Bonus '12 Tahun'

Drama Series 23522

Badriah menepuk perlahan punggung Faizah yang tidur mengiring menghadap dadanya.

Anak daranya yang satu baru sahaja cukup lapan bulan. Masih menyusu badan campur juga dengan susu formula. Badriah cium mata sepet Faizah yang terpejam.

Tiga tahun yang berjalan dengan pantas. Pantas juga dengan sibuknya hidup mereka sekeluarga. Abang Li mengambil keputusan membuka sebuah restoran ketika bercuti tanpa gaji selama setahun.

Al hasil, Alhamdulillah atas izin Allah untuk rezeki ini. Sibuk dan menuntut banyak masa dan pengorbanan seisi keluarga tapi menyumbang banyak atas kelegaan ekonomi keluarga. Sekarang mereka berada di atas landasan yang betul nampaknya.

Walau dalam tiga tahun ini pernah juga mereka disentak dengan kegusaran taraf kesihatan Abang Li tapi keputusan meletakkan jawatan selepas hanya enam bulan menyarung kembali uniform jabatan adalah keputusan yang terbaik untuk mental dan fizikal Abang Li.

Badriah bersyukur kerana dikurniakan Faliq dan Faizah sebagai cahaya mata kasih dia dan Abang Li. Kelahiran yang rapat, belum setahun umur Faliq mereka dikejutkan dengan kehadiran Faizah dalam rahimnya.

Sedikit kelam kabut dengan tiga hero yang sedia ada tapi bujang bertiga benar-benar gembira dan banyak membantu ketika awal kehadiran Faliq dan Faizah.

Baik Badriah mahupun Abang Li sebenarnya benar-benar bersyukur dengan adanya Kasmah ibunya yang terlalu banyak berkorban untuk kebahagiaan mereka sekeluarga. Tanpa ibunya tidak mungkin mereka mampu segembira sekarang.

"Abang letak dalam baby cot ye".

Badriah tersentak. Entah bila Abang Li masuk ke bilik tidur mereka. Jauh sungguh fikirannya berjalan.

Tidak menunggu persetujuannya Abang Li sudah mencempung si kecil dari atas tilam kemudian di letak ke dalam baby cot bersebelahan katil mereka.

Dari siang tadi Badriah cuba tunjuk rajuk, Abang Li pula buat tidak endah langsung. Jujur dia terasa hati. Mentang-mentang dia sudah semakin tua, kering kecut sudah tidak menarik.

Abang Li mengambil tempat berbaring di sebelah Badriah yang masih diam tercongok duduk dengan posisi yang sama dari tadi. Mengharap Abang Li bertanya jika dia sedang kenapa dan mengapa.

Haram... langsung tidak di sapa. Baring terlentang dengan tangan dua-dua naik ke atas kepala dan mata terpejam rapat.

Mahu dikejut dan meluah rasa tidak sampai hati. Kasihan esok harus bangun subuh mengejar pasar basah. Abang Li juga yang banyak memasak selain kerja-kerja pengurusan dan akaun.

Tak mengapalah. InsyaAllah baik-baik sahaja. Susah kalau dapat suami ada rupa. Dulu Johar sekarang Abang Li. Huhu

@@@@@@@

"Aku dah cakap... tak payah, buat penat aje. Kau tak nak dengar".

Eh! saja aje muka dia. Masih merenung keluar tingkap. Mengharaplah tu!.

"Balik eh, aku penat la."

Masih lagi lawan bercakapnya diam membisu.

"Balik tau. Dah waktu makan kau ni. Nanti nak makan ubat."

Muka yang menghadap ke luar tingkap menoleh ke hadapan. Kalih duduk tegak pula dan lurus sahaja pandangan tak berkelip.

Phi Chai hidupkan enjin kereta. Menaikkan tingkap di sebelah penumpang lalu memasang pendingin hawa.

Kereta bergerak perlahan keluar dari petak meletak kenderaan. Lampu jalan kiri kanan, rumah, kedai dan kenderaan yang berselisih semua sudah menyala. Lama sungguh duduk sahaja di dalam kereta tanpa hasil.

Minggu ke tiga duduk sahaja di dalam kereta. Budak-budak itu langsung tak nampak bayang. Semua lepas si sulung menyapa dia.

Sekali-sekala Phi Chai menoleh ke samping. Kesian, tapi apa daya dia dapat menolong. Hari tu macam sudah ada harapan, mana tau si sulung ntah apa nama, lupa pula nama budak tu, muncul sahaja terus tak nampak muka semuanya di taman permainan.

"Kau nak makan apa? ke restoran ye kita." Phi Chai masih mahu memancing suara teman di sebelah.

"Restoran mana!?". Tiba-tiba dan bersungguh bunyinya.

"Restoran kitalah. Aku masak ye untuk kau." Sedih mahu menjawab tapi Phi Chai tidak suka bunyi mengharap itu.

"Esok ke padang sana lagi ye... mana tau ada." Memang mengharap sungguh bunyinya. Sedih!

"Biar aku aje Kob tengok, kau duduk lama-lama macam tu jadi sakit badan je." Pujuk Phi Chai lembut.

"Kalau ada esok, dah aku tak nampak cucu aku! Hari lainnya aku datang dah tak ada!". Rengus Akob tidak bersetuju.

"Tiga minggu dah tak ada. Tak kan la esok ada." Phi Chai sakit hati degil Abob.

"Kau tak faham... kau tak faham apa rasa aku." Dari pandang lurus ke hadapan sudah tertunduk merenung sepasang kaki yang hilang.

Sayu sungguh. Macam bukan dia. Macam bukan Akob yang suatu masa dahulu kelibat dia sahaja sudah menakutkan musuh. Phi Chai geleng-geleng kepala perlahan.

Sampai hati kau Rock buat bapak kau macam ni!.

@@@@@@@

Roslan Li mengangkat satu beg beras sepuluh kilo ke dalam bonet kereta Honda crv-nya. Banyak barang yang harus dimasukkan.

Hari ini hari berbelanja barang kering seperti beras, rempah ratus dan lain-lain lagi untuk kegunaan restoran.

Tiba-tiba dia mendengar pintu penumpang belakang sebelah kiri dibuka. Tergesa Roslan Li yang terperanjat menjengah kerana dia datang berbelanja seorang sahaja.

Usai nampak sosok yang membuka pintu, Roslan Li teruskan kerjanya kembali. Sosok yang membuka pintu tersenyum suka melihat Roslan Li tidak beriak dan membiarkan tingkahnya.

Dia menolong Roslan Li memasukkan barang yang lebih kecil di dalam beg belanja ke ruang tempat duduk belakang kereta. Lepas satu dan satu lagi sehingga habis semuannya bersaing dengan Roslan Li di bonet kereta.

Kerja Roslan Li menjadi mudah dan selesai cepat dengan pertolongan yang tidak dipinta. Roslan Li segera ke tempat duduk pemandu. Melihat itu si pemberi bantuan segera berlari anak membuka pintu penumpang di sebelahnya.

Roslan Li sekadar membiarkan. Enjin kereta dihidupkan dan kereta bergerak meninggalkan bangunan pasar.

"Bukak radio boleh eh."

Roslan Li malas menjawab. Celoteh juruhebah stesen radio berkumandang kemudiannya berlarut hingga berselang dengan beberapa kali lagu. Mereka di dalam kereta masih kekal diam tiada perbualan.

"Errm... teruk jam kan."

Pancing penumpangnya mengajak berbual.

"Ngeteh dulu jom. A... aku belanja"

Krik krik.

"Kau tak boleh buat aku macam ni. Aku mana ada buat salah dengan kau."

Krik krik.

"Jom la Rock... kesian aku."

Roslan Li menjeling, sebal! Si kawan sudah tidak senang duduk. Sudah serba salah.

"Betul apa aku cakap. Bukan salah aku apa yang jadi..."

Gemok berhenti bercakap kemudian menarik nafas panjang. Roslan Li buat tak endah.

"Dah empat tahun Rock sejak accident... sumpah! aku tak tau apa-apa pasal kau sebelum tu."

Roslan Li kekal matikan diri. Tidak menyahut. Ini bukan kali pertama Gemok datang kepada dia dengan cerita dan bersumpah.

Sebelum ini dia tinggalkan sahaja Gemok. Hari ini bijak pula si Gemok ikut naik keretanya, mahu dihalau tidak tergamak pula.

"12 tahun Rock aku follow kau... sampai aku rasa kau macam abang aku."
"Sumpah aku tak tau apa-apa."
"Aku masuk kerja Akob cakap kau anak angkat dia. Akob, Phi Chai semua cakap yang sama."
"Kau sakit, hilang ingatan. Aku kena jaga kau".
"Aku tak tau kau polis yang aku tau kau sakit."
"12 tahun ikut kau... kau tak ada aku jadi bodoh kau tau."
"Kalau boleh aku nak kekal ikut kau tapi tak boleh... kau bayar gaji kecik."
"Nanti aku tak cukup. Nak bayar rumah, kereta... Mak aku lagi, hutang bapak aku yang dah mati tu lagi."
"Akob bayar aku cukup."
"Aku ambik shift dari pagi sampai malam sekarang."

Roslan Li buat bodoh. Malas dengar cerita dulu. Sakitnya hingga ke tulang hitam. Cuma dia tidak boleh menidakkan peranan Gemok dulu.

Sangat setia dengannya. Rasanya jika dulu dia arahkan Gemok turunkan berat badan pun lelaki ini sanggup.

"Kalau kau cari aku... aku kat restoran yang Bukit Bintang tau."
"Phi Chai dah naikkan pangkat aku... aku masak aje sekarang."
"Nak minta tolong apa-apa cakap aje. Nanti aku datang. Nombor aku sama macam dulu."
"Bisnes Akob sekarang semua yang halal. Tinggal restoran, sewa hartanah... dia dah jual pub dengan company kredit tu. Bukak pam minyak."

Lurus sungguh si Gemok. Roslan Li tadah sahaja telinga membiarkan Gemok bercerita. Dia tahu Gemok pernah datang ke restorannya ketika dia baru mula berniaga. Meminta kerja sebagai tukang masak.

Awalnya dia tidak kisah juga jika Gemok mahu tetapi apabila diberitahu nilai gaji langsung tidak jadi. Gemok... Gemok... Bersungguh mahu berkerja di bawahnya seperti dahulu.

"Kau tak nak jengah Akob ke Rock. Dia sakit."
"Aku dengar cerita Phi Chai... kau sebenarnya anak kandung Akob, betul ke?"

Sccrettttt....
Pinnnnnnnnn....

"Turun!"

Gemok terkulat-kulat. Antara terperanjat Roslan Li berhentikan kenderaan tiba-tiba sehingga dihon pemandu lain atau diarah supaya keluar dari kenderaannya.

"Depan sikit tak boleh ke Rock... dekat pam minyak tu. Nak hujan ni."

Pujuk Gemok takut-takut.

"Turun!!!"

Roslan Li jerit kuat-kuat tapi tidak memandang muka Gemok. Hatinya sakit. Dari ekor mata dia nampak Gemok turun dari kereta.

Dengar sahaja bunyi pintu ditutup, Roslan Li tekan pedal minyak sampai cecah lantai. Meluru kereta pergi.

Gemok di tepi jalan sepak angin kuat-kuat dua tiga kali melihat Honda crv Roslan Li semakin menjauh.

Terima kasih yang sudi membaca. Sekarang novelplus tukar system. Susah nak dapat pembaca baru. Kalau kwn2 sudi tlg promokan page saya ye. Kalau reader ramai bersemangat nak menulis. Novelplus tkar system dari cerita ke dua dulu. sb tu mcm tk seronok tak bnyk view. Huhu semangat yg hilang. Tapi saya benar2 berterima kasih kpd yg sudi membaca. Berbaloi masa berangan cari idea. Terima kasih kwn2. P/S Lagi satu ada Bab yang dulu Salah jarak umur bdk 3 tu abaikan ye. malas nak edit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience