"Abang!"
"Dah abis periksa kan."
"Tau aje."
"Mestilah. Jadual periksa pun Abang ada ni... Eiya nak naik sini bila?"
Badriah berhenti melangkah mendengarkan soalan daripada Roslan Li.
"Mak cakap dalam dua minggu lagi ni. Tapi... Mak cakap kami kena keluar masa diaorang tak ada. Mak rasa kalau Mak cakap baik-baik nak keluar dari rumah tu nak minta cerai mesti Acik Junid tahan kitaorang."
"Abang ada Eiya. Abang akan tolong Acik Mah dan Eiya lepas dari diaorang!".
"Jangan risikokan diri Abang, perkerjaan Abang. Tak apa kita ikut cara Mak dulu. Mak yang lebih faham Acik Junid tu."
"Dia ingat Malaysia ni tak ada undang-undang ke!?".
"Abang... orang macam tu hidup dia banyak helah. Dia gunakan undang-undang untuk cover balik diri dia. Dia ada duit."
Roslan Li terdiam. Bukan orang berduit sahaja. Orang yang pegang kuasa juga buat yang sama. Dia nampak itu tapi belum dapat mengait bukti. Dia yang hanya ikan bilis hanya mampu melihat.
Buat masa sekarang lebih elok dia ambil buah fikiran Acik Mah dan Badriah. Dia kena kukuhkan dirinya dahulu. Perkara paling penting sekarang ini memberi keselamatan dan keselesaan kepada Acik Mah dan Badriah. Hanya mereka keluarga yang Roslan Li ada. Di mata dan di hati.
"Eiya nak Abang turun sana ke amek Eiya dengan Mak?"
"Eh! jangan! nanti lagi susah nak lari ramai-ramai macam tu."
"Jangan la lari. Kita naik kereta." Tak kelakarlah Roslan Li.
"Tak pe Abang. Tak boleh macam tu. Kami kena tunggu masa yang sesuai nak keluar dari rumah tu. Peluang tu tak tentu bila. Kalau Abang turun sini tapi kami masih tak ada peluang keluar dari rumah tu dah ganggu kerja Abang pulak. Abang kena percayakan kami, kena doakan kami... bila tiba masa yang sesuai kami terus keluar dari rumah tu. Mak cakap biar kena gantung tak bertali daripada mintak cerai baik-baik. Kalau tengok pada perangai Acik Junid tak akan dapat punya!. Mak tak nak lagi hidup dengan Acik Junid."
Panjang lebar Badriah menerangkan situasi rancangan dia dan Mak. Roslan Li kena tahu. Tak mustahil dia dan Mak hanya tinggal nama jika dilihat daripada sikap Acik Junid dan keluarganya yang sombong dan gila.
@@@@@@@
"Happy semacam aje kawan tu. Kenapa?"
"Dengarnya Mak angkat dia dah nak ke sini. Lepas tu... daripada cerita dia aku syak adik angkat dia tulah mata air dia... Hari tu aku tak sengaja terdengar dia bertelefon dengan Mak angkat dia bincang pasal nikah."
"Ho o oo! biar betul!.. ramailah patah hati nanti!".
"Hahahaha"
"Hahahaha"
"Engkau 'terdengar' ye?".
"Nak buat macam mana Koperal... dah ada telinga".
"Hahahaha".
"Hahahaha".
Sarjan Akob juga pasang telinga mendengar Koperal Esa dan Konstebal Anira bercerita tentang Roslan Li.
Dah nak kahwin? Macam mana ni? Nama dah hantar!
@@@@@@@
"Abang tak ada cakap pun."
"Ada beza ke kalau saya ada cakap ke tak!?"
"Bukanlah macam tu... biarlah Eiya ikut sekali."
"Awak faham tak kereta tak muat!".
"Tapi... Saya, Mak dengan Eiya duk belakang. Osman lori duk depanlah dengan Abang. Muat kan."
"Bini Osman lori ikut! Dia yang tau jalan!"
"Kalau macam tu biar Eiya yang ikut bawak Mak. Saya jaga rumah."
"Eh! Mah! awak ni kenapa!?. Apa masalah awak!?"
"Mana boleh tinggalkan Eiya sorang-sorang kat rumah."
"Budak tu dah besar panjanglah!. Sampai bila awak nak simpan dia bawah ketiak awak!?"
"Dia perempuan. Selagi dia tak kahwin memang wajib saya jaga keselamatan dia."
"Apa yang tak selamatnya rumah ni?. Gate ada grill ada. Pintu, tingkap semua ada. Alarm pun ada... Cuba cakap bahagian mana yang tak selamat?"
"..."
"Awak ingat selama ni saya tak perasan ke Mah... awak buruk sangka kan pada anak-anak saya!"
"Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai Mak. Mencegah tu lebih baik."
"Arghh!... malas saya nak cakap banyak. Malam ni cuma awak dengan Mak aje yang akan naik kereta saya pergi ngurut Mak tu!"
Junid tinggalkan Kasmah terkedu di ruang dapur. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba mahu membawa ibunya pergi berurut.
Pelik!.
Biasanya mahu membawa orang tua itu ke klinik kesihatan sahaja dibuat bodoh tarikh temujanji yang berulang kali harus Kasmah ingatkan.
Bukankah lebih bagus tukang urut itu di bawa ke rumah. Ibu mertuanya itu nak berjalan pun dipapah. Berjalan jauh harus berkerusi roda, macam mana dia tidak buruk sangka. Apa juga rancangan si Junid ini.
"Mak...".
Kasmah capai jari Badriah yang menyeru namanya kemudian memaut bahunya. Kasmah cium perlahan jari runcing Badriah. Kasihan anak ini.
"Mak tak sedap hati... sampai macam nak muntah pun ada dia punya rasa tak senang hati ni."
"InsyaAllah tak ada apa-apa Mak. Tak apa kot Eiya tinggal sorang. Mak pergi kejap aje kan. Kat Sri Pulai aje... tak jauh."
Jujur Badriah juga tidak senang hati. Tapi melihat Acik Junid yang menyinga dia bimbang Mak mungkin dicederakan. Dia memujuk Mak dan memujuk dirinya juga. Tak apa, insha Allah dua minggu lagi sudah di Kelantan. Jauh dari semua di sini.
@@@@@@@
"Kau okay Li?"
"Okay...".
"Macam tak caye... first time ni."
"First time apanya?"
"Kau terlepas suspek."
"Eh, tak adalah Koperal. Bukan saya hebat sangat pun."
"Serious... sepanjang kau kat sini, ni pertama kali kau balik tak ada suspek."
"Maaf Koperal. Saya tersilap langkah tadi. Papan saya pijak tu patah... tu yang suspek lepas lari."
"Eh! tak apa aku tak kisah. Kita manusia bukan superman. Cuma tulah... Kau okay kan."
"Okay... Lutut seluar je rabak sikit. Siku berdarah ni."
"Okay relax dulu. Aku dah hantar back up kat sana. Aku buat report kejap."
Memang pertama kali dia gagal bawa pulang suspek kejadian.
Kenapa?
Entah! Roslan Li tidak tahu kenapa sejak bangun subuh dia tidak sedap hati.
Ada apa ye?.
@@@@@@@
"Ada apa-apa Eiya cepat-cepat telefon Mak tau."
"Baik Mak."
"Pastikan pintu tingkap semua kunci."
"Baik Mak."
"Pasang semua lampu."
"Ye Mak."
"Jang..."
"HEY! MAH!"
"SRI PULAI AJELAH!"
Kus semangat!
Terkejut sungguh Kasmah dan Badriah dijerkah Junid sebegitu kuat dengan suara besarnya. Kasmah segera berpaling keluar pintu rumah dan masuk ke dalam kereta. Badriah di depan pintu terkulat-kulat menikus di tenung oleh mata Junid yang terjengil besar.
Junid masuk ke dalam kereta. Badriah yang berdiri di hadapan pintu rumah menghantar dengan pandangan. Kereta berundur keluar daripada anjung rumah. Pintu pagar automatik perlahan-lahan tertutup.
Badriah rapatkan pintu grill dan memangganya. kemudian menutup pula daun pintu kayu. Baru sahaja menekan punat tombol, pintu di ketuk dari luar. Terjengul kepala Acik Junid dari luar pintu.
"Tertinggal barang pulak!. Ni sebab kauorang dua beranak terhegeh-hegeh la aku sampai lupa!".
Acik Junid yang buru-buru masuk ke dalam rumah sempat membebel memarahi Badriah dan Kasmah. Sosok tubuhnya yang laju berjalan kemudian hilang di balik tangga naik ke tingkat atas.
Kurang seminit sudah turun semula bersama sampul surat di tangan kiri. Buru-buru juga menuju pintu untuk keluar.
"Pinjam kejap telefon Yah. Lupa telefon dalam kereta."
Badriah ke meja kopi di mana telefon bimbitnya diletakkan. Badriah hulur telefon kepada Acik Junid. Merampas sahaja caranya mengambil telefon berwarna merah jambu hadiah daripada Roslan Li kerana Badriah cemerlang dalam peperiksaan PMR.
Ketik, ketik, ketik.
Entah apa yang Acik Junid buat.
Kenapa tidak menggunakan telefon sendiri. Bukankah memang mahu keluar dan menuju ke kereta?. Pelik-pelik sahaja orang tua ini. Macam mana Mak tidak berperasangka buruk. Kutuk Badriah di dalam hati.
"Nah!".
Badriah sambut telefon dengan tangan kanan yang Acik Junid hulur dengan tangan kiri. Tanpa ucapan terima kasih dan tanpa pamit Acik Junid menghilang di balik daun pintu.
Badriah jengah ke luar. Pintu pagar besi automatik sedang tertutup perlahan. Badriah mengulang semula memangga pintu grill kemudian pintu kayu dan menekan punat tombol pintu kayu.
Kepala menoleh ke muka jam di dinding. Pukul lapan setengah malam. Dia seorang sekarang. Baik dia solat Isyak dahulu nanti senang hati mahu golek-golek menonton televisyen. Seronoknya sudah habis peperiksaan SPM.
Badriah panjat tangga naik ke tingkat atas terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Badriah buka pili dan dengan tertib berwuduk. Sebelum keluar Badriah pandang cermin sekilas. Wajahnya basah. Badriah keluar dan masuk ke bilik untuk menunaikan solat Isyak.
Habis solat Badriah bercadang untuk turun makan sambil menonton televisyen. Cuak juga rasa hati seorang diri di rumah. Biasanya ada Mak dan Nenek.
"Allahuakbar!!!"
Badriah terduduk di mata tangga. Terperanjat bukan kepalang melihat sosok Johar ada di hadapannya! di dalam rumah! tidak berbaju!.
"Abang Har kenapa ada kat rumah!!!?"
Badriah menjerit marah. Johar sekadar diam berdiri di lantai bawah merenungnya yang masih terduduk di mata tangga. Badriah panik. Dia tidak bertudung dan memakai baby t-shirt lengan pendek dengan seluar tiga suku panjang.
Badriah cepat-cepat berdiri. Jubah dan tudung sarungnya ada di sofa ruang tamu. Badriah turun ke bawah melanggar Johar di lantai bawah yang berdiri betul-betul di hadapan mata tangga naik ke atas.
Johar tarik tangan Badriah yang cuba berlari laju menuju pintu akibatnya Badriah terpusing dan mendarat di dada Johar, dalam pelukan Johar. Badriah meronta-ronta mahu melepaskan diri.
Johar kemaskan pelukan. Memeluk erat pinggang Badriah dengan tangan kiri dan tangan kanan mencengkam kuat dan kemas tengkuk Badriah sehingga dia terdongak memandang wajah Johar yang tinggi lampai.
Renungan Johar sukar ditafsir yang Badriah tahu sekarang ini dia amat marah dan masih meronta-ronta lebih kuat supaya dapat melepaskan diri.
Tiba-tiba pintu utama terbuka dari luar. Muncul Sharifah Zarina diikuti beberapa orang lelaki dewasa berbaju melayu dan anggota polis berseragam biru gelap.
"Allah!!!"
"Har! apa Har buat ni!?". Pekik Sharifah Zarina kuat.
"Mereka bukan mahram ke?" Soal salah seorang dari kumpulan lelaki itu.
"Bukan encik!"
Jawab Sharifah Zarina dalam nada marah dan terkilan.
maaf ye Sy mendera Kasmah dan Badriah. sb tajuk dia gangster yang cedera parah. ada yang harus menangis utk tajuk tu. kekal bertahan kwn2. Sy janji tak Dera teruk sgt. huhu terima kasih sudi membaca cerita Sy.
Share this novel