(Adui tak Dak idea la. Cm ne nk ke tahap seterusnya ye. Asyik berlegar kat cni je kan. Tolong bertabah ye kwn2).
@#$_&-+()/
"Kenapa nak cari rumah? Tak best duduk dengan aku?"
"Eh! tak la Sarjan. Bukan macam tu."
Laju Roslan Li menepis tuduhan Sarjan Akob. Sambil memberi sengihan kerang busuk yang menjadi 'trade mark' Roslan Li yang tidak banyak bercakap. Bercakap hanya apabila di soal. Maka bagi mengelak dia dituduh sombong Roslan Li mencipta senyuman menyelamatkan diri. Malangnya senyuman itu menarik anak-anak gadis merapat kepadanya.
"Habis tu?"
Nada soalan Sarjan Akob masih dalam tone siasatan. Benar-benar mahu tahu lelaki setengah abad ini tujuan dia mencari rumah sewa.
"Anak mak angkat saya dah nak abis SPM. Mak angkat saya cakap dia habis aje diaorang nak ikut saya pindah sini. Rumah tu nanti untuk diaorang. Saya masih tinggal dengan Sarjan kat kuarters ni."
Panjang lebar Roslan Li menerangkan. Dia hormat Sarjan Akob sebagai senior dan ketua. Dia malas mahu memulakan sesuatu yang tidak enak dalam hubungan itu, jadi dia jawab sahaja terus terang walau Roslan Li rasa sebenarnya tiada kepentingan untuk berbuat demikian.
Jauh di sudut hatinya ada beberapa sikap Sarjan Akob yang dia tidak berkenan tapi dipujuk hatinya untuk mengabaikan sahaja. Maklumlah hidup sebagai dagang merantau.
Tanpa pamitan Sarjan Akob melangkah pergi meninggalkan dia berseorangan di ruang pakir motor di hadapan pintu kuarters mereka. Ermm... lantak kaulah Labu. Dah nak andropous lah tu.
@@@@@@@
"Anak kawan Mommy ni cantik Har. Cuba la kenal dulu."
Sharifah Zarina lajukan kipasan kipas tangannya. Panas luar panas dalam berhadapan dengan anak Junid yang seorang ni. 'Like father like son' kata orang putih.
Boleh pula dia buat tak kisah, sedap saja melantak di depan Sharifah Zarina yang sedang membincangkan isu penting hidupnya. Meniru sungguh perangai bapak kau ye, bentak Sharifah Zarina di dalam hati. Mahu diluah takut Joharnya lari dari berbincang. Bila masanya dapat dia menyelesaikan masalah bujang terlajak ini.
Umur sudah 30 tahun masih belum berkahwin. Liat sungguh jodoh si Johar ini. Semua yang dipinang anak ini di tolak pihak perempuan. Campur yang terakhir kali dulu calon yang ke tujuh rasanya.
Juhada anaknya yang sulung bersama Junid sudah berumur 32 tahun. Sudah sepuluh tahun berkahwin. Beranak dua. Anak sulung Juhada si Danish sudah darjah satu. Anak nombor dua tadika enam tahun.
Sudah Juhada ikat peranaknya. Tidak mahu lagi beranak. Mahu menjaga badan pula supaya cantik macam Mommy katanya. Kembang kempis hidung Sharifah Zarina yang mancung dipuji anak begitu.
Selepas Juhada barulah si Johar nombor dua. Aduhai... anak seorang ni memang menguji kesabaran sungguh. Pak Kal lah anak!.
Sharifah Zarina beranak rapat. Dua tahun seorang lahir. Kata Junid dulu tak boleh tahan memandang sahaja kalau sudah dapat isteri secantiknya.
Kalau bab itu manis sahaja tutur Junid, tapi kalau bab kelaku, bab duit ringgit Junid yang muda dahulu memang tidak ada sekelumit rasa kesal di dalam hati Sharifah Zarina meninggalkan lelaki itu untuk suaminya yang sekarang.
Ketika dia meninggalkan Junid, anak-anak kecil lagi. Dengan latar belakang dia yang daripada keluarga m40 manakala Junid daripada keluarga b40, perkahwinan itu benar-benar satu kesilapan.
Dia sudah biasa senang walau tak kaya terpaksa hidup dengan Junid yang miskin dan tidak berharta. Pemalas pula tu. Taubat Sharifah Zarina tidak mahu lagi melalui pengalaman hidup seperti itu.
Dia kahwin dengan Junid kerana terpadaya dengan rupa paras Junid yang kacak dan berpenampilan yang menarik walhal Junid hanya berjawatan buruh di majlis perbandaran tempatan.
Sharifah Zarina pula ketika itu baru tamat pelajaran menengah, akal cetek untuk membaca dan merancang masa depan, yang di fikir ketika itu hanyalah keseronokan walaupun dimarah Ibu bapanya tetap tidak berubah.
Berkenalan dengan Junid ketika bercampur dengan budak-budak motor. Akhirnya kerana kebodohannya Sharifah Zarina mengandungkan Juhada. Maka dia terpaksa menikahi Junid. Hampir-hampir sahaja dia dibuang keluarga ketika itu.
Marah sungguh ke dua ibu bapanya kerana terpaksa bermenantukan Junid yang pada mata mereka tiada masa hadapan. Sehinggakan dalam setiap majlis keluarganya kelibat Junid langsung tidak diperlukan.
Arghh... kenangan sungguh cerita dulu-dulu. Tapi percayalah Sharifah Zarina tiada rasa sesal dalam hatinya kerana berlaku curang dalam perkahwinannya dengan Junid. Lihat sahaja sekarang! jika dia tidak curang mana mungkin dia, Junid dan anak-anaknya mampu hidup senang seperti sekarang.
Junid lepaskan dia bukan tangan kosong ye. Suaminya sekarang majikan kedai emas tempatnya bekerja dahulu, membayar sejumlah wang yang lumayan kepada Junid selepas Junid mengaruk teruk sehingga melibatkan pihak polis.
"Har jangan macam ni. Tak nak dengar cakap Mommy. Tak nak Mommy tolong. Kalau Har berkeras nak yang Har pilih sendiri memang sampai ke tua lah Har tak kahwin. Mommy bukan nak mengungkit cerita dulu tapi dah memang kenyataannya macam tu kan!".
Hei... geram sungguh Sharifah Zarina. Anak-anak ni fikir kita jadi emak ni suka sangat ke membebel. Dibebel pun jadi macam ini perangai. Kalau tak dibebel entah teruk macam mana agaknya.
Johar ini masa mudanya keluar masuk pusat serenti. Tapi bila difikirkan semula ada baiknya masuk ke situ. Dapat juga belajar kemahiran elektrik maka dapatlah pekerjaannya sekarang walau asyik bertukar-tukar kilang untuk bekerja.
Jika tidak, dipujuk suruh belajar bagai bercakap dengan tunggul sahaja umpamanya.
Tapi itulah... kerana rekod dadah di masa mudanya maka susah benarlah si Johar ini mendapat jodoh. Lagi sekali tapi, sombong pulak tu, yang orang tolong carikan tidak mahu. Tetap dengan pendirian mahu mencari sendiri. Masalahnya, sampai sekarang asyik meminang sahaja, diterima pihak perempuan belum pernah lagi.
Johar tolak pinggan kosong kuey teow goreng ke tepi. Gelas kopi ais Johar capai. Menyedut perlahan kopi ais di dalam gelas. Mata memandang sekeliling medan selera aras bawah Plaza Angsana. Masih pagi, sekitar pukul sebelas pagi jadi orang masih belum ramai. Kerana itu Sharifah Zarina memilih untuk berjumpa Johar di sini.
"Har dah ada calon. Har nak yang ini jugak. Mommy kena tolong Har dapatkan dia."
Tegak badan Sharifah Zarina mendengar suara Johar. Aduhai... calon lagi. Malas sungguh mahu menebalkan muka pergi merisik. Tak faham sungguh dia dengan perangai Johar.
Orang lain pergi merisik selepas pasangan sudah bersepakat. Merisik sekadar adat. Anaknya Johar berpatah balik cara tok nenek dulu-dulu. Dia tak berkawan pun dengan si perempuan. Tiba-tiba sahaja datang merisik. Memang tak berjayalah jawabnya. Sebab bukan cara orang sekarang.
Kalau nak ikut cara macam ini biasanya Ibu bapa atau ada orang yang menjalankan tapi tidak mahu pula. Disuruh juga mengikut kepala dia. Mahu yang dia sendiri pilih. Mahu yang matanya setuju. Malangnya calon yang dipilih jadi takut dengan cara Johar sebab semua sudah tahu sejarah cerita masa muda Johar yang tiga kali masuk pusat serenti.
Budak Johar ini banyak sangat makan benda mudarat tu dulu. Cara fikir pun dah tak sama dengan orang lain. Johar tidak banyak bercakap. Pandang orang atas bawah, mana tak lari anak gadis darinya. Padahal bukannya tak ada rupa. Gabungan wajah dia dan Junid maka Johar dalam kategori kacak juga.
"Okay Mommy?. Mommy kena tolong Har dapatkan budak ni!."
Eh! memaksa pulak macam selalu. Langsung tak difikirnya air muka Sharifah Zarina yang pergi merisik. Pak Kal dia sudah berbuat salah dengan anak ini. Meninggalkan rumah untuk bersama dengan skandalnya ketika masih menjadi isteri Junid. Johar paling terkesan, kerana itu Johar keluar masuk pusat serenti.
"Budak mana?"
"Taman U."
"Errmm... dekat aje. Kerja apa? Duduk jalan apa?"
"Tak kerja. Jalan kebudayaan."
"Kebudayaan? Dekat rumah Daddy? Nama apa? Anak siapa?"
"Yah anak Acik Mah."
"Mah mana!?" Sharifah Zarina rasa darah sudah menyerbu naik ke muka. Tolonglah jangan!
Heh! aku ketuk juga kepala budak Johar ni. Jerit Sharifah Zarina di dalam hati.
"Acik Mah Daddy."
'plakk!!!'
Gelas kopi ais sudah tumbang di atas meja kerana tindakan terperanjat Sharifah Zarina yang berdiri tiba-tiba. Mujur isinya sudah habis Johar minum.
@@@@@@@
"Abang doakan Eiya lulus cemerlang. Nanti boleh masuk U."
"Insha Allah. Terima kasih Abang doakan untuk Eiya."
"Mestilah... Abang nak yang terbaik aje untuk Eiya. Lapangkan fikiran untuk minggu depan. Fokus pada exam aje okay!"
"Okay! insha Allah! Eiya akan buat yang terbaik!"
"Macam tulah semangat Eiya Abang."
@@@@@@@
Kasmah pegang pipi yang pijar ditampar Junid.
Kasmah geleng kepala dua tiga kali tidak percaya dengan cerita yang baru terjadi. Dia baru balik daripada klinik membawa ibu mertuanya untuk temujanji bulanan.
Perginya pagi tadi dihantar Junid. Malangnya apabila sampai ke klinik kesihatan rupanya dia tersilap melihat tarikh di kad temujanji yang sepatutnya pada esok hari.
Dia sudah menelefon Junid beberapa kali untuk memberitahu kesilapan tarikh dan mahu meminta Junid menjemput dia dan ibu mertuanya pulang tapi talian gagal bersambung.
Melihat keadaan ibu mertuanya yang semakin tidak selesa Kasmah mengambil keputusan pulang dengan teksi.
Sesampainya di rumah, kereta Junid di luar pagar. Pintu gate kecil dan pintu grill tidak bermangga. Agaknya Junid ada di dalam dan pulang untuk sekejap sahaja.
Junid biasanya tidak begini. Pantang Junid jika gate dan grill tidak dimangga walaupun orang ada sahaja di dalam rumah. Maklumlah pernah berlaku kes kecurian dan rompakan di kawasan sini.
Masuk ke dalam rumah Kasmah langsung menghantar ibu mertuanya masuk ke dalam bilik di sebelah dapur di tingkat bawah. Dipujuk-pujuk orang tua itu supaya tidur merehatkan badan.
Selesai urusan ibu mertuanya Kasmah cepat-cepat ke dapur mahu masak hidangan tengahari. Jika Junid membaca pesanan telefon yang sudah dihantar pasti Junid mengharapkan dia menyediakan makan tengahari, bukan makan di luar.
Tapi Kasmah harus naik ke bilik juga untuk menyalin pakaian dahulu. Terus di hala langkahnya naik ke atas. Ketika mahu membuka pintu, telinganya mendengar bunyi erangan yang kuat. Bimbang jika sebenarnya memang ada Junid di dalam bilik yang sedang kecemasan, buru-buru Kasmah membuka pintu bilik dan merempuh masuk.
Astaghfirullahhalazim!
Allahuakbar!
Lailahaillallah!
Akal Kasmah menyuruhnya segera keluar daripada bilik kelaminnya bersama Junid tapi sendi lututnya tidak mahu bekerjasama. Tiba-tiba sahaja dia terpaku di situ tidak mampu bergerak.
Dua jasad yang sedang saling menindih kelam kelibut menyelimutkan diri. Ketika itu barulah Kasmah mampu bergerak, berpaling meninggalkan bilik yang memberinya trauma pada mata dan hatinya.
tak ada idea la. merundun plk. mne nk cari mood dpt idea Sy nk mtk tlg kwn2 yg follow dan yg tak follow Sy dan yg tak add dlm library tgok kn ada tak notification naik klw Sy up cite? sb bla Sy publish Bab baru tak ada notification kuar mcm mse Sy tulis siti Husna Binti Abdullah dh report kat admin NP tp tak ada perubahan. ada notification sekali aje lps report kmdian jd smla tak seronok la jd cm ni. cm ne ye nak buat. tlg ye jwb kn persoalan Sy. Sy nk report smla admin NP. TQVM kwn2
Share this novel