"Rumah ni siapa punya Har?".
"Kawan Mak, satu tempat kerja. Tapi dia dah beli rumah bawah kat Senai. Jadi rumah ni dia sewakan."
"Alhamdulillah dapat kawasan ni."
"Alhamdulillah."
"Har... Mak minta maaf ye susahkan Har."
"Allah... Mak jangan cakap macam tu. Kan tanggungjawab Har."
"Mak rasa bersalah sebab Mak dengan Yah, Har bermasalah dengan Mommy Har."
"Bukan sebab Mak dengan Yah. Har dengan Mommy dari dulu macam tu."
"Har mohon sangat Mak dapat maafkan Mommy, Mak tolong doakan Mommy berubah ye."
"Sebenarnya Har memang tunggu masa nak keluar dari rumah tu, nak berdikari."
"Cerita keluarga kami ni panjang Mak... kalau cerita memang tak habis. Har harap sangat Mak dengan Yah banyak-banyak bersabar. Lepas ni ceritanya akan lebih panjang lagi."
"Har perlukan Yah dan Mak untuk sokongan. Tolong jangan tinggalkan Har sorang-sorang hadap semua ni."
Tiba-tiba,
Johar rasa mahu mengadu. Mahu isteri dan ibu mertuanya faham duduk cerita. Supaya dia sedikit lega. Supaya mereka tidak tinggalkan dia yang punya kisah sedih tak mampu diluah.
"InsyaAllah Har."
"Mak ucap terima kasih sebab sudi jaga kami."
"Sama-sama Mak. Mak doakan Har sihat, dicukupkan rezeki. Kita kongsi sama-sama ye Mak."
Kring, kring... kring, kring...
"Assalamualaikum."
"Ye, waalaikummussalam."
"..."
"Sape?"
"..."
"Ye, ye betul. Saya Mak angkat dia."
"..."
"Saya baru pindah semalam ke flat Desa Skudai. Kenapa ye encik cari saya?."
"..."
"Siapanya hilang?"
"..."
"Allah... Allah... hilang kat mana? kenapa hilang?"
"..."
"Allah, Allah,"
"..."
"Baik encik, terima kasih maklumkan saya. Assalamualaikum."
"Kenapa dengan Abang Li, Mak?."
Badriah peluk Ibunya yang sudah menangis teresak-esak. Memberi masa ibunya bertenang. Abang Li hilang ke mana?. Kenapa hilang?.
"Li hilang masa operasi Eiya. Sampai sekarang, dah seminggu tak jumpa. Diaorang jumpa kawan sekerja dia aje. Li nya diaorang tak jumpa."
Air mata yang ditahan jatuh juga. Mereka terpisah tanpa rela satu masa dahulu. Badriah tahu Abang Li kecewa yang amat. Pergi dengan hati yang luka parah.
Siapalah mereka untuk mengatur takdir. Semuanya sudah tertulis.
"Nanti kita baca Yassin ye Mak. Kita doakan Abang Li baik-baik aje. Selamat, sihat walafiat. Mudah-mudahan nanti mereka jumpa Abang Li."
Johar hanya mampu mendengar. Dia watak antagonis dalam kisah cinta Badriah dan Roslan Li. Dia berdosa dengan lelaki itu. Apa yang mampu Johar lakukan untuk menebus silapnya hanyalah menjaga sebaik-baiknya keluarga Roslan Li ini. Untuk beralah dan memulangkan, tidak sekali.
@@@@@@@
Cukup sembilan puluh sembilan hari dia di hospital. Doktor kata untuk kecederaan seperti dia, satu keajaiban dia boleh pulih sepantas ini.
See the leg la.
Ini Akob. Sedari kecil apa saja jenis kecederaan yang tidak menjamah ditubuhnya. Habis-habis dipatuk ular berbisa pun dia pernah merasa. Dia pernah dibelasah Ibu kandung dan teman lelaki perempuan itu sehingga koma tiga bulan. Retak tengkoraknya. Pulih sahaja daripada koma dia tinggal pula dirumah kebajikan. Di situ dia mengasah bakat dalam kepimpinan, menjadi 'taiko'.
Kisahnya dahulu...
Dia tidak bercita-cita memohon jawatan dengan badan beruniform ini.
Tamat sekolah dia dipujuk orang dalam jabatan untuk sertai mereka. Tamat latihan pula dia terus diserap dalam jabatan intipan dan risikan. Kenapa? entah! mungkin sebab muka ganasnya atau latar belakang hidupnya juga yang sentiasa ganas.
Pernahlah juga ketika mula-mula berkhidmat dia ber'niat' untuk berubah dan berikrar menyerahkan jiwa dan raga untuk negara tapi... tu, setan-setan dalam jabatan itu yang mengubah niatnya, membunuh habis segala sifat baik yang memang tidak berapa banyak dalam dirinya.
Sarjan Akob melangkah perlahan-lahan berkuat pada tongkat di tangan. Masih sakit, dia masih tetap harus ke hospital untuk menjalani rawatan fisioterapi secara berjadual.
Tengoklah kalau dia rajin. Banyak perkara tertangguh selama 99 hari ini. Kerja hakikinya dia tidak peduli sangat. Boleh pergi mampus dengan kerja tu. Tapi kerja sampingan di Kuala Lumpur itu yang dirisaukannya. Bimbang jika ditinggal lama, saingannya masuk 'line'.
Sekarang pun melalui maklumat yang Anong sampaikan sudah ada samseng taik minyak di sekitar mula tunjuk taring. Sarjan Akob tunggu masa saja mahu pecahkan muka seekor-seekor.
Tapi semua tu nanti dulu...
Dia harus ke markas dahulu. Pelik tapi benar, mangkuk ayun selipar Jepun itu masih hidup. Mungkin memang mintak tangan dia sendiri mencabut nyawa mamat Cina itu.
99 hari tanpa bantuan perubatan yang sempurna budak Cina itu masih hidup. Kalau bunuh rugi pula dia rasa. Mungkin ada baiknya dia jual semua organ budak itu. Ya, itu yang paling bernas. Dia tidak rugi, budak tu pun tak membazir. Haha...
Sarjan Akob tolak pintu bilik Roslan Li. Apa ni? macam bilik orang perempuan. Macam bilik orang dah kahwin.
Walau sedikit berhabuk kerana lebih tiga bulan tidak berpenghuni bilik ini susunannya kemas sahaja. Walau sekadar katil bujang tilamnya beralas cadar. Bantal bersarung bersusun cantik di kepala katil.
Pasang langsir lagi. Huh! apa la.
Di tepi katil ada ampaian besi setinggi pinggang. Bersidai kemas sejadah dan jubah. Di tepi ampai disangkut seutas tasbih. Bukan budak ni selalu sembahyang di masjid ke? Rajin... masjid sembahyang, dekat rumah pun sembahyang.
Sarjan Akob bergerak pula ke meja warung di tepi almari pakaian. Di dinding atas meja warung tersangkut cermin muka. Kecil sahaja. Atas meja warung tersusun kemas sikat, minyak rambut, bedak bayi, minyak wangi, alat tulis, Al Quran dan Yassin.
Skema betul budak ni.
Baik sangat. Patutlah umur kau 'bakal' pendek.
Sarjan Akob bergerak ke kiri. Ke almari pakaian Roslan Li. Pintu papan itu dibuka. Huh! memang pelik la budak ni. Pakaian yang berlipat memang kemas tersusun di bahagian tingkat baju. Baju yang bersangkut juga kemas dan telah siap diseterika.
Budak tu gay ke?
Tapi nampak lurus sahaja. Eh! kan dulu dia ada mata air. Luruslah tu. Agaknya sebab ni kena tinggal perempuan. Skema sangat!
Sarjan Akob tarik laci di bahagian bawah. Sebuah album gambar dan sebuah fail. Fail berkulit plastik berwarna biru Sarjan Akob tarik keluar. Sijil-sijil pelajaran, sijil-sijil penghargaan dalam akademik dan sukan, sijil kelahiran, sijil kematian kedua Ibu bapanya, sijil tukar agama.
Sijil kelahiran itu Sarjan Akob keluarkan daripada kepingan plastik lutsinar dalam fail.
Nama kanak-kanak
Li Choon Yew
Tarikh lahir
25 Disember ####
Tempat Lahir
Hospital Sultanah Aminah
Johor Bahru
Nama Ibu
Loh Wei Yeen
Alamat Ibu
No ##, Jalan Pertanian ##,
Taman Universiti,
81300 Skudai
Johor
Nama bapa
Li Yoke Peng
Alamat bapa
No ##, Jalan Pertanian ##,
Taman Universiti,
81300 Skudai
Johor
Kenapa nama itu macam biasa dia dengar? Dekat mana ye? Mungkin kebetulan.
Dia susun semula sijil kelahiran itu di dalam plastik lutsinar fail berkulit biru. Sarjan Akob ambil pula album bergambar bersaiz A4.
Buka sahaja album Sarjan Akob terkedu. Nama-nama itu sememangnya berpadanan dengan mereka yang pernah dia kenal.
Kring! kring!... kring! kring!
"Hello!"
"..."
"Dah sedar!?"
"..."
"Jangan! jangan!... Kau panggil Phi Chai sekarang!"
"..."
"Phi Chai!!! jangan apa-apakan budak tu! Dia anak O Peng!. Aku... apa!?..."
"..."
"Dia hilang ingatan!!!???"
Bab bonus Ari ni. utk syg2 yg setia bersama Sy. terima kasih sudi jd kwn Sy di dunia NP.
Share this novel