Bab 22

Drama Series 23522

(SAYA TAHU CITE DAH BOSAN. MEMANG BEKU TAK TAU NAK GORENG APA LAGI UNTUK BUAT SEMUA WATAK BERGERAK BERPINDAH MASA. TOLONGLAH BACA. ACAH-ACAH CITE NI BEST HUHU)

"Membazir aje!"
"Mengandung pun tidak! Nak dilayan bebaik buat apa!?"
"Jangan-jangan orang dua beranak tu ada kangkangkan nasi Har agaknya!"
"Mommy perhati aje cara Har layan diaorang bukan main baik lagi."
"Dengar cakap Mommy Har! Jangan diberi muka orang dua beranak tu! Nanti diaorang pijak kepala Har!"

Johar tetap dengan telefon bimbitnya. Bermain permainan 'solitaire'. Ralit dia menyusun daun terup merah hitam empat jenis itu.

"Har!".

Sharifah Zarina hilang sabar. Sakit hati dibiar anak bercakap seorang diri tidak diendah walau sepatah. Johar letak telefon di atas meja. Gelas kopi ais dicapai dan disedut.

"Mommy bercakap kamu buat bodoh aje ye! Dah teruk nanti baru nak percaya cakap Mommy yang dua ekor tu dah menyihir kamu!"

Ya. Johar tahu dia di'sihir'. Sejak lama dulu setiap malam melihat dua beranak itu solat berjemaah di dalam bilik Nenek. Mengaji dan berdoa. Lama kelamaan perasaannya yang tidak tenteram sudah mereda gundahnya. Sejuk sahaja.

Tapi kalau dijawab begitu dengan Mommy mahu isteri dan Ibu mertuanya itu berpisah nyawa dari badan. Sombong keluarganya memang tidak boleh diajak berunding.

"Berubah apanya Mommy?"

"Tak payah nak bawak betina tu berjalan!"

"Sebab?"

"Membazir Har! Nanti dia perasan Har suka dekat dia."

Gila tak suka! Badriah kecil comel yang garang macam... kucing. Ahaks!

Ah! tiba-tiba rindu pulak budak kecil comel itu walau dia baru keluar daripada rumah setengah jam yang lalu kerana ditelefon Sharifah Zarina dengan urusan penting katanya.

"Har dah lama tak cuti. Nak release tension. Jalan-jalan tenangkan fikiran."

"Pergi sendiri atau dengan kawan-kawan!. Jangan bawak perempuan tu.!"

Johar ketawa besar.

"Har nak mengasah dekat siapa kalau pergi dengan kawan-kawan?"

Berasap telinga Sharifah Zarina diolok-olok Johar segala cakapnya.

""Mommy... please... Har berterima kasih sangat sebab Mommy dengan Daddy tolong Har dapatkan Yah. But please... don't interfere in my marriage."

Johar bangun daripada duduk. Mengeluarkan dompet duit dari kocek belakang seluar. Not lima puluh ringgit Johar keluarkan dan tindih di bawah gelas kopi ais yang basah. Johar raih tangan Sharifah Zarina untuk bersalam dan dikucup sekali kemudian berlalu pergi.

Geram memang geram. Tapi anak yang seorang ini juga lain dari yang lain. Dia seorang sahaja daripada berlima yang akan bersalam mencium tangan dan membayar harga makanan jika keluar bersama. Johar juga satu-satunya yang rajin memberinya buah tangan jika keluar berpergian. Ketika dia dimasukkan ke hospital kerana patah jari kelingking dan terhentak kepala akibat jatuh tangga Johar juga yang menunggu dia di wad hospital.

Mungkin ada baiknya pusat serenti...
Dia hanya perlu pantau peranan anak Kasmah itu sahaja dalam hidup Johar.

@@@@@@@

Roslan Li keluarkan semua yang dia tahu. Tiada yang tertinggal. Daripada hari dia mengekori seorang budak lelaki yang mencurigakan sehingga dia berada di dalam belukar di acu sepucuk pistol di kepala.

Nampaknya selepas soal siasat yang sudah memakan masa lebih 48 jam barulah SI Abdul Jalil dan pasukan khas daripada Ibu pejabat polis Bukit Aman berpuas hati untuk mempercayainya.

Kes yang disangka Roslan Li kes mudah sebenarnya bukan seperti itu. Roslan Li fikir ianya hanya penyeludupan biasa yang dia berharap dapat diselesaikan sendiri awalnya. Niatnya hanya mahu satu kredit supaya dapat melekat satu paku dilengan uniformnya.

'Janji dengan Eiya Abang kukuhkan diri Abang dan datang balik kemudian hari untuk selamatkan kami'. Ayat itu penyebabnya. Dia mahu naik satu tingkat ke satu tingkat. Dia mahu mengambil kembali gadis kecilnya, keluarganya.

Apa yang Sarjan Akob buat sehingga melibatkan pasukan khas Ibu pejabat?. Besar mana masalah ini?. Nampaknya lelaki sinis itu sememangnya membawa cerita besar seperti amaran SI Abdul Jalil yang dia ambil mudah.

"Jadi orang kami. Kes ini sepatutnya sudah lama selesai tapi disebabkan dia anggota dan dia tahu cara kerja kita... kes ini tertangguh lama."
"Ada yang melindungi dia tapi tak tahu siapa. Dia dahulu sememangnya anggota harapan. Dia yang terbaik. Tapi tak tahu di mana silapnya dia berubah berpaling tadah daripada pasukan."

Roslan Li terdiam mencerna maklumat.

"Apa saya perlu buat?"

"Kami akan masukkan kamu dalam pasukan khas kami. Untuk task seterusnya kamu dan SI Abdul Jalil akan turut serta."
"Sl Abdul Jalil kata kamu yang terbaik."
"Mereka menyeludup senjata dan kami harap itu jadi task terakhir dan kes ini dapat diselesaikan sepenuhnya."

Menyeludup senjata!?
Bermakna apa yang dia nampak hanya sedikit.

@@@@@@@

"Hei! aku dah cakap kan naik teksi."

"..."

"Kau bagi makan apa kat orang tua tu sampai sakit perut?"

"..."

"Mengada-ngadalah kau ni! Tunggulah kejap lagi aku sampai!".

Junid duduk di birai katil kemudian mengutip pakaian yang berlonggok di lantai. Berdiri dan bersiap menyarung pakaiannya.

"Kenapa?"

Junid toleh sekilas. Sharifah Zarina dengan rambut kusut masai terpisat-pisat bangun menyandar ke kepala katil.

"Mak... sakit perut. Johar tak ada. Budak lain pun tak ada yang balik. Sejak Johar menikah dengan Yah yang lain semua Johar tak bagi selalu balik."

"Habis tu?"

"Eh! awak ni! saya nak balik rumah ni hantar Mak pergi klinik."

"Tak payahlah marah!"

"Bertanya benda dah boleh agak buat apa?"

Sharifah Zarina diam malas mahu melayan Junid yang sudah berangin. Mentang-mentang sudah dapat kereta idamannya maka balik asal melayan dia asal boleh.

"Bangun! kunci pintu bilik ni!"

Sebelum keluar sempat Junid berpesan kepada Sharifah Zarina yang sudah hilang semula dibawa lena.

@@@@@@@

Badriah perhati sahaja Johar mengupas kulit udang kemudian meletakkan ke dalam pinggannya. Joharnya sendiri belum menyuap apa-apa ke dalam mulut.

"Makanlah".

"Abang belum makan!"

"Sayang jugak Yah kat Abang kan."

Badriah jeling Johar. Menyampah disakat. Johar ketawa suka. Meja sebelah yang diduduki empat orang gadis sejak tadi tertoleh-toleh kepada Johar yang kacak bert-shirt biru tua lengan pendek dengan seluar jeans biru lusuh.

Badriah rasa tergugat juga. Gadis itu semuanya cantik dan bergaya. Dia yang hanya memakai blouse biru cair berbintik kecil biru tua dengan seluar jeans biru tua juga, nampak jauh ketinggalan dari segi penampilan.

Tak logik jika dikata keperempuanannya tidak menderhaka kepada dirinya dengan fizikal Johar.
Tipu kalau dia kata sudah hampir setahun ini dia tidak rasa apa-apa pada Johar. Suami yang tidak banyak bercakap tapi sentiasa memberi perlakuan manis. Slow and steady gerak Johar hingga tanpa sedar Badriah reda dengan takdirnya.

Hmm... Badriah jadi malu sendiri apabila dikenang selepas malam pertama mereka dia sudah lepaskan Abang Li untuk disimpan jauh dalam kenangan yang tak kesampaian. Duduk Abang Li dalam hatinya sudah balik asal ketika zaman kecilnya.

Tapi... Apa perasaan sebenar Johar kepadanya? Betulkah lelaki ini sayangkan dia seperti kata ganti nama yang Johar kerap panggil kepadanya sekarang?.

"Sayang! Uii! jauh benar berangan tu."

Badriah angkat mata memandang Johar. Lelaki itu masih tersenyum memandangnya.

"Makan Sayang."

Badriah tunduk memandang pinggan. Penuh dengan udang, sotong, isi ikan dan sayur kailan.

"Banyaknya!"

"Tak banyaklah. Sayang kena makan banyak-banyak... takut anak Abang lapar nanti."

Johar ketawa suka dengan lawaknya sendiri. Lebih suka melihat muka Badriah yang sudah cemberut menyampah.

"Kalau saya tak mengandung macam mana? Kalau betul cakap Kak Hada saya mandul macam mana?"

Johar kekal menyuap makanan. Tidak menyahut soalan Badriah. Sesekali dia menyudu makanan di dalam pinggan Badriah kemudian menyuap isterinya itu. Badriah terpaksa membuka mulut. Mahu menjaga air muka Johar dengan orang di kiri kanan meja.

"Abang! saya..."

"Abang lapar Sayang. Soalan berat kemudian ye."

Johar merenung Badriah tunak. Dari sorotan mata itu Badriah jatuh Kasihan. Soalan yang ditanya juga kerana dia kasihan dengan Johar. Sudah beberapa bulan sejak malam pertama, kedua dan malam-malam seterusnya tapi bulan perempuannya masih datang berkunjung. Tiada tanda-tanda benih Johar bercambah dalam rahim Badriah.

Tunggu bulan ini. Mudah-mudahan ada rezeki mereka.

@@@@@@@

"Abang! Apa Abang buat ni! Abang!"
"Lepas Abang! Jangan buat macam tu! Sakit Mak! Abang!!!"

Kecoh keadaan dalam kereta baru Junid yang berhenti kecemasan di tepi jalan menuju hospital. Kasmah terjerit-jerit meminta Junid melepaskan tangan daripada menekup mulut Ibu mertuanya.

"Allah! Allah!"
"Abang lepaskan Mak! Mengucap Abang!"

'Buk!'
Satu tumbukan hinggap di muka Kasmah membuat dia tersandar di pintu kereta.

Ibu mertuanya di tengah-tengah antara Kasmah dan Junid di tempat duduk belakang telah pun tertunduk diam tidak bergerak.

Junid berhenti dan melepaskan tangan yang menekup mulut ibunya. Senyap sunyi ruang dalam kereta selepas kekecohan sebentar tadi.

"Mak..."

Kasmah sentuh Ibu mertuanya yang langsung tidak bergerak. Sudah senyap tidak meronta-ronta lagi dan tidak merungut-rungut seperti ketika mahu di bawa ke hospital dari rumah tadi.

"Mak..."

Kasmah panik. Junid sudah terdiam di sebelah sana pintu kereta yang terbuka.

"Encik, kenapa ni?"

Satu suara dari luar kereta menyapa mereka. Junid bingkas keluar.

"Mak saya... Mak saya..."
"Tolong encik! Mak saya!"
"Dia sakit saya nak bawa ke hospital. Tapi... dia dah tak bergerak! tolong encik."

"Baik. Sabar encik. Sabar."
"Bagi saya tengok keadaan Mak encik"

Junid beralih dari tepi pintu kereta yang terbuka memberi ruang kepada anggota patrol polis yang menyapa mereka kerana berhenti di bahu jalan pada waktu sebegitu lewat.

"Maaf encik. Saya rasa Mak encik dah tak ada."

Kasmah pekup tangan ke mulut. Dia hampir terjerit kerana terkejut dan ralat. Junid di luar sudah tersandar di tepi belakang kereta.

Ramai nak kena mtk maaf dgn Johar ke? huhu. Gusi Sy bengkak. geraham bongsu ni buat perangai la. tapi... terima kasih masih beri peluang pd cite Sy. tiada lain hanya ribuan terima kasih. terlalu besar maknanye pd Sy sowg penulis cap ayam masih ada sudi menemani tulisan Sy. terima kasih jd teman Sy di alam NP sini. syg sume

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience