Bab 28

Drama Series 23522

Badriah raup muka dua tiga kali. Membuang kelat mata. Memandang belakang badan Johar yang duduk berteleku di atas sejadah.

Mungkin kerana pergerakannya di atas katil Johar langsung menoleh. Badriah sua senyum manis walau matanya masih kelat.

"Abang bising ke?"

"Ada ke orang solat bising?"

Johar senyum. Suka memandang seri ibu mengandung di wajah Badriah.

"Kenapa nak tahajud tak ajak Yah?"

Ketika dia baru masuk ke rumah besar arwah Junid dia tahu Johar satu-satunya ahli keluarga itu yang menunaikan solat kerana di dalam bilik yang dikongsi Johar dan Johan dia kerap masuk untuk mengemas.

Atas katil Johar pasti ada sejadah dan kain pelikat yang berlipat. Katil, meja dan almari Johar sentiasa kemas dan bersih berbanding kawasan Johan.

Sekarang Badriah perasan semenjak dua menjak ini, sejak dia menyerahkan raganya kepada Johar. Sejak dia melayan Johar selayaknya seorang suami, Johar semakin berubah. Solat malam dan mengaji. Kerap kali juga dia melihat Johar menangis di atas sejadah.

"Ajak siapa?"

Melebar senyum Johar. Pertama kali ni.

"Abang ni... Yah baru nak romantik."

Badriah pasang muncung dibibir. Tahu Johar suka menyakatnya.

Johar bangun dari sila. Melipat sejadah yang telah diguna dan letak di atas meja berdekatan. Kemudian bergerak ke katil, merebahkan badan di sisi Badriah.

"Hari ni Abang dah cakap tak Abang sayang Yah?."

"Dah."

"Abang dah cakap tak kat Sayang, terima kasih sebab sudi jadi isteri Abang?."

"Mana ada Yah sudi..."

Badriah terdiam tidak jadi teruskan gurauannya. Dia tahu cerita dulu itu kesedihan yang melampau kepada Johar. Badriah tekap tangan ke pipi Johar yang baring mengiring menghadapnya dan mengelus perlahan pipi Johar.

"Abang ni Handsome lah, macam Hindustan."

"Hindustan je handsome, melayu tak handsome?."

Lebar senyum Badriah, pujukannya jalan. Tapi dia tahu Johar tidak pernah marah atau tarik muka dengannya. Tidak pernah!.

"Nanti baby Yah handsome macam ayah dia."

Renungan Johar yang sarat dengan kasih itu berkaca. Berderai 'kacanya' mengalir jatuh ke hidung kemudian ke pipi dan turun ke bantal. Badriah kesat dengan jari, dia juga menangis dan jari Johar mengesat sama seperti dia lakukan kepada Johar.

"Mudah-mudahan Abang layak jadi ayah. Abang... takut. Tapi Abang nak sangat dan Abang tak sabar."

"Yah pun sama."

"Abang minta maaf Yah dapat suami tua. Abang minta maaf cara kita kahwin tapi... Yah perkara terbaik berlaku dalam hidup Abang."

Badriah letak jari telunjuk di bibir Johar. Kemudian mengelus-elus perlahan ulas bibir Johar.

"Ampunkan Yah sebab tak hormat Abang masa baru kahwin dulu."

Johar paut tengkuk Badriah dan kucup dahi isteri itu sekali.

"Seposen pun sayang tak ada salah dengan Abang."

"Kalau lima sen ada salah tak?"

Johar menyengih, menayang sebaris putih gigi. Suka Badriah sudi berbual dengannya di awal pagi sebegini. Dia kusut yang amat.

"Mudah-mudahan anak-anak baik macam Sayang."

"Anak-anak?..."

Separuh baring terus Badriah ampu tubuhnya dengan siku. Johar paut tengkuk Badriah sekali lagi dan lepaskan kucupan di bibir pula. Dia ketawa. Badriah kembali berbaring.

"Yelah. Sayang baru 19. Boleh 12 orang lagi apa?".
"Uuuuu...."

Meledak ketawa Johar sambil menahan rasa perit di ketam jari Badriah di perutnya. Mereka ketawa bersama kemudian terdiam dan saling kembali merenung.

"Pertama kali Abang nampak Sayang terus terdetik dalam hati..."

"Apa?..." Badriah sudah ketawa. Dia tahu Johar mahu menyakatnya.

"Abang cakap... bahaya ni, aku kena cepat-cepat kahwin."

"Kenapa?"

"Sayang cantik sangat, lembut ayu aje..."

Badriah kerutkan hidung dan sengetkan bibir mengolok-olokkan cakap Johar.

"Sayang nak tau tak?... ramai perempuan nak Abang. Tapi perempuan yang Abang nak, semua tak nak Abang."

"Kalau dulu kita kenal baik, berkawan pun Yah tak nak Abang jadi boyfriend."

"Kenapa?."

"Handsome Abang jenis yang nampak macam ramai girlfriend... playboy."

Johar ketawa. Sesekali isterinya berterus terang kedengarannya lucu dan polos.

"Yah nak tau tak jenis perempuan yang Abang suka?".

"Nak... yang cam ne?"

"Abang nak perempuan yang boleh membimbing Abang. Tapi perempuan baik-baik macam tu semua takut dengan Abang. Mungkin ada yang sampaikan kat diaorang siapa Abang dulu. Sebab tu semua pinangan Abang kena tolak, sebab tu Abang tak kahwin-kahwin."
"Beberapa bulan sebelum tu Abang pinang orang lain tau... tapi kena reject."
"Abang tak ada niat pun nak kahwin cara macam tu dengan Sayang."
"Abang minta baik-baik dengan Mommy supaya pinangkan Yah. Silap Abang minta tolong Mommy."
"Tapi silap Abang pulak... pagi hari kejadian tu bila arwah Daddy suggestkan, Abang terus jadi tamak dan Abang terus setuju."
"Abang suka sangat kat Sayang. Abang tak berapa baik. Abang takut Abang rosakkan Sayang. Tolong maafkan semua benda buruk Abang buat kat Sayang sebelum ni."

Ya Badriah ingat semua tu. Dia fikir Johar buat begitu kerana terlalu bencikan dia masuk ke dalam keluarga kaya itu. Tidak pernah dia terfikir Johar sukakan dia.

"Abang baik la... kalau lelaki lain... tak mungkin Yah masih dara walau dah enam bulan nikah."

"Abang rasa bersalah sangat. Rasa berdosa sangat. Tapi nak luahkan tak berani... Abang takut Yah lari dari Abang. Rasa takut kehilangan tu buat Abang mampu pulak bertahan, haha... kelakar kan hati manusia ni. Boleh berbolak balik macam tu."
"Sayang jangan tinggalkan Abang okay. Abang tau Abang tak sempurna, dulu Abang jahat... tapi, tolong jangan tinggalkan Abang."

Berkaca lagi mata Johar. Tangannya mengelus-elus lembut bahu kesayangannya.

"Abang nak tau satu rahsia tak?"

"Apa?."

"Yah dah jatuh cinta dengan Abang."

Merekah senyum Johar. Lebar senyumnya. Bahagia. Johar paut lagi tengkuk Badriah dan kucup sekali lagi bibir mugil itu.

"Terima kasih Sayang."

"Mak cakap nak balik Pernu duduk rumah arwah atok. Rumah tu sepupu Mak duduk, suami dia pulak baru meninggal. Dia tinggal sorang. Anak-anak dia semua duduk jauh. Kalau Abang cari kerja kat Melaka boleh tak?. Yah nak dekat dengan Mak."

"Kalau Abang cerita Yah jangan tinggalkan Abang tau..."

"Apa dia?."

Badriah kembali bertongkat siku. Menumpukan perhatian segera. Johar tarik Badriah supaya kembali berbaring mengiring.

"Abang susah nak dapat kerja. Kerja yang ada sekarang pun ada orang tolong Abang dapat. Sayang tau kan cerita Abang dulu."

"Abang ni bikin suspen aje."

"Abang janji Abang akan kerja bersungguh-sungguh untuk Sayang, untuk Mak dan anak-anak kita. Mak tu nanti Abang pujuk baik punya, supaya stay aje dengan kita. InsyaAllah gaji Abang cukup untuk kita sekeluarga."

"Kenapa Abang baik sangat?."

Kalaulah isteri ini tahu dia dahulu. Dia di zaman kecil dan remajanya yang huru hara. Dia yang merasakan pusat serenti itu lebih syurga daripada rumah besar ibu bapanya. Maka, sengaja dia menebuk jalan ke serenti.

Dia seorang anak yang trauma. Dia anak lelaki nombor dua yang ibu dan ayahnya pilih menjadi saksi kemaksiatan mereka sedari dia kecil di sekolah rendah.

Mungkin kerana di atas dan di bawah dia saudara perempuan yang kebiasaanya tidak boleh menyimpan rahsia, tidak makan diugut dan tidak betah dikasari, jadi ibu dan ayahnya memilih dia.

Untuk menyimpan rahsia, ketika Ibunya bermaksiat bersama skandalnya, Sharifah Zarina mengugut akan memberinya kepada orang lain. Bila Ayahnya pula bermaksiat bersama skandalnya dia diugut akan di pukul dan kerap kali pula ugutan itu dikota. Sebagai anak kecil dia tertekan, dia trauma dengan apa yang dia lihat.

Lebih malang naik menengah rendah dengan keputusan pelajarannya, dia masuk kelas aliran agama. Hidupnya semakin dibelengu dengan rasa berdosa, benci dan jijik.

"Abang okay?"

"Sayang janji ye jangan tinggalkan Abang. Selagi Sayang ada dengan Abang. InsyaAllah Abang okay."

Johar paut Badriah supaya berbantalkan dadanya. Alhamdulillah, Allah izin dia berteman. Teman yang sangat cocok untuk dia menjalani hidupnya.

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.

tk pandai la babak bersemut. nk jelaskn watak Johar hari ni. terima kasih masih sudi singgah membaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience