Kisah perjalanan hidup Badriah. Spin off daripada novel Siti Husna Binti Abdullah "Tok!..." Faiz terpa pada Tok Udin dan memeluk tubuh tua itu cuba menenangkan Tok Udin yang meronta-ronta minta dilepaskan. "Tok... sabar Tok." "Pakcik buat apa ni!?" Faiz jerit pada lelaki berbadan besar yang sekadar berdiri di situ memandang Tok Udin yang meronta-ronta. "Degil! kepala batu... dah nak mati pun perangai tak berubah-ubah. Niat aku nak menolong la!!!" Faiz baringkan Tok Udin yang rontaannya menjadi semakin lemah di atas katil bujang yang dia dan Tok Udin duduk di birainya. Nafas Tok Udin jadi pendek dan termengah-mengah. Faiz berlari keluar dari bilik Tok Udin dan menjerit sekuat hati memanggil ibunya di dalam bilik mereka di ruang hadapan rumah. Badriah keluar menuju ke bilik Tok Udin dengan tergesa-gesa. Terperanjat besar mendengar jeritan Faiz yang memanggil namanya sekuat itu. Faiz yang terlihat panik berdiri di hadapan pintu bilik Tok Udin. "Kenapa Faiz?!" "Cepat Ma... Tok... Tok sakit!". "Allahuakbar! kenapa?! apa dah jadi?!" Badriah berlari anak masuk ke bilik Tok Udin. Panik melihat dari muka pintu Tok Udin yang tercungap-cungap menarik nafas. "Ma! tolong Tok Ma, macam mana ni?" Faiz sudah tercebek-cebek menahan tangis dan ketakutan melihat keadaan Tok Udin. "Faiz pergi amek handphone Mama atas robok kecik dalam bilik!" Badriah tidak perlu mengulang cakap, belum habis ayatnya Faiz sudah hilang di balik pintu. Ketika berpaling semula menghadap Tok Udin baru Badriah perasan sosok lelaki tinggi besar yang memandangnya bagai tidak pernah melihat manusia lain. Wajah lelaki itu terlihat ganas kerana jambang yang berjeramus berselerak dan dua garisan parut yang panjang menyenget di pipi kiri lelaki itu. Pandangan mereka saling bertaut tidak putus walau lelaki itu sedang jalan mengundur perlahan-lahan ke arah pintu yang sudah terbuka luas daun pintunya. Hanya selepas sosok tubuh lelaki itu hilang di balik dinding barulah Badriah kembali ke situasi genting Tok Udin. Badriah raih tangan berkedut Tok Udin berhati-hati. "Tok, mengucap Tok...La ila ha illallah...La ila ha illallah". Badriah bersuara perlahan di hadapan muka Tok Udin merenung sepasang mata tua Tok Udin yang membalas penuh kesakitan. Bergenang air mata di sepasang mata yang merenungnya sayu dan kelihatan kesal.
Update 06 December 2024
2025-01-05 2 Replies
done marathon cerita ni. Best sangatttt! btw tumpang iklan jemput baca novel saya the sweet love story. tqq
2024-10-21
uishhhh jumpaaa juga ye..Nice story sis!! Tq
2024-10-20
Alhamdulillah. Best cerita ni. Ending yg menarik. Tp rasa mcm tergantung. Harap2 ada sambung lg. Tq sis.