Bab 41

Drama Series 23522

"Dah! Dah!"

Dua lelaki pengawal dan pemandu Akob berhenti daripada memukul orang tua yang sudah terduduk di lantai dan tersandar di dinding tangga untuk ke pusat snooker.

"Kenapa ni.?"

"Dia janji dengan Akob tiga orang GRO baru untuk Pub, sebab tu Akob bagi dia pinjam lagi 20k aritu dan bagi dia minum dan bertaruh lagi kat belakang... Sampai sekarang GRO tak ada."

Pengawal Akob menerangkan sebab dia mendebik orang tua itu.

"Sign sini..."

Rock tonyoh beberapa helai kertas ke dada lelaki tua yang masih duduk tersandar. Dia memang mencari orang tua ini sejak dua bulan lepas.

"Apa ni?"

Lelaki tua itu mendongak dan bertanya kepada Rock selepas membelek helaian kertas di tangannya.

"Sign je la!"

Rock rampas helaian kertas yang mula renyuk dan hempas tiga kali ke muka dan kepala lelaki tua itu. Darah dari bibir dan hidung menjangkit pada putih kertas yang dihempas.

Dengan tangan terketar-ketar lelaki tua itu menyambut huluran sebatang pen dari tangan Gemok. Tandatangan juga diturunkan dalam keadaan tangan terketar-ketar. Manakan tidak dia dikelilingi empat orang lelaki bertubuh besar.

"Sebulan sekarang bayar RM seribu, campur interest sekarang hari bulan hari ni, semua sekali aku bulatkan RM63K. Dua bulan aku cari kau tak jumpa jadi hari ni kau mesti bayar 3K. Dua bulan bayaran bulanan total 2K. 1K lagi cas lambat dengan denda susah cari kau dua bulan."

"Hey! hey! mana boleh macam tu! Cucu aku bayar tiap-tiap bulan rm500 kan!.

Hahahahaha....

Rock ketawa kecil, semakin lama semakin besar bunyi ketawa Rock. Menjangkit pula pada Gemok diikuti pengawal dan pemandu Akob.

Apabila Rock matikan tawanya yang lain ikut sama. Wajah Rock bertukar serius dan rahangnya bergerak-gerak menahan marah.

"Pertama jangan berani-berani nak hey hey kan aku. Dua, rm500 tu untuk kiraan hutang kau yang lama dulu sebelum kau tambah lagi rm50K."

Suara Rock mendatar sahaja tapi cukup mengerunkan, bukan sahaja kepada orang tua itu tapi juga kepada tiga orang bawahannya.

"Tapi... tapi... aritu kan janjinya 30K tu upah aku carikan GRO yang mula-mula lima orang tu. Kau... kau tak caye... kau tanya Akob!"

"Eh! bodoh kau! Akob cakap kau boleh pinjam 30K kalau dapat carikan GRO lima orang bukan upah bodoh! Upah kau Akob dan kurangkan hutang minum dengan judi kau kat bilik belakang.!"

Pemandu Akob yang berdiri di belakang pengawal maju ke depan kemudian mencengkam rambut orang tua itu sehingga terdongak ke atas.

"GRO lagi tiga orang yg baru pun kau tak supply! Kau nak ganti dengan siapa? Mek!? Cucu kau!?".

Mendengarkan kata-kata pemandu Akob, orang tua yang asalnya hanya diam mula meronta hingga terlepas. Bagai lipas kudung kemudiannya berlari menuruni tangga pusat snooker.

Ke empat mereka yang tidak menyangka orang tua itu mampu melarikan diri, kelam kelibut mengejar. Oleh kerana keadaan orang tua itu yang sudah teruk dipukul sebelum itu maka sekejap sahaja mereka dapat menangkap semula.

"Macam mana Boss?".

"Bawak tempat cucu dia. Aku nak cucu dia malam ni jugak!"

Rock hilang sabar dengan orang tua yang sudah semakin teruk dibelasah lagi oleh pemandu dan pengawal Akob. Mereka mengheret orang tua itu melalui celah-celah bangunan menuju ke satu arah lorong belakang yang diberitahu pemandu Akob sebagai restoran tempat cucu orang tua itu bekerja.

Dari jauh Rock nampak sosok gadis itu di pintu belakang kedai. Sedang mengunci pintu, aik! kebetulan sangat ni. Budak perempuan itu tersentak apabila melihat mereka datang menghampiri dengan datuknya yang cedera sedang diheret bersama.

"Tok! ke..kenapa ni!?"

"Hai cantik!"

Rock menyapa mesra si gadis yang sudah mula tergigil. Sepertinya budak perempuan itu sudah menangkap duduk cerita.

"Jom Sayang... atok kita cakap awak Abang Rock punya sekarang."

Rock menyakat budak perempuan yang sudah pucat lesi dan menggigil kuat.

"Tak! Aku tak ada cakap pun. Nanti aku bayarlah!"

Lelaki tua itu menyampuk cepat apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Rock.

"Kan... saya bayar. Tak... tak pernah tak bayar."

Bibir si gadis bergetaran, boleh nampak berdirinya sudah goyah dan air mata kasar-kasar butirnya jatuh ke pipi.

"Sayang... atok kita ni dah tambah hutang. Bulanan pun dah tambah. Tapi tak pe... Sayang ikut je Abang Rock nanti kita bincang bayar macam mana."

Suka Rock mengolok-olok budak perempuan yang ketakutan itu. Dia memang berharap dapat bawa pulang gadis itu malam ini juga. Ada banyak perkara mahu dia bualkan dengan budak perempuan itu.

Pengikutnya yang bertiga sudah ketawa berdekah-dekah dengan ayat Rock sambil bersiul penuh makna. Kalau Rock sudah tak mahu mungkin ada rezeki mereka sisa Rock seorang secicip.

"Tokkk pinjam be...berapa sekarang."

"63 ribu je."

Bulat mata cantik si gadis yang basah dengan air mata mendengar jumlah angka yang disebut Rock.

"Sa..say...a bay..ar. Ta...pi sama 500 sampai bila-bila."

Mendengar jawapan si gadis, Rock bantai ketawa berdekah-dekah. Sengaja mahu mempermainkan budak perempuan itu sementelah si gadis sudah ketakutan sangat. Three stooges menyambung tawanya sebagai bunyi latar.

"Meh Sayang... dah malam sangat ni. Abang Rock sejuk. Sayang ikut Abang balik panaskan Abang ye."

"Lari Na! Lari!"

Tiba-tiba orang tua yang sedang berlutut di atas jalan lorong belakang itu menjerit kuat. Si gadis yang tersentak mengambil langkah seribu. Mencicit berlari menghala ke hujung lorong belakang yang gelap.

Rock bagi penampar Jepun se das ke muka lelaki tua itu sebelum mula membuka langkah mengikut Gemok yang sudah duluan mengejar si gadis.

Larian Rock terhenti di hentian bas bersebelahan sebuah pam minyak kerana si gadis berjaya ditahan Gemok di situ. Tidak lama kemudian menyusul pula pemandu dan pengawal Akob bersama orang tua yang sudah agak parah kecederaannya.

Lelaki tua itu masih mahu mencuba menyelamatkan cucunya dalam keadaan yang sudah teruk begitu sebelum jatuh terbaring dan cuba melindungi mukanya dari tumbukan pemandu Akob tapi kemudiannya terus tidak bergerak.

Cucunya yang ketakutan memeluk erat tiang pondok hentian bas apabila mereka cuba menariknya. Walau mereka cuba menyakitkan si gadis tapi dia tetap bertahan memeluk tiang dengan eratnya.

Sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan hentian bas. Semua yang berada di situ menoleh.
Keluar dari kereta seorang lelaki yang menyeluk tangan kiri ke dalam kocek seluar dan melangkah perlahan ke arah mereka.

Lelaki tua itu sudah terbaring tidak bergerak manakala budak perempuan itu yang rambutnya kusut masai dalam genggaman tangan pemandu Akob yang cuba menariknya supaya melepaskan pelukan ke tiang sedang menangis teresak-esak.

"Kau nak apa!? Nak menyibuk! Blah sana!" jerit pengawal Akob yang bertubuh besar itu.

"Relax la bro... benda boleh bincang baik-baik buat apa gaduh"

Lelaki muda yang baru turun dari kereta itu cuba berdiplomasi dengan tenang. Ayat lelaki itu mereka sambut dengan ketawa mengejek yang membingitkan telinga.

"Mende kau! bincang..."

Dan mereka sambung ketawa mengejek.

"Orang tua ni berhutang dengan aku tak nak bayar. Kitorang tak kisah sebab cucu dia ni boleh bayar. Tapi bulan ni ada masalah pulak... dia tak boleh bayar sebab atok dia yang tahi judi ni dah tambah hutang, dia nak bayar jumlah yang sama macam bulan lepas... tak dapat dik..."

Rock menerangkan, sambil bercakap Rock meludah ke arah orang tua yang terbaring tidak bergerak itu kemudian sempat menyepak kaki lelaki tua itu supaya dia nampak mengerunkan kepada lelaki yang datang menyibuk itu.

Agaknya melihat budak perempuan yang teresak-esak lelaki itu jatuh kasihan. Nampak dia berfikir sejenak.

"Berapa banyak dia hutang?"

"Alamak abang kacak hero Malaya nak bayar la"

Gemok menganjing soalan lelaki itu, kemudian mereka berempat ketawa terbahak-bahak.

"Yang penting hutang tu berbayar kan." jawab lelaki itu kekal tenang.

"Kalau aku bagitau kau jangan lari pulak... rm63K!!!"

Terjongket bibir Rock tersenyum sinis mengejek penyibuk itu. Agaknya dia fikir tujuh lapan ribu sahaja hutangnya.

"Tak dapat bayar tak pe bro... adik manis ni boleh bayar. Aku letak budak ni kat club, cukup setahun hutang mesti habis bayar..."

Rock sambung lagi sambil tersengih-sengih mencuit dagu budak perempuan itu yang terdongak kerana rambutnya digenggam pengawal Akob.

"63k!... ok aku bayar"

"Wow! manyak dasyat ye lu bro"

Rock agak terperanjat tapi kekalkan wajah sinis dan kekal menganjing kata-kata lelaki itu.

"Dik... mari sini kat saya"

Gamit lelaki penyibuk dengan tangan kanan meminta budak perempuan itu datang kepadanya.

"Hei! nanti dulu... banyak cantik perangai lu bro. Kau ingat dia ni pinjam duit dari jiran sebelah rumah lu ke hah!?. Sergah Rock.

"Apa jaminan kau akan bayar hutang tua kutuk ni?

Soal Rock dengan garang.

Lelaki itu terdiam seketika. Tiba-tiba lelaki itu berpaling menuju ke pintu kereta sebelah penumpang dan membukanya kemudian menarik laci dashboard mengeluarkan seutas jam tangan.

"Rolex Ori limited edition. Kat pasaran rm15k aku letak buat cagaran"

Seutas jam tangan lelaki itu hulur kepada Rock.

"Kau ni reti congak ke tidak rm15k nak pergi rm63K tu jaaaaaauuuh sangat la!"

Rock tempelak bengis.

"Kau dengar tak aku cakap aku letak buat cagaran. Aku mesti datang bayar sebab jam ni arwah bapak aku yang hadiahkan kat aku"

Pintas lelaki penyibuk dengan nada menyampah.

Rock buat tak dengar kata-kata lelaki penyibuk, dia sibuk mengambil gambar jam tangan tersebut dan berbalas pesanan dengan seorang budak Akob di bahagian cagaran. Suasana sunyi seketika yang kedengaran hanyalah bunyi kenderaan yang sesekali melintasi perhentian bas itu.

"Nombor telefon!"

Rock sergah lelaki itu tiba-tiba sambil menghulurkan telefon bimbitnya.

Lelaki penyibuk menyambut dengan tangan kanan dan menekan nombor telefonnya kemudian menghantar panggilan. Kedengaran bunyi telefon bimbitnya berbunyi dari dalam kereta kerana pintu sebelah penumpang yang tidak bertutup.

"Esok aku roger kau untuk setting tempat. Pastikan duit tu dah ready. Kalau tak... kau di alu-alukan untuk datang ke club merasmikan budak perempuan ni"

Rock ketawa mengejek diikuti rakan-rakannya yang lagi tiga orang.

Skreeettt...

Semua mereka yang berada di situ memandang ke arah jalan. Sebuah kereta Audi berwarna putih berhenti mengejut di belakang kereta lelaki penyibuk. Seorang lelaki lain terburu-buru keluar dari kereta.

"Uuuuuu... panggil back up"

Rock menganjing lagi dan mereka berempat ketawa terbahak-bahak lagi.

Sambil ketawa mereka berjalan melepasi dua orang lelaki itu lalu Rock menepuk bahu lelaki yang baru sampai dua tiga kali
"Lu lambat bro".

Lelaki itu menepis sambil merengus marah. Mereka berempat sekadar ketawa kemudian melintasi jalan menuju ke arah lot kedai di seberang sana jalan.

Huh!
Tak apa la kalau tak dapat budak perempuan itu, dapat pungut hutang lebih penting. Nanti dia akan fikirkan cara. Mungkin juga lelaki tadi temberang sahaja. 63k tu!.

Maaf ye. lmbt. bnyk urusan. urusan anak urgent. tqvm msih sudi bersama Sy. jasa kwn2 sgt dihargai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience