Bonus 'Gundik'

Drama Series 23522

"Abang..."

Alamak, mana nak lari ni?.

"Abang nak pergi mana?"

Vivy yang tersenyum manis berdiri terliang liuk bagai lalang ditiup bayu menyapa Roslan Li.

"Tak ada mana. Baru sampai ni."

"Ooo... ye ke? Vy pun baru sampai."

Roslan Li tidak menyahut. Bimbang, serba salah dan... menyampah. Dia menutup pintu kereta dengan beberapa barang di tangan.

"Biar Vy tolong..."

"Tak pe!"

Bukan Vivy sahaja yang terperanjat dia sendiri tidak menyangka akan hilang sabar seperti itu.

"Maaf..."
"..."
"Kalau saya yang perasan saya minta maaf tapi saya tak suka dan tak mahu macam ni."
"Saya dah kahwin, tak manis dan tak bagus untuk nama baik saya dan perasaan isteri saya."
"Lepas ni tolong jangan dekat dan jangan tegur saya lagi."

Panas telinga Roslan Li ketika mengeluarkan kata-kata yang sudah dia karang sejak kebelakangan ini untuk diluah.

Roslan Li tidak mahu fikir apa perasaan Vivy dia sembur seperti itu. Mungkin perempuan itu malu kerana tidak memandang wajahnya. Sebaliknya Vivy memandang ke belakang Roslan Li.

"Ahhh... Vy pening."

Tiba-tiba...
Perempuan itu condong ke arahnya dan mengadu begitu.

Roslan Li kaget dan menangkap tubuh Vivy yang mahu rebah ke dadanya. Tapi segera dia tolak tubuh itu kemudian berpusing untuk melangkah ke arah restoran.

Langkah Roslan Li mati, Badriah sedang berlari laju menuju ke dalam restoran.

Dia menoleh kepada Vivy di belakang, sedang merenungnya serba salah.

@@@@@@@

Kelibat Roslan Li hilang ke dalam restoran. Dia senyum senang, berpuas hati dengan lakonannya kemudian berpaling ke belakang mahu menuju ke salon tempat dia bekerja suka-suka. Langkahnya pula mati.

Berdiri di hadapan salon sosok dengan renungan paling tajam menikam wajahnya, pakej dengan wajah bengis dan menggerunkan.

Argh!
Vivy menelan ludah. Bergetar tubuhnya tapi dipasang wajah tanpa perasaan paling mampu dia cetak.

Langkah Vivy sebenarnya goyah ketika melepasi sosok di hadapan salon tapi jika bukan begini apa cara lagi dia ada.

"Kau buat apa ni?"

"Bukan urusan kau!"

"Huh! berani kau ye!?"

"Apa masalah kau!? Berani apanya!? Aku kerja kat sini!"

"Kerja?! Baik... pastikan kau memang kerja ya. Jangan sampai aku kerjakan kau."

"Pergi mampus! Kau siapa nak warning aku!? Balaci aje kan! Level kulit batak macam kau jangan sibuk hal aku!".

Vivy tinggalkan lelaki itu di kaki lima hadapan salon. Masih memandang dia dengan amaran ketika dia berpaling untuk masuk ke dalam salon.

Aku tak ada cara lain. Ini aje caranya bisik Vivy di dalam hati.

@@@@@@@

"Eiya!"
"Eiya..."
"Eiya dengar sini."

Badriah menonong laju sahaja masuk ke dalam bilik tidur mereka. Langsung tidak mahu menyahut apatah lagi memandang wajah Roslan Li.

"Eiya, please tengok Abang."

Roslan Li paut bahu Badriah yang sibuk mengemas bantal dan cadar yang sudah tersusun cantik. Badriah keraskan badan tidak mahu.

"Eiya!".

Roslan Li paut dua belah bahu Badriah dari belakang kemudian disandar tubuh kecil itu ke dadanya. Roslan Li peluk erat. Pipi bertemu pipi.

"Please sayang... Tak ada dua, tak ada tiga atau empat. Eiya satu-satunya. Percayalah sayang."

Mereka dalam berkeadaan begitu, lama. Sehingga gegaran kecil di tubuh Badriah berkurangan dan terhenti. Sebelah pipinya yang melekap di pipi Badriah turut basah dengan air mata Badriah.

Roslan Li pusing tubuh isteri kesayangan menghadap kepadanya. Mendongakkan wajah Badriah menatap wajahnya.

Allah...
Bagai mana untuk dia meyakinkan Badriah tidak mungkin akan ada perempuan lain mampu dia pegang selain tubuh kecil isterinya ini. Cintanya hanya untuk Badriah.

"Please sayang. Jangan buat Abang macam ni. Abang minta maaf sebulan dua ni. Abang tak pandai memujuk bermadah kata. Abang biar aje sayang berperasangka walaupun Abang tau."
"Abang minta maaf. Tapi percayalah perempuan tu level debu bawah tapak kaki sayang aje."
"Abang sayang Eiya. Hanya mati boleh memisahkan kita sayang."

Panjang lebar rayuan Roslan Li setelah beberapa lama berdiam diri dengan masalah itu.

Dia tidak pandai memujuk sementalah keadaan harian mereka yang sibuk dia fikir Badriah tidak akan apa-apa. Rumah tangga mereka akan okay sahaja. Kerana dia tahu dia tidak mungkin bersama perempuan lain selain Badriah.

Kali ini dia silap. Gadis kecilnya memendam rasa.

"Sayang maafkan Abang ye. Please."

Badriah tidak menjawab. Terus menyembamkan muka ke dada Roslan Li dan sambung menangis teresak-esak.

@@@@@@@

"Phi Chai!".

Terhenti kerja Phi Chai yang sedang menyiang ikan kerapu di atas papan pemotong. Mendongak memandang Gemok yang merengus.

Kenapa budak ni? Kata nak masuk kerja petang. Phi Chai toleh ke muka jam di dinding, awal lagi.

"Apa cerita?".

Phi Chai bertanya sambil meneruskan kerjanya. Ada beberapa ekor ikan lagi untuk tempahan makan besar petang nanti.

"Kau tau cerita tak?".

Hmmm...
Si Gemok ni ingat aku budak-budak ke?. Masih muda lagi suka main teka-teki. Cerita apalah si Gemok ni.

"Kau tak cerita mana aku tau." Dijawab juga tapi sambil lewa. Dia sibuk ada kerja dan kejar masa untuk tempahan. Kacau betul la budak Gemok ni.

"Aku dari restoran Rock. Kau tau aku jumpa siapa?".

Tangan yang sedang berkerja terhenti. Phi Chai tumpukan perhatian. Dia juga sayangkan Rock. Namanya langsung tidak budak tu sebut sepanjang siasatan polis. Kata Rock dia lupa siapa Phi Chai.

"Siapa?".

"Gundik Boon."

Phi Chai hempas pisau besar pemotong ikan. Hujung pisau menikam papan pemotong terpacak berdiri di situ.

"Apa dia buat kat situ?."

"Dia kata kerja."

"Kerja apa?".

"Salon gunting rambut depan restoran Rock."

Phi Chai bergerak menuju singki dan membasuh tangan yang kotor kerana menyiang ikan.

"Kebetulan sangat ye."
Sambil mengelap tangan yang basah Phi Chai berfikir.

"Aku dah warning dia tadi."

"Dia cakap apa?".

"Buat bodoh aje. Sund@l betul."
"Aku syak dia nak goda Rock."

Huh, kalau rancangan gundik Boon macam tu Phi Chai tak risau sangat sebab dia kenal Rock macam mana dengan perempuan.

"Jangan cerita Akob nanti dia risau. Kau tolong tengok-tengokkan aje perempuan tu. Apa-apa roger aku."

Cuma Phi Chai risau jika rancangannya berlainan.

Ya, Phi Chai memang risau sebab rahsia Rock anak haram Akob sudah diketahui ramai kerana ada kakitangan firma guaman yang dilantik Akob memecahkan rahsia.

Akob tetap mahu pewaris hartanya Rock dengan membawa bukti DNA yang disahkan walaupun Rock menolak dan buat tak layan.

Apa perempuan tu nak buat?!

@@@@@@@

Nampaknya cara ni lambat.Anak haram Akob tak layan dia. Sudah beberapa bulan masih tiada hasil.

Rock ada dua orang anak dengan bininya. Tak mungkin mati pucuk.

Cerita Rock tidak kisahkan perempuan dikalangan budak-budak gangster kawasan Akob dan sekitar itu betul rupanya.

Tapi...
Tak kanlah sekebal itu lelaki itu. Ada yang tak betul juga cerita yang dia dapat.

Sepanjang hidupnya tidak pernah lagi ada jantan yang tidak endahkan kelibat dia seperti Rock buat pada dia.

Hantu betul! Jatuh ego dia.

Vivy hempas-hempas barang-barang menggunting rambut dalam troli yang sedang dia kemas dengan fikiran yang sedang kusut merangka rancangan.

"Wei! wei! you ingat itu barang bapak you beli ke?!"

Vivy tersentak di sergah Cindy tuan punya salon. Dia buat bodoh, menyampah dengan Cindy. Dia terpaksa berkerja di sini kerana rancangannya.

Kena ada plan B...
Apa ye?.

Pandangan matanya terarah ke restoran anak haram Akob di seberang jalan.

Kelihatan dari sebuah kereta yang berhenti turun empat orang budak lelaki kecil besar diikuti seorang perempuan tua mendukung seorang bayi perempuan.

Plan B sudah mari!.

Jemput baca kwn2. Tolong Komen ye. terima kasih semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience