"Terima kasih Faiz".
Terhenti kerja Faiz yang sedang menyapu di beranda rumah. Anak sulung yang sangat menyenangkan hati Mama dan Abah... dan Tok Mak juga.
Faiz hentikan kerjanya kemudian menghadap sepenuhnya tubuh ke arah Roslan Li. Baru berumur 15 tahun tapi sosok tubuhnya tinggi tegap dan berwajah kacak seperti arwah bapanya Johar.
"Haha kenapa Bah? kan memang kerja Faiz kat luar ni."
Anak itu tertawa senang. Untungnya Roslan Li memiliki anak ini walau cuma anak tiri tidak begitu anggapannya sejak memiliki ke tiga mereka.
Ini anak dia, hadiah Allah untuknya yang sebatang kara sebelum ini. Hmm... sebatang kara ke dia? Hatinya mahu merusuh.
"Abah minta maaf, Abah dengan Mama sibuk hal restoran. Terima kasih Faiz jaga rumah, jaga adik-adik dan Tok Mak."
"Haha... no hal la Bah." sahut Faiz masih dalam tawa.
"Orang tua yang Fauzan cerita tu masih tegur lagi ke?"
"Dah sebulan ni Faiz tak bagi adik-adik pergi taman. Kalau lepas ni uncle tu masih ada lagi maknanya situ memang tempat dialah. Betul tak Bah?".
Roslan Li angguk-angguk. Macam mana dia nak buat. Larang anak-anak ke taman permainan kasihan pula.
Dia cuma harap Phi Chai memang tidak berniat jahat. Mendekati anak-anaknya sekadar supaya Akob melihat Faliq. Dia yakin Akob dan Phi Chai sudah berubah.
Banyak juga maklumat yang dia tahu tentang keadaan terkini lelaki berdua itu. Lebih-lebih lagi tahap kesihatan Akob yang merosot, apa sahaja yang mampu lelaki itu lakukan.
Dengan dia pun acapkali Phi Chai mahu berbual empat mata tapi dia mengelak. Kali terakhir dia pujuk diri mendengar cerita Phi Chai berakhir dengan dia terbalikkan meja warung.
Mujur tiada yang sempat merakam kerana ketika itu dia beruniform penuh. Baru seminggu bekerja semula selepas setahun bercuti tanpa gaji atas sokongan doktor.
Hasil pertemuan hanya merosakkan fikiran dia yang sememangnya sudah sedia cedera parah. Akibatnya kerap kali keluar darah daripada hidungnya kerana tekanan perasaan.
Allah...
Berat, sangat berat ya Allah.
Bagaimana teruk dia harus berlawan dengan amarah, kenangan ngeri dan terbaru, kenyataan bahawa dia lahir daripada benih Akob!.
Atas saranan pakar psikiatri yang sememangnya harus dia rujuk setiap bulan selepas kisah 12 tahun yang malang dia dinasihatkan meletakkan jawatan.
Sehingga sekarang dia masih belum dilepaskan dari klinik pakar psikiatri. Masih perlu berulang janji temu.
Cuma sejak akhir-akhir ini dia membuat keputusan paling pelik iaitu cuba memaafkan 12 tahun yang hilang.
Langkah pertama dia mahu memaafkan Akob dan Phi Chai. Mungkin bukan untuk dia luahkan di hadapan wajah dua lelaki itu tetapi cukup sekadar dia tahu... mengingatkan atau melihat mereka berdua tidak akan memudaratkan lagi fikirannya.
"Bah! Abah okay?."
Wajah risau dan prihatin Faiz di hadapannya. Dia hilang dalam fikiran yang panjang.
"Faiz tolong Abah tengok-tengokkan keadaan ye. Kalau uncle tu macam pelik atau merbahaya terus bawak adik-adik balik, bagitau Abah. Tapi Abah rasa dia tak berniat jahat tu."
"Okay Bah."
@@@@@@@
"Boss... ayok Boss dia datang."
Roslan Li angkat kepala memandang ke hadapan restoran. Kemudian menjeling pembantunya yang tersengih-sengih macam kerang busuk sambil menjongket-jongket kening. Eyy! kecik besar kecik besar aje dia memandang pembantunya.
"Pergi buat kerja sana." Sedikit keras suara Roslan Li supaya pembantunya berhenti menyakat.
Sosok yang disebut sudah berhenti di tengah ruang restoran. Hari ini berkebaya Kota Bahru. Dengan potongan badannya memang menarik mata-mata memandang kagum.
Roslan Li berpura-pura sibuk. Menunduk sahaja memandang segala mak nenek bill dan invois di atas meja.
Dia bukan budak kecil. Dia faham sangat bahasa tubuh si perempuan. Malangnya dia lebih faham kelaku Badriah sejak dua mejak ini, semua kerana si pemakai kebaya yang duduk di meja tengah restoran.
"Abang... busy ke?"
Aik! bila masa pula sudah beralih duduk di meja sebelahnya. Patutnya dia kemas barang kerjanya dan lari ke dalam sementara sempat tadi. Dia fikir jika berlakon sibuk gadis itu tidak akan menyapanya.
"Oh Vy, ye banyak kerja."
Serba salah Roslan Li mahu menjawab. Perempuan ini tidak makan saman. Sudah dibuat tak endah pun masih juga tidak faham isyarat yang diberi. Mahu berterus terang bimbang dia yang perasan, mahu berkasar tak patut pula kerana pelanggan.
"Order!"
Suara yang datang tiba-tiba membunuh senyum manis perempuan itu. Mendongak memandang sosok yang datang.
"Teh O ais, makan... nasi ayam." sahut si gadis.
Tidak menjawab pesanan yang disebut sebaliknya Badriah yang berdiri di antara dua meja langsung mengemas segala fail bill dan invois di atas meja kemudian berlalu ke belakang.
Allah! Allah!
Seram pula nak ke belakang ruang kedai tapi untuk tetap di situ juga Roslan Li tidak mahu.
Adoi Eiya! Abang tak salah la. Budak ni yang usha Abang!.
@@@@@@@
"Po!"
"Po... Po...".
Dua orang budak lelaki berlari anak mendapatkannya. Budak lelaki kecil yang ketiga dalam dukungan budak yang lebih besar. Phi Chai tersenyum lebar. Gembira tidak terkata.
"Heiii... lamanya Po tak nampak awak semua."
"Fahim, Fauzan, Faliq...".
Phi Chai sapa budak-budak yang baru sampai di hadapannya kemudian Phi Chai gosok kepala budak kecil di dalam dukungan.
Budak-budak itu sekadar tersengih-sengih.
"Kenapa lama tak datang taman? Po rindu tau."
"Abang Faiz tak bagi, sebab bulan lepas ada ujian. Abang cakap kena belajar, kalau pergi taman nanti penat sangat dekat sekolah."
"Ooo... ye ke?. Betullah cakap Abang tu. Memang kena belajar sungguh-sungguh baru dapat kerja bagus. Kalau tidak nanti jadi macam Po dah tua pun masih kena kerja."
"Po kerja lagi? Po kerja apa?" Fauzan.
"Po tukang masak." Phi Chai.
"Oh! sama macam Abah. Abah pun tukang masak." Fauzan.
Pin!
Mereka berempat menoleh ke arah pinggir jalan. Dari sebuah kereta yang terbuka tingkapnya seorang lelaki tua melambai-lambai dengan wajah penuh mengharap.
Phi Chai toleh pula ke arah sebelah sana taman, ke arah datangnya budak-budak ini tadi. Abang sulung yang sudah dia ingat bernama Faiz memandang dari jauh dengan wajah penuh curiga dan berjaga-jaga.
Pin!
Aduhh! Sabarlah Kob!.
@@@@@@@
"Kenapa?".
Badriah menoleh, Kasmah berdiri di sampingnya yang duduk menyusukan Faizah di sofa.
"Haha... tak ada apalah Mak."
"Ye ke tak ada apa? Monyok aje tak ada apa?. Nampak sangat Eiya."
Kasmah masih menyerang dengan soalan.
"Iye Mak. Tak ada apa."
Aduhai Mak ni. Tak ada apa yang dapat Badriah sorok dari Kasmah ibunya.
"Eiya gaduh dengan Li ke?. Dah lama sangat Mak nampak. Tak elok macam tu."
"Kalau ada masalah bincang cepat-cepat. Biar habis cepat. Jangan nak tunggu dah rosak terus."
Kecut perut Badriah mendengar cakap ibunya. Seteruk itu ke masalah dia dengan Abang Li.
Kalau betul macam mana? Mana tahu belakang dia sudah bertukar nombor telefon atau sudah berjanji temu.
"Betul Mak tak ada apa-apa."
Kali ini Badriah tidak mahu berkongsi dengan Kasmah. Cukuplah ibunya asyik bersusah hati cerita anak cucu.
"Kalau betul baguslah. Mak tak tau ceritanya apa tapi Mak tak boleh sebelah siapa-siapa. Dua-dua anak Mak."
Kasmah tinggalkan Badriah di sofa. Badriah elus-elus kepala Faizah. Apa Mama nak buat ni sayang?
@@@@@@@
Cium lagi dan lagi kemudian tersenyum seorang. Dibawa lagi ke hidung, dicium dan senyum lagi.
Tak dapat digambar rasa hatinya ketika ini, juga ketika itu. Manakan tidak, apa yang selama ini diangan dapat juga jadi kenyataan.
"Puas hati?".
Dia sekadar tersenyum dengan soalan itu. Rasanya tidak perlu dia jawab kerana jawapan sudah terlukis di raut wajah. Terang berderang sangat.
"Terima kasih..."
Dia menoleh kepada Phi Chai di meja makan sedang menghirup secawan kopi.
"Sama-sama. Apa aje untuk kau Kob. Janji kau sihat, janji kau nak makan, janji nak makan ubat."
Ya, kali ini dia janji akan buat semua tu... ikhlas!. Dia nak sihat, nak lama lagi dengan anak cucu.
Akob senyum lagi. Anak cucu... panjang senyuman Akob. Teringat tadi di taman dia berpeluang mencium kepala Faliq dan jari Faizah.
Akob bawa lagi kain bedung Faizah yang Faiz guna untuk mengelap peluh dan mengipas panas ke muka. Dicium lama bau peluh cucu.
Panjang senyuman Akob dengan air mata mula bergenang.
Terima kasih yang sudi singgah. Jika ada reader baru mohon sangat sudi follow. Tak tau macam mana nak reach view macam first cerita dengan cara novelplus yang sekarang. Mgkn target novelplus utk nama-nama besar shj. Utk yang suka-suka menulis memang payah di sini. Tak pe la saya di sini pun saja nak keluarkan angan-angan dlm kepala ke bentuk tulisan cumanya klw view naik setiap hari dia punya excited tak dpt digambar utk penulis cap ayam mcm saya. Terima kasih semua yang sudi luang masa dengan saya.
Share this novel