(CERITA INI HANYA KHAYALAN PENULIS. TIDAK BERKAIT DENGAN DUNIA SEBENAR. KALAU TERSAMA ATAU KALAU TAK LOGIK I'M REALLY SORRY. SAYA HANYA PENULIS AMATUR. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA SEJAUH INI. SAYANG YOU ALL SEMUA)
"Awak tau tak nama awak naik untuk jadi mata-mata."
SI Abdul Jalil menyoal Roslan Li setelah hilang mengah akibat penat berlari. Tiba-tiba sahaja selepas subuh tadi SI Abdul Jalil menelefon mengajak Roslan Li sertainya untuk larian pagi.
"Ye, tau."
"Siapa bagitau awak?"
"Sarjan Akob."
"Awak memang nak ke?"
"Tak."
"Errmm... Sarjan Akob dulu dalam unit mata-mata. Tapi bukan detektif yang ada cuti tahun tu tau. Dia full time pengintip. Orang fikir dia gangster bukan anggota."
SI Abdul Jalil berhenti bercerita dan membuat beberapa kali regangan badan.
"Kemudian ada satu cerita salah guna kuasa dalam unit mata-mata. Katanya pegawai kepada Sarjan Akob... jadi Identiti Sarjan Akob terdedah dan dia dikeluarkan daripada unit tu".
"Awak kat sini nak dekat dua tahun kan? Sarjan Akob dekat sini... dulu dia sikit aje dari awak."
Roslan Li sudah tahu semua tu. Cerita dari sana sini sedikit sedikit dicantum sendiri oleh Roslan Li tentang latar belakang Sarjan Akob.
"Kenapa tuan cerita semua ni pada saya?"
Roslan Li menyoal bodoh. Mahu mengumpat atau ada agenda lain?. Dia bukan budak lurus lagi. Tak berguna perangai tu. Dia sudah semat di dalam hati tiada siapa boleh injak-injak dia atau mempergunakan dan memandang rendah pada dia lagi.
"Saya rasa awak tahu sesuatu tentang Sarjan Akob."
"Dia belakangkan saya dalam banyak perkara di balai tu. Termasuk nama awak tiba-tiba naik untuk unit tu. HQ call saya untuk sahkan sesuatu... Saya rasa dia fikir boleh gunakan awak untuk sesuatu yang sedang dia buat sekarang."
Ooo... maknanya bukan dia seorang sedang mengumpul bukti.
"Saya bukan sesiapa. Politik tempat kerja lebih pening dan bahaya mahu diikut daripada SOP tugasan."
"Saya pilih buat tugasan level saya. Selebihnya saya tunggu arahan."
Roslan Li masih berlakon bodoh. Dia belum cukup bukti. Sekarang dia tidak mahu percaya sesiapa. Silap hari bulan dia jadi kambing hitam, jadi mangsa macam... gadis kecilnya. Hati Roslan Li tiba-tiba ngilu.
"Saya sudah dapat arahan daripada atasan. Mereka sengaja hantar Sarjan Akob ke sini supaya dia tersilap langkah dan dapat kaitkan dia dengan salah guna kuasa. Mereka kata dia terlibat dengan yang lain. Cuma belum dapat bukti. Apa yang jadi pada dia dulu ada kaitan dengan apa dia buat sekarang."
"Tolong jangan bertindak sendiri. Jika awak ada maklumat harap awak kongsi dengan saya. Kes ni bukan main-main. Keselamatan awak dan anggota lain bawah tanggungjawab saya."
"Kalau saya ada saya kongsi tuan."
"Saya tahu awak tak percaya sesiapa. Saya pun sama, tapi... saya percaya awak dan saya yakin dengan semangat awak."
"Jadi apa kita bualkan ni habis di sini saja. Saya yakin awak faham bertapa seriusnya kes ni. Banyak yang awak dah dapat kan."
Si Abdul Jalil merenung tepat ke matanya dengan wajah yang serius. Tanpa menunggu Roslan Li menjawab SI Abdul Jalil kembali meneruskan larian meninggalkan Roslan Li yang masih menimbang tara dan berkira-kira.
Dalam skala 1 hingga 10 dalam tahap berapa nyawanya dalam bahaya?.
@@@@@@@
"Budak tu susahlah!"
"..."
"Ye aku tau! dulu aku fikir boleh racun dia sebab nampak lurus macam pak turut... tapi sekarang dia dah berubah. Kalau kau bawak masuk dalam unit pun belum tentu boleh guna dia!"
"..."
"Keadaan kat sini tak cantik. Hold dulu penghantaran seterusnya. SI Abdul Jalil macam dah tau sesuatu. Ada seorang asyik follow budak-budak aku!"
"..."
"Argh! Kau dengar arahan aku. Jangan ikut suka kau. Aku kat sini yang bahaya! Ok!"
B@&!!!
@@@@@@@
"Jalan-jalan nak tak?"
"Tak nak!"
"Kenapa?".
"..."
"Kenapa tak nak? jom la. Nanti Yah tak ikut, orang ngurat Abang. Abang ni handsome tau."
Badriah bagi 'side eyes'. Ada aku kisah!.
"Sayang ada rasa nak pergi mana? Abang bawak sayang".
Sayanglah pulak! Apa kena la orang tua ni. Kacau aje orang nak tengok tv. Badriah membebel di dalam hati.
"Mak..."
"Ni Mak ada goreng pisang. Jemputlah makan".
Mak datang dengan dulang terisi sepiring pisang goreng dan seteko teh o panas. Mak letak di atas meja kopi di hadapan Badriah dan Johar.
"Terima kasih Mak."
"Sama-sama Har."
Mak menjawab dengan senyum senang. Baru sahaja tadi sebelum Johar pulang dari kerja Mak menyuarakan rasa syukurnya kerana dia melihat Johar melayan Badriah dengan baik.
Ya. Badriah tidak menidakkan. Memang Johar melayannya dengan baik. Hanya dia sahaja suka berkelakuan sebal. Masih gagal membuang sepenuhnya kenangan malam nikah mereka. Cara Johar mendapatkan dia memang salah!.
"Jom jalan nak Mak?"
"Eh! Mana boleh Mak ikut."
"Har belanja Mak."
"Haha... Ye Mak tau. Tapi Mak tak payah la. Har dengan Yah aje. Kalau Mak ikut siapa nak jaga Nenek?".
"Nanti Har minta tolong Cik Ina."
"Tak pe Har. Mak tak payah. Har bawak Yah je. Terima kasih Har sebab layan Yah baik-baik."
Suara Mak sebak. Ikhlas sangat bunyi terima kasih Mak ucap kepada Johar. Badriah yang sedang mengunyah pisang goreng terhenti.
"Mak tak ikut Eiya pun tak nak pergi." Badriah berbunyi tegas.
"Jangan la macam tu. Kesian Har."
"Mak dah lama tak jalan-jalan. Nanti Har cakap Daddy nak bawak Mak dengan Yah jalan-jalan."
"Tak pe Har. Ikhlas Mak cakap tak pe. Har bawak Yah je. Kesian dia tak ada zaman remaja..."
"Mak.. Mak minta maaf Har..."
Mak serba salah apabila tersedar dia mengadu pada orang yang salah... pada orang yang bersalah!.
Johar juga jadi perlahan kunyahan pisang gorengnya. Lekat di tekak barangkali kerana terkedu dengan ayat tak sengaja daripada Mak, cepat-cepat Johar capai tangkai cawan di atas meja. Menyisip laju walau teh o kelihatan masih berasap nipis.
"Har minta maaf Mak. Har cuma... macam orang lain nak yang cantik yang baik..."
Ayat Johar mati di situ. Jarinya mengetuk-ngetuk tangkai cawan. Menghilangkan gugup barangkali. Mak dan Badriah juga terkedu pada awalnya kerana bimbang Johar tiba-tiba mengamuk dengan ayat tersilap daripada Mak, jadi terperanjat dengan ayat terakhir dari Johar.
"Har naik atas dulu."
Serentak berkata Johar sudah angkat punggung meninggalkan mereka dua beranak. Mak pandang wajah Badriah. Dua-dua dalam keadaan muka tidak sangka.
Bukan diaorang anak beranak Junid sudah berpakat ke nak ikat mereka sebab mereka 'bodoh'?.
@@@@@@@
"Tanah dekat Bukit Pasir, Batu Pahat tu saya dah dapat"
Junid yang sedang mengancing butang baju terhenti dan berpatah balik kepada Sharifah Zarina yang duduk di birai katil.
Junid elus-elus pipi Sharifah Zarina yang tersenyum lebar kerana rasa Junid menghargai usahanya.
"Bukan untuk orang lain... untuk anak-anak kita juga kan sayang."
Junid beri puji menghargai. Tidak sia-sia dia melepaskan Sharifah Zarina kepada tauke emas yang dahulunya majikan Sharifah Zarina. Habuan mengugut yang dia dapat daripada lelaki itu dahulu kerana melepaskan Sharifah Zarina sudah lama habis.
Mujur lelaki kaya itu tidak 'sehebatnya'. Jika tidak mungkin Sharifah Zarina tidak akan berpatah balik kepadanya membawa begitu banyak 'rezeki'. Untungnya dia bisik Junid di dalam hati.
"Ada tauke besar dekat Batu Pahat nak pajak tanah tu. Kita bagi dia ye Sayang. Saya berkenan sungguh Mercedes Benz yang baru tu."
"Okayyy... antara saya dengan Kasmah siapa lagi best?"
Soal Sharifah Zarina masih mahu minta dipuji-puji.
"Sayang... of course lah awak. Dia tu busuk tahu tak! diam kat dapur aje. Ada masa macam bau pampers orang tua dalam bilik dapur tu aje. Awak lain... wangi, cantik, mantap..."
Junid cengkam lengan Sharifah Zarina yang mampat. Semakin lebar senyuman Sharifah Zarina semakin besar kebahagiaan duniawi Junid.
@@@@@@@
Roslan Li bertahan dengan nyamuk dan agas yang menjamu selera dengan darahnya. Walau dia sudah menyarung pakaian yang hampir menutup keseluruhan kulitnya tapi mungkin kerana jenis kainnya masih boleh ditembusi belalai nyamuk itu maka rancak nyamuk mencuba.
Tapi dia tetap tidak berganjak. Masih kekal di situ, di bawah rimbunan pepohon di pinggir Sungai Golok. Jeti kali ini lebih jauh daripada penempatan penduduk.
Malam semakin larut. Belum ada tanda-tanda sasarannya akan menerima tamu. Apa agenda mereka? Biasanya kurang lima minit sasaran sudah menerima kunjungan tapi hari ini sudah lebih setengah jam masih lagi tiada sesiapa datang bertandang.
Bunyi ranting patah di belakangnya membuat Roslan Li semerta menoleh. Dalam gelap malam yang menghad pandangan kelibat seorang lelaki meluru ke arahnya dengan tangan terangkat tinggi memegang sebatang kayu.
Roslan Li melompat tinggi dengan cepat supaya beralih dari kedudukan asal. Sempat juga satu tendangan kencang Roslan Li beri kepada penyerang. Mereka saling berbalas tumbukan dan tendangan kemudiannya sehingga kayu yang dipegang penyerang terlepas.
Oleh kerana tapak pertarungan di dalam belukar dengan pokok besar kecil disekeliling maka pertarungan menjadi sukar.
Satu sosok lagi datang dari arah belakangnya dan satu pukulan hinggap di bahu. Roslan Li jatuh tertiarap dalam pekat malam. Sarung muka dipakai Roslan Li direntap penyerang.
Wajahnya terdedah tetapi penyerang yang juga bertopeng jadi terdiam tidak bertindak dan tiba-tiba kedengaran satu tembakan dilepaskan ke arah udara entah dari arah mana.
Lampu suluh terang dari pelbagai arah menyebabkan penyerang lari meninggalkan Roslan Li terbaring di atas tanah. Datang lagi sosok entah dari mana kali ini Roslan Li pasti dua atau lebih daripada tiga individu di kelilingnya.
Dahinya di acu sesuatu. Sejuk besi yang tertonyoh di dahi, Roslan Li pasti dia diacu sepucuk pistol!.
???????
RAMAI SUNGGUH YANG TAK SUKAKAN WATAK JOHAR. TAK NAK BERI PELUANG PADA WATAK JOHAR. HUHU
PETIKAN DI BAWAH MENGESAHKAN JOHAR BUKAN WATAK SUSPECT CUBAAN MEROGOL HUSNA MALAM RAYA PERTAMA TU YE.
1. Husna hilang kata. Serta-merta teringat Kak Badriah penyewa bilik nombor satu di rumah Aunty Mary.
2. Faiz berlari keluar dari bilik Tok Udin dan menjerit sekuat hati memanggil ibunya di dalam bilik mereka di ruang hadapan rumah.
3. Dia tidak sangka kerana penceroboh adalah suami penghuni bilik nombor tiga. Dia tahu Husna akan berseorangan jadi dia balik semula ke Ibu kota walaupun sudah sampai ke kampung di Kuala Selangor. Alasan diberi kepada isterinya panggilan kecemasan daripada kilang tempatnya berkerja.
YAH SEWA BILIK NO SATU. WATAK SUSPECT CUBAAN MEROGOL TU BILIK NO TIGA.
jmpt bce sume. terima kasih sudi singgah
Share this novel