Bab 17

Drama Series 23522

"Kita buat report polis Acik Mah. Tolonglah." Jatuh air mata lelakinya melihat Acik Mah yang terbaring uzur di atas katil hospital.

"Saya mintak tolong kawan-kawan uruskan kes ni. Ini salah Acik Mah. Mana boleh buat Eiya macam tu!"

Tangan Kasmah dalam genggaman anak itu. Bersungguh-sungguh Roslan Li memujuk Kasmah supaya membuat laporan polis. Berulang kali Roslan Li datang dan terusan memujuk.

Badriah pula setiap kali Roslan Li datang ke katil Kasmah dia akan menyembunyikan diri. Baik Kasmah, Badriah dan Roslan Li masing-masing tidak dapat menerima hakikat yang telah terjadi.

"Li... dengar sini Acik nak cakap. Li teruskan hidup ye Sayang. Kami minta maaf, semua tak berlaku macam yang kita mahu, yang kita rancang. Acik minta maaf. Maafkan Eiya juga."

Bergetaran suara Kasmah yang tersedu-sedan menangis memujuk Roslan Li beralah dengan suratan yang terjadi.

Kasmah bimbangkan keselamatan Badriah dan Roslan Li. Dia yakin ugutan Junid bukan gurauan. Tidak dia lupa Junid mengugut sambil menampar mukanya berulang kali di dalam kereta ketika malam Junid menipu mahu membawa ibunya berurut.

Jika Kasmah tidak menurut rancangannya Junid akan membunuh Badriah dan Roslan Li. Mendengar sahaja sudah ngeri bayangkan jika dia terpaksa menghadap ujian itu ketika ianya benar-benar berlaku?.

Tidak!
Dia mahu anak-anaknya terus hidup. Jika masih hidup pasti ada cara untuk mereka menamatkan sengsara ini.

@@@@@@@

Roslan Li mengheret Badriah mengikutnya menuju ke bangku batu di kaki lima susur gajah wad HSA. Berjam Roslan Li menunggu di hadapan surau perempuan untuk bertemu muka dan berbincang dengan Badriah yang menyembunyikan diri darinya.

"Eiya tolonglah sayang... Abang tak boleh hidup tak ada Eiya dengan Mak. Kita lawan diaorang ye. Please sayang."

Hilang sudah rasa malu dan adab yang selalunya di jaga jika berdua dengan Badriah. Roslan Li tidak mahu mengalah seperti kemahuan Acik Mah.

Acik Mah dan Badriah tidak mahu dia kehilangan pekerjaan dan masa hadapan jika terpaksa berlawan dari segi undang-undang atau tenaga dengan keluarga Acik Junid. Dia tidak peduli hilang semua tapi dia perlukan kerjasama mereka berdua. Dia tidak mungkin berjaya jika seorang diri.

"Abang... Eiya minta maaf. Tolong maafkan Eiya dengan Mak. Kami dah gagal. Abang kena kukuhkan diri Abang. Janji dengan Eiya Abang kukuhkan diri Abang dan datang balik kemudian hari untuk selamatkan kami. Untuk hari ni keputusan kami muktamad... kami tak mampu ikut cakap Abang. Mak tak sihat Abang. Eiya dah isteri orang ikut undang-undang. Kami dah buruk dari segi maruah. Kalau kita teruskan juga sekarang kita tetap jadi orang yang salah, orang yang kalah."

Roslan Li mati kata. Hanya dalam masa dua minggu dia kehilangan keluarga. Dia hilang cinta. Bukankah sepatutnya hari yang sampai ini dia sedang berbahagia dengan keluarga miliknya ini di Kelantan? Kenapa begini jadinya takdir hidup dia? Apa Salah dia?.

"Tak! tak! Eiya tak boleh mengalah macam ni. Lebih baik Eiya bunuh aje Abang kalau nak buat macam ni!"

Roslan Li hilang sabar. Dia buntu. Macam mana dia mahu teruskan hidup tanpa mereka berdua. Semangatnya bakal hilang.

"Lepaskan Yah".

Roslan Li dan Badriah serentak menoleh. Entah sejak bila Johar berdiri di belakang mereka dengan gigi terketap rapat dan wajah merah menahan marah.

Badriah panik. Bukan Johar sahaja sudah merah padam, Roslan Li juga sudah bertukar warna yang sama.

"Abang, Abang, sabar Abang."

Badriah tarik tangan Roslan Li yang sudah melepaskan tautan ke tangannya. Badriah paut dada Roslan Li yang sudah maju ke hadapan Johar.

Tindakan Badriah hanya memburukkan keadaan. Johar yang melihat Badriah seakan memeluk Roslan Li membakar hangus kesabarannya. Johar layangkan tangannya ke arah Roslan Li tapi syukur berjaya di tepis kerana jika tidak ianya mendarat di kepala Badriah.

Roslan Li tolak Badriah ke tepi. Kemudian dua lelaki yang sudah naik minyak itu saling melayangkan tumbukan dan tendangan. Badriah hanya mampu menjerit dan menangis. Muka keduanya sudah pecah berdarah tapi masih tiada pemenang dan beralah.

Orang ramai mula berkerumun di situ. Dua tiga pelawat lelaki berbadan besar mula masuk ke medan tarung meleraikan mereka berdua. Kemudian datang polis bantuan menahan Roslan Li dan Johar.

Badriah terduduk di kaki lima susur gajah menangis teresak-esak. Dia takut, dia risaukan nasib Roslan Li. Junid tidak akan lepaskan Roslan Li semudah ABC. Kerana sikap Junid itu dia dan Mak beralah sekarang ini.

Allah!
Tolonglah kami ya Allah!

@@@@@@@

"Kau anggota ke?"

Roslan Li sekadar mengangguk. Dia sudah hilang semangat. Badriah tidak datang menjenguknya. Dia faham pasti gadis kecilnya ketakutan. Takut dengan Johar suaminya dan Junid bapa tirinya.

"Kau tau tak dia siapa? Perempuan ramailah. Cari lain aje. Tak berbaloi kerja kau untuk seorang perempuan."

Badriah bukan hanya seorang perempuan. Dari lahirnya gadis kecil itu dia adalah semangat untuk Roslan Li. Tangannya turut menolong menguruskan gadis kecil itu membesar. Sakit pening gadis itu juga menjadi kesakitannya.

"SI Abdul Jalil, Balai Nibong suruh tolong kau. Ni kau lepas atas jaminan ketua balai tau. Lepas ni kau terus balik sana."

Balik sana dan tinggalkan Acik Mah dan Badriah menghadap segala ketidak adilan ini sendirian!. Maruahnya sebagai lelaki pembela keluarga sudah sama aras dengan tapak kasut. Beginikah yang dimaksudkan orang lelaki dayus. Tidak dapat menyelamatkan ahli keluarga perempuan mereka daripada keburukan sekeliling.

"Lawyer Junid tu dah bincang dengan ketua balai, kalau kau terus balik sana tak balik sini lagi... case closed."

Betullah cakap Acik Mah mereka gunakan duit dan kuasa. Dalam masa setahun setengah sahaja dia kehilangan kebahagiaannya di tangan mereka. Sepatutnya dari awal dia memberitahu segala buruk laku Acik Junid kepada Acik Mah.

Sepatutnya hari dia tahu Acik Mah akan menerima Acik Junid sebagai suami dia menegahnya. Sebaliknya dia tersilap, meletakkan harapan Acik Mah boleh mendapat bahagia pada lelaki yang dari awal sudah terangan membenci dia yang ada dalan kehidupan Acik Mah dan Badriah.

"Kalau ikut tuduhan kat sini, kau memang salah kacau bini orang."

Sampai bila-bila sekalipun Badriah miliknya! gadis kecilnya!. Tiada orang lain antaranya dan Badriah!.

"Ikut cakap aku... kau jadi orang besar dulu baru datang semula fight dengan dia. Okay!"

'Janji dengan Eiya Abang kukuhkan diri Abang dan datang balik kemudian hari untuk selamatkan kami' Terngiang-ngiang kata-kata Badriah sebentar tadi.

Seberat ini ke masalah yang berlaku. Bagaimana untuk dia jadi orang besar? Apa yang harus dia lakukan?

Dia mahu keluarganya semula. Dia mahu Badriah dan Acik Mah seperti sebelum satu setengah tahun yang lalu.

Roslan Li fikir dengan kerjaya yang diminatinya ini dia akan dapat membawa Acik Mah dan Badriah keluar dari belengu kemiskinan dan hinaan. Dia fikir dia akan dapat memberi kebahagiaan kepada mereka berdua.

Tapi...
Lihatlah hari ini. Keluarga kecilnya sedang dibuli dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia di sini di dalam lokap polis hanya kerana dia cuba mempertahankan keluarga yang hanya itu dia ada.

@@@@@@@

Bas sudah bergerak meninggalkan Terminal Bas Larkin. Roslan Li duduk menyandar di bangku bas merenung ke luar. Mengira satu satu lampu jalan yang tertinggal ke belakang oleh kelajuan bas yang bergerak.

Apa yang dia dapat daripada cuti seminggu di sini. Non! Nil! Zero! kosong!.

Bahagianya sudah hilang. Kebahagiaannya menarik diri. Beralah dengan takdir. Tidak mahu berjuang sama-sama dengannya. Membiarkan dia dimamah rasa sesal yang amat.

Selalunya dia pulang dengan bekalan doa dari Acik Mah. Ibu yang cuma satu itu tinggal untuknya di alam ini. Biasanya juga dia pulang dengan bekalan senyuman dari gadis kecilnya, penawar untuk hidupnya yang sunyi sebagai perantau.

Roslan Li hilang semangat. Mukanya pecah, badannya penuh lebam bukti dia sudah cuba berjuang... sendirian!!!

Arghhh!!!
Kali ini kembalinya semula ke Kelantan dengan hati yang masih kerinduan. Rindukan kenangan sebelum setahun setengah yang malang ini.

rmai yg mrah Sy nikahkan yah dgn har. maafkan Sy. pernikahan mrk perlu utk ke arah tajuk. kpd yg msih sudi bersama gangster yang cedera parah tqvm kwn2. menyusut dgn ketara ye. huhu Sy yg menangis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience