak sedar dia ratah Wei Yeen sungguh-sungguh kerana isteri O Peng itu sangat cantik.

Dia ingat lagi apabila dia sudah pulang ke Kuala Lumpur O Peng memberitahunya Wei Yeen mengandung tapi lelaki itu tidak terlihat gembira. Dia fikir O Peng belum bersedia menjadi bapa, maklumlah hidup sebagai gangster.

Cerita Wei Yeen mengandung habis begitu sahaja. O Peng pun tak ada menyebut lagi tapi perangai O Peng memang berubah jadi pendiam.

Sehinggalah satu malam pergaduhan besar-besaran beberapa kongsi gelap telah menyebabkan O Peng mati dilanggar kereta yang sebenarnya mahu merempuh Akob tapi O Peng bertindak menolak dia dan O Peng yang terbunuh.

Kerana itu dia merasa amat terhutang nyawa dengan O Peng sehingga ke hari ini.

Selepas daripada cerita Phi Chai tentang rahsia O Peng dia masuk ke bilik Rock mencari helaian rambut Rock bagi padanan DNA dirinya dan Rock.

Rock memang anak dia!.
Rock anak dia!.

jgn lupa follow Sy ye kwn2. terima kasih bertahan hingga titik terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience