Bab 42

Drama Series 23556

Rock pusing kiri pusing kanan bangku besar berodanya di dalam bilik pejabat. Memandang cek yang lelaki penyibuk serahkan pada petang semalam sebagai membayar habis hutang Shamsudin Marwan.

Hati dia sendiri dari awal tidak bulat mengatakan budak perempuan itu sosok yang sama dengan mimpinya sepanjang lebih sepuluh tahun ini. Tak mungkin, tak mungkin... budak itu sekarang lima belas tahun tolak sepuluh baru lima tahun.

Dia yakin dia mimpikan sosok itu kerana pasti sosok itu adalah orang yang dekat dengannya sepuluh tahun dahulu. Kalau sosok itu sekitar 15 tahun sekarang pasti lebih tua lagi. 25 tahun atau lebih daripada itu.

Herrmm...
Rock mengeluh panjang. Sosok itu berbahasa melayu dengannya. Ada juga perempuan Cina datang dalam mimpi Rock mengadu lapar dan dahaga. Rock yakin itu mungkin ibunya. Jika datang mesti dalam wajah sedih dan daif. Dia mahu menolong tapi bagaimana?.

Akob kata dia tiada gambar ahli keluarga Rock sebab dia hanya rapat dengan O Peng bapa Rock. Akob hanya menerima amanah Wei Yeen yang telahpun meninggal dunia untuk menjaga dia. Akob kata dia tidak pernah jumpa Wei Yeen.

Phi Chai ada tunjukkan gambar kumpulan gangster mereka ketika muda, gambar beramai-ramai. Itu sahaja gambarnya. Dia langsung tidak ingat sosok bapanya walau berulang kali melihat gambar itu. Mungkin kerana bapanya meninggal sebelum dia lahir.

Perempuan Cina itu ibunya. Perempuan muda dan tua itu melayu, Rock sangat pasti yang itu. Persoalannya kenapa mesti melayu? Kenapa melayu dan kenapa perempuan yang merayu-rayu dia pulang. Tak mungkin mimpi itu hanya mainan jika berulang-ulang begitu dan orang yang sama setiap kali.

"Kepala kau dah okay ke?"

Rock tersentak. Akob tiba-tiba berada di hadapannya. Entah bila masuk ke dalam ruang pejabat.

"Okay... kenapa?"

"Gemok cakap kau frust tak dapat cucu Udin. Kau nak simpan dia, kepala bawah kau dah okay ke?"

Rock terdiam seketika, cuba mencerna soalan Akob sebelum kemudiannya teringat Akob sudah tahu masalah kelelakiannya.

"Saja... budak tu comel dan nampak macam bongok-bongok sikit. Kalau aku bela dia mesti boleh handle dia."

"GRO dekat pub kan ramai, kau try test tengoklah kat diaorang. Kena asah selalu kot baru okay."

Rock dengar sayup-sayup saja cadangan Akob. Itu semua bukan masalah utama hidup dia. Mencari diri dia yang sebenar adalah yang paling penting dalam hidup dia sekarang ini. Bertanya Akob hanya buat hidup dia semakin sesat ke barat. Dia hidup dalam persoalan. Rock tak suka macam tu.

"Kau sihat ke tak ni? kepala atas sakit?"

"Tak ah! aku okay je."

"Lemau macam ni okay!?"

"Aku orang la... bukan robot. Orang tua tu katanya cedera teruk. Kesian, kau faham tak perkataan kesian?"

"Betullah kau ni samseng tahi kucing!"

"Kob... betul ke dulu aku memang samseng, memang gangster?"

"Kau ni dah kenapa? Aritu kau pukul Udin ke, Udin yang pukul kau!?"
"Kau ada terhantuk kat mana-mana ke!?"

Suara Akob sudah melengking marah. Berginilah selalu, setiap persoalan Rock akan ada situasi seperti ini yang akhirnya akan buat dia malas bertanya kerana kemudiannya Akob akan mengungkit-ungkit jasanya membesarkan Rock.

"Kau ni memang betullah tak mengenang budi! berani kau fikir aku tipu kau ye! Jenuh aku tolong jaga kau supaya ingat siapa diri kau, last-last aku jugak yang buruk!"

Akob keluar dari pejabat dan menghempas pintu dengan kuat. Bergegar beberapa frame yang tergantung di dinding pejabat kerana hempasan yang kuat itu.

Rock mengeluh lagi.

Tak apalah, aku okay... sihat, banyak duit, ada kuasa, ada pengikut... apa lagi aku nak.

Lupa pun lupalah.

@@@@@@@

"Mak..."

Kasmah berhenti dari pekerjaannya mengelap badan Kak Manis yang terbaring sahaja. Maklong Manis terjatuh di tangga anjung rumah lalu cedera tulang belakang. Puncanya mahu menghalau Sharifah Zarina yang membunyikan hon kereta sekuat hati kerana Badriah tidak mahu keluar berjumpa dengannya.

Kasmah beri perhatian kepada Badriah yang seperti ada sesuatu mahu dikatakan. Maklong Manis turut menoleh.

"Ye Eiya."

Badriah menilik jari-jemarinya yang bertaut di atas riba, sedang mencari kekuatan.

"Kenapa Eiya? Ada orang masuk meminang ke?"

Soalan Maklong Manis membuatkan Badriah mendongak cepat-cepat dan tertawa kecil. Hilang sedikit gemuruhnya.

"Taklah Maklong... mana ada."
Ada beberapa orang sebenarnya, tapi Badriah tak mahu. Masih rindu dan sayangkan Johar.

"Abis tu, kenapa macam cemas aje ni."

Kasmah biarkan sahaja Maklong Manis bertanya. Biasanya dia tidak buat begitu kepada Badriah. Dia maklum sifat Badriah yang suka memendam jadi untuk setiap perkara dia biarkan anak itu bercakap apabila bersedia.

"Eiya dapat offer kerja, tapi jauh."

"Kat mana jauh? Bandar? Ayer Keroh? Muar?"

"Ermm... KL."

"Jauh sangat Eiya... tak payah, tak payah."

Cepat pantas Maklong Manis memintas. Kasmah sedari tadi tidak menyampuk sepatah perkataan. Dia hormatkan Maklong Manis sebagai saudara tua dan tuan rumah. Sepupunya ini melayan dia, anak dan cucu-cucu dengan amat baik.

Badriah tatap mata Kasmah meminta sokongan. Kasmah larikan pandangan. Betul pendapat Kak Manis pada fikiran Kasmah. Kuala Lumpur itu jauh sangat.

Nanti dia akan terpisah dengan cucu bertiga. Kasmah tak rela walau dia terpaksa mengikat perut sekalipun kerana berkongsi rezeki sejemput berlima dan berenam dengan Kak Manis tak mengapa.

Badriah tahan nafas supaya tidak mengeluh di hadapan ibu dan Maklong Manis. Badriah tahan juga air mata supaya kekal nampak kuat walau dia rasa amat rapuh sekarang ini.

Dia sendiri tidak penuh hati dengan usulnya sebentar tadi. Seperti selalu dia terpaksa dan ada yang memaksa dalam senyum bersuara. Mahu dibantah dia tahu pendapat yang disuarakan tak ada salah. Mungkin bukan perkataan memaksa yang tepat digunakan, lebih kepada merayu.

Kak Midah, anak Maklong Manis menahannya ketika mahu pulang selepas menjemput Faiz dari sekolah agama minggu lepas. Seminggu selepas Maklong Manis jatuh tangga kerana geramkan perangai buruk Sharifah Zarina.

Allah...
Kak Midah betul. Maklong Manis dan ibunya berhak mendapat hidup yang lebih tenteram di usia emas mereka. Dia yang muda memang masih perlu berjuang dalam perjalanan hidup, mereka pernah berjuang juga dan masa rehat mereka sudah tiba. Badriah sedar dia berlaku tidak adil kepada Mak dan Maklong Manis. Ibunya sudah melalui berbagai dugaan hidup, Maklong Manis tidak kurang juga.

Kegilaan Sharifah Zarina memang melampau. Undang-undang tidak menakutkan perempuan itu. Amaran polis Sharifah Zarina buat tak layan. Dia tidak akan berhenti mengganggu selagi Badriah tidak menyerahkan pemilikan rumah flat itu kepada nama Sharifah Zarina dan Badriah pula kena kekal pertahankan rumah itu dari segi undang-undang walau Ibu mertuanya tetap tinggal di situ.

Tawaran perkerjaan dari rakan sekolahnya sebenarnya sudah lama dia terima. Rasanya tidak lama selepas Johar meninggal ketika dia terpaksa tinggal di hotel budget. Ketika itu dia rasa buah fikiran ibunya supaya tinggal di Pernu lebih baik untuk mereka lima beranak. Manalah Badriah tahu Sharifah Zarina sanggup bertindak gila mengejarnya sehingga ke Pernu seperti sekarang demi mendapatkan rumah flat itu.

Badriah rasa keputusan untuk pergi adalah yang terbaik untuk dirinya. Ibunya pernah seorang membesarkan dia dan Abang Li. Walau tak sempurna tapi mereka pernah bahagia dalam cara mereka.

Badriah nekad kali ini dia mahu berdikari. Biarlah ibunya merasa hidup tenang dengan Maklong Manis. Kata Kak Midah jika Badriah setuju untuk pergi mereka akan menyorokkan Mak dan Maklong Manis di kampung mertuanya untuk seketika. Mungkin sehingga Sharifah Zarina dapat diredakan seketika kegilaannya kerana tidak nampak Badriah di Pernu lagi.

InsyaAllah dia boleh. Allah ada.

maaf kwn2 tak de idea + tak ckup masa. Kekal bertahan ye. Sy Cuba abiskn cpt. InsyaAllah cite ni tk tergantung. Sy usahakan dpt siapkan. terima kasih masih sudi singgah membaca cite Sy. syg sume

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience