"Roslan Li dah dapat tangkap, Sarjan. Sampai aje kat area rumah tu dia terus ke belakang. Macam tahu-tahu aje suspek dah lari ke belakang. Budak tu memang hebatlah."
Koperal Esa melaporkan kepada Sarjan Akob situasi yang berlaku di lokasi pecah rumah yang mereka mendapat panggilan aduan.
"Hmm... orang muda, baru lagi... tengah bersemangat. Macam tulah. Kau dulu pun macam tu kan."
Sarjan Akob jawab acuh tak acuh. Dia dulu pun begitu juga. Bersemangat berkerja. Tiada hari dia tidak rasa teruja mendapat panggilan untuk ke lokasi aduan. Hinggalah dia ditukarkan ke jabatan yang memang dia di terima masuk sebagai polis untuk tujuan itu.
Awalnya dia gembira, dia bersemangat kemudian entah bila perasaan keterujaan dalam pekerjaannya itu terhakis sedikit demi sedikit. Sejak bila ye?
Arghh!!!... Hidup ni jangan nak lebih-lebih sangat. Sikit-sikit sudah. Apa dia dapat? Pangkat sarjan ni? yang hanya melekat di baju dan bila-bila boleh dikopek?
Huh! sungguh tak berbaloi!
@@@@@@@
"Esok subjek akhir kan.?"
"Ye Mak. Tak sabar nak habiskan paper ekonomi esok"
"Jawab betul-betul..."
"Insha Allah Mak."
Keadaan mati seketika. Badriah lihat Kasmah tarik nafas panjang dan lepas perlahan.
"Mak ada apa-apa nak cerita dengan Eiya ke?"
Badriah soal prihatin. Bimbang melihat ibunya yang sejak seminggu dua ini tidak banyak bercakap. Dia pula sibuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan, maka tiada lebih masa untuk duduk berbual-bual dengan ibunya seperti selalu.
"Eiya minta maaf tak banyak tolong Mak kerja rumah sebulan dua ni."
Badriah capai jari jemari ibunya dan mula mengurut perlahan. Kasmah sekadar membiarkan. Mereka di dalam bilik Nenek dan Nenek sedang tidur pulas selepas makan malan dan diberi ubat seperti selalu.
"Tak pe. Eiya kan SPM. Mudah-mudahan keputusan Eiya bagus boleh sambung belajar."
"Amin Ya Allah."
Mereka terdiam lagi. Sekadar saling menggenggam jari-jemari satu sama lain dengan erat.
"Habis periksa ni Eiya kemas baju sikit aje tau. Untuk dua hari macam tu. Jangan isi dalam beg elok. Beg palstik aje atau beg kain ke, guna beg sekolah pun tak apa."
"Kenapa macam tu?"
Kasmah terdiam lama. Mencari ayat yang sesuai.
"Mak cakap... habis aje periksa Mak terus bagitau Acik Junid Mak nak pisah... cara baik. Lepas tu kita terus keluar rumah ni pergi tempat Abang Li."
Badriah menyoal lagi. Dia pun mahu Mak tiada hubungan lagi dengan Acik Junid dunia dan akhirat. Lelaki itu memudaratkan hidup Mak dan dia sepanjang setahun setengah ini.
"Mak rasa dia tak akan lepaskan mak langsung. Jadi Mak rasa baik kita senyap-senyap aje lari dari sini. Kalau dah sampai tempat Li mudah-mudahan keadaan lebih baik. Kalau kat sini dia banyak cara masih nak tahan kita tak boleh keluar dari rumah ni."
"Kita kena ada rancangan. Jangan sampai diaorang perasan kita nak pergi. Kita lepaskan dulu check up bulanan Nenek kat Klinik Kesihatan. Dalam dua minggu lagi tak salah Mak. Lepas tu baru kita pergi. Kita keluar buat macam ada emergency... nanti Mak nak kena mintak tolong Acik Siti sebelah jagakan Nenek. Tak salah Mak dua minggu lagi Mak dengar memang diaorang ada nak masuk Singapore. Masa tu baru boleh pergi dari rumah ni."
Suara Kasmah semakin perlahan. Hanya mereka dua beranak boleh mendengar.
"Mak rasa tak sedap hati Eiya... Andai kata rancangan kita gagal dan kita masih kat sini... mak mintak maaf ye Eiya. Sebab Mak, Eiya kena hadap semua ni."
"Tapi... kalau Eiya dah berjaya keluar... jangan patah balik untuk Mak tau. Jalan aje terus pada Abang Li. Faham! janji dengan Mak tau!"
Panjang lebar Kasmah memesan. Badriah sedikit cuak. Bergetar hatinya. Kenapa? Keadaan nampak rumit sangat. Apa hak Acik Junid nak menahan Mak kalau keputusan Mak nak tarik diri. Ada apa-apa sudah berlaku ke?.
"Janji Eiya!" Sekali lagi Kasmah mendesak. Genggaman tangannya kepada jemari Badriah semakin kuat.
"Baik Mak."
Kasmah paut Badriah masuk dalam pelukannya. Lama mengelus kepala dan menepuk-nepuk bahu anak baiknya.
"Dah sayang... pegi tidur. Esok periksa."
Badriah salam tangan Kasmah yang semakin menyusut dagingnya. Di bawa ke bibir dan di kucup dua tiga kali.
Allah tolong kami. Doa Badriah ketika mencium dahi Kasmah.
@@@@@@@
"Semua salah awak! Kenapa awak nikah dengan dia!?"
Junid diam sahaja malas menjawab. Sharifah Zarina bukan seperti Kasmah. Tak jawab membebel kalau dia menjawab lagi besar suaranya menghentam telinga Junid. Jadi dia pilih yang pertama. Diamkan sahaja lebih baik.
Lebih 30 tahun dia hidup dengan Sharifah Zarina. Sah selama sepuluh tahun. 20 lebih tahun dengan cara begini. Selepas menikahi suami barunya, empat lima tahun selepas itu perempuan ini yang kembali datang sendiri kepadanya. Mengendeng belaian.
Kenapa?.
Suami barunya yang sudah buruk itu tidak dapat memberi Sharifah Zarina seperti apa yang Junid mampu beri. Kehebatan yang tiada tandingan. Kerana kehebatan Junid yang satu itu juga Sharifah Zarina yang dara dahulu melutut ke kakinya.
Padan muka!.
Tapi Junid tidaklah menyombong, kerana kecurangan Sharifah Zarina dalam perkahwinan merekalah hidup dia, Sharifah Zarina dan anak-anak menyamah kesenangan duniawi ini. Jika dia bekerja sehingga pencen sekalipun belum tentu dapat hidup senang seperti sekarang.
Apa yang harus Junid korbankan?
Hanyalah gegendang telinganya. Dengan Sharifah Zarina senang dapat, sedap pun dapat. Anak-anak juga dapat kembali Ibu mereka selepas hilang empat lima tahun. Tapi itulah... semua sakit telinga, sakit hati dengan ton suara, pemilihan ayat dan perangai Sharifah Zarina.
Empat lima tahun ketiadaan Sharifah Zarina yang paling terkesan anak nombor duanya si Johar. Keluar masuk pusat serenti di zaman remajanya. Tapi entahlah... jika ada si Ibu pun belum tentu anak itu tidak ke pusat serenti.
@@@@@@@
"Perempuan tu dah tau rahsia kita! Sekarang nak buat macam mana? Jatuhlah air muka saya dengan si Mah tu!"
Kusut rasa kepala Junid mendengar suara Sharifah Zarina yang bercakap memekik-mekik di dalam kereta yang tertutup semua tingkap.
"Nak buat macam mana? buat bodoh ajelah!"
"Senangnya awak cakap!"
"Dia tu bendul la Rin. Dia tak akan berani mengadu sana-sini. Kalau dia tak bendul dah lama dia lari dari rumah tu! Tak payah la awak risau sangat! Saya tak boleh lepaskan dia, siapa nak jaga Mak saya? awak!?. Memang tak la kan!"
Sharifah Zarina merengus. Masih dia ingat cerita dua minggu lepas dia tertangkap saling menindih dengan Junid. Mungkin betul juga cakap Junid yang Kasmah itu bendul.
Langsung Kasmah tidak menyerangnya walaupun sudah nampak di depan mata Junid sudah berlaku curang. Sebaliknya perempuan itu pula yang dilempang Junid dan bekas suaminya itu terus mengugut mencederakan Kasmah dan anak perempuannya Badriah.
Tapi jatuhlah air muka Sharifah Zarina. Semua salah Junid mahu bersama di rumah sahaja tidak di hotel seperti selalu. Dahulu dia ke hotel kerana rumah Junid tunggang langgang dan berbau busuk seperti kandang b@b! kerana tiada siapa menguruskan. Pembantu rumah sahaja mesti lari selepas beberapa hari di rumah itu.
Alasan Junid pula tiada sesiapa di rumah dan dia sudah tidak tertahan. Kasmah sekarang sudah tidak secantik dahulu. Terlalu kurus dan hilang tumpuan serta tiada tenaga. Tidak seperti Sharifah Zarina yang berbela tubuh badan dan wajah.
"Ni ada satu lagi masalah!"
"Apa lagi!?" Junid merengus mendengar perkataan masalah yang keluar dari mulut Sharifah Zarina.
"Awak tau tak si Johar berkenankan budak Yah tu?"
"Mana awak tau?"
"Johar sendiri mengaku kat saya. Dia suruh saya pinangkan Yah tu. Tak hingin saya berbesan dengan Mah. Lagilah dah jadi macam ni, mesti dia tak terima pinangan tu. Walau dia suka sebab Johar anak kita berduit. Nanti ntah-ntah dia berlagak dengan saya kalau saya usulkan. Maklumlah dia dah tau rahsia kita!"
"Masalahnya si Johar berkeras nak jugak. Di ugutnya saya jangan lupa melawat dia kat serenti nanti! awak rasa?!. Geram betullah!. Perempuan ramai, nak yang itu jugak! nak yang dia pilih jugak! lepas tu semua tak dapat! Banyak sangat makan benda najis tu kepala pun tak betul!"
Sehabis nafas Sharifah Zarina terjerit-jerit membebel, dilihatnya Junid tetap diam termenung melihat ke luar dari tingkap kereta. Eeiii!!! geram betullah perangai dua beranak ni rengus Sharifah Zarina.
"Awak dengar tak saya cakap?"
"Dengar... saya tengah fikir ni. Saya macam terasa-rasa orang dua beranak tu tunggu aje Yah habis periksa SPM dia nak tinggalkan rumah tu. Jadi bagus juga kalau si Yah dengan Har. Jadi dua beranak tu dah tak boleh ke mana-mana. Bibik saya dapat, mak saya tetap ada orang jaga, Har dapat bini dannn... bila saya nak sedap saya ada awak. Hahahahaha"
Bergegar-gegar kereta Junid dengan gelak ketawanya yang seperti raksasa. Sharifah Zarina yang awalnya hanya diam turut ikut tersenyum tapi senyuman mengejek.
"Awak ingat Mah tu nak bagi anak dia pada Har? bukan dia tak tau sejarah hidup Har!"
"Siapa cakap kita nak mintak cara baik!? Hahahaha."
Kereta bergegar-gegar sekali lagi dengan ketawa Junid. Kali ini barulah Sharifah Zarina turut ikut ketawa senang hati.
boleh tk Bab Ari ni? setakat ni jln cite tk membukan sgt kn. huhu kena mrah dgn si kecik ni pegi Taman tp maknya main hp. terima kasih kepada yang sudi singgah membaca.
Share this novel