"Kau jugak yang suruh bagi kan. Aku ikut cakap kau."
Akob bercekak pinggang, tidak mahu duduk. Bercekak pinggang sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menyelak-nyelak helaian kertas di atas meja di hadapan Rock.
"Banyak ni. Dekat 30k. Memang aku ke yang kata boleh?"
"Abis tu? Aku follow arahan siapa? Ravi?"
Menyampah pulak Rock dengan cakap Akob. Dah pening mahu pura-pura hilang ingatan pulak. Amnesia macam aku baru tahu. Cemuh Rock dalam hati.
"Sebelum ni siapa bayar? Anak perempuan dia dah mati kan. Lima enam tahun dah mati."
"Ravi! siapa bayar hutang orang tua Udin ni?"
Kerani lelaki baru itu cepat-cepat menghampiri meja kerja Rock. Seram melihat wajah Akob yang tegang sejak sampai setengah jam yang lalu.
"Cucu dia Boss. Cantik Boss macam Aishwarya Rai. Putih melepak macam Mak dia."
Ravi terkenang-kenang wajah Siti Husna, kerana dia sudah berjiran lama dengan Udin. Sejak dia kecil. Walaupun Siti Husna baru berusia 13 tahun kecantikan semulajadinya sudah terserlah.
"Aik! bukan anak Salina tu kecik lagi ke? Umur berapa budak tu?"
"13 Boss. Tapi dah tak sekolah. Udin tak bagi pergi sekolah."
"Dia kerja dengan bini yang kena penjara tu... sape nama... alah yang dulu bouncer pub yang terbakar tu..."
Ravi ketuk-ketuk dahinya dengan jari cuba mengingat.
"Badrul?" Akob cuba meneka.
"Ha! ye Boss." Lega kepala Ravi
"Ooo... Si Mek yang garang nak mampus tu."
Rock menyampuk perbualan Akob dengan Ravi.
"Ha! ye yang tu. Kerja kat restoran Bahari, polis yang dah transfer Sabah tu."
Yang tu Rock tak tahu.
Sejak sampai sini Akob sudah pesan jauhkan diri dari terlibat dengan polis.
"Apasal aku tak pernah nampak?"
Soal Rock mahu ambil tahu. Sejak beberapa tahun yang lepas pejabat telah diubahsuai. Cermin dua hala itu sudah tiada untuk dia melihat ke luar, ke kaunter pungutan hutang.
"Biasa Mek datang bayar. Tak pun adik dia si Sukri." Ravi menerangkan.
"Oh! aku dah ingat kenapa aku bagi dia pinjam!"
Akob angkat tangan kanan ke atas kemudian memetik jari.
"Budak GRO Indon lima orang tu dia supply."
"Aaaaa..."
"Aaaaa..."
Baik Rock mahupun Ravi, Kedua-dua merasa lega. Nasib Akob belum mengamuk la!.
@@@@@@@
"Kita pergi check jom Ayah."
"Sakit sikit nak check. Buat apa? Makan ubat batuk baik la ni kejap lagi."
Badriah tak puas hati sungguh. Daripada sebelum melahirkan Fauzan sampai Fauzan sudah berusia empat bulan batuk Johar masih belum kebah. Lebih membimbangkan batuk Johar itu tidak berjangkit kepada orang lain di dalam rumah.
"Please Ayah...."
"Okay. Nanti kita pergi ye."
Begitulah selalu Johar mematikan rayuannya. Berjanji yang tidak ditepati.
"Har, mintak Mommy seratus. Kawan-kawan ajak ngeteh."
"Mommy... pagi tadi Har baru bagi seratus Mommy cakap nak pergi breakfast."
"Amboi Har! berkira! Kalau si Kasmah mintak, dapat aje!"
"Mak tak pernah mintak duit Har Mommy."
"Eeeehh! Har fikir dia apa? Malaikat? tak guna duit!"
"Kau nak membela pun agak-agaklah dengan siapa kau bercakap. Kau ingat aku tak boleh baca perangai orang?"
Sharifah Zarina sudah naik angin. Sakit hati jika Johar memuji Kasmah. Yang baik semua Kasmah, yang buruk mesti dia. Mana tak hangin!.
Badriah kerut-kerutkan kening dan matanya, memberi isyarat kepada Johar supaya menurut sahaja permintaan Sharifah Zarina. Fauzan yang tertidur sedang menyusu badan sudah mula bergerak-gerak di pangkuannya.
Johar yang faham dan malas banyak bunyi kerana anak-anak sedang tidur petang segera mahu bangun untuk masuk ke bilik mengambil duit yang diminta Sharifah Zarina.
Johar angkat kepala Fahim yang berbantalkan pahanya kemudian letak di atas bantal sebelah Faiz. Johar paut sofa tempatnya bersandar sebelum terduduk kembali. Johar pegang dadanya sebelah kanan yang rasa pedih terbakar.
Kenapa ni?
Rasa sakit semakin bertambah. Dadanya rasa sakit yang amat, sebelum dia rasa semakin sukar untuk bernafas. Johar toleh ke muka Badriah menghantar isyarat kerana dia gagal bercakap akibat terlalu sakit di dadanya.
"Ma..."
"Ayah!"
Badriah terperanjat apabila Johar yang dalam keadaan duduk menyandar di sofa tumbang ke kanan tidak bergerak.
@@@@@@@
Kasmah baru sampai dari Shah Alam kurang lebih setengah jam yang lalu. Anak saudara sepupunya yang datang mengambil. Akhirnya dia pulang ke Pernu juga. Mengambil keputusan menerima tawaran anak saudara sepupu supaya tinggal bersama Ibu mereka yang merupakan sepupu Kasmah sebelah ibunya.
Rumah ini rumah pusaka keluarga. Milik bapa kepada Ibu Kasmah. Kemudian Abang sulung ibunya terpilih menjaga rumah pusaka ini. Apabila bapa saudaranya itu meninggal, sepupu Kasmah pula tinggal di sini hinggalah suaminya meninggal. Kerana itu anak saudara sepupunya meminta Kasmah tinggal bersama Ibu mereka sebagai kawan.
(CARA AUTHOR BILA TAK ADA IDEA TAPI NAK PANJANGKAN WORD. HUHU)
Kak Manis memberinya bilik di bahagian dapur rumah. Kasmah pun suka bilik ini. Arwah nenek tidur di bilik ini sebelum meninggal. Kenangan sangat.
Beg baju Kasmah letak di atas katil. Mahu mengemas pakaiannya ke dalam almari. Buka sahaja zip ada tiga helai baju budak Kasmah letak paling atas dalam beg bajunya.
Baju cucu.
Faiz, Fahim dan Fauzan. Belum berbasuh lagi. Sengaja... supaya bau cucu-cucu sentiasa ada dekat dengan Kasmah. Mengalir air matanya, sudah tak berdaya menahan sebak sepanjang perjalanan.
Diam tak diam kurang lebih hampir sepuluh tahun dia tinggal dengan Badriah dan Johar. Berat sungguh rasa hati mahu berpisah dengan anak menantu dan cucu-cucu yang comel. Tapi sudah nasibnya memang sentiasa terpaksa beralah.
Ketika Badriah mengandungkan Fauzan enam bulan, Sharifah Zarina datang ke rumah flat yang baru sahaja tidak sampai setahun Johar beli di Shah Alam. Rumah yang sama Johar sewa sejak tinggal di Shah Alam.
Mulanya mereka fikir Sharifah Zarina datang sekejap sahaja kerana dua hari kemudian sudah pulang ke Johor. Mana tahu lat sehari sahaja Sharifah Zarina datang lagi, kali ini dengan beg besar dan menuntut bilik utama menjadi miliknya. Sejak itu tiada aman lagi dalam rumah.
Akhirnya Kasmah tarik diri beralah. Kasihan melihat Johar yang sentiasa tersepit. Perbelanjaan Johar juga semakin bertambah sejak ada Sharifah Zarina. Seribu ringgit sebulan itu tidak cukup untuk perempuan itu seorang. Hampir setiap hari meminta duit lain dari Johar.
Kasmah bukan duduk saja tinggal bersama anak menantu. Dia tetap berniaga sarapan di sebelah pagi dan berjual burger di malam hari. Membantu meringankan belanja rumah itu.
Tapi tetap sahaja mulut jahat Sharifah Zarina menuduhnya menghabiskan duit ringgit Johar. Maklumlah Badriah tidak bekerja. Anaknya itu juga habis dihina dan dicarut perempuan itu.
Minggu lepas kemuncak huru hara di rumah itu. Sharifah Zarina yang kehilangan sebentuk cincin emas menuduh Kasmah mencurinya. Mujur sahaja tidak sampai ke balai polis masalah itu. Johar yang pulang dari kerja memberitahu, dia menyimpan cincin itu kerana ditinggalkan Sharifah Zarina di sinki bilik air.
Kasmah sudah tidak sanggup, dia mohon maaf kepada Badriah sudah tidak dapat menolong menjaga cucu tiga orang itu lagi. Kasmah tarik diri dengan menerima tawaran anak saudara sepupu supaya tinggal bersama Kak Manis di Pernu Melaka.
Apa khabarlah anak menantu dan cucu-cucu. Baru ditinggalkan tak sampai setengah hari sudah sedih begini. Janganlah sampai mereng pula kerana kerinduan.
Kasmah cium-cium lagi baju cucu bertiga. Sedapnya bau baby Fauzan, rindunya keletah Fahim yang aktif. Lebih rindu kepada Faiz, cucu sulung soleh yang sangat ringan tulang suka menolongnya.
Kring, kring... kring, kring
"Assalamualaikum".
"..."
"Eiya, tarik nafas... bertenang. Cerita elok-elok bagi Mak faham."
"..."
"Johar. Hospital Shah Alam. Okay. Kenapa Eiya?"
"..."
"Anak-anak sekarang kat mana?"
"..."
"Okay. Mak naik Shah Alam sekarang. Tapi Mak tak terus ke hospital ye. Mak tengok budak-budak dulu kat rumah jiran bawah tu. Eiya jangan panik. Bertenang. Budak-budak okay, baru Mak temankan Eiya kat hospital. Mak letak telefon tau. Istighfar Eiya banyak-banyak. Assalamualaikum."
Kasmah meminta Badriah bertenang, sedang dia rasa jantungnya sudah bergendang hebat. Ada apa cerita ni?.
arini pg tmn jmpe colleague keje dlu plk. Sy klw blh tk nk jmpe sape2 Dr mse silam. parah mslh Sy kn. jgn la esok jmpe sape2 lg. Sy nk kwn dlm dunia NP aje. tk Ade sape2 akan sedihkn Sy kt cni.
Share this novel