Bab 18

Drama Series 23522

"Nah!"

Badriah keraskan badan. Duduk di sudut bilik memeluk lutut. Memandang sosok di hadapannya juga dia tak ingin. Badriah palingkan muka ke sisi dan memejamkan mata.

Tiba-tiba tengkuknya dipaut kuat. Badriah terdongak memandang muka Johar yang bersahaja. Bimbang Johar akan mengasarinya Badriah paut tangan kiri Johar yang mencengkam tengkuknya kuat.

Lelaki itu tinggi dan besar. Badriah tahu dia tak mungkin menang jika beradu tenaga dengan Johar, tapi sekurang-kurangnya dia melawan supaya menjadi isyarat yang dia benci lelaki itu.

Wajahnya yang terdongak tidak mampu di toleh ke kiri atau ke kanan. Sudahnya anak mata Badriah arah ke sisi supaya lelaki itu tahu dia jijik mahu memandang lelaki itu.

Tangan kanan Johar terangkat, Badriah pejam mata bersedia. Arghh!!!... sakitnya!.

"Tahan sikit."

Tangan kanan Johar menekan lebih kuat. Arghh!!! Badriah pejam mata lebih rapat menahan rasa sakit. Dua tiga kali Johar menekan, Badriah berjaya mengimbangi rasa sakit dan rasa sejuk menyebabkan kawasan yang sakit terasa kebas.

Johar teruskan menuam pek ais di kiri wajah Badriah hingga rasa sejuk pada pek ais semakin berkurangan. Badriah matikan diri. Memejam mata rapat-rapat walau sebenarnya dia bersyukur kerana rasa lebih baik daripada sebelum ini.

"Nak tuam lagi tak? kalau nak Abang kena tukar pek ais baru, yang ni dah tak sejuk."

Badriah kekal matikan diri. Cengkaman di tengkuknya yang telah Johar lepaskan membolehkan Badriah memalingkan wajah ke sisi semula.

"Nanti kita tuam lagi okay. Abang minta maaf Mommy tumbuk Yah lagi."

18 tahun umurnya Mak tidak pernah naik tangan ke tubuhnya. Dua minggu dia bergelar isteri kepada Johar, sudah dua kali dia ditumbuk Sharifah Zarina. Ketika kali pertama malam dia dinikahi paksa oleh Johar, Sharifah Zarina menumbuknya sekali. Kali ke dua ini, tiga kali tumbukan dilepaskan Sharifah Zarina ke mukanya.

Badriah tidak melihat cermin tapi dia tahu wajahnya sudah bengkak dan lebam. Luka di bibir yang baru bertaut pecah kembali. Sakitnya usah ditanya. Dia sudah kering air mata untuk diri sendiri. Tapi bila mengingatkan Mak yang terlantar di hospital seorang diri air matanya tumpah kembali.

Johar yang sudah keluar bilik sebentar tadi masuk semula. Di tangannya ada sebiji dulang yang terisi sebiji mangkuk dan sebiji gelas.

"Yah makan ye..."

Badriah yang menoleh ke sisi terus mengemam mulut rapat-rapat apabila Johar menyua sudu mendekati bibirnya. Johar masukkan kembali sudu ke dalam mangkuk. Badriah pejam pula mata rapat-rapat tanda protes terhadap Johar.

"Yah kena makan... baru ada tenaga. Kalau tak macam mana Yah nak jaga Mak kat hospital."

Badriah buka mata kemudian turunkan lutut dan duduk bersila tegakkan badan. Dia tarik dulang di sisi Johar lalu dibawa ke hadapan silanya. Badriah suap bubur ayam. Lepas satu, satu lagi suapan masuk ke mulutnya tanpa henti. Bubur tak ada rasa Badriah ulam dengan air mata buat perisa hatinya yang lara.
Demi mak!.

"Kejap lagi kita tuam lagi bengkak tu. Dah surut nanti Abang hantar Yah pergi hospital jaga Mak okay."

Badriah jeling sekilas wajah Johar. Lebam dan bengkak di wajah Johar lebih teruk. Seluruh muka lebam merata. Matanya sepet sebelah dan dalam matanya merah berdarah. Padan muka! Mudah-mudahan Abang Li tidak seteruk ini. Jika di ingat kembali cerita semalam Abang Li lebih banyak memberi.

Sumpah! dia tidak tahu apa niat Johar. Dan dia masih tidak boleh buang rasa geli meluat dengan sikap Johar kepadanya sejak setahun ini. Beberapa siri Johar memperlakukan sikap tidak sopan kepadanya memang Badriah tak akan maafkan. Dia jijik dengan sikap Johar. Tapi sekarang jika lelaki ini berkata akan membawa dia kepada Mak dia cuba percaya. Dia sudah tiada daya dan dia sudah tiada sesiapa.

Selain Mak, Abang Li yang sepatutnya satu-satunya keluarga Badriah ada, yang selalunya ada untuk sakit pening dia dan Mak tetapi sudah terpaksa pergi. Apa lagi pilihan Badriah ada selain percaya kata-kata Johar.

Mak! tunggu ye Eiya cuba datang kat Mak.

@@@@@@@

Tiada lagi senyuman di wajah itu. Senyuman yang selalunya akan menyerlahkan lesung pipi di bawah bibir. Wajahnya sekarang semedang ketat sahaja. Merengus sahaja kerjanya.

Pulang dari Johor hampir sebulan Roslan Li check in wad hospital. Tidak mampu makan dan minum. Meracau menyebut nama Acik Mah dan Badriah. Berulang-ulang mimpi ngeri berlaku kepada kesayangannya buat dia putus asa menjadi dirinya. Dia makhluk tuhan yang gagal.

Berapa banyak budi Acik Mah dan arwah Acik Badri dia makan dan gunakan. Tiba masa mereka di dalam kesusahan dia gagal membantu. Cinta hatinya sudah menjadi milik orang lain. Apa guna lagi dia hidup.

Tiada sesiapa berani menegur Roslan Li. Jika dahulu dia akan bercakap apabila perlu tapi senyumannya sudah cukup mengantikan budi bahasa. Sekarang semakin sukar mendengar suaranya dan melihat senyumannya.

Aduan adalah satu-satunya perkara yang dapat menggembirakan Roslan Li tapi agak membimbangkan ketua balai. Manakan tidak, Roslan Li tidak akan pulang dengan tangan kosong, pasti ada suspek untuk setiap kes aduan yang Roslan Li uruskan.

Masalahnya suspek pulang ke balai bersama Roslan Li dalam keadaan hampir lunyai dikerjakannya. Ketua balai bimbang kes kecederaan suspek boleh merosakkan nama balai dan jabatan polis.

Haruskah Roslan Li diletakkan dalam status tidak sihat untuk bekerja?.

@@@@@@@

"Mak..."

Perlahan sahaja suara Badriah menyeru Kasmah. Ibunya sudah lain. Sebulan pertama selepas pulang dari hospital yang Kasmah terpaksa huni selama lebih tiga minggu Mak asyik menangis.

Merayu-rayu Badriah memaafkannya. Menyalahkan dirinya seratus peratus atas apa yang berlaku kepada Badriah. Dirinya Ibu tidak berguna meniti sentiasa di bibir Kasmah.

Hari ini sudah lebih tiga bulan cerita itu terjadi, Mak tidak lagi menangis tapi lebih banyak mendiamkan diri. Ada masanya Mak hilang dalam dunianya sendiri. Badriah buntu. Badriah mahu Mak yang dulu, yang sentiasa berkata lembut dan berwajah manis kepadanya dan Abang Li.

Abang Li, entah apa khabar lelaki itu. Tiada lagi panggilan bertanya khabar. Tiada lagi panggilan semata-mata mahu memberinya teka-teki yang entah apa-apa. Badriah rindu yang amat, tapi apakan daya. Penumbuk Sharifah Zarina masih terasa sakitnya apabila dikenang. Itulah kali terakhir bertemu Abang Li di hospital...

"Mak... Eiya rindu Mak. Mak janganlah macam ni. Kesian Eiya."

Air mata Mak dan Badriah sama deras mengalir. Pinggan mangkuk yang Mak cuci sudah bersih lama tapi sejak cerita itu mencuci pinggan bagai tetapi untuk Mak menenangkan diri.

"Boleh hari ni Eiya dapat semula Mak Eiya?".

Badriah pujuk selembut mungkin semangat Mak. Ada dalam diri Mak tapi entah jauh mana duduk menyorok. Tidak pernah sekuman dia salahkan Mak atas apa yang terjadi.

"Mak masih nak masa ke? tapi dah lama sangat Mak diam macam ni."

"Esok kita pergi pasar nak Mak? Kita mintak tolong Acik Siti jagakan Nenek. Kita makan nasi lemak kerang yang bungkus kecik-kecik tu. Boleh ye Mak?"

"Dulu kalau kita pergi pasar sama-sama mesti singgah gerai tu kan makan nasi lemak kerang... Ngeteh. Ermmn... sedapnya kan Mak."

"Mak... "

Badriah paut bahu Mak dan tarik Mak masuk dalam pelukannya bila Mak sudah terhinggut-hinggut menangis.

"Eiya cuma ada Mak sekarang... Eiya nak Mak aje."

"Maafkan Mak sayang, ampunkan Mak."

Badriah peluk Mak erat-erat bila dengar suara Mak. Ayat yang sama Mak ulang-ulang bila Mak bercakap dengan Badriah. Keputusan SPM Badriah dengan empat A juga punca menambah sesal berat di hati Mak. Tapi Badriah tak akan ke mana-mana dengan empat A itu. Dia tidak boleh tinggalkan Mak seorang di rumah ini

"Eiya maafkan Mak kalau itu yang Mak nak dengar keluar dari mulut Eiya, tapi... tolonglah pulang balik Mak Eiya yang dulu. Eiya perlukan Mak sekarang. Jangan takutkan Eiya. Eiya sayang Mak."

Mudah-mudahan ini hari terakhir mereka menangis walau mereka tahu selagi hidup mereka dalam cengkaman Junid, mereka masih jauh dari gembira.

@@@@@@@

Bilik Julie sudah bertukar menjadi bilik kelaminnya bersama Johar. Geli nak mam... walau hanya memikirkan dia berkongsi bilik dengan lelaki itu.

Johar...
Dulu lagi dia ada mendengar cerita lelaki itu ada masalah personaliti. Katanya kerana terlalu banyak mengambil bahan terlarang. Tiga kali menghuni pusat serenti.

Kerana cerita itu lelaki ini sukar mendapat jodoh dan dia menjadi kambing hitam. Menjadi mangsa keadaan. Tiada siapa mahukan lelaki itu walau berwajah tampan. Tampan ke? uweerrkk!!!..

Setiap kali Johar menghampirinya dia pusing ke arah lain. Memalingkan muka, tidak sudi memandang. Setakat ini Joharnya tidak bertindak agresif. Sekadar mendiamkan diri atau bertanya dan bercakap juga dengan Badriah walau Badriah tidak membalas atau menyahut.

Mereka tidur sekatil. Badriah baring di tebing paling hujung katil. Mengiring ke sisi sini langsung tidak mengendahkan Johar. Bukan kehendak Badriah sekatil, dia pernah tidur di lantai beralaskan toto sebelum ini tapi Johar akan mengikutnya dan baring rapat di sebelahnya. Geli ye! yang amat!

Beberapa minggu begitu Badriah lari pindah ke atas katil seperti sekarang dan Johar tidak lagi baring rapat dengannya seperti di lantai. Fahamlah Badriah, Johar sengaja mendengkinya. Huh! ingat aku nak touching! kirim salam!

Johar belum menuntut haknya tapi dia tidak akan percayakan Johar. Dulu lelaki yang sama ini beberapa kali berbuat tidak baik kepadanya. Kerap menghampirinya dan sengaja tersentuh dirinya di sana sini.

Eeiii!!!
Geli la!

assalamualaikum slmt pagi kwn2. terima kasih sudi singgah membaca cite Sy. maaf jika tk dpt memenuhi citarasa semua. Sy hanyalah penulis cap ayam. Sy tk ada ilmu menulis hanya minat shj. cara Sy menulis Sy berangankn prolog dlu LPs tu bg tajuk, br Sy karang spy arah tulisan Sy mesti menuju prolog dan kekal pd tajuk. terima kasih sudi bersama Sy shj SHBA. Sy sorg introvert sb tu Sy suka membaca dan skg Cuba menulis. kwn2 di sini kwn Sy dlm erti kata lain. tiada lain dpt Sy ucapkn selain terima kasih sudi meluangkan masa bersama cite Sy. jasa mu di kenang. syg semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience