Bab 47

Drama Series 23522

"Kalau pun orang tua tu setuju, macam mana kau nak kahwin dengan budak perempuan tu?"

Rock dengar. Tapi kepalanya gagal mencerna soalan Gemok. Akalnya berputar pada titik yang sama. Bergulung dan berpintal hanya di situ.

Wajah itu, renungan itu...
Seketika dia rasa sikunya dicuit, barulah berjaya mematikan akalnya yang berpintal dan berputar setempat.

Rock menoleh ke sikunya yang masih dicuit-cuit jari Gemok sambil memandang wajahnya.

"Kau dah masuk balik dalam badan kau kan?"
Gemok menyoal bodoh.

"Apa kau cakap tadi?"

Fikirannya meletup-letupkan persoalan yang berlegar sebentar tadi hingga dia jadi buntu seketika.

"Kalau pun orang tua tu setuju, macam mana kau nak kahwin dengan budak perempuan tu?"

"Entah..."
Rock jawab sebarang. Dia kusut.

"IC kau tu pelesu tau tak. Kau ada kes polis. Kahwin nak semua dokumen pengenalan diri. Atau... ada tak de kau cuma boleh simpan aje budak tu, kalau betul kau nak."

Gemok terangkan panjang lebar. Akhirnya ada juga yang dia lebih pandai dari Rock.

Dia terperanjat sebenarnya kerana Rock hilang dari matanya hampir tiga jam. Dia pengawal peribadi Rock tapi dia hilang Rock. Mampus dia kalau Akob tahu.

Kebetulan pula Rock hilang selepas mengigau teruk malam semalamnya. Lebih risau lagi, pertama kali keluar darah dari hidung Rock. Entah kerana cedera jatuh dari katil ketika mengigau atau ada sebab lain. Banyak pulak tu.

Dia jumpa Rock yang nampak murung di lorong belakang pejabat pinjaman komuniti mereka. Terduduk seorang diri memangku kepala. Nampak sangat kusut dan sesat dalam fikirannya sendiri.

"Siapa aku sebenarnya Mok?"
"Aku cuma nak tahu tu aje."
"Aku kena dapatkan seorang lagi yang betul kenal aku dulu. Cukuplah kalau dapat seorang lagi yang boleh sahkan apa yang Akob cerita semuanya betul."

Tak pernah selama Gemok kenal Rock dia nampak lelaki ini sebegini kusut dan sedih. Rock yang dia kenal lazimnya keras, sinis dan serius.

"Phi Chai?"

Rock angkat kepala memandang wajah Gemok. Menggeleng dua tiga kali kemudian tersenyum sedih dan mengeluh lagi.

"Dia pengikut Akob paling setia. Dia dengan Akob kira satu."

Dah gitu pulak.
Gemok pula mengeluh.

"Nak pergi JB ke?"

Sesudah menyebut mencadang Gemok menyesal apabila Rock yang tertunduk mendongak pantas.

"Jom Mok! Kau teman aku! Macam mana kita nak ke sana yang jangan sampai Akob tau!?"
"Tolong aku Mok!"

Alamak...
Gemok sudah gelabah beruk. Dia diterima Akob bekerja, khas untuk menjaga Rock. Dia dikehendaki memantau dan kemudian melaporkan kepada Akob jika Rock dalam kesakitan atau berubah sikap.
Macam sekarang ke?.
Masak aku! rungut Gemok stress.

"Kena... kena plan baik-baik. Mampus kita... eh! mampus aku kalau Akob tau."
"Okay! macam ni la! sekarang ni kau relax dulu. Bertenang jangan kusut-kusut. Nanti Akob perasan ada benda tak kena dengan kau."
"Keadaan semua cantik, kerja cantik, tak ada siapa buat perangai... baru kita turun JB."

Rock terangguk-angguk macam burung belatuk. Bercahaya matanya apabila mendengar rancangan Gemok. Seolah ada harapan di situ. Walau harapan senipis salju dia tetap mahu mencuba.

Masanya sudah tiba dia berkuat dan bertegas mencari siapa dirinya yang sebenar. Tidak mungkin mimpi yang sama selama dua belas tahun ini mengganggu hidupnya hampir setiap malam tanpa sebab.

@@@@@@@

Faiz seluk kocek tepi beg sekolah.

Seminggu lepas cikgu minta yuran PIBG sekolah berjumlah rm90 ringgit. Duit di tangannya ini cukup sangat untuk membayar yuran yang diminta cikgu.

Tapi...
Faiz takut. Kalau mama tahu macam mana? kesian mama akan kecewa dengan dia. Selama ini mama selalu puji dia anak baik, anak soleh mama. Tapi sejak dua bulan lepas... dia ambil dan simpan duit dari orang yang buat dia tidak amanah mengikut peraturan.

Tapi...
Faiz kasihan dengan mama. Banyak mama kena tanggung dan bayar setiap bulan. Faiz selalu minta mama ambil duit dari tabung tinggalan arwah ayah untuknya, tapi mama bekeras tidak mahu.

Tak faham Faiz dengan sikap mama. Tak mengapalah kalau ambil duit tabung Faiz dan tak perlu diusik duit tabung Fahim dan Fauzan, tetap juga mama tak mahu.

Mungkin tak mengapa kot kalau Faiz bayar sahaja yuran PIBG dengan duit ini dan surat dari sekolah Faiz sign sendiri, tapi... Mak Tok cakap orang jahat bermula dari buat kerja salah kecil-kecilan sehingga jadi merebak besar, macam api!.

Aduhh!
Pulanglah duit ni!.

@@@@@@@

"Kau kenapa? Abang Haji kacau lagi ke?"

Sekarang waktu rehat Badriah. Badriah kerja di cafe. Cafe ni milik Joy, kawan Badriah masa sekolah menengah. Jumpa semula masa Johar masih ada dan bawa dia makan di cafe ini. Langsung jadi rapat tanpa sengaja walaupun masa sekolah tak adalah baik mana.

"Tak ah!."

Badriah capai sudu dan menyuap semula makanannya lambat-lambat. Makannya tak sudah-sudah dari tadi. Fikirannya melayang kepada cerita sebelum puasa dan raya dahulu. Lama benar berlegar dalam ingatan.

Renungan dari sepasang mata sepet itu mengingatkan dia pada Abang Li yang dah lama pergi. Semerta sejak itu rindu yang memang ada jadi semakin menggebu pada sosok baik hati yang tak ada galang ganti.

"Terima ajelah Yah."

"Choi! tak nak aku. Tak romantik. Beku aje muka."

"Hahaha"
"Hahaha"

Badriah dan Joy bantai gelak mengingat tuan punya badan yang diumpat. Sengaja Badriah meriakan hati dengan gelak begitu kot boleh diusir fikirannya pada cerita yang satu. Sengaja menggembirakan Joy pun ye juga, sebab Joy anti sungguh dengan haji muda itu.

"Abis tu kau kenapa? Mak Johar kacau kau lagi ke?"

"Kau ni sengaja kan nak suruh aku teringatkan dia."

"Dah tu... termenung sana sini. Mengeluh pulak tu."

"Ye la. Dia cakap dah dapat lawyer boleh tolong tukar nama. Aku cuma sign je. Pak kal lah dia tu mak Johar kalau tak..."

Boleh tak Badriah cerita masalah yang memang dalam pengetahuan Joy walau yang sebenarnya mengganggu fikiran dia perkara lain. Kesian Joy asyik kena tolong jaga kebajikan dia, fikir Badriah lagi.

"Kalau tak apa? Lembik!. Ce kau tunjuk garang yang garang sangat sampai dia tak akan kacau kau lagi. Ini tak... aku kesian la Joy, Mak Johar tu. Aku kenang baik Johar, aku sayang sangat Johar..."

Terjebik-jebik bibir Joy mengejek dengan mengulang cakap apa yang pernah dia katakan dulu. Sudahnya Badriah senyum meleret. Menjadi sungguh Joy menirunya. Ya, dia mengaku dia tak sampai hati berkasar dengan Sharifah Zarina.

"Dah cepat! makan apa tak abis-abis? Rehat kau sejam aje. Aku potong gaji baru tau."

Sergah Joy apabila dia mula mengeluh sekali lagi.

@@@@@@@

Rock berdiri di balik tiang kaki lima bangunan. Lama juga dia berdiri di situ, lenguh sudah rasa kaki. Sosok yang dia harap melintas tak juga kunjung tiba.

Mana dia?.
Sudah dua bulan berlalu sejak dia naik ke tingkat lima bangunan di seberang jalan sana. Sejak itu juga dua atau tiga hari sekali pasti dia datang ke sini lagi, berdiri di balik tiang kaki lima yang sama ini. Menunggu sosok itu. Tapi hampa. Mungkin masanya tidak bertepatan. Waktu bila seharusnya dia berada di sini jika boleh dapat melihat wajah itu sekali lagi.

"Pakcik!"

"Argh!"

Lagi sekali!
Kenapa dia mudah sangat terperanjat sekarang. Mungkinkah kerana dia sudah selalu hilang dalam fikirannya yang paling jauh mencari diri sendiri.

"Apa kau ni! Suka sangat terperanjatkan aku!?"

Marah sungguh rasa hati Rock. Dia sekarang ada masalah jantung laju jika terperanjat. Tapi apabila dia melihat wajah polos itu hatinya jatuh kasihan.

"Kenapa? Kau nak apa?"
Rock turunkan nada suara. Bertanya baik-baik.

"Nah".

"Apa ni?"

"Duit aritu."

"Kenapa? Kau tak reti guna duit.?"

"Sebab duit pakcik saya langgar pesan mama. Sebab langgar pesan mama Tok Udin sakit lepas tu meninggal. Kak Na dah tak ada atok dah. Kak Na dah sebatang kara tak ada siapa-siapa lagi dalam hidup dia."
"Saya bersalah pada Mama, Tok Udin dan Kak Na sebab ambil duit ni."
"Saya tak nak duit pakcik."

Tangan kecil kurus kekal menghulur kerana Rock tidak menyambutnya. Dia terkaku mencerna ayat Faiz, budak yang dia rasuah rm100 kerana menolong dia naik ke tingkat lima.

Berapa umur budak ini.
Bijaknya!.

"Kalau pakcik cari Kak Na, dia dah tak ada kat sini. Dah pindah tempat lain. Semua orang tak tau dia kat mana."

Faiz masukkan not rm100 ke dalam kocek baju kemeja Rock pakai, kemudian menyeberang jalan menuju ke bangunan lima tingkat di hadapannya.

"Mama!"

Rock dongak kepala dari memandang kocek baju di dadanya. Memandang pula kepada Faiz yang menyeru nama ibunya.

Itu! Itu!
Ya, yang itu!

ok tak? best tak Bab ni? klw jmpe kn terus tk de aksi dh lari tajuk plk kn. silap la buat cite gangster tp tak ada ilmu gangster huhu. kpd yg msih ikut rapat cite ni tqvm. syg uoll

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience