Bonus 'Rasa tajam yang menikam'

Drama Series 23522

"Jom..."

Abang Li paut pinggangnya supaya terus berjalan. Pakej dipeluk yang erat untuk beberapa ketika sebelum masuk ke dalam kereta.

Semua itu apabila langkahnya terhenti di hadapan restoran. Perempuan berkebaya ketat memandang Abang Li ketika mahu pulang selepas restoran ditutup pada jam sepuluh malam.

Selepas kes rajuknya Abang Li memaksa dia mengikut setiap malam untuk menutup restoran bagi mengelakkan perempuan berkebaya ketat itu mendekati Abang Li.

"Abang sayang Eiya seorang je."

Abang Li paut dagunya supaya menghadap wajah si suami. Memberinya senyuman manis dan mencium dahi Badriah.

"Perempuan tu cantik, bergetah, seksi..."

Abang Li paut dagunya sekali lagi kemudian memagut bibirnya dan mengucup lama.

Abang Li mengenyit mata dan tersenyum manis apabila sudah, lalu mengusap dengan ibu jari bibir Badriah yang sememeh.

"Eiya lagi seksi... baik hati."
Tangan Roslan Li merayap ke dada Badriah dan sebelah lagi ke bahagian dalam paha.

Badriah yang terperanjat menangkap tangan Roslan Li kemudian memeluknya.

Mereka berdua serentak ketawa. Bahagia...

@@@@@@@

Vivy berdecit geram.

Di hujung padang sana Akob di atas kerusi roda, berdua Phi Chai sedang melayan tiga orang budak lelaki bermain kereta kawalan jauh.

Macam mana untuk dia dapat mendekati budak-budak itu? Sudah seminggu dia jadi penunggu di sini, tiga hari sahaja budak-budak itu ada tetapi Akob dan Phi Chai setiap hari taat menunggu padang permainan.

Erghh...
Plan C la nampaknya.
Tapi apa!?.

@@@@@@@

"Aku tolong!"

Ringan terus tangan Roslan Li apabila bungkusan plastik yang dijinjitnya dirampas Gemok.

Entah mana datang, meluru macam peluru. Roslan Li biarkan sahaja. Sekarang Gemok hukum paksa untuk Roslan Li membiarkan kehadirannya.

Jika dulu Gemok bertanya boleh atau tidak mahu berbual sebentar atau merayu dan memujuk dia mengeteh bersama, sekarang tidak lagi.

Entah bila dan tanpa sebab akan muncul sahaja Gemok menolong dia dan kakitangannya itu ini walau Roslan Li tidak meminta dan memerlukan.

"Ada lagi?".

Roslan Li tidak menyahut sekadar menutup bonet yang sudah penuh dan bersusun cantik menandakan urusan di situ selesai.

Cepat sahaja Gemok meloloskan tubuhnya di bahagian tempat duduk penumpang sebelah tidak mahu ditinggalkan.

Roslan Li geleng kepala tapi dibiarkan juga telatah Gemok yang entah apa halnya tidak putus asa mengekori dia. Tidak mustahil atas arahan Akob atau Phi Chai.

"Aku nak bagitau kau satu perkara..."

Apa lagi ni? Roslan Li sudah bosan diasak permintaan Akob dan Phi Chai dalam segala sudut. Ini mesti ada perkara mahu dia terima atau minta dipertimbangkan. Dia tidak mahu! Apa pun dia tidak mahu langsung!. Titik!.

"Vivy tu... kau hati-hati dengan sund@l tu."

Okay...
Lain pula hari ni. Sila teruskan. Roslan Li pasang telinga.

"Aku syak dia ada rancangan tak baik tu."
"Kau tau dia tu siapa?"

Roslan Li kekalkan wajah serius. Hanya telinganya tegak berdiri mahu dengar cerita tentang perempuan gedik di seberang restoran.

Jenuh dia memujuk Badriah yang menangis teresak-esak seminggu lepas.

"Gundik Boon."

Sccreett...

Kedua tangan Gemok sudah menepam muka dashboard mengelakkan dia tertumus ke situ.

Apabila Roslan Li sudah menekan brek tangan barulah Gemok duduk tersandar sambil menggosok perut besarnya. Eh!

"Akob kat mana!!!?".

@@@@@@@

"Alah, alah, alah comelnya...."

Faizah yang tersengih-sengih sudah menyorokkan muka ke celah leher bertudung Kasmah.

Kemudian tegak semula dalam dukungan Kasmah dan menyorok kembali apabila diagah berulang beberapa kali.

"Cucu ke makcik?".

"Ya..."

"Comel betul."

Perempuan cantik berambut perang panjang berkepuk-kepuk masih mengagah Faizah.

Entah apa keturunan perempuan ini. Macam Cina tapi macam juga Melayu. Mungkin juga India campur Cina.

Cantik orangnya dengan kebaya ketat, berseluar ketat juga berwarna putih pula. Aduhai... bahaya sungguh di mata Kasmah cara pemakaian perempuan ini.

"Baru duduk sini ke?".
Soal Kasmah cuba beramah tamah.

"Ya makcik, sewa rumah dekat dengan tadika ada banyak gantung nanas tu."

Oh, tadika Cina tu bisik Kasmah dalam hati.

"Kerja mana?".

"Tak ada kerja. Baru berhenti. Ingat nak minta kerja dekat tadika tu. Tak payah kena jammed pergi kerja."

"Ya betul juga tu."

Kasmah tersenyum senang tapi janganlah berpakaian seperti ini ke tempat kerja. Nanti para bapa tidak jadi ke tempat kerja hanya suka menghantar anak pergi balik sekolah sahaja.

Eh! membawang pulak ye kamu Kasmah. Dia tersenyum lagi.

"Tok Mak".

Kasmah menoleh, Faiz keluar daripada kedai memimpin Faliq. Nampak kejanggalan di situ kerana beza ketinggian dua beradik itu untuk saling berpimpin tangan.

"Dah."
Faiz memberitahu Kasmah seraya memasukkan barang yang di beli ke dalam raga motosikal. Faiz sudah menunggang motosikal tapi sekadar ke kedai yang berdekatan rumah mereka sahaja.

"Makcik balik dulu ye."

Kasmah berpusing menghadap perempuan cantik.

"Ya makcik."

"Nama siapa?"
Soal Kasmah menyambil.

"Vi... Vina makcik."

"Panggil makcik Acik Mah aje. Jumpa lagi Vina."

Kasmah paut bahu tegap Faiz untuk naik memboceng motosikal. Berhati-hati kerana sebelah tangan mendukung Faizah. Faliq duduk di bakul hadapan Faiz.

Perempuan cantik melambai tangan. Kasmah senang hati berkenalan dengan perempuan cantik yang nampak berbudi bahasa dan mesra sangat.

@@@@@@@

Dum!

Pintu yang dirempuh kasar berdentum kuat kerana berlaga dengan dinding pejabat Akob. Bederau darah Akob kerana terperanjat yang amat.

Melihat sosok Rock dan Gemok yang buru-buru merusuh masuk Akob betulkan duduknya di atas kerusi roda.

Dia bersandar kemas ke belakang kerusi roda, menarik nafas panjang kemudian mengelus dada kirinya beberapa kali.

Mungkin melihat keadaannya, postur badan dan wajah Rock yang tegang ketika merempuh masuk sedikit kendur.

Anak lelakinya itu menarik kerusi beroda di hadapan meja kerja dan duduk di situ. Kepalang gembira rasa hati Akob dapat memandang wajah Rock sedekat ini setelah sekian lama.

Walau dia dapat mengagak tujuannya tidak mungkin seindah apa yang diimpi dan diharap Akob sejak kebelakangan ini.

"Gundik Boon kacau aku."

Tanpa mukadimah, salam dan berbahasa basi Rock sudah menyembur. Suaranya datar, keras dan langsung tidak mesra.

"Sorrylah Kob... aku bagitau supaya Rock hati-hati, aku..."

Akob angkat tangan menghentikan suara Gemok yang mencelah cepat ketika Akob cuba menghadam cerita Rock.

"Akob tak tau apa-apa Rock..." Gemok masih berbunyi.

"Gemok!!!"

Akob jerit kuat nama Gemok supaya lelaki itu yang tiba-tiba pula membela dirinya dengan berita yang dibawa Rock ketika diarah supaya diam.

"Kau keluar..."

Kali ini suaranya perlahan kerana ada rasa tajam yang mencucuk di dada kirinya. Akob elus-elus lagi di situ.

Wajah Gemok ketara serba salah. Tapi tetap juga melangkah keluar tidak rela.

"Tak payah cerita panjang pun aku tau kenapa gundik Boon kacau aku."

Rock jeda seketika.

"Aku dah pernah cakap dan aku cakap lagi sekali... Aku! tak! nak! satu! sen! pun! duit! kau!".

Perlahan sahaja tidak menjerit tapi sambil bercakap Rock titik titik hujung jari pada muka meja kerja Akob untuk setiap irama perkataannya.

Akob termanggu. Phi Chai melangkah masuk dari muka pintu yang terdedah.

"Gundik Boon buat apa?"
Akob sambut kedatangan Phi Chai dengan soalan.

Phi Chai tidak terus menjawab. Dia tarik dan duduk di sebuah lagi kerusi beroda di hadapan meja kerja Akob, bersebelahan dengan Rock yang seperti ayam mengeram geram.

"Bagi semua harta kau pada gundik Boon. Aku tak mau apa-apa. Pastikan dia tak kacau aku lagi."

"Akob dah bagi. Dia tamak..."
Phi Chai

"Itu bukan masalah aku."
Cepat dan keras.

'Ting'

Rengusan Rock terhenti ketika matanya terdiam membaca wasap yang barusan telefon tangannya terima.

Telefon tangan Rock masukkan ke dalam kocek seluar. Mengusal rambut di kepala beberapa kali. Tidak semena-mena Rock kepal jari dan hentak muka meja dengan kedua lengannya.

Sowi smlm tk update. Bonus ni sikit je lagi. Tapi tak de idea nk karang ayat. Smlm ada hal bdk sklh. Tqvm sudi bce kwn2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience