Bab 35

Drama Series 23522

"Sayang, Boss tanya siapa nak transfer Shah Alam. Boss merger ada satu kilang kat situ."

Badriah berhenti menyiang ikan bilis yang akan dibuat sambal nasi lemak nanti. Memberi tumpuan kepada cerita suaminya. Faiz yang ngempeng di ribanya sudah tertidur. Johar elus-elus rambut Faiz.

"Ayah nak ke?"

"Entahlah, tapi Boss cakap kalau Ayah pergi gaji lompat 1k."

"Semua pergi ke atau Ayah aje?".

"Satu department satu orang terpilih."

"Bukan... Ayah nak pjj dengan mama ke?"

"Apo?... Sayang pergi jamban pun Ayah dah rindu lagi nak pjj. Baik sumbat Ayah kat hospital Tampoi tu."

Badriah kulum senyum meleret. Alahai nak jiwanglah pula encik Johar ni.

"Nyampahlah ayah ni. Betul-betullah."

Badriah ketam sekali perut Johar yang mula naik sejak beranak seorang. Kata Johar perut itu bukti dia bahagia.

"Adududu... sebab inilah kena bawak Sayang. Nanti tak ada orang nak ketam perut Abang, Sian perut tak ada yang nak geli-gelikan dia."

Badriah ketawa manja. Suka Johar menyakatnya begitu.

"Nanti Yah tanya Mak macam mana?"

Badriah rasa mesti tak ada masalah. Mak pun macam dah tak betah tinggal di sini. Sharifah Zarina kerap menyerang mereka berdua. Minggu lepas di pasar awam Taman Universiti, Sharifah Zarina baling mereka dengan telur.

Badriah rasa perpindahan ini memang Johar rancang. Suaminya itu juga sudah tidak sanggup menghadap kerenah Sharifah Zarina. Dia pernah ugut ibunya untuk tinggalkan Taman Universiti jika Sharifah Zarina buat perangai lagi satu masa dahulu.

Tahap kesabaran Johar sudah habis diguna agaknya. Sebab itu mahu bekerja luar dari negeri Johor.

@@@@@@@

"Tengok daun ni teringat masa mula belajar masak... aku salah daun! Hahahaha!

Rock angkat sedikit tinggi daun ketumbar kemudian dia letak di atas papan pemotong dan mula meracik kasar sambil ketawa besar hingga tergeleng-geleng kepala.

Dia di restoran malam ini. Beginilah dia setiap malam, oleh kerana dia tidak sesuai di pub jadi dia tukar arah ke restoran. Janji dia menolong Akob menguruskan perniagaan mereka.

Phi Chai yang sedang duduk menghirup teh tariknya turut ketawa. Dia yang mengajar anak angkat Akob ini memasak ketika di Laos. Dia okay sahaja dengan budak ini kerana Rock ringan tulang dan rajin belajar.

Phi Chai orang kuat Akob sejak dulu kerana mereka membesar bersama di rumah kebajikan kendalian watt siam ketika kecil. Semua rahsia Akob dalam tangannya termasuk hutang nyawa Akob dengan O Peng.
Tidak salah jika Akob mahu membalas budi O Peng melalui anak lelaki itu. O Peng tidak tahu Akob perisik polis, dia hanya budak lurus yang taat kepada senior.

"Oi! Gemok!"

Phi Chai toleh kepada Rock yang menyeru nama seorang kakitangan. Gemok datang dengan badan besarnya mendapatkan Rock.

"Siakap stim ni meja sepuluh."

Sebelum Gemok bawa pergi dulang dengan sepinggan hidangan ikan stim, Rock tabur dulu daun ketumbar yang telah diracik tadi.

"Kau okay Phi?".

Dia tahu siapa sebenarnya Rock. Tapi dia akan telan rahsia Akob ini. Walaupun terbit rasa kasihan kepada Rock kerana walaupun dia sudah terlupa masa silam, tapi sikap baik masih ada dalam diri budak ini.

"Okay aje."

"Abis tu, keruh aje kenapa? gaduh dengan bini? Haaa... sebab tu Akob cakap jangan terikat dengan perempuan. Cari penyakit kata Akob."

Bergegar-gegar badan Rock ketawa dengan kata-katanya sendiri. Phi Chai turut tersenyum.

"Kau memang tak pernah ingat benda dulu ke?".

Sudah lama Phi Chai mahu tahu. Apa benda sebenarnya dengan masalah amnesia ni?. Memang lupa terus ke?.

"Buat masa sekarang tak ada."

"Kepala kau sakit lagi.?"

"Ada masa. Paling sakit bila aku cuba minum. Masa mabuk tu macam ada benda tajam cucuk- cucuk belakang kepala aku yang cedera dulu."
"Tidur masa mabuk tu nanti aku mimpi banyak muka aku tak kenal suruh aku balik rumah. Lelaki dan perempuan."
"Bangun pagi jangan tanyalah sakit dia, macam nak mampus gila sakit. Macam ada orang hempuk-hempuk kepala aku dengan tukul."
"Sebab tu aku tak nak minum, tapi Akob seboleh-boleh suruh aku pandai minum. Nak entertain customer vip kena pandai minum. Gila ah! Aku yang sakit ni dia tak rasa tak tau."

Dia kena beritahu Akob perkara ini. Akob selalu menyuruhnya mengajar Rock minum. Tujuannya supaya nampak ganas dan untuk melayan pelanggan perniagaan. Tapi dengan maklumat baru ini tidak mustahil minum alkohol akan memanggil datang ingatan Rock.

@@@@@@@

"Assalamualaikum!"
Dum! Dum! Dum!
"Assalamualaikum!"
"Har!"
"Har!"
"Hoi!"
"Yah!"
Dum! Dum! Dum!

"Makcik cari Yah ke?"

Satu suara menegur dari arah pintu sebelah. Sharifah Zarina pandang perempuan yang berbaju kelawar dan mengelek anak kecil di tangan kiri itu atas bawah. Makcik dipanggilnya aku! rengus Sharifah Zarina di dalam hati.

"Kalau makcik cari Yah... diaorang dah pindah."

Apa!?
Terbeliak besar mata Sharifah Zarina mendengar cakap perempuan dari pintu sebelah rumah Johar.

"Johar?"

Mesti Johar dah mengikut katanya supaya menghalau perempuan berdua itu, bila dia pura-pura merajuk selepas ditegur kerana membaling perempuan berdua beranak itu dengan telur.

"Johar siapa? suami Yah yang handsome tu ke?... eh! maaf saya baru tahu nama dia Johar."

Perempuan itu tersipu malu dengan ayat yang keluar dari mulutnya sendiri.

"Diaorang pindah sekeluarga. Katanya ke Selangor."

Apa!
Sharifah Zarina mengepal tangan dan mengetap mulut kuat menahan geram. Sampai hati kau Johar! sebab perempuan dua beranak tu sanggup Johar pindah tanpa memberitahunya dahulu!.

"Bila!"

Perempuan itu terundur setapak ke belakang. Anak kecil yang dikeleknya tercebir bibir mahu menangis. Agaknya terperanjat dengan suara Sharifah Zarina yang oktafnya naik tinggi mendadak.

"Nak dekat sebulan rasanya makcik."

"Selangor kat mana?"

"Entah..."

Air muka perempuan itu sudah berubah. Sharifah Zarina tahu perempuan itu sudah mula menyampah melayannya. Bukan pertama kali orang membenci dia dan... ada aku kisah!

Sharifah Zarina berlalu tanpa pamitan dan terima kasih. Perempuan pintu sebelah memandangnya sebal. Dia tidak peduli, segera menuju ke tangga rumah flat untuk turun ke bawah. Buat penat sahaja memanjat tangga naik ke tingkat empat ini sebentar tadi. Sakit tangannya mengendang pintu rumah Johar.

Nak kena cari bomoh ni.
$!@/ betullah Kasmah dengan Badriah tu!

Patutlah!
Patutlah Johar meminta nombor akaunnya. Katanya lebih senang duit yang diberinya setiap bulan di masukkan ke dalam akaun. Rupanya anak itu mahu berpindah senyap-senyap tanpa memaklumkan dia.

Kurang ajar!
Ni semua perangai Junid. Johar ni dihasut bini dan Mak mertua.

Mana celah Selangor anak tu tinggal. Hidup dia sekarang hanya ada Johar sahaja yang boleh di harap. Empat ekor lagi benih lahanat Junid itu langsung tak berguna.

Macam mana sekarang dengan dia? Patutkah dia mengejar Johar. Tapi dia tidak tahu alamat tempat tinggal Johar di Selangor.

Kalau dia ke Selangor, mana dia nak tinggal. Hidup di tempat orang mesti mahal untuk tempat tinggal dan makan. Tak kan mahu serumah dengan Kasmah. Gila apa?.

Sekarang dia tinggal di rumah keluarga berkongsi dengan adiknya. Bilik utama yang ada bilik air dia punya. Selesa. Rumah ada orang kemas. Makan boleh menumpang adiknya, bertambah jimat duitnya yang sudah tidak banyak. Alah... dia kan on diet bukan makan banyak pun.

Nanti dululah mengejar Johar. Tengok bulan depan dia masuk duit macam biasa tak? kalau Johar culas dengan duit belanja bulanannya barulah dia mencari Johar di Selangor. Tak tahu alamat? tak pe, tahulah dia ke kilang lama Johar bekerja. Dia akan cari tahu sampai jumpa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience