Bab 33

Drama Series 23522

"Ni ic kau."

Sekeping kad kecil berwarna biru Sarjan Akob hulur kepadanya. Rock sambut dengan tangan kiri kerana tangan kanannya ada setin minuman soda dan sebatang rokok.

Li Choon Yew. Beralamat di sebuah apartment di bandaraya Kuala Lumpur.

"Aku warning kau ni... kau dalam buruan polis ye sebab kes dulu dan ada banyak lagi kes kau yang lain tak selesai. Kali ni kau jangan buat perangai lagi. Stay silent."
"Kau terlibat lagi dalam masalah habislah... kau dengan aku habis. Business kita ni banyak yang ada urusan illegal. Nanti semua kena siasat."
"Jadi kalau kau kena tangkap lagi kali ni, aku dah tak boleh tolong kau lagi. Merengkoklah kau dalam penjara."
"Kali ni aku cakap aku biar, memang aku biar. No more back up. Lantak engkau."
"Budak-budak aku yang taat ramai aku nak kena jaga periuk nasi diaorang. Bukan nak jaga kau sorang."

Sarjan Akob sedut dalam rokok di tangan. Hembus asap ke atas. Mendongak ke langit. Duduk di balkoni apartmentnya di tengah bandaraya Kuala Lumpur sambil minum secawan kopi segera. Sukanya rasa hati.

Roslan Li tidak menyahut. Mengangguk juga tidak. Dia sudah mendengar ceramah ini sejak lebih dua tahun yang lalu. Muak sudah. Jadi habis sahaja sedutan terakhir rokoknya selepas di tenyeh putungnya ke asbak dia berlalu masuk ke dalam rumah.

Mereka baru tiba dari Laos malam semalam. Selepas mengharungi perjalanan darat yang amat panjang, meletihkan dan penuh suspen. Manakan tidak, Roslan Li bersembunyi di dalam bonet kereta yang penuh di susun barang-barang.

Mujur dia lepas mudah pemeriksaan di imigresen Rantau Panjang Sungai Golok kerana ramai yang mengenalinya sebagai anggota di Balai Polis Nibong.

Sarjan Akob menoleh ke dalam rumah. Memandang kepada Roslan Li yang berbaring di sofa menonton televisyen.

Dapat seorang anak untuk mewarisi segala kerja kerasnya selama 30 tahun ini. Anak O Peng dan Wei Yeen. Tidaklah dia ralat sangat menyerahkan hartanya kepada budak ini sementelahan dia banyak berhutang dengan O Peng dan Wei Yeen.

Sepanjang hidupnya, dengan orang lain dia banyak juga berbuat salah. Tapi kerana O Peng itu budak suruhan yang banyak berkorban sehingga terkorban kerananya, jadi hatinya jatuh di situ.

Lagipun dia tiada waris lain. Dia pasti tentang itu, walau dia banyak juga menabur benih tapi dia bukan kerap bertukar-tukar pasangan. Itu kerana kerjayanya yang bersifat talam dua muka tidak memungkinkan dia berbuat begitu.

Lebih dua tahun, hilang sudah wajah Roslan Li yang asal. Budak lelaki kurus tinggi dari Johor Bahru yang sopan santun itu sudah mati seperti diisytiharkan jabatan baru-baru ini.

Penemuan serpihan tulang dan cebisan pakaian jauh di hulu Sungai Golok dalam jajahan Thailand dikatakan sebagai Roslan Li, rajin anak buahnya buat kerja meletak di situ. Oleh kerana budak itu gagal dikesan waris sedarah, maka ujian DNA juga gagal mendapat keputusan yang tepat.

Dia berjaya mengubah penampilan imej Roslan Li menjadi lelaki sado dengan wajah dan perwatakan yang ganas. Dia perlukan sosok yang sebegitu untuk mewarisi perniagaannya.

Lebih dua tahun Roslan Li di Laos. Asalnya dia fikir setahun sahaja cukup. Tapi memandangkan kes kehilangan Roslan Li masih panas dan pihak jabatan tetap giat mencari ketika setahun itu, maka dia menangguhkan dulu rancangannya.

Cukup dua tahun selepas kehilangan barulah kes itu selesai. Ketika itu Sarjan Akob sudah ditempatkan bertugas di Ibu pejabat negeri kerana faktor keterbatasan fizikal. Lalu dia memohon pencen awal atas alasan kesihatan.

Dia mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya di Kuala Lumpur yang ditakutkan kepada Roslan Li banyak tidak sah supaya budak itu pada masa akan datang kekal buat kerja dalam diam.

Sebenarnya dalam dua tahun ini dia sudah cuci tangan untuk semua kegiatan penyeludupan. Perniagaan yang tinggal semuanya sah di sisi undang-undang. Perniagaan pinjaman komuniti, pusat karaoke, pub, kedai cuci kenderaan, pusat spa bercirikan urutan Thai dan rangkaian restoran makanan Thai.

Semuanya bermodalkan daripada kegiatan gelapnya selama 30 tahun ini. Tapi dia tidaklah bodoh, jika dia terang-terangan mempunyai rangkaian perniagaan sebegini besar tidak mustahil dia dikejar SPRM atau Jabatan sendiri menyiasatnya lebih dalam.

Sarjan Akob lantik seorang individu sebagai kambing hitam dan sebuah pejabat perunding sebagai pemegang amanah di bawah seliaan pejabat peguam bertauliah.

Rancangan akhirnya jika dia mati, semua hartanya akan pergi ke beberapa rumah kebajikan terpilih. Tapi sekarang dengan adanya Roslan Li dia akan segera berjumpa peguam peribadinya untuk menukar nama pewaris.

Segala rahsia Roslan Li hanya akan terbongkar selepas kematiannya. Dia sudah menyediakan maklumat itu semua. Tak mungkin budak itu akan marahkannya lagi untuk segala rahsia. Rahsia siapa diri Roslan Li yang sebenar dan rahsia kematian bapanya O Peng kalau sudah mewarisi harta yang sebegitu banyak.

Sebulan dua ini dia tahu budak biul itu akan suka corak kehidupan sekarang ini. Kalau Roslan Li tiba-tiba sedar diri sekalipun Sarjan Akob yakin yang budak biul itu akan suka. Maklumlah bekerja dengan kehidupan yang penuh hiburan.

Oh! ye la. Ada baiknya dia letak budak itu di pub dahulu. Memancing budak itu dengan keseronokan duniawi. Mesti budak biul itu suka melihat gadis-gadis cantik yang hampir tidak berpakaian saban malam.

Dia teringat Roslan Li yang dahulu. Budak lurus yang menjaga pandangan dan tutur kata. Dia mahu uji, ada lagikah sifat itu dalam diri budak itu sesudah biul begini. Jika ada, berapa lama sikap itu mampu bertahan di dalam syurga dunianya.

Roslan Li itu lelaki muda, mustahil tiada nafsu. Dahulu pun berkeinginan untuk berkahwin. Senang sahaja memancing budak ini. Dengan itu kalau kembali ingatannya nanti, dia sudah pun mengikat Roslan Li mengikut cakap jika mahu kekal senang dan seronok.

"Dulu aku duduk mana?"

Sarjan Akob tersentak dari khayalan yang panjang. Roslan Li sedang menarik sebuah bangku plastik mendekat dengannya di pagar balkoni.

"Jb."

"Jauh ke dari sini?."

"Campur jammed... empat jam, empat jam setengah."

"Kau kata... kau jaga aku kenapa aku dekat sana.?"

"Umur kau berapa? Kau baby ke nak kena jaga yang jaga sangat?"

Roslan Li yang sedang menyalakan sebatang rokok ketawa dengan jawapannya yang sinis dan bersahaja.

"Aku buat apa kat sana.?"

"Kau jaga business kat sana. Aku warning kau Rock, jangan sesekali kau turun sana. Ramai kenal kau kat sana, nanti... kau faham sendiri! Aku malas nak bebel-bebel lagi."

Agaknya si biul ni fahamlah kot. Terangguk-angguk mendengar amarannya.

"Mak bapak aku mati macam mana?"

"Bapak kau accident... Mak kau sakit kot, aku tak sure. Tiba-tiba orang hantar kau kat aku cakap kau anak O Peng suruh aku jaga. Aku jagalah."

"Aku umur berapa masa tu.?"

"Sepuluh, sebelas... sebelas rasanya sebab tahun depannya kau UPSR."

Rasanya lakonan dia setaraf dengan Beto Kusyairy atau tak mustahil lebih berbakat lagi. Kembang juga rasa hati sebelum teringat sesuatu , dia sedang berurusan dengan orang yang sudah putus urat di kepala. Riak tu terus hilang tiba-tiba.

"Kat mana? sini? Jb?"

"Jb la."
"Sebab tu kau jaga business sana. Kau dah biasa duduk sana. Kalau tak sebab kau buat taik, tak adalah aku sampai terpaksa tutup business kat sana."

"Ce kau tunjuk aku gambar mak bapak aku, kot aku boleh ingat cerita dulu."

"Nantilah aku cari kalau ada. Aku bukan jenis jiwang melarat nak simpan gambar bagai."

Eh eh eh... menyampah pulak aku nak melayan biul budak ni. Macam makin cerdik pulak. Memang tak la aku nak tunjuk. Kau biul ke aku biul!? Rungut Sarjan Akob dalam hati. Baik pergi jamban.

Huh!

Bab bonus. Terima kasih kwn2 msih setia di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience