Bab 54

Drama Series 23522

Mimpi apa ni?
Dia melihat dirinya makan seekor khinzir... seekor!? Meneguk minuman keras, merokok, meraba gadis-gadis berpakaian sexy.

Benarkah itu dia. Kenapa dia buat perangai lahanat macam tu?!.

Aduh!
Dah kenapa pulak dia pukul orang.

Hah!
Dia AhLong ke. Omak ai! kesiannya orang tu. Kenapa dia brutal sangat. Fuh! bersepai duh, kesiannya... kesiannya. Kenapa zalim sangat!.

Dia bergerak lagi...
Masak pulak! masak apa jugak la tu. Nampak macam sedap aje.

Amboi!
Multitasking nya dia... buat akaun pulak. Banyaknya duit. Bila ni? Hanya mimpi atau memang dia betul-betul buat semua ni?.

Rock!
Rock!
Rock!

Siapa tu? Panggil dia ke?.
Dia menoleh.
Sarjan Akob!.

"Kau okay tak?"
"Weih! kau okay tak?"

Sarjan Akob tunjal-tunjal dadanya dengan jari telunjuk. Sakit la!.

Dia sekadar memandang kosong wajah Sarjan Akob di hadapannya. Berbaju biasa, tidak beruniform biru gelap dengan tiga paku di lengan.

"Kau bangun sekarang!"
"Kerja banyak, kau nak terbaring rehat berapa lama?"
"Kata gangster!, baru cedera sikit dah berlakon macam parah sangat!. Dah! bangun sekarang!"

Apa benda semua ni?. Bukankah dia sepatutnya bangun dari lena ini disambut Eiya isterinya.

Eh! mana Eiya?. Dia dah nikah. Alam dan SI Abdul Jalil sebagai saksi.

Tidak! tidak!.
Tak! tak! tak!
Tak nak lagi hidup macam ni. Dia dah nikah. Dia dah sedar. Dia nak qada solat, dia baru qada sikit solatnya hari tu. Alam tolong ambilkan wuduk. Dia nak qada juga puasa yang tertinggal. Ini semua mimpi!.

Ya Allah, tolong! tolong ya Allah!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

@@@@@@@

"Pembedahan berjalan dengan lancar. Tapi nak kata berjaya... kita kena tunggu dulu. Sebab masa operation tadi ada sedikit komplikasi. Pesakit akan ambil masa untuk sedar. Tunggu dia stabil baru sorang-sorang boleh masuk melawat. Kita tak mahu ada tekanan kepada pesakit. Mungkin sekarang dia koma, tapi orang koma dia boleh rasa keadaan sekeliling. Bimbang memberi tekanan kepada otak dia."

Dan doktor pakar berlalu pergi. Badriah dan Kasmah tadah tangan bersyukur ke hadrat Allah Roslan Li selamat dibedah. Satu tahap sudah lepas, walau mereka akan menempuh beberapa tahap lagi.

"Sekarang ni baik Eiya dengan Acik Mah balik rehat dulu. Sediakan tenaga, nanti Li bangun nak jaga orang sakit ni perlu banyak tenaga."
"Datang semula bila hospital dah call. Macam tu lebih baik."

"Bukan ke orang koma bagus kita bacakan ayat suci dekat dengan dia?" soal Kasmah lurus.

"Tadi tu doktor cakap kena tunggu dia stabil Acik Mah."
"Kita bacakan dari jauh aje ye"

Inspektor Haslam memujuk lembut. Kasmah dan Badriah terangguk-angguk.

"Tapi Abang Alam... bimbang pulak kalau Abang Li tiba-tiba bangun kita tak ada dia sedih nanti."

"Biar Abang stand by. Kalau Abang free Abang datang singgah."
"Jabatan memang bagi Abang green light handle kes Li. Sebab kami kawan baik. Memandangkan doktor pakar bimbang dia jumpa orang lain yang mungkin bagi tekanan pada otak dia."
"Acik Mah dengan Eiya jangan risau okay."

"Terima kasih Abang Alam."

"Sama-sama Eiya."

@@@@@@@

"Allahuakbar!"
"Allahuakbar!"
"Allahuakbar!"

Doktor pakar dan beberapa jururawat mula mengelilingi katil Roslan Li. Memastikan pesakit bukan menghadapi masalah kritikal.

"Encik Roslan! encik Roslan!"

Doktor gosok perlahan-lahan dada dan lengan Roslan Li. Menyeru namanya lembut ketika dia terjerit-jerit dengan mata terpejam rapat.

Sudah lebih sebulan selepas pembedahan kritikal membuang darah beku daripada kepala Roslan Li berjaya dilakukan. Dia sudah melepasi tempoh bahaya. Badriah dan Kasmah sudah bergilir menjaga Roslan Li yang koma sepanjang lebih sebulan itu. Sesekali ada juga Alam dan SI Abdul Jalil menolong.

Awal pagi ini tiba-tiba sahaja Roslan Li terjerit-jerit begini ketika Badriah duduk di sebelahnya membacakan ayat suci daripada Al Quran.

Panik sungguh melihatnya!.

"Eiya!!!"

Serentak jeritan itu mata Roslan Li terbuka luas dengan linangan air mata. Badriah segera menerpa Roslan Li memeluk lembut tubuh Roslan Li yang terbaring.

"Abang, Eiya kat sini... jangan takut. Eiya kat sini aje. Eiya tak tinggalkan Abang."

Tersedu-sedu Badriah menenangkan Roslan Li yang tergigil kecil bibirnya. Sesaat kemudian apabila akalnya sudah mampu berfungsi Roslan Li menangis teresak-esak. Cuba merapatkan kepalanya kepada Badriah.

Badriah rapatkan juga kepala yang sudah senget tudungnya ke kepala Roslan Li. Tangan Badriah mengelus perlahan kepala Roslan Li yang berbalut penuh.

"Jangan tinggalkan Abang!. Abang takut!"

"Ye, ye,... Eiya kat sini aje. Eiya tak tinggalkan Abang."

Doktor kemudiannya memeriksa kepala Roslan Li dan mata Roslan Li. Menulis sesuatu pada kertas yang dikepil pada lapik tebal dan keras bersaiz A4. Juga di dalam fail yang di bawa jururawat di atas troli.

Makanya sepanjang pagi hingga hampir ke tengah hari juga masa diambil untuk doktor melakukan pemeriksaan ke tubuh dan bertanya itu ini kepada Roslan Li. Roslan Li juga sempat disisipkan setitik dua air ke bibirnya yang kering.

Selesai pemeriksaan doktor minta Roslan Li tidur dan berehat sebentar selepas makan ubat. Hanya selepas solat asar baru Badriah dibenarkan menemankan Roslan Li.

"Puan jangan beri tekanan kepada pesakit ye."
"Jangan berbual sesuatu yang berat."
"Sekejap lagi pakar neurologist sampai untuk lakukan pemeriksaan penuh."

"Baik doktor. Terima kasih."

Doktor dan jururawat berlalu pergi. Tinggal Badriah dan Roslan Li di wad satu katil itu.

"Abang rasa macam mana?"

"Penat... penat sangat."
"Eiya dengan Mak sihat?"

"Sihat Abang... Abang jangan risaukan kami ye. Abang relax, tenangkan hati dan fikiran Abang. Mudah-mudahan cepat baik. Nanti boleh balik rumah."

"Rumah? Eiya duduk mana sekarang?"

"Shah Alam Abang."

"Eiya sewa situ?"

"Rumah arwah Abang Johar."

"Oh!"
"Dengan Mak aje atau ada keluarga Johar?"

"Mak... anak-anak Eiya."

"Anak-anak?. Berapa orang?"

"Tiga orang Abang. Lelaki semua."
Ceria suara Badriah bercerita tentang nyawanya hero bertiga. Roslan Li turut tersenyum melihat wajah ceria Badriah.

"Kembar ke?"

"Taklah."

"Tak?" Soal Roslan Li lagi berbunyi pelik.

"Faiz dengan Fahim aje beza lima tahun. Fauzan yang kecik umur tiga tahun sekarang."

Ketawa-ketawa Badriah bercerita tentang si anak. Bagai ada di hadapan mata budak bertiga itu.

"Tak?"

Badriah sudah terdiam. Rasa bimbang sudah nampak menjalar naik ke wajah.

"Eiya... berapa lama Abang koma?"

@@@@@@@

Roslan Li tertunduk sahaja daripada tadi. Melepas lelah. Aktiviti beberapa orang lain langsung dia tidak ambil kisah.

Bahunya ditepuk daripada belakang. Apabila ditoleh Inspektor Haslam sedang tersenyum memandangnya yang lemau sahaja.

"Penat sangat ke?"

"Sikit."

"Berapa lama lagi kena fisio ni?"

"Ada empat kali lagi, lepas tu baru doktor bagi keputusan dah okay ke belum."

"Tangan kiri kau masih gigil ke?"

"Tak dah... Dah okay ni."

"Doktor cakap kat aku... kau ni memang hebat la. Tak sampai setahun dah banyak baik kau."

"Alhamdulillah..." sambil tunduk dan terangguk-angguk.

Inspektor Haslam mengeluh juga melihat sahabat seorang ini. Dia tidak melalui tapi rasanya dia faham perasaan Roslan Li. Kawannya ralat yang amat.

"Lam..."

Mata Inspektor Haslam bertembung dengan mata Roslan Li yang pudar cahayanya dan sentiasa terlihat sedih.

"Eiya dengan Acik Mah sihat?"

"Sihat... daripada kau asyik tanya aku baik kau jumpa sendiri dengan dia orang."

"Aku... aku... belum boleh lagi la Lam. Aku tak boleh tengok muka dia orang. Aku sedih sangat. Rasa tak berguna!".

"Li... berapa kali aku nak cakap. Bukan salah kau kan. Dah tulis Li, dah tulis... beginilah cerita takdir hidup kau."
"Dah dekat setahun kau friend zone kan Eiya... Acik Mah pun. Orang berdua tu pujuk la hati sendiri cuba faham perasaan kau. Tapi sampai bila kau nak salahkan diri sendiri untuk perkara yang di luar dari pengaturan kita?."

Inspektor Haslam lihat Roslan Li masih juga tunduk. Lelaki ini sudah kurus banyak sepanjang hampir setahun tempoh menjalani rehabilitasi dan fisioterapi untuk segala kecederaan pada tubuh badannya daripada kepala hingga ke kaki.

Hilang badan ketul-ketul, ketak-ketak ketika dia di minta ke ICU mengenal pasti sosok Roslan Li. Di hadapannya Roslan Li dengan badan atlit ketika memohon jawatan konstebal polis dahulu. Dengarnya hampir kebanyakkan hari yang lepas lelaki ini membayar puasa yang banyak ditinggalkan. Parut panjang diwajahnya juga sudah pudar garisannya selepas menjalani pembedahan dengan pakar kosmetik.

Hari pertama Roslan Li mengetahui cerita sebenar apa yang menimpa dirinya Roslan Li total gagal menerima. Hingga taraf dia menjadi jijik dengan diri sendiri apabila tahu segala yang dia fikirkan mimpi rupanya benar belaka.

Roslan Li tidak dapat menerima selama 12 tahun dia meninggalkan solat dan puasa. Lebih tidak boleh dia terima segala perkara buruk seperti minum arak, makan makanan haram, perkara haram juga dia lakukan.

Apabila mendengar apa yang Badriah dan Kasmah lalui sepanjang dia tiada juga menambah jatuhnya harga diri Roslan Li walau wanita dua beranak itu langsung tidak menyalahkan dirinya.

Sepanjang masa memulihkan tekanan yang dihadapi, Roslan Li terpaksa berjumpa psychiatrist. Hanya sekarang ini sahaja baru nampak Roslan Li sudah kelihatan lebih baik.

Mudah-mudahan sahabatnya ini dapat kembali semangat yang hilang dan harga dirinya.

Bukan salah kau Li!.

khas utk sume reader Gangster yang cedera parah. terima kasih sume

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience