"Kau orang dua beranak ni memang bawak $!@/ kan. Kau dengan Mak kau sama aje... makan laki. Siapa kahwin dengan kau orang berdua mesti mati. Kau bunuh anak aku Yah, kau memang tak guna! bawak $!@/!."
Sharifah Zarina tunjal-tunjal kepala dan bahu Badriah yang sedang berkemas pakaian. Jenazah Johar masih di rumah mayat hospital. Akan dimandi dan disolat jenazahkan di sana sahaja. Kemudian akan di bawa pulang ke Johor untuk dikebumikan di Kangkar Pulai.
Badriah tidak melawan. Dia tiada daya dan semangat untuk melawan. Semangatnya Johar sudah bawa pergi. Dua minggu cukup Johar bertarung sakit yang tidak disangka.
Kalaulah... Badriah berkeras memaksa Johar menjalani pemeriksaan ketika awal dia batuk-batuk mungkinkah hari ini tidak berlaku?. Tiba-tiba Badriah teringat cakap arwah Abang Li, tiada istilah kalau dalam hidup ini. Semua sudah tertulis.
Kasmah menunggu di sofa luar menekup telinga Faiz supaya tidak mendengar sumpah seranah Sharifah Zarina kepada mamanya. Walau anak itu sudah kerap terdengar bahasa tidak enak daripada mulut Nenek mommynya kepada Badriah.
Badriah sudah memesan kepada Kasmah, walau apa provokasi Sharifah Zarina untuk hari ini jangan dilayan. Mereka harus segera menguruskan jenazah Johar. Tidak baik melewat-lewat urusan jenazah. Walau dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu.
Siap mengemas secukupnya pakaian untuk beberapa hari urusan pengebumian, Badriah bergerak keluar dari bilik. Mahu segera ke hospital.
Anak-anak sudah ibunya tolong siapkan sebelum dia sampai ke rumah lebih kurang satu jam yang lepas. Sharifah Zarina yang masih menyumpah menyeranah dia buat tidak layan sahaja.
"Kurang ajar kau ye Yah. Memang sebiji perangai Mak kau. Mak kau tak ajar kan!. Mak dengan anak sama bodoh. Matilah kau anak beranak berlima accident!."
"Kau sengaja kan biar anak aku mati nak jadi janda kaya. Aku tak kan biar kau dapat harta Johar."
"Kau datang sehelai sepinggang kau berambus pun sehelai sepinggang la hanat!"
Kasmah sudah berdiri ketika Badriah keluar dari bilik. Mengendong Fauzan di tangan kiri. Tangan kanan memimpin Fahim. Faiz penuh tangan kiri dan kanan menolong si Ibu dan Nenek membawa beg kecil dan permainan Fahim.
Ketika sudah menutup pintu dan sudah berada di luar rumah, Badriah terdiam seketika. Bercucuran air mata Badriah dalam senyap, tidak lama sekejap sahaja. Menarik nafas panjang kemudian di lepas tertahan-tahan. Badriah angkat beg di kiri kanan tangan, tersenyum lemah kepada Kasmah dan Faiz kemudian mula melangkah.
Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim.
@@@@@@@
'Bushhh!'
"Oiii! Apa ni!!? (!b@! lu! basah seluar aku bodoh!."
Gemok mengibas-ngibas seluar kargo berwarna khaki yang sudah bercap percikan air Neslo bungkus Rock. Bungkusannya sudah pecah kerana jatuh terhempas.
"Mok! Mok! tu siapa!?".
Terhenti seketika perbuatan Gemok membersihkan kaki seluarnya kerana memberi perhatian kepada soalan Rock.
"Uii! comelnya... Aishwarya Rai la!"
Rock yang dalam persoalan dan tandatanya terhenti terus dan memandang menyampah kepada Gemok.
"Tak kan taste kau budak Rock... budak lagi tu."
Seorang budak perempuan lingkungan umur 13 atau 14 tahun semakin mendekat dengan pintu lot kedai yang menjadi pejabat pinjaman komuniti Akob. Rambutnya yang panjang dan tidak diikat beralun lembut mengikut pergerakannya berjalan. Berkulit putih melepak dengan sepasang mata yang cantik.
Anak siapa ni? Ada urusan apa boleh tersesat di kawasan ini? Kawasan yang jarang-jarang dapat melihat perempuan yang berpenampilan sopan dan takut-takut seperti dia.
"Maaf pakcik... ini tempat loan Akob ke?"
Pakcik!?.
Sambil bertanya gadis kecil itu terdongak-dongak ke arah papan tanda di tingkat atas lot kedai. Kesian... depan pintu tu tak nampak ke?. Mungkin rasa takut sudah menutup sebahagian pandangan mata budak ini.
"Ye... Nak pinjam ke nak bayar?"
Soal Gemok berlakon tegas.
"Nak bayar."
Nampaknya warna darah sudah hilang dari wajah gadis kecil di hadapan Rock dan Gemok. Bibirnya juga bergetaran.
"Loan siapa!?"
"A Atok saya."
"Atok nama apa?"
"Sham.."
"Eh! Na! buat apa kat sini?"
Pintu pejabat yang terkuak dari dalam dan sosok Ravi terhenti di muka pintu tidak jadi melangkah keluar.
"Ravi!"
Terjerit kecil budak perempuan itu. Bunyinya terdengar sangat lega kerana ada wajah yang dia kenal.
"Saya nak bayar hutang Atok Udin."
"Ooo... kenapa Na yang datang? Biasakan Mek atau Sukri."
"Mek dengan Sukri balik kampung."
"Ooo... jomlah masuk. Saya baru nak pergi makan, nasib belum pergi lagi."
Ravi tolak habis luas pintu pejabat supaya budak perempuan cantik itu masuk ke dalam. Rock dan Gemok saling berpandangan serasa mereka seperti halimunan pula dibiar tinggal begitu sahaja.
Rock menyandar di tiang kaki lima lot kedai. Siapa tu? Sosok gadis yang baru hilang di dalam pejabat menggamit ingatannya pada imbasan seseorang. Tak kan lah.
Sudah hampir sepuluh tahun sejak dia amnesia. Budak perempuan itu sekitar 13 atau 14 tahun, sepuluh tahun yang lepas budak itu pasti berumur dalam lingkungan enam atau tujuh tahun sahaja.
Imbasan seseorang dengan sosok mirip gadis itu. Imbasan seseorang yang berkunjung datang dalam mimpinya sepanjang hampir sepuluh tahun ini. Mirip amat, ibu gadis itukah?.
Siapa!?.
@@@@@@@
Urusan selesai sekitar jam lapan malam. Mujur rakan-rakan arwah Badri yang sudah dihubungi Kasmah ketika masih di hospital Shah Alam, baik budi menolong menguruskan urusan pengebumian Johar.
Begitu juga rakan-rakan arwah Roslan Li bertungkus lumus menolong Kasmah dan Badriah sejak sampai kenderaan jenazah ke tanah perkuburan Kangkar Pulai sehingga sudah urusan. Rakan-rakan arwah Johar daripada cawangan kilang di Senai juga ramai yang datang.
Malamnya terpaksa Kasmah, Badriah dan anak-anak bermalam di sebuah hotel budget berdekatan kerana mereka sudah tiada kerabat terdekat di kejiranan ini. Tolak tepi dan tidak masuk senarai adik beradik Johar dan kaum keluarganya yang ramai itu.
Jangankan mahu menjawab panggilan untuk disampaikan berita, pesanan yang ditinggalkan juga tidak dibaca. Sharifah Zarina sebagai ibu juga tidak nampak batang hidungnya yang mancung itu.
Kasmah meminta pertolongan imam yang menguruskan pengebumian Johar untuk mengadakan tahlil di masjid Kampung Melayu Kangkar Pulai pada malam itu.
Tapi mereka lima beranak tetap sahaja di hotel budget tidak mampu ke masjid itu kerana masalah pengangkutan dan anak-anak kecil yang sudah penat sangat kerana perjalanan jauh dan sudah seharian tidak dapat tempat berehat yang sempurna.
Mereka ke tanah perkuburan menumpang kenderaan kilang majikan arwah Johar di Shah Alam. Mereka tidak menumpang pulang ke Shah Alam kerana menunggu beberapa dokumen daripada balai polis. Kereta Johar ada di rumah Shah Alam. Badriah tiada lesen memandu.
Sudah acapkali arwah Johar meminta Badriah besar sedikit hati untuk belajar memandu tapi dia memang jenis darah gemuruh. Akhirnya apabila urusan kecemasan begini sudah bermasalah.
Tapi puncanya juga kerana selepas Sharifah Zarina tinggal bersama mereka, kerap kali dia diberi amaran jangan menggunakan kereta Johar sebab Kasmah dan Badriah dituduh pembunuh arwah Junid dan kereta itu atas nama Junid. Jadi semakin hilang semangat Badriah untuk belajar memandu.
Malam itu Kasmah dan Badriah bertahlil berdua sahaja, Faiz juga turut serta. Kata anak kecil itu dia mahu belajar mendoakan untuk ayah yang sudah pergi meninggalkannya dan adik-adik.
Badriah dan Kasmah bersyukur Faiz memahami kehilangan Johar ini. Sungguh kuat anak sulungnya menerima berita kehilangan sang ayah.
Walau bagaimanapun Kasmah mengingatkan Badriah supaya sentiasa bersedia jika selepas satu tempoh masa Faiz akan merasa sangat kekosongan dengan kehilangan Johar.
Fahim dan Fauzan kecil benar lagi untuk memahami mereka sudah kehilangan ayah tempat bermanja. Mudah-mudahan Allah membantu anak-anak ini membesar dengan baik-baik sahaja walau Johar sudah berpindah alam, jauh dari mereka.
Selepas selesai tahlil apabila semua yang lain sudah tertidur kerana kepenatan yang amat, Badriah masih gagal memejamkan mata walau jarum jam sudah menginjak awal pagi.
Sebenarnya dialah yang paling rasa kehilangan. Suami yang dinikahi tanpa rela itulah yang melayannya umpama ratu. Joharlah sahaja sahabat dan kekasih yang dia ada sepanjang hampir sepuluh tahun ini.
Bertapa dia merasakan masa yang tertinggal sepuluh tahun lalu tidak cukup memahat kenangan bersama Johar. Walau baru satu malam Badriah sudah rindu. Rindu yang amat.
Bab bonus untuk Ari ni. Sy cm lost la. kwn2 rase cite ni msih ok tk atau menurun cm mood Sy. mne nk Gali idea ye. hebatnya org lain laju je dpt idea
Share this novel